Anak Sungai Derhaka |
- Eh! Demo Minta DNA boleh.. Demo bantah minta DNA tak boleh?
- Arman PERKASA meracau meminta DNA Anwar lagi... (Video Inside)
- Jika dah bersetubuh dengan saya.. Tunjuk dimana ‘birth mark’ saya - Ummi Hafilda
- Jepun arah pekerja abai loji, keadaan dipercayai tak terkawal
- Injil BM : Kebebalan pemimpin UMNO terserlah..
- Loji Nuklear di Malaysia : Muhyiddin jangan Sombong.
- Bila Malaysia pernah menjana tenaga guna Nuklear nie??
- Saya tidak pernah berurusan dengan Baginda - Ummi
- Krisis Nuklear kini bermula
- Alooo.. Latuk Seri! Cari alasan lainlah nak naikkan tarif elektrik tu..
Eh! Demo Minta DNA boleh.. Demo bantah minta DNA tak boleh? Posted: 16 Mar 2011 07:18 AM PDT Demo bantah DNA, Ketua, Timbalan AMK Pulau Pinang ditahan polis NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan timbalannya yang dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini. Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah. "Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis," kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan. Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan Anwar dari manipulasi bukti mahkamah Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak 'disentuh' polis. Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran. Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti. |
Arman PERKASA meracau meminta DNA Anwar lagi... (Video Inside) Posted: 16 Mar 2011 05:51 AM PDT Antara kata-kata Arman Azha Ketua Wira Perkasa dalam Video clip dibawah ialah.. " Kita rakyat Malaysia sebulat suara kita nak pemimpin yang betul-betul tulus, kita nak pemimpin yang benar-benar bersih, memahami jiwa rakyat." Kita rakyat Malaysia sebulat suara?? Bila pulak aku wakilkan kat dia untuk bercakap ni? DNA: NGO Melayu desak mahkamah guna kuasa paksa Anwar Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 16 Mac – 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa kerajaan melalui mahkamah untuk menggunakan kuasanya untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana enggan menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat yang dihadapinya sekarang. Pemimpin NGO itu juga mempersoalkan keengganan Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu bekerjasama dengan mahkamah yang mengadili kes tersebut. "Anwar kata suara rakyat adalah suara keramat tapi sekarang beliau tidak dengar apa yang rakyat mahukan, kenapa beliau masih berdegil dan engan menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah? "Oleh sebab itu, saya desak mahkamah gunakan kuasa veto dengan mengarahkan polis menahan Anwar untuk mendapatkan sampel DNA, bukan susah sangat... kenapa perlu dipanjangkan perkara ini," kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohd Ali Baharom pada sidang media di sini. Beliau berkata keengganan Anwar itu akan menyebabkan kes liwat yang membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat diselesaikan dengan segera. "Jangan panjangkan perkara ini, kita mahukan keadilan... rakyat juga nak tahu sama ada Anwar terlibat atau tidak. "Kalau benar beliau tidak terlibat kenapa mesti takut? Serahkan sahaja dan biar mahkamah tentukan beliau salah atau tidak," katanya. Sementara itu, Pengerusi Gabungan Badan NGO Malaysia Md Radzi Daud, sebagai seorang tokoh pemimpin Anwar perlu menyerahkan sampel DNA bagi membuktikan beliau tidak bersalah. "Kita tidak mahu perkara ini dipolitikkan, kalau boleh biar perkara ini diselesaikan di mahkamah... kenapa Anwar mesti bimbang? Bak kata pepatah Melayu berani kerana benar jadi kenapa kena takut. "Apa besar sangat Anwar sehingga mahkamah tak boleh ambil sampel DNA? Kebal sangatkah Anwar ini? Perkara ini mudah dan cepat diselesaikan kalau beliau serahkan DNA dan tidka perlu jadikan ia isu nasional," katanya. Menurut beliau, rakyat mahu kes liwat itu diselesaikan dengan segera kerana ia sudah mengambil masa yang terlalu lama. "Benda ini mudah tapi diperbesarkan... benda ini kecil tapi dipolitikkan. ""Kita mahukan keadilan, ketelusan dan kebenaran, kalau Anwar benar beliau tidak perlu takut... serahkan sahaja DNA dan biar mahkamah tentukan," katanya. Dalam pada itu, Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah memberitahu, tindakan Anwar enggan menyerahkan sampel DNA bertentangan dengan dasar keterbukaan yang diperjuangkan bekas timbalan perdana menteri itu. "Kata tentang keadilan, apa beza Anwar dengan Saiful? Dua-dua rakyat Malaysia tapi kenapa susah sangat Anwar serahkan sampel DNA, ia untuk buktikan sama ada bersalah atau tidak tapi kenapa beliau enggan. "Rakyat sekarang dah jelak dengan perangai Anwar ini, rakyat nak tahu apa yang berlaku... adakah beliau nak bawa perkara ini sampai pilihan raya umum nanti?" soalnya. Jelas beliau, demi keadilan dan kebenaran Anwar perlu menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah. "Beliau (Anwar) kena buktikan beliau bersih, adakah kita mahukan pemimpin yang macam ini? Isu DNA ini kecil tapi diputarbelitkan Anwar sampai jadi isu nasional. "Kalau betul tak bersalah serahkan sampel DNA, selesaikan masalah ini segera," katanya. Timbalan Presiden Pertubuhan Pemanda dan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Malaysia Mohd Syahrir Abdul Aziz pula berkata Anwar seolah-olah kebal kerana tidak boleh disentuh. "Kita bukan nak melangkaui kehakiman tapi yang pelik kenapa Anwar ini kebal? Perkara ini jadi isu hangat yang dibincangkan, pelik kenapa Anwar tak boleh serahkan sampel DNA... kalau orang biasa mungkin dah kena hukum. "Jadi kenapa susah sangat Anwar nak serahkan sampel DNA, kalau benar beliau bukan peliwat serahkan sahaja untuk bersihkan namanya," katanya. Pada minggu lalu kumpulan sama telah berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA berhubung kes liwat itu. Kelmarin pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau. Antara NGO yang membuat desakan ialah Gabungan Badan NGO Malaysia, Pekida, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Pro-waris, Persatuan Masyarakat India DBKL, Persatuan Bekas Polis, Alumni Belia 4B, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Persatuan Wanita Selayang, Persatuan Wanita Kota Raja dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). The Malaysian Insider |
Jika dah bersetubuh dengan saya.. Tunjuk dimana ‘birth mark’ saya - Ummi Hafilda Posted: 16 Mar 2011 02:41 AM PDT Apalah nak jadi dengan perempuan sorang ni.. dia cabar Baginda untuk menunjukkan dimana 'Birth mark' yang ada di tubuh dia pulak dah.. Kalaulah Baginda jawab masa projek itu dijalankan suasana adalah suram dan gelap.. apa pula dia nak kata? Tapi.. orang kata kalau sekali sekala punya projek tu.. mana nak perasan 'Birth Mark' tu ada di mana..Orang kata... bukan aku kata.. "Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya 'birth mark' yang ada di tubuh ini!" Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. " Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan. " Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan. " Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya," tegas Ummi Hafilda Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang. Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit. Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu. " Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan. " Saya harap dia boleh berbangga bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini. " Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini," tegasnya. Oleh SYAHRIL A. KADIR Artikel asal... Tell Me Where My Birthmark Is! March 15, 2011 By SYAHRIL A. KADIR "If it's true that he used to have sexual intercourse with me then he should tell me where my birthmark is!" That was the statement that Ummi Hafilda Ali gave to Mynewshub.my regarding the threat that a businessman gave to her which he said that he would travel the whole country to reveal the scandal between both of them in the past. Baginda Minda, who claimed that the business partner for a project that is linked to the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) said that he can't bear anymore accusation that Ummi has given to Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baginda said that when Ummi was making all those accusations, including about the morality of the leader of the opposition, she has a scandal of herself in London. "I do not deny the fact that I do know Baginda, as he would always attend meetings with my ex-business partner back then, Datuk Sng Chee Hwa where we would always talk about things regarding on the business that we were working on. "This is not the first time that he had made those kind of accusations, I have even made a police report because of all those false claims that he have made. "And all of the sudden he's back, after being gone for quite a while. I swear by the name of god, that I have never had any sexual intercourse with him and I'm even prepared to commit "muhabalah" (cursed oath) about it," said Ummi firmly. About 10 years back, Baginda had accused Ummi Hafilda where he claimed that she had made a deal with then Finance Minister, Tun Daim Zainuddin that he would make a confession which to oppose the opposition leader. Baginda claimed that the deal requires Ummi to lie in the witness stand so that she could receive a small part in the KLIA project which was worth billions RM. Thus, Baginda said that Ummi then got cheated by Daim and she got nothing from the deal which then, she had to use Mohd Saiful Bukhari Azlan's issue instead to get money. She then further elaborate, he would again lodge a police report on accusations that Baginda has made. "He (Baginda) was proud when he mentioned that we used to have sexual intercourse with me but he has no such thing as evidence, pictures and not even any business documents. "I hope that he could stay proud telling the whole world, even his family, that we used to make love. But believe me, I never afraid to keep on fighting to beat all of these cunning tactics. "By the name of Allah, I would like to say that those claims were all false, I wont give up on people who keep on trying to bring me down especially through this disgusting method," she said. MyNewsHub |
Jepun arah pekerja abai loji, keadaan dipercayai tak terkawal Posted: 16 Mar 2011 02:10 AM PDT TOKYO, 16 Mac — Jepun hari ini mengarahkan kesemua pekerjanya bertindak keluar dari kawasan loji tenaga nuklearnya di sebelah timur laut yang rosak teruk akibat bencana berganda Jumaat lalu. This handout picture shows the damaged third (L) and fourth reactors of the TEPCO Fukushima No.1 power plant in Fukushima, north of Tokyo, March 16, 2011 Arahan itu dikeluarkan ekoran peningkatan paras radiasi yang terbocor ekoran siri kebakaran dan letupan di kompleks tenaga nuklear Fujishima hari ini, lapor agensi berita Kyodo. Perkembangan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Jepun sudah tidak mampu untuk mengawal krisis nuklear ekoran tragedi gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata kerja-kerja merenjis air ke atas reaktor-reaktor yang terlampau panas terganggu disebabkan arahan mengabaikan loji berkenaan. "Kesemua pekerja terpaksa menggantung operasi mereka. Kami telah menggesa mereka agar mengosongkannya dan mereka telah melakukannya," kata beliau. Pekerja-pekerja terbabit telah dibenarkan kembali setengah jam kemudian selepas kadar radiasi jatuh. Peningkatan kadar radiasi adalah ekoran kebakaran di Unit 4 kompleks tenaga nuklear terbabit, kata pegawai agensi keselamatan nuklear Jepun. Kejadian itu dipercayai telah merosakkan ruang tekanan reaktor, paip berisi air di luar teras nuklear yang merupakan sebahagian daripada sistem pendinginan kecemasan. Krisis nuklear ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa dan membayangi sebahagian kerja-kerja mencari dan menyelamat ekoran tragedi Jumaat lalu. Bencana berganda ini, yang paling buruk dalam sejarah 140 tahun Jepun dikhuatiri telah menyebabkan kematian lebih 10,000 orang. Pihak berkuasa bekerja keras untuk mengelakkan malapetaka alam sekitar lebih buruk di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak ke utara Tokyo.-The Malaysian Insider Workers Evacuated From Stricken Japan Nuclear Plant Japanese officials have suspended operations aimed at preventing a stricken nuclear plant from melting down, after a surge in radiation made it too dangerous for workers to remain there. The chief government spokesman, Yukio Edano, told reporters that radiation levels at the quake-stricken Fukushima plant spiked at mid-morning. He said the remaining workers at the plant were evacuated to a safe area, because of the risk posed by the increased radiation. Edano said levels have now receded somewhat, and that officials are monitoring them to determine when it would be safe to send the workers back into the plant. Early Wednesday, what appeared to be white smoke was rising from one of the reactors at the plant, which was crippled by last week's devastating earthquake and resulting tsunami. Edano said officials were trying to determine the cause of the smoke, but that the most likely cause is steam escaping from a ruptured containment vessel in one of the reactors. Japan's government is trying to avert a major nuclear disaster from the crippled plant. Tens of thousands of people have been evacuated from a 20-kilometer area around the facility. Authorities also are rushing doctors and emergency supplies to thousands of people who have been left without food, water and shelter following the 9.0 magnitude earthquake and subsequent tsunami. Japan's NHK television on Tuesday quoted government officials as saying that 3,000 are confirmed dead, but more than 10,000 are missing and feared dead. The scale of the triple disaster is enormous. U.N. Office for the Coordination of Humanitarian Affairs spokesperson Stephanie Bunker told VOA Tuesday she has not seen a disaster quite like this before. Television pictures from hard-hit Sendai show people lined up for water and canned food, and some stores rationing food sales to 10 items per person. In other areas, the 100,000 personnel deployed by the government are attempting to rescue survivors stranded by the flood waters and mountains of debris. Rescue crews still are struggling through debris-blocked roads to get to hundreds of thousands of people whose towns and villages were leveled by Friday's earthquake and tsunami. The government says 15,000 people have been rescued and 450,000 have been evacuated nationwide. Voice of America |
Injil BM : Kebebalan pemimpin UMNO terserlah.. Posted: 16 Mar 2011 12:40 AM PDT Oleh Wira Arjuna Ahad (13 Mac 2011) – Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kucing dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik. Ini kerana menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan walaupun berlarutan sejak 2010. Selasa( 15 Mac 2011) pagi – Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan di mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan Jemaah Menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat. Selasa (15 Mac 2011) Petang – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang di tahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini. Urutan peristiwa di atas menunjukkan sekali lagi : 1. Muhyiddin Yassin sama ada tidak tahu menahu mengenai perkembangan penting dalam isu-isu nasional ATAU lebih mencemaskan (bagi beliau) Perdana Menteri Najib Razak bertindak tanpa merujuk kepada orang keduanya. 2. Hishamuddin cuba meletakkan masalah penahanan Kitab Injil itu ke atas bahu Peguam Negara dan tidak sama sekali berani untuk mengumumkan keputusan kerajaan untuk tiba-tiba membenarkan Kitab Injil itu dibenarkan masuk. Sebaliknya tugas itu diserahkan kepada Idris Jala, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 3. Idris mendakwa tindakan kerajaan itu selaras dengan Warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal. Namun beliau tidak pula menjelaskan kenapa penahanan di Pelabuhan Kelang dibiar berterusan sejak 2009 dan di Pelabuhan Kucing sejak Januari lalu. Bagaimana secara tiba-tiba Perdana Menteri Najib Razak begitu cekap dan bingkas membuat keputusan setelah isu itu dibiarkan tertunda sejak 2009? Jawapannya amat berkait rapat dengan pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan sebelum Julai ini. Sarawak adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk beragama Kristian yang paling tinggi di Malaysia. Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumus keputusan Najib bukan berasaskan keinginan mempertahankan kebebasan agama golongan minoriti tetapi mengira jumlah undi yang akan diperolehi atau dihilangkan jika beliau tidak bingkas membuat sesuatu keputusan. Mungkin lebih mendukacitakan adalah Najib, sepupunya Hishamuddin atau pun Muhyiddin tidak langsung mempunyai keberanian untuk mengumumkan keputusan itu walaupun mendakwa diri sebagai pemimpin kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia. Soal siapa yang harus mengumumkan keputusan itu turut diwarnai dengan politik perkauman. Justeru yang mengumumkan kesediaan kerajaan Umno-BN menarik balik penahanan buku Kitab Injil itu adalah Idris Jala, seorang menteri Kristian. Rasanya tidak perlu dihuraikan kenapa Idris dipilih dan bukan Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden Umno Hishamuddin Tun Hussein atau Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Najib Razak yang sendiri membuat pengumuman itu. Sekali lagi politik perkauman dan kelebihan undi menjadi kunci pertimbangan utama segala keputusan kerajaan 1Malaysia Umno-Barisan Nasional. TVS News |
Loji Nuklear di Malaysia : Muhyiddin jangan Sombong. Posted: 16 Mar 2011 12:18 AM PDT SHAH ALAM 16 MAC : Exco Pelancongan, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong kesal dengan kenyataan sombong dan tidak berlandas fakta dan nilai saintifik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa projek Janakuasa Nuklear Malaysia tetap akan diteruskan walaupun ia mendatangkan bahaya seperti yang berlaku di Jepun. Elizabeth turut mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang meluluskan projek sebelum penilaian keselamatan dilakukan. "Pegangan Muhyiddin bukannya sains, atau pelaksanaan polisi berdasarkan fakta, ia hanyalah keangkuhan. "Ini bukan cara menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Semua teknologi merbahaya perlu melalui penilaian dan proses yang teliti melalui pelbagai agensi selain dipamerkan untuk penilaian awam sebelum sebarang kelulusan polisi diberikan untuk pelaksanaannya," tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Dalam kenyataan ketika sidang media di Putrajaya semalam Muhyiddin tidak memberi kenyataan jitu mengenai hal ini tetapi menyatakan perkara paling penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Beliau juga menaruh kepercayaan terhadap agensi yang bertanggungjawab atas alasan 'mereka' (agensi terbabit) tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik Apabila ditanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti. Isu projek Nuklear Malaysia menjadi kecoh berikutan kejadian magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun sehingga mengakibatkan reaktor nuklearnya di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah dan menyebabkan puluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi. Elizabeth turut menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap sikap Muhyiddin yang tidak peka terhadap perkembangan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng yang didakwa diserahkan kepada sebuah syarikat Australia. Menurut Elizabeth lagi, pendedahan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia bernilai RM700 juta yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp membuktikan betapa kerajaan hanya pentingkan keuntungan berbanding keselamatan rakyat. "Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan fikiran. Mana lebih penting? Keselamatan Awam atau janji dengan rakan niaga mereka? " soal Elizabeth lagi. TVS News |
Bila Malaysia pernah menjana tenaga guna Nuklear nie?? Posted: 15 Mar 2011 11:45 PM PDT Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa pentadbirannya tidak menjana tenaga melalui penggunaan kuasa nuklear kerana pernah mengalami "pengalaman buruk" dengan teknologi tersebut. Oleh itu, katanya, kabinet hanya menyokong penggunaan empat cara menjana kuasa, iaitu bahan api, arang batu, gas dan hidro (bekalan elektrik). Tambahnya, kabinet tidak menyokong pilihan tenaga nuklear kerana terdapat satu kebimbangan mengenai bagaimana hendak melupuskan sisanya. Tambahan pula, kata Dr Mahathir, "kita pernah mengalami pengalaman buruk dengannya." Beliau bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut apakah "pengalaman buruk" tersebut. Bagaimanapun, memang menjadi pengetahuan umum bahawa Institut Teknologi Nuklear Malaysia di Bangi pernah mengendalikan sebuah reaktor mini ujian pada tahun 1980-an. Bercakap kepada pemberita selepas satu majlis di Cyberjaya hari ini, Dr Mahathir berkata Malaysia masih melakukan lebih banyak penyelidikan tentang teknologi lakuran (fusion) jika ia bercadang membina loji kuasa nuklear. Malaysiakini |
Saya tidak pernah berurusan dengan Baginda - Ummi Posted: 15 Mar 2011 08:00 PM PDT "Saya tidak takut kerana tidak pernah berurusan bahkan tiada satu surat pun yang mengaitkan saya dengannya. Demi Allah demi Rasul, semua itu tidak pernah berlaku. kata Ummi Hafilda Kah..kah..kah.. tipu makcik pakcik kat Felda tu boleh la Cik Ummi ooiii.. kenyataan ini 'I had sex with Ummi Hafilda in London' telah dibuat oleh Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda di dalam Mahkamah suatu masa dulu.. sila baca di SINI Ummi Hafilda tidak gentar pendedahan Baginda Minda IPOH 15 Mac - Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali memberitahu, dia tidak gentar sekiranya Baginda Minda yang mendakwa dirinya sebagai bekas rakan niaga wanita itu, ingin mendedahkan 'skandal' masa lalunya. Menurut Ummi Hafilda, dia hanya mengetahui Baginda Minda sebagai seorang pemandu kepada seorang wakil rakyat Kapit, Datuk Sng Chee Hua dan tidak pernah mengenalinya secara peribadi, malah jauh sekali untuk mempunyai hubungan dengannya. "Saya tidak takut kerana tidak pernah berurusan bahkan tiada satu surat pun yang mengaitkan saya dengannya. Demi Allah demi Rasul, semua itu tidak pernah berlaku. "Ini sudah melampau kerana jika benar kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Baginda Minda, saya akan menggunakan peruntukan undang-undang untuk polis menyiasat perkara itu kerana ia merupakan satu jenayah fitnah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ummi Hafilda mengulas mengenai laporan sebuah berita portal propembangkang hari ini mengenai Baginda yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan 'skandal' wanita itu pada masa lalu. Baginda Minda yang mengaku dirinya sebagai rakan niaga Ummi Hafilda untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut mendakwa wanita tersebut mempunyai skandal dengannya di London. Selain itu, Baginda Minda turut mendakwa Ummi Hafilda telah membuat satu perjanjian dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin supaya berbohong di kandang saksi sewaktu perbicaraan kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkannya diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA bernilai berbilion ringgit. Namun begitu, Baginda Minda mendakwa Ummi Hafilda telah ditipu Daim sehingga menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa 'menjaja' isu liwat melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. Dalam pada itu, Ummi Hafilda menyifatkan Baginda Minda sememangnya orang upahan Anwar dan perbuatan memfitnahnya itu ibarat tuduhan tidak berasas. Lidah Rasmi UMNO |
Posted: 15 Mar 2011 07:41 PM PDT Betapa agungnya kuasa Allah.. dihantar Air kita tewas.. dihantar api pun kita tewas.. TOKYO - Dunia dijangka bakal menyaksikan krisis nuklear terburuk dalam tempoh puluhan tahun apabila sebuah lagi loji nuklear di Jepun meletup, pagi semalam. Insiden terbaru itu meningkatkan lagi kemungkinan tragedi lebih buruk berlaku di negara maju itu selepas dua letupan berlaku di loji nuklear sejurus Jepun dilanda gempa bumi kuat yang mencetuskan tsunami, Jumaat lalu. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan dalam ucapan di televisyen berkata, radiasi telah merebak daripada empat reaktor nuklear di Fukushima, iaitu wilayah paling teruk terjejas selepas dilanda gempa sekuat 9.0 pada skala Richter. "Tahap radiasi di udara adalah tinggi dan terdapat risiko berlakunya lebih banyak kebocoran radiasi," katanya, semalam. Krisis nuklear terbaru itu adalah yang terburuk pernah dialami Jepun sejak bom atom digugurkan Amerika Syarikat (AS) di bandar Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua, 65 tahun lalu. Kan turut mengarahkan penduduk yang tinggal dalam lingkungan jarak 30 kilometer dari loji itu supaya berlindung di dalam rumah bagi mengelakkan pencemaran radiasi. Selain letupan ketiga, reaktor nuklear keempat di loji sama sedang terbakar dan turut membebaskan lebih banyak sinaran radiasi, menurut Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano. "Tahap radiasi di udara berhampiran loji itu sudah mencecah tahap yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Kami nasihatkan semua penduduk supaya tidak keluar dari rumah," katanya. Tahap radiasi berhampiran salah sebuah reaktor itu dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi berbanding tahap selamat. Seramai 50 pekerja di loji itu sedang berusaha mengalirkan air ke dalam reaktor tersebut sebagai proses penyejukan. Jumlah korban akibat gempa dan tsunami minggu lalu disahkan mencecah 2,400 sehingga semalam dan 10,000 lagi dikhuatiri terkorban selepas sebuah bandar ditenggelami air. Sementara itu, Jabatan Geologi AS menaik taraf kekuatan gempa bumi itu daripada 8.9 kepada 9.0 pada skala Richter, bermakna gempa tersebut adalah 1.5 kali ganda lebih kuat daripada jangkaan awal. |
Alooo.. Latuk Seri! Cari alasan lainlah nak naikkan tarif elektrik tu.. Posted: 15 Mar 2011 10:40 AM PDT Kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tarif elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan. Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan. Nampaknya dari Barisan Nasional ini, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui terpaksalah mencari alasan lain pula untuk menaikkan tarif elektrik kali ini kerana harga minyak dunia dilaporkan tiba-tiba jatuh dibawah paras US$108 (RM328.30) satu barrel buat pertama kalinya berikutan krisis nuclear di Jepun.. korang bacalah berita yang aku paste dibawah ni.. Tak apa Datuk Seri.. cakap sajalah Kroni tak cukup untung jadi terpaksalah dinaikkan tarif elektrik tu.. Oil slides further on Japan nuclear concerns March 15, 2011 LONDON, March 15 — Oil prices dropped sharply today with Brent crude falling below US$108 (RM328.30) a barrel for the first time in nearly three weeks as a deepening nuclear crisis in Japan heightened risk aversion across financial markets. Japan's nuclear crisis is equivalent to number six on the INES scale of nuclear accidents from one to seven, Kyodo news agency quoted the French Nuclear Agency as saying. The 1986 Chernobyl disaster was a seven and Three Mile Island a five. There was panic buying in Tokyo shops after explosions at two nuclear reactors sent a low-level radioactive wind towards the capital, although officials said radiation levels at the stricken Fukushima Daiichi nuclear complex had fallen after an earlier spike. April Brent fell US$4.29 to US$109.38 a barrel at 1212 GMT after earlier falling by more than US$5 to as low as US$107.88. US crude for April dropped US$3.35 to US$97.84 after slipping as much as US$4 earlier in the session. "This is a massive risk off day today," said Christin Tuxen, analyst at Danske Bank. "The risk averse sentiment is coming through both in the equity market and euro/dollar. It's weighing on oil even though fundamental drivers should suggest an upside." At one point, Japanese stocks plunged more than 14 per cent, heading for their biggest drop since 1987 as concerns grew over the economic impact of the unfolding disaster. Oil demand from Japan, the world's third-largest user, is likely to decline in the short term as manufacturing and transport stall but could then rise as the country seeks to replace nuclear with oil-fired power during reconstruction. The International Energy Agency (IEA) said today global oil demand was likely to be lower than previously forecast in 2011 as a result of a price shock and trimmed its forecast by 10,000 barrels to 1.44 million barrels per day. SAUDI TROOPS IN BAHRAIN Oil markets were also keeping a close eye on developments in the Middle East where Bahrain declared martial law today, a day after Saudi forces arrived in the Sunni-ruled kingdom to help restore calm following weeks of protests by the island's Shi'ite Muslim majority. Opponents of Bahrain's Sunni ruling family called the move a declaration of war, while Iran denounced it as unacceptable and the United States urged its nationals to leave the island, which is home to the US Navy's Fifth Fleet. "The oil market is eyeing both developments in the Middle East and in Japan," said Harry Tchilinguirian, head of commodity markets strategy at BNP Paribas. "While the tensions in the Middle East represent upside risk to oil prices, the disruption to activity in Japan, and regionally through its trading ties with China, is leading oil prices lower for now." In Libya, Muammar Gaddafi's jets bombed rebels yesterday in a counter-offensive that has pushed them back 160km in a week, far outpacing diplomatic efforts to impose a no-fly zone to help the insurgents. On the data front, markets were looking towards weekly US inventory numbers from industry group American Petroleum Institute. A Reuters poll indicated US crude oil stockpiles probably rose by 1.8 million barrels last week. — Reuters |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan