Sabtu, 5 Mac 2011

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Posted: 05 Mar 2011 03:41 AM PST

Tak perlu ikut rentak Najib

Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor menyebut bahawa kerajaan negeri Selangor hanya bersedia untuk membubarkan dewan negeri selepas 2012. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan PM Najib Tun Razak bahawa kemungkinan beliau akan menimbang memanggil pilihanraya umum awal setelah melihat keputusan dari pilihanraya dewan negeri Sarawak yang dijangka ta berapa lama lagi.

Saya bersetuju dengan pendirian Tan SDri Khalid itu, jika benar sangat Najib mahu mendapatkan mandate baru ekoran menjadi PM menggantikan Dollah badawi selepas PRU lalu, mengapa pula negeri-negeri lain perlu menjadi mangsa. Penggal yang ada baru masuk penggal ketiga, kalu benar Najib tergiur sangat mahu mengukur popularity beliau, bubar sahaja Dewan Rakyat, negeri-negeri tak perlulah mengikut rentak dan tari beliau.

Sesungguhnya bagi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, ia baru sahaja diperingkat memperbetulkan kepincangan pengurusan kerajaan Umno terdahulu. Perancangan yang ada sedang dalam peringlat perlaksanaan, "result" atau pencapaiannya belum menyeluruh.

Contohnya bagi proram Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) umpama pemberian air percuma, masih ramai lagi belum merasainya khasnya yang tinggal dipangsapuri dan rumah pangsa. Ini kerana masih banyak bil tertunggak diperingkat badan pengurusan masing-masing dan meter-meter pukal belum dialihkan ke meter individu. Adalah dijangkakan penyelesaian ini akan memakan masa setahun dua lagi.

Rata-rata rakyat negeri Selangor telah mula merasai perubahan yang dibawa oleh pentadbiran yang baru. Kepincangan dan ketempangan, kronisma, nepotisma dan salah guna kuasa, amalan biasa kerajaan terdahulu sudah semakin hilang dan dihapuskan.

Biarlah Najib berpilihantaya diperingkat parlimen jika benar beliau terlalu ghairah mendapatkan mandate baru. Kerajaan negeri PR samada di Selangor mahupun Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak seharusnya melayan nafsu serakah beliau itu.

Namun jentera kita sudah bersedia untuk mempertahankan kerusi parlimen yang ada dan jika boleh mahu menyumbang kea rah pertambahan bagi mengukuhkan hasrat PR mengambil-alioh Putrajaya.

Teruslah Tan Sri pertahankan Selangor, kita besilat dengan Najib digelanggang parlimen.

Posted: 04 Mar 2011 10:09 PM PST

Roslan SMS Corner kembali dikemaskini........

Maaf sudah lama tidak kemaskini blog ini. Saya ditegur baru-baru ini dalam sebuah program tamrin di Shah Alam oleh seorang Muslimat, mengapa lama tak update? Dan pagi tadi saya menerima panggilan dari seorang pengunjung setia, bertanyakan adakah apa-apa masalah yang menimpa diri saya sehingga tidak mengemaskini blog ini. Saya terharu dan malah nyatakan pada beliau kebetulan memang saya berniat mahu melakukannya mulai hari ini.

Terima kasihlah kepada para pengunjung yang prihatin, samada yang saya kenali mahupun tidak.

Tiada alasan yang kukuh dapat saya berikan selain terlalu tertumpu kepada kerja-kerja lain sehingga tidak terbangkit selera untuk mengemaskini. Mungkin perkembangan sejak kebelakangan ini juga turut menyumbang dalam membunuh keinginan menulis, namun sebenarnya saya mencuri masa juga menulis dan tulisan itu saya sumbangkan kepada sahabat saya Sdr MSO untuk dimuatkan dalam akhbar mingguannya SIASAH. Itupun minggu baru ini saya terlepas "dateline".

Apa pun hari ini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melancakan Karnival Sambutan Tiga Tahun kerajaan PR Selangor bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

Telah tiga tahun kerajaan baru Selangor yang dianggotai PAS, PKR dan DAP diberikan amanah memerintah negeri bertuah ini sejak berjaya menumbangkan kerajaan BN diterajui Umno pada 8 Mac 2008 lalu.

Lantas perayaan ini membuatkan saya terpanggil untuk terus menghidupkan kembali blog ini mudah-mudahan apa sahaja sumbangan dapat diberikan dengan harapan kerajaan pilihan rakyat ini akan terus kekal memerintah untuk penggal-penggal seterusnya. Jangan lagi BN dan Umno yang pincang dan tempang itu kembali berkuasa memunahkan negeri ini sebagaimana sebelumnya.

Sekali lagi terima kasih kepada semua pengunjung yang setia insyallah blog ini akan hidup seperti biasa mulai hari ini.

Insyallah saya akan turut memuatkan artikel-artikel saya dalam SIASAH di sini bagi mereka yang tidak dapat memperolehi naskha akhbar berkeaan.

Tiada ulasan: