Ahad, 13 Mac 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Sah Kalau Di Bawah BN, Ramai Suka Seks

Posted: 13 Mar 2011 05:36 AM PDT

Parlimen Marang P.37 merupakan kerusi yang di menangi oleh PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu yang dimenangi oleh Tuan Guru Presiden, Tuan Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam Parlimen Marang mempunyai empat DUN iaitu DUN Alur Limbat N.17, DUN Bukit Payung N.18, DUN Ru Rendang N.19 dan DUN Pengkalan Berangan N.20.

Tiga dari empat DUN tersebut adalah dimenangi oleh BN kecuali N.19 yang dimenangi oleh PAS menerusi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Walaupun menang satu kerusi di Parlimen Marang, PAS berjaya mengekalkan DUN Ru Rendang.

Hari ini akhbar melaporkan bahawa Pegawai ADUN dari Parlimen Marang telah didapati berkhalwat dengan seoran wanita dari negara jiran iaitu Indonesia yang berusia 34 tahun di dalam sebuah kereta. Siapakah pegawai itu dan dari DUN manakah lelaki yang berkhalwat itu?

Lelaki tersebut adalah pegawai dari ADUN yang diperintah oleh BN sama ada dari DUN Alur Limbat N.17, DUN Bukit Payung N.18 dan DUN Pengkalan Berangan N.20. Jika sah terbukti maka ini menujukkan bahawa Pegawai ADUN  tersebut mengikut jejak Rais Yatim yang menyukai wanita Indonesia.

Kegiatan seks dalam pemimpin sememangnya tidak dapat dielak. Di Merlimau, mereka banyak menabur risalah fitnah dan seks. Akhirnya mereka terkantoi juga dengan penyebaran risalah apabila Skuad Kamera berjaya merakam aksi mereka ketika mengedar risalah seks dan lucah kepada pengundi.  

Maka berhati-hatilah jika mahu memilih wakil-wakil dari BN kerana keturunan mereka mempunyai kadar seks yang amat tinggi sehinggakan semua golongan berani melakukan dikhalayak ramai tanpa rasa ada perasaan segan dan silu.


Tiada ulasan: