Ahad, 13 Mac 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BUKAN SEPERTI TUNISIA DAN MESIT KATA ANWAR

Posted: 13 Mar 2011 09:14 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan akan dilakukan mengikut proses demokrasi, melalui peti undi dan pilihan raya umum.

Berucap di majlis pelancaran Buku Jingga dan majlis mengumpul dana PKR Wilayah Persekutuan malam tadi, Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak akan mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

"Kita tak nak buat benda-benda seperti di Mesir atau Tunisia. Jika kita mahukan demokrasi, kita akan lakukannya melalui peti undi dan melalui pilihan raya umum.

anwar ceramah"Dan kami di sini untuk menang," berkata Anwar, yang juga ketua umum PKR.

Katanya, Malaysia ialah sebuah negara yang hebat dan cantik dan ia 
tidak sepatutnya dipimpin oleh mereka yang korup dan tamak.

Tunisia berdepan dengan penentangan rakyat Disember tahun lepas. Apa yang bermula sebagai demonstrasi rakyat, merebak ke seluruh negara itu, dan akhirnya mengakibatkan kejatuhan Presiden Zine El Abidine Ben Ali. 

Ia diikuti oleh demonstrasi di Mesir sehingga membawa kepada penyingkiran Presiden Hosni Mubarak - yang memerintah negara itu selama 30 tahun.

ULTRAMAN KETAKUTA:KARTUNIS TIDAK SENSITIF..?BERGAMBAR

Posted: 13 Mar 2011 07:24 AM PDT

KURANG ASAMNYA KARTUNIS MALAYSIA?

Posted: 13 Mar 2011 06:11 AM PDT


 Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisiBerita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.
Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: "Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.
"Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun."
Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun "Ultraman" lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami.
Jepun dilanda gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun kelmarin dan disusuli tsunami.
Lebih 1,600 orang sudah disahkan mati dan 10,000 lagi dikhuatiri hilang.
Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi.
Beliau antara lain berkata, "(saya) mengelak (hadir) satu lagi majlis kahwin, kena bergegas ke pejabat. Tak boleh telan nasilah. Kami buat satu kesilapan besar. Minta maaf kepada setiap orang."
Penerbitan karikatur yang dihasilkan oleh "Zoy" mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meminta akhbar itu memohon maaf.
Satu lagi mesejnya berbunyi "salam. Berita Harian sudah meminta maaf dan kesal. Mengaku terlepas pandang."
Pengarah Komunikasi PRK Nik Nazmi Nik Ahmad dalam mesej Twitternya minta mereka yang mengecam penyiaran karikatur itu supaya menandatangani petisyen protes terhadap akhbar tersebut.
Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar pula berkata, "isu kartun Berita Minggu amat mendukacitakan, langsung tidak mewakili rakyat Malaysia yang bersama merasai keperitan yang dihadapi rakyat Jepun."
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menulis "malang sekali kartun tsunami itu diterbit di bawah kolum Pengarang Kumpulan (Berita Harian) sendiri."

Ummi: Buku Dr. M bukti saya tidak fitnah Anwar

Posted: 12 Mar 2011 05:50 PM PST


KUALA LUMPUR 12 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali lega dengan pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memoirnya berhubung salah laku seks bekas timbalannya itu.
Menurut Ummi Hafilda, segala yang didedahkannya mengenai Anwar selama ini telah disahkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam buku bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Justeru, katanya, tulisan Dr. Mahathir itu merupakan satu bentuk pengiktirafan kepadanya yang telah berjuang untuk menentang 'kemungkaran' Anwar sama ada di segi politik mahupun peribadi sejak 13 tahun lalu.
"Antaranya dalam muka surat 649 hingga 689, Dr. Mahathir ada menyebut bagaimana saya menghantar surat pertuduhan terhadap Anwar kepadanya sehinggalah saya menarik balik surat tersebut.
"Melalui buku itu juga, Dr. Mahathir menjelaskan beliau kemudian mengetahui saya telah disoal siasat secara kasar oleh pihak polis dan kerana tidak tahan, saya ambil keputusan untuk tarik balik surat itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ummi Hafilda menambah, tulisan bekas Perdana Menteri yang menyentuh tentang kes itu turut menafikan tuduhan Anwar sebelum ini bahawa kononnya wujud konspirasi ke atasnya.
Oleh itu, katanya, Anwar diminta tampil menyaman Dr. Mahathir atau dirinya sendiri demi membuktikan segala pendedahan ke atas salah lakunya selama ini adalah tidak benar.

LUASKAN JALAN MENUJU PUTRA JAYA

Posted: 12 Mar 2011 04:39 PM PST

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas.  "Kita mesti menang semua kerusi.  Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya".
Selain itu, Anwar (gambar kanan) meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang.  Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan.
Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN.  Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.  Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang.  Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP.
Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi.  Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie.
Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.  Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga.  "Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya.
Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat.  Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat.
Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan "pemuda yang beriman dan kental semangat".  Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..."
Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan.  Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku.
Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan.  Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu.  Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat.  Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien.
Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah.
Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Tiada ulasan: