Senyum Tangis Sendu |
Akhirnya Luahan Ini Disambut Kosmo Posted: 16 Mar 2011 01:02 AM PDT Pada dua hari lepas, kijang ada buat posting mengenai RTM yang gagal menyiarkan sukan nombor satu negara iaitu perlawanan bola sepak dan disusuli dengan perlawanan badminton antara Chong Wei dan Lin Dann. Berikut adalalah artikel yang kijang tulis di sini dan disiar di Kosmo hari ini. PARA peminat sukan tempatan nampaknya seperti sudah hilang sabar apabila Radio dan Televi- syen Malaysia (RTM) masih terus gagal menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2011 sehingga malam tadi. Selepas berlalu tujuh perlawanan Liga Super yang bermula pada 29 Januari lalu tanpa sebarang perlawanan pun disiarkan secara langsung oleh RTM, aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi turut gagal disiarkan. Malah aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada awal pagi kelmarin, turut tidak disiarkan secara langsung oleh RTM yang sering melaungkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'. Kecewa dengan sikap acuh tak acuh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tentang soal siaran langsung sukan tempatan itu, satu laman Facebook yang dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' telah dibuka. Sehingga semalam, seramai 2,485 sudah menyertai laman Facebook berkenaan sebagai tanda desakan supaya Rais sebagai orang yang paling berkuasa di RTM mendengar rintihan rakyat Malaysia yang mahu- kan aksi Liga M disiarkan secara langsung. RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, Astro diumumkan sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun. Namun, Astro bukanlah pemegang hak eksklusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu. Masalah timbul apabila RTM dikatakan mahukan 'diskaun berlebi- han' sedangkan bayaran yang dikenakan Astro ialah RM6 juta setahun, sama seperti jumlah dibayar RTM kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini. Bukan semua rakyat Malaysia melanggan saluran berbayar Astro terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan slogan 'Sukan menyatukan kita semua' tetapi bagaimana untuk menyatukan rakyat jika RTM tidak menyokong sukan tempatan. Sumber: Kosmo |
Warga Emas Kena Tipu Diruangan Maya RM400,000 Posted: 15 Mar 2011 08:01 PM PDT Gara-gara cinta mendalam terhadap 'kekasih maya' yang hanya dikenali di sebuah laman web sosial, seorang wanita warga emas terpedaya hingga kerugian hampir RM400,000 akibat ditipu. Wanita berusia 58 tahun yang juga pesara itu berkenalan dengan kekasihnya enam bulan lalu sebelum mula dipujuk rayu supaya memasukkan wang ke dalam akaun dengan alasan kiriman wang pos (:money order:) untuk membiayai sebuah projek lebuh raya dan pemasangan lampu isyarat di Kuching, Sarawak, gagal ditunaikan. Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye berkata, disebabkan kasih dan cinta yang mula berputik, mangsa sanggup memasukkan sejumlah wang tunai ke dalam beberapa nombor akaun yang diberikan beberapa kali sehingga nilainya mencecah RM370,000, Februari lalu. Menurutnya, mangsa juga dijanjikan wang berkenaan hanya pinjaman dan akan dibayar balik dalam masa terdekat. "Suspek menyamar dengan menghantar gambar seorang lelaki berkulit putih dan berperwatakan menarik sehingga mangsa jatuh cinta walaupun tidak pernah mengenalinya. "Mangsa tidak menyedari sebenarnya dia berurusan dengan empat individu yang sememangnya merancang menipunya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam. Ghee Lya berkata, apabila wang yang diminta semakin banyak, saudara mangsa cuba menasihatkannya dan akhirnya mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir, 7 Februari lalu. "Polis berjaya memberkas empat individu yang disyaki terbabit dalam penipuan itu iaitu dua warga Nigeria, seorang warga Uganda yang juga pelajar sebuah kolej dan seorang warga tempatan. "Semua mereka ditahan di sekitar Sungai Buloh, Selangor, Dang Wangi, Kuala Lumpur dan Mantin, Negeri Sembilan," katanya. Menurutnya, tiga warga asing terbabit dituduh di mahkamah, mengikut Akta Imigresen 1959/63, sementara warga tempatan berkenaan masih disiasat. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan