Isnin, 28 Mac 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


DATO T 3 VIDEO SEKS ITU AKAN DAPPAT PERLINCUNGAN

Posted: 28 Mar 2011 08:36 AM PDT

Isu video seks: Trio Datuk T boleh dilindungi undang-undang, kata Nazri

March 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 Mac – Trio ''Datuk T'' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) hari ini berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.
"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.
Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.
Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral. – Bernama

apa ni UMNO BN UIIIIII..TAKUTKAH..

Posted: 28 Mar 2011 01:48 AM PDT

Agama dan pembangunan dijangka menjadi perkara pokok apabila pengundi bumiputera Sarawak membuat keputusan mereka dan keluar mengundi pada pilihan raya negeri negeri pada 16 April ini.

NONEBagi ahli politik sains Sarawak, James Chin, tindakan pihak berkuasa merampas dan menahan Alkitab Injil dan mengecop buku suci penganut Kristian pasti mempengaruhi corak pengundian mereka.

"Isu Injil adalah isu yang besar, khususnya kepada penganut Kristian. Masyarakat bumiputera adalah hampir separuh daripda penganut Kristian di Sarawak," katanya.

Menurut Chin, kebanyakan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh, yang dirangkumkan sebagai bangsa Dayak adalah beragama Kristian dan agama berperanan besar dalam kehidupan seharian mereka.

Separuh daripda 56 kerusi majoriti bumiputera terdiri daripada pengundi Dayak manakala separuh lagi pula terdiri daripada majoriti Melayu-Melanau yang kebanyakan mereka beragama Islam. Bagaimanapun sesetengah kaum Melanau juga beragama Kristian.

"Jika seseorang mubaligh atau paderi mengambil pendirian aktivis, beliau boleh mempengaruhi pendapat. Beliau tidak perlu berkhutbah kepada jemaahnya siapa yang patut mereka undi tetapi hanya menghantar isyarat memberitahu cerita dalam bentuk kiasan," kata pensyarah Universiti Monash itu.

NONEKatanya, perkara itu tidak dilakukan pada pilihan raya negeri Sarawak 2006 tetapi dilihat ketika pilihan raya kecil parlimen Sibu di mana rampasan Alkitab menjadi punca kemenangan DAP.

Rakan penganalisis politik dari Sarawak, Jeneri Amir juga bersetuju isu Alkitab adalah panas dan telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat bumiputera Kristian.

Namun beliau tidak pasti sama ada isu itu mampu merungkai propaganda yang disebarkan sejak berdekad-dekad yang lalu dan juga amalan politik naungan dan takut yang disematkan itu.

Dr Jeneri Amir, UNIMASMenurut pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak itu, dalam beberapa kes lalu, jalan-jalan menunju ke rumah panjang di mana penduduknya menyokong pembangkang telah tidak diturap manakala mentol dikeluarkan dari tiang lampu.

"Ada yang takut dihukum. Mereka tahu harga yang perlu dibayar... rumah panjang akan jadi susah. Bagi tuai rumah, elaun bulanan RM800 juga mungkin hilang," katanya sambil menambah masyarakat berkenaan amat bergantung kepada bantuan kerajaan.

Namun katanya, seperti paderi, tuai rumah, aktivis tempatan dan pemimpin akar umbi mempunyai pengaruh politik dan corak pengundian di kalnagan masyarat tersebut.

APA NI EZAM?

Posted: 27 Mar 2011 10:44 PM PDT

Ezam: Saya sudah serik, keputusan tak mahu tanding PRU muktamad

March 28, 2011
Ezam
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan Senator Ezam Mohd Nor berkata keputusannya tidak mahu bertanding pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan tahun ini, adalah muktamad kerana sudah "serik" untuk aktif berpolitik. "Saya sudah serik, sudah serik," kata beliau yang menyertai Umno pada Mei 2008 dan tahun lalu dilantik sebagai anggota Dewan Negara.
Ezam berkata beliau akan menyampaikan pendirian yang sama sekiranya pucuk kepimpinan parti memintanya mengkaji semula keputusan itu, sekali gus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
"Keputusan saya tidak mahu bertanding tetap dan ia kekal," kata Ezam.
"(Pendirian saya) sudah jelas... kalaupun pemimpin parti meminta saya (agar) bertanding nanti, saya akan memberitahu mereka perkara yang sama," kata beliau.
Beberapa blog sebelum ini menyebut beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan disebut-sebut sebagai pemimpin pelapis negeri Selangor.
Kata Ezam,  beliau memutuskan demikian selepas melalui pengalaman cukup "serik" sepanjang dua dekad lalu termasuk mengorbankan banyak aspek termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana perjuangankan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas Anwar dipecat pada September 1998, beliau bersama beberapa pemimpin yang lain keluar Umno untuk menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau keluar PKR pada 2007 dan menyertai semula parti Umno pada 28 Mei 2008.
"Saya sebenarnya sudah keluar untuk tidak aktif berpolitik, selama dua tahun selepas saya keluar PKR dan menyertai usaha melawan rasuah," katanya yang merupakan ahli Umno Petaling Jaya Selatan.
Ezam merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya selepas beliau bebas dari tahanan ISA.
Semalam, Ezam berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh BN untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.
"Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor," katanya.
Kata Ezam, misinya untuk menjelaskan kedudukan perjuangan politik PKR dan Anwar sudah selesai dan kini mahu meluangkan masa untuk membantu kerajaan membasmi rasuah.
"Saya menyertai Umno untuk menjelaskan tentang Datuk Seri Anwar dan PKR, di mana tugas ini sudah selesai, sudah dapat menjelaskan kepada rakyat.
"Sekarang saya mahu membantu kerajaan dalam melawan rasuah," katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai cakap-cakap bahawa beliau merupakan pemimpin lapisan menerajui kerajaan negeri Selangor, Ezam berkata:
"Perkara itu tak timbul. Bukan itu yang saya mahukan."
"Saya dari awal sudah memberitahu kepimpinan parti bahawa saya hanya mahu memberi penjelasan tentang PKR dan Datuk Seri Anwar dan membantu kerajaan. Saya tidak mahu apa-apa jawatan," katanya lagi.

APA!!PEMIMPIN PAS SELANGOR RASUAH?

Posted: 27 Mar 2011 08:26 PM PDT

Pemimpim PKR & DAP sedaya upaya laksanakan integriti dalam kerajaan Selangor, 'Exco' terbabit pula seakan buat 'taik'.
Berita | Rundingan langsung atau direct nego yang lazim dilakukan oleh Umno BN di Selangor sebelum ini sekali lagi diamalkan oleh seorang Exco yang juga pemimpin PAS negeri.
Sumber dalaman PAS negeri sendiri memberitahu, Exco terbabit semalam bertindak mengadakan rundingan langsung dengan seorang kontraktor (pro Umno) di luar mesyuarat kerajaan negeri.
Bagaimanapun, sumber itu enggan memberitahu nama sebenar exco terbabit. 
Pun begitu, katanya lagi Exco terbabit mempunyai hubungan erat dengan Pengerusi SYABAS Tan Sri Rozali Ismail dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din.
Ujarnya, Exco terbabit pernah menjadi perhatian khalayak apabila mengadakan  'rundingan dalam gelap' dengan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo (Umno) untuk membawa PAS bergabung dengan Umno menubuhkan kerajaan bercampur selepas 8 Mac 2008 lalu.
"Seorang pemimpin jamaah boleh direct nego, sedangkan dulu kita (Pakatan Rakyat) berpegang bahawa direct nego ini mempunyai unsur rasuah, menzalimi kontraktor yang layak, merugikan duit rakyat kerana kos projek akan melambung dan sebagainya.
"Setakat ini, mungkin siasatan dalaman akan dilakukan dalam masa terdekat, tapi elok juga kalau SPRM masuk sebab jamaah PAS tak perlu pemimpin yang mementingkan krono dan tak amanah," ujar seorang wakil rakyat Selangor yang juga pemimpin PAS negeri.
Sehingga kini, tiga pemimpin PAS Selangor dilantik sebagai Exco. Mereka adalah Datuk Dr Hasan Mohamad Ali (Adun Gombak Setia), Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Iskandar Abdul Samad (Adun Chempaka).
Dijangka isu ini bakal sekali lagi mengoncang integriti kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat walaupun Exco terbabit bakal mendapat keistimewaan di sisi media arus perdana pro Umno BN. -END
http://alhusseyn51.blogspot.com/2011/03/dubuk-umno-dalam-pas.html

TAK CUKUP ANWAR WARTAWAN JUGA KENA FITNAH?

Posted: 27 Mar 2011 06:48 PM PDT

Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.

Baca laporannya sebelum ini di sini.

EZAN SUDAH MENUERAH SEBELUM PRU 13?

Posted: 27 Mar 2011 04:44 PM PDT

Ezam berkata beliau akan berjuang untuk membantu BN merampas semula Selangor. — gambar fail
BANTING, 27 Mac — Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.
"Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bugis dan Mesyuarat Agung Kelima Persatuan Kebajikan Pekerja Bugis Sabah (PKPBS) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli. — Bernama

Tiada ulasan: