Senyum Tangis Sendu |
Tergugatkah Utusan dan Berita Harian Jika Akhbar Ini... Posted: 27 Mar 2011 11:47 PM PDT Dalam debaran menunggu kehadiran akhbar bebas Utusan Rakyat, presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari mengumumkan satu lagi 'projek' akhbar digitalnya Harian Malaysia. Menurut Hata, akhbar berbayar 24 halaman itu dijadual diterbitkan bulan depan dan boleh dilayari di laman webnya http://www.harianmalaysia.my. "Sebagai wartawan, saya perlukan platform untuk menulis. Ini memandangkan Utusan Rakyat belum pasti lagi bila akan terbit kerana masih menunggu permit (daripada Kementerian Dalam Negeri," kata Hata (berbaju biru). Hata yang bertindak sebagai penasihat editorial Harian Malaysia, mengumumkan kemunculan akhbar yang memfokuskan isu-isu masyarakat itu dalam laman Facebook beliau minggu lalu. Wartawan kanan - yang sedang berdepan dengan siasatan dalaman majikannya Utusan Malaysia - bercita-cita menjadikan Harian Malaysia sebagai "jawapan kepada kebebasan media di Malaysia". Akhbar Utusan Rakyat sebagai akhbar bercetak yang permitnya dipohon oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada 4 Mac lalu - yang menamakan Hata sebagai ketua pengarang - setakat ini masih belum jelas statusnya. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hata menjelaskan, buat permulaan, Harian Malaysia akan diterbitkan seminggu sekali dan meliputi semua isu kecuali berita dunia dan perniagaan. Untuk membacanya, pelayar dikenakan bayaran langganan sebanyak RM120 setahun atau RM60 untuk sebulan, bersamaan RM10 untuk sebulan. Hata masih enggan mendedahkan lanjut berhubung pemilik dan pasukan editorialnya buat masa ini kerana dia masih dalam peringkat perbincangan. Berdasar naskhah contoh yang dimuatkan di internet, Harian Malaysia mengupas tentang kemampuan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar dividen sebanyak 6 peratus sebelum ini. |
RISDA Taja Seri Carcosa Negara Untuk Tayangan Lucah Posted: 27 Mar 2011 04:13 PM PDT Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang di pengerusikan oleh Rahim Thamby Chik selaku 'Datuk T' dan dalang utama rakaman video seks ditayangkan di salah sebuah hotel di ibu negara. Tayangan video tersebut telah ditaja oleh RISDA yang mana telah memanggil wartawan terpilih untuk menonton aksi video seks tersebut. Beginilah sikap pemimpin UMNO/BN yang sanggup menggunakan dan menjadikan RISDA kambing hitam mereka. Fungsi RISDA adalah untuk kemajuan pekebun kecil yang mengusahakan getah tetapi telah disalah guna oleh perogol bawah umur (pada ketika itu) yang menjadikan RISDA sebagai tempat menaja tayangan video seks yang tidak bermoral. Adakah FELDA yang di ketuai oleh Isa Samad akan menjadikan Hotel disekitar ibu kota untuk tayangan video seks baru selepas video seks milik 'Datuk T' telah terkantoi sebelum penayangan filem seminggu lebih awal. Puak-puak UMNO/BN menjadikan harta rakyat sebagai harta bapak dan kepala otak dia dan tidak pernah memikirkan kesengsaraan rakyat yang dibelenggu dengan beban kewangan. Mana tema 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'? Tema terkini UMNO/BN adalah Fitnah Didahulukan, Video Seks Diutamakan. Bukti Video RISDA taja hotel tersebut |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan