Sabtu, 5 Mac 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video Eksklusif: Jawapan Mazlan Aliman Tentang Kenyataan Ahmad Maslan Soal Felda Plantations!

Posted: 05 Mar 2011 06:41 AM PST

Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau: Lebih "50 Tahun" Terabai Maka Rakyat Perlu Buat Perubahan Jika Mahu Pembangunan Datang Ke Kawasan Mereka

Posted: 04 Mar 2011 09:18 PM PST

Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau digesa membuat perubahan sekiranya mahu kemajuan tiba di kawasan mereka. Itulah hakikat yang perlu ditelan biar pun pahit sebenarnya. Pembangunan di Kerdau sememangnya sesuatu yang perlu kerana kawasan itu jelas dilihat terpinggir daripada arus pembangunan sebenarnya. Entah apakah yang dilakukan oleh Wakil Rakyat BN sejak lebih 50 tahun berkuasa disitu agaknya. Adakah mereka ini layak digelar wakil rakyat?. Bayangkan bila wujudnya Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, barulah kita tahu bahawa kawasan itu jelas sekali begitu dahagakan pembangunan. Malah, TPM Mahyuddin Yassin sendiri menjelaskan dan mengakui hakikat itu. Soalnya sekarang, siapa yang berkuasa di situ sejak sekian lama. Adakah parti pembangkang atau UMNO BN?. Sungguh sayu dan pilu bila melihat deretan rumah kedai udang masih menghiasi Pekan Kerdau. Malah, jalan masuk ke pekan itu juga hanya boleh dilalui satu hala oleh kenderaan berat. Malah, ketika pilihan raya kecil ini berlangsung, jalan sehala juga terpaksa dilalui oleh kenderaan biasa. Ini sungguh memalukan sebenarnya. Apakah layak UMNO BN terus dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu?. Sedangkan mereka tidak membawa pembangunan kepada kawasan terbabit. Jika diperkatakan bila tiba pilihan raya kecil barulah pembangunan diutamakan, maka kenapa ia tidak berlaku selepas pilihan raya kecil Sanggang (kawasan lama untuk Kerdau) dulu. Pemimpin UMNO BN hanya berjanji dan terus berjanji, sedangkan kawasan DUN Kerdau terus berada pada tahap yang sungguh membimbangkan sebenarnya.


Bukti, deretan rumah kedai "Ala Koboi" masih menghiasi Pekan Kerdau

Bukti, jalan ke Pekan Kerdau yang terlalu kecil menyulitkan pengguna

Lagi bukti bergambar senario sebenar Pekan Kerdau sejak sekian lama
Begitu juga dengan pembangunan di sekitarnya, seperti di Batu Sawar, Rumpun Makmur dan kawasan yang berhampiran. Baru sekarang mereka sedar bahawa masih ada kawasan yang langsung tidak menikmati bekalan air walau pun selepas lebih 50 tahun merdeka. Maknanya, kerajaan UMNO BN tidak sedar akan senario ini. Atau mungkin juga mereka memang tidak cakna dan prihatin dengan kebajikan dan nasib rakyat.

Sogokan Janji Pembangunan Terus Di Amalkan

Soalnya sekarang, kenapa baru sekarang mereka menabur segala limpahan pembangunan kepada penduduk di kawasa itu?. Baru sekarang jalanraya tar yang lebih baik dibina. Malah, rakyat dijanjikan dengan pembinaan masjid, klinik, dewan, gelanggang futsal dan sebagainya?. Apakah begitu mudah rakyat di Kerdau boleh digula-gulakan sebegitu rupa. Mungkinkah janji-janji ini akan ditunaikan jika BN kalah dalam pilihan raya kecil ini?. Sedangkan, ketika mereka menang di situ sejak 50 tahun dulu pun mereka tidak sedar akan pembangunan di kawasan terbabit. Maknanya, janji hanya tinggal janji sebagai retorik untuk memancing undi dalam pilihan raya. Paling menyedihkan, ketika inilah baru Felda mahu melayan masalah para peneroka dan generasi kedua. Lihat apa yang berlaku di Jengka 22, biar pun sudah lama mereka melangsaikan hutang namun hingga kini mereka masih belum mendapat Geran Hak Milik. Begitu juga dalam soal wang bantuan tanaman semula (SES), sekian lama berjuang baru sekarang Felda mahu memberikan baki wang RM13,000 yang menjadi hak mereka itu. Apakah ini bukan untuk membeli undi namanya. Soalnya, isu SES ini berlaku juga di kawasan Felda yang lain di seluruh negara. Jika benar, Felda mahu memberikan wang SES tersebut maka mereka harus melayan dan memberikannya kepada semua peneroka yang sudah lama menanti hak mereka dan bukannya hanya di Felda Jengka 22 sahaja.


Bukti, projek Dewan Orang Ramai dan Futsal "mee segera" di Jengka 22

Bukti, projek jalan baru ke Simpang Kerdau dari Songsang (Temerloh)
Inilah buktinya yang Felda dipergunakan oleh UMNO Barisan Nasional untuk membeli undi agar mereka terus berkuasa di DUN Kerdau. Apa guna BN terus berkuasa jika masa yang telah diberika selama ini dibiarkan begitu sahaja. Mujurlah ada wakil rakyat yang meninggal dunia, bayangkan jika ini tidak berlaku. Makanya, DUN Kerdau pasti akan terus terpinggir

Imej Pekan Koboi Bakal Kekal Jika BN Menang

Sebagai kesimpulannya, sanggupkan rakyat Kerdau melihat kawasan itu terus dikekalkan dengan imej "Pekan Koboi"?. Ia sungguh memalukan dan menghina rakyat sebenarnya. Sepatutnya Pekan Kerdau sudah dibangunkan dengan bangunan batu yang serba moden. Bayangkan dengan rumah kedai kayu yang usang sudah lebih 30-40 tahun itu terbakar, pastilah ia akan menyebabkan seluruh pekan terbabit hilang dari kaca mata kita. Makanya, usahlah terus terhina dengan mengundi calon BN lagi. Fikirlah nasib dan masa depan generasi akan datang. Kerdau sepatutnya sudah lama maju, kerana di situ ada stesyen keratapi. Bukankah banyak barangan dari Selatan Thailand, Pengakalan Kubur, Rantau Panjang dan sebagainya yang boleh dibawa ke situ menggunakan keretapi. Jadikan Kerdau sebagai transit untuk barangan dari kawasan terbabit bagi menaikkan imej serta meningkat ekonomi penduduk setempat. Namun, kenapa ini tidak berlaku?. Namun, kenapa Stesyen Keretapi itu akhirnya ditamatkan operasinya di Kerdau?. Kenapa pemimpin BN tidak memikirkan ia boleh meningkat ekonomi penduduk di situ agaknya? Sedangkan Pekan Kerdau letaknya di laluan dari Temerloh ke Jerantut. Jaraknya dengan Temerloh juga tidak terlalu jauh, kenapa limpahan pembangunan tidak boleh sampai ke situ sejak sekian lama. Kenapa masih terlalu daif nasib penduduk di situ agaknya. Inilah yang perlu difikirkan oleh rakyat Kerdau.

Apa Guna Menang Jika Penuh Dengan Penipuan


Pemimpin UMNO BN boleh menjanjikan apa saja, kerana semua media massa dikawal oleh mereka. Janji-janji projek pembangunan yang ingin dibawa sebenarnya adalah untuk memancing undi rakyat. Puluhan juta wang dipunggah untuk menawarkan projek pembangunan dan tidak termasuk untuk merasuah pengundi itu sendiri. Malah disesetengah tempat, ada sumber yang mengatakan mereka ditawarkan RM500 hingga RM1,000 jika mengundi BN pada hari pengundian 6 Mac ini. Semua ini membuktikan BN sudah terdesak untuk menutup "pekung" mereka. Selama ini mereka abaikan Kerdau, kini mereka terpaksa melakukan apa saja untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya kecil kali ini. Tambahan pula Kerdau terletak dalam negeri Pahang yang merupakan negeri kelahiran Perdana Menteri, Najib Razak. Kemenangan di Kerdau akan mencerminka sokongan rakyat kepada UMNO BN dan kepimpinan Najib sendiri. Namun, apalah guna kemenangan jika ia disulami dengan unsur-unsur ugutan, rasuah, penyelewengan dan penganiayaan kepada rakyat. Rakyat sepatutnya malu untuk memangkah calon BN di DUN Kerdau. Ini kerana calon BN yang merupakan seorang lulusan agama sanggup bersekongkol dengan parti yang menggunakan rasuah dan penyelewengan untuk sebuah kuasa. Maka itu, Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak layak untuk berbicara soal agama sekarang ini, kerana jelas dan terang-terangan beliau telah lari dari perjuangan memartabatkan agama Islam itu sendiri. Demi kuasa mereka sanggup lakukan apa saja!.

Contohi Rakyat Triang Jika Mahu Pembangunan

Akhir kalam, rakyat di DUN Kerdau sepatutnya bersyukur kerana mereka berhadapan dengan pilihan raya kecil. Sedangkan, rakyat di kawasan lain di Pahang kini senantiasa mengharapkan pilihan raya kecil berlaku di kawasan mereka. Ini kerena mereka tahu, banyak projek pembangunan dan kebajikan rakyat akan dijaga sepanjang tempoh berkempen. Malah, mereka tahu kemewahan dan wang ringgit akan ditaburkan kepada mereka demi untuk memenangi dan membeli undi mereka. Ingatlah, undi pembangkang Kerdau maju undi BN Kerdau akan terus ketinggalan. Lihat apa yang berlaku di DUN Triang yang sudah lima penggal diwakili oleh parti pembangkang,YB Leong Ngah Ngah (foto) dari DAP. Pembangunan dan kemajuan yang dinikmati oleh rakyat di kawasan Triang lebih terjamin sebenarnya. Malah di Pekan Triang sendiri, banyak projek pembangunan berjaya dijalankan oleh kerajaan. Ini kerana kawasan itu adalah milik pembangkang. Maknanya, tidak semestinya memilih pembangkang maka rakyat akan dinafikan hak untuk pembangunan. Jika tidak masakan YB Leong Ngah Ngah boleh bertahan hingga lima penggal. Malah, beliau juga berjaya menang di beberapa buah kawasan Felda dalam DUN Triang. Maknya, jika kena caranya maka rakyat akan tetap mahukan perubahan. Justeru itu, selamat mengundi buat warga Kerdau. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang. Jika memilih BN maka selagi itulah mereka akan terus dianak tirikan. Undilah calon PAS, Hasanuddin Salim untuk perubahan besar di DUN Kerdau.

[Maka itu, dengan sedikit maklumat ini rakyat perlulah berfikir sebelum membuat tindakan. Usahlah gadaika n nasib rakyat hanya kesilapan sendiri. Pangkah PAS maka pembangunan akan datang ke Kerdau. Malah, rakyat Kerdau harus bersyukur kerana PAS menyertai pilihan raya kecil ini. Dengan adanya pilihanraya ini maka limpahan pembangunan datang ke kawasan mereka. Namun, harus diingat inilah yang berlaku ketika Pilihan Raya Kecil Sanggang dulu. Selepas UMNO BN menang, maka kawasan DUN Kerdau terus tersadai tanpa pembelaan. Apakah kita mahu tengok "pisang berbuah dua kali". Oleh itu, lakukanlah perubahan mulai sekarang. Pastikan setiap undi anda memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Jangan terpengaruh dengan omongan kosong kononnya hanya UMNO BN yang boleh memerintah negara ini dan mentadbir DUN Kerdau jika tidak mahu "Pekan Koboi" terus dikekalkan. Perjuangan harus diteruskan dalam apa jua cara sekali pun. Selamat mengundi !].

Parti PAS "Melancarkan" Buku Kuning "Gerhana Dalam Pemerintahan UMNO BN" Di Bumi Pahang, Soalnya Mana Pergi Buku Jingga Adnan Yaakob !!

Posted: 04 Mar 2011 08:22 PM PST

KERDAU, 5 Mac [12.23 pm] - PAS hari ini melancarkan Buku Kuning "Gerhana Dalam Pemerintahan UMNO/BN Di Pahang". Majlis yang diadakan selepas sidang media di Markas Induk PAS dekat sini itu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Buku terbitan Jabatan Penerangan PAS Pahang (JAPEN) itu antara lain mengupas beberapa isu berkaitan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob. "Kita tunggu kenyataan MB Pahang yang akan mengeluarkan buku jingga kedua, namun hingga ke hari terakhir kempen nampaknya tiada tanda-tanda beliau akan berbuat demikian. Makanya, kita terbitkan pula buku kuning ini", kata Dato' kepada media. Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah berkata pelancaran buku kuning dibuat bagi mendedahkan dan memberi maklumat jelas kepada rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Pahang sejak sekian lama UMNO BN memerintah. Antara perkara yang disentuh ialah isu projek sakit, peneyelewengan bahan api, inden kenderaa SUK dan Rumah Rehat Bentong. Selain dari itu turut didedahkan ialah kelemahana pengurusan Kerajaan Negeri, isu pendidiakn, ekonomi, kelemahan pengurusan tanah, hutan dan alam sekitar, gejala sosial dan kemiskinan. Turut didedahkan ialah sikap kerajaan UMNO BN yang tidak peka ke arah pemerkasaan institusi pembangunan agama Islam di negeri ini. Lain-lain yang dibongkarkan ialah isu nasional dan informasi daripada Buku Jingga.


Inilah agaknya Buku Jingga II yang diwar-warkan oleh Adnan itu
[Gara-gara Menteri Besar Pahang yang tidak faham mengenai Buku Jingga maka akhirnya beliau dimalukan oleh dirinya sendiri. Mana pergi Buku Jingga Kedua yang diwar-warkan oleh Adnan Yaakob itu agaknya?. Bukan sahaja gagal mengeluarkan buku yang dimaksudkan, malah Adnan begitu sombong menafikan Laporan Audit Negara yang telah dibuat secara profesional dan disahkan oleh Ketua Audit Negara itu. Bagi Adnan segala yang dilakukan semuanya betul. Sebaliknya beliau lupa banyak kepincangan Kerajaan Negeri Pahang yang boleh didedahkan dan akan memalukan dirinya. Justeru itu, Adnan diseru menjawab segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dengan baik bukan menjawab "MB tidak tahu hal kewangan". Mudah benar beliau menjawab tatkala ditegur dan dibangkitkan oleh para wartawan. Rakyat Pahang perlulah melakukan perubahan segera jika benar mahu menyelamatkan negeri ini dari terus dirundung malang akibat kerakusan pemimpin yang khianat seperti itu. Lakukan perubahan demi masa depan].

Tiada ulasan: