Khamis, 17 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Lancau Adil! lagi nak kelentong ke???

Posted: 16 Mar 2011 08:20 PM PDT


Cara agih subsidi air mesti adil - Berita Hairan

Mekanisme khusus penting elak berlaku ketirisan, pembaziran
KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi air kepada golongan yang disasar memerlukan satu mekanisma khusus bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dan benar-benar memberi manfaat kepada golongan berkenaan.


Adil Kepala Hotak dia! woi! apasal berita ni tergantung? nak kelentong orang kampung ke,kalau adil kenapa swastakan syarikat air?
Mekanisme apa? ketirisan apa ke lancaunya?? orang nak air percuma lah bodoh!
Kenapa tangkap dan halang demo penswastaan air?
Kalau adil kenapa Rozali jadi kaya - raya?
Kalau Adil kenapa tak nak kembalikan hak air kepada rakyat? Kenapa nak swastakan? itu semua nak kayakan kroni - kroni sendiri selepas semua hasil air yang di rembat dan di berikan pada towkay - towkay! Tak payah lah nak kelentong,tak payahlah nak bodohkan melayu! melayu dah ramai yang kena bangangkan!

Jangankan Orang Utan Malah Baboon pun akan pengsan kerana Ketawa!

Posted: 16 Mar 2011 06:46 PM PDT



SISTEM PILIHAN RAYA MALAYSIA BERWIBAWA :NAZRI- mstar

Sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah berwibawa berdasarkan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengendalikan 12 pilihan raya umum sejak 1959, kata Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah oleh semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan yang diiktiraf.

"Bagaimanapun ini tidak bermakna tiada ruang untuk melakukan reformasi dan transformasi dalam sistem sedia ada.

"Bahkan SPR sentiasa responsif terhadap perubahan semasa dengan melakukan proses rekayasa menerusi usaha pengupayaan dan penambahbaikan dalam pengurusan operasinya demi untuk memperkasakan sistem pilihan raya sekaligus demokrasi Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Jangankan 1 malaysia malah seluruh Mahkluk Tuhan di alam maya ni akan berguling - guling ketawa bila terbaca berita ni,pertubuhan berok - berok sedunia akan terguling - guling tergelak kaw - kaw punya! Ni nak tanya sket...Belacan ni datang dari galaksi mana? planet mana?

Mempercayai kata - kata Putu Mayam ni sama lah juga dengan mempercayai bahawa berat mama penguin hanyalah 25 kilograms sahaja..Kah..Kah...Kah

Teresa Kok ni pun satu,cuba la tanya ada berapa banyak selipar jepun yang putu mayam ni ada...kah...kah..kah

Semenjak pilihanraya 1959 kita sudah kena kelentong kaw - kaw, 1 malaysia kena "auta Power" kalau tak caya cuba tanya putu mayam ni kenapa tak nak mansuhkan undi pos?Kenapa tak nak pakai dakwat kekal ?Kenapa tak nak celup dakwat lepas mengundi? ada berapa banyak pengundi hantu?

kenapa daftar pemilih keluar masuk kawasan?Ada berapa ramai polis,tentera dan penjawat awam yang punya 2 mykad? ada berapa banyak bangla,vietnam,mynmar di beri mykad?

Tak caya cuba "try" cari satu berita yang tersiar seminggu sebelum pilihanraya kecil tenang!gerenti kita akan jumpa gambar mat monggol dengan satu geng yang baru di beri mykad!

Tiada ulasan: