Khamis, 17 Mac 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Zul Kulim Mahu Serah Bulunya Jika Anwar Tidak Berbuat Demikian

Posted: 17 Mar 2011 04:06 AM PDT

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, jalan singkat berkenaan ialah dengan memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) milik beliau berhubung kes liwat yang dihadapinya bagi mencari kebenaran dan keadilan bagi kedua-dua pihak.

Macam pelik pula apabila beliau mengajar orang mengenai kejujuran dan kebenaran sedangkan beliau sendiri telah mengkhianati rakyat dengan melompat dari Parti Keadilan Rakyat ke Bebas. Beliau berbicara mngenai Saifuddin Nasution melompat dalam isu N. Gobalakrishnan.

"Bukan soal Mahkamah. Sepatutnya Anwar melompat ambil peluang sebagaimana Saifuddin Nasution melompat tunjuk cek dalam isu N Gobalakrishnan dan sebagainya. Nampak "double standard". Beranilah..tunjukkan keberanian, kejujuran dan berdepan dengan kebenaran," katanya memetik portal UMNO Online, semalam.

Zul Kulim terlebih ke depan dalam menimbulkan isu DNA ini. Adakah beliau seakan-akan mahu jadi Perdana Menteri dengan membodek pimpinan BN. Adakah suara beliau akan didengari Anwar untuk meyerahkan DNA atau DNA beliau akn dijadikan sampel?

Anggota Bomba Dipukul Kerana Tidak Siram Air

Posted: 16 Mar 2011 07:47 PM PDT



ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar, George Town pagi semalam.


Seorang pegawai bomba tidak menduga, penat lelahnya bersama-sama 28 anggotanya memadamkan kebakaran sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini semalam bertukar kecoh apabila dia pula dipukul seorang penduduk.
Kejadian memalukan itu berlaku pukul 7.45 pagi apabila seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan dikatakan gagal mengawal emosi selepas permintaannya supaya anggota bomba menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tidak dipenuhi oleh pegawai berusia 50 tahun terbabit.
Ekoran itu, dia terus memaki hamun mangsa sebelum bertindak bergelut dengan ketua operasi berkenaan sebelum dileraikan oleh anggota lain. Mereka kemudian menghubungi polis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya dukacita dan kesal dengan kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

Tiada ulasan: