Ahad, 27 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Time for the Umno elite to wean off sex-scandals, anything-goes mentality

Posted: 27 Mar 2011 08:31 PM PDT

Time for the Umno elite to wean off sex-scandals, anything-goes mentalityMalaysians are fast becoming blunt to the sexual imbroglios of their politicians, but this is not a good sign of any growing maturity but rather a negative signal that unless the authorities take steps to arrest it, dishonesty, obscenity and an "anything-goes" mentality will soon be the hallmarks of Malaysian culture.
"I am not shocked by whatever happens now. How is anyone to know if Shazryl is or is not Datuk T? Let the police carry out investigations without fear or favour to find out who the scoundrel is," Ramon Navaratnam, chairman of the Centre for Public Policy Studies, told Malaysia Chronicle.
He was referring to businessman Shazryl Eskay, who together with former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik and Perkasa treasurer Shuaib Lazim, have confessed to screening a videotape allegedly showing a man who resembled like Opposition Leader Anwar Ibrahim having sex with a prostitute.
The three men had called themselves the Datuk T trio, claiming their motive in making public the video as well as their demands for Anwar and wife, PKR president Wan Azizah, to step down was because they wanted leaders of good morality to lead the nation.
Baca lagi »

Video : Tinjau Kubu Kuat Sendiri, BN Gentar?

Posted: 27 Mar 2011 08:21 PM PDT

Lynas to send top guns to ground over radiation fears

Posted: 27 Mar 2011 08:16 PM PDT


A Kuantan resident signs a banner protesting the building of the Lynas rare earths plant in Gebeng on March 20, 2011. — File pic
KUALA LUMPUR, March 28 — Rare earths miner Lynas Corp will be sending senior management officials here as opposition builds over its controversial RM700 million refinery in Gebeng, Pahang. Key members of its leadership will be heading down to the ground in Kuantan for a second series of townhall meetings to deal with the local community's rising radiation fears, the Australian company's general manager of brand, communications and community value, Liz Whiteway, told The Malaysian Insider here last week.
The date has yet to be fixed, Whiteway added.
The first round of townhall meetings was organised by the Pahang State Development Corporation (PKPN) in July 2009 and included the Atomic Energy Licensing Board (AELB) and the Department of Environment (DOE) apart from Lynas.
The Malaysian Insider has learnt that only a limited number of local residents were consulted since the project was mooted in 2007.
Local residents who live some 2km away from the Gebeng Industrial Zone have expressed vague uneasiness with having a potentially hazardous radioactive plant in their backyard.
Kuantan resident Sim Chon Siang, who was a part of that initial meeting, complained the explanations were very technical and hard to understand.
Fuziah has been drumming up support from Kuantan folk to halt the Lynas plant from powering up. — File pic
"We didn't know what they were talking about. What are rare earths? What is thorium? What is safe? Most of the time, they just took down notes and said 'We'll get back to you'," the 45-year-old civil engineer told The Malaysian Insider. Sim, who is also a special officer to Kuantan MP Fuziah Salleh, said there has been no follow-up from the local Lynas manager to date.
Fuziah has been drumming up support from Kuantan city folk to halt the Lynas plant from powering up, citing health and environmental risks.
But the federal lawmaker admitted she had not contacted Lynas headquarters in Sydney for a more detailed explanation on how safe its production will be.
"I think they are only interested in profit," Fuziah replied, when asked why she did not do so.
The first-term MP had previously said she was working with Australia's Green Party to pressure their two governments to act on Lynas.
Japan's ongoing nuclear plant crisis, coupled with a recent New York Times (NYT) report highlighting the radioactive waste produced in the rare earth refining process, has revived debate on the issue.
Malaysia's last rare earth plant was in the 1980s in Bukit Merah, Perak, which has been blamed for causing at least eight leukaemia cases, with seven resulting in death.
According to the same NYT report, the Japanese-owned plant operated by Mitsubishi Chemicals is still carrying out a massive RM300 million clean-up, nearly two decades after being shuttered.
Lynas has repeatedly stressed that its rare earths ore is obtained from its mine in Mount Weld, Australia and contains only trace amounts of the radioactive element thorium which, it said, is roughly 50 times less than those found in Bukit Merah.
Lynas is hoping to begin operations in September, and put it on track to compete with China, which produces 95 per cent of the world's supply of rare earths.
The refined mineral is crucial to the manufacture of high-technology products such as smartphones, hybrid cars and bombs.
Lynas is anticipating hitting RM8 billion a year from 2013 based on current prices.

Who says Malaysia is not a police state?

Posted: 27 Mar 2011 08:14 PM PDT

Who says Malaysia is not a police state?Prime Minister Najib Abdul Razak is now furiously backpedalling to prevent a worsening crisis from Umno's failure to convince the rakyat that Opposition leader Anwar Ibrahim was involved in the latest sex video.
The police are now used by Najib as his personal rottweilers to stop Anwar from making political mileage with this latest debacle. They have restricted Anwar's freedom to express or communicate political views, at a scheduled Pakatan Rakyat function.
Policemen had attempted to stop Anwar from speaking but this only incensed the crowd.
Anwar, who was the last speaker for the night, had spoken for about 13 minutes before the police intervened. Anwar had only been given 15 minutes to speak.
When Anwar was stopped from speaking, the crowd responded by throwing chairs and water bottles at the fully-armed 10-man Federal Reserve Unit (FRU) team.
Although Anwar tried to calm the crowd, his voice was drowned by the sound of the 800-odd attendees.
PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Md Akin rightfully condemned the police action of trying to arrest Anwar
"The way that they reacted, in trying to arrest him tonight, it's uncalled for. People's patience has certain limits, reached its patience," said the PKR leader.
Although Anwar eventually left the function and was not arrested, it does raise questions about the legitimacy of this government.
It is Umno which tried to discredit Anwar with the sex video scandal. They tried the Sodomy route but that looks increasingly dodgy by the day.
Baca lagi »

Bila nak spin news ni?!

Posted: 27 Mar 2011 08:12 PM PDT

Didepan 'port' gurkah-gurkah politik... kami tengok sendiri 'banner-banner' Najib dan 1Malaysia dia, diturunkan oleh penguatkuasa MPPP. Tukang yang turunkan poster-poster tu pula kami kenal, apa lagi ..."woit!...pasai apa tuu??!"... "Tak bayaq permit!"... sahabat ini menjerit dari jauh.

Kah..Kah..Kah.. kami tunggu juga kot-kot ada blogger-blogger umno macam Novandri, pisau.net dan lain-lain yang nak spin dan putarbelitkan cerita-cerita 'banner-banner' Najib dan 1Malaysia ini diturunkan disekitar KOMTAR kerana tidak bayar permit pada pihak majlis perbandaran, tapi masih belum ada lagi. Mungkin lagi dua tiga hari lagi ada lah tu kot.

Gurkah-gurkah pun dok tunggu juga kalau-kalau Ghani Jiman yang hobi dia suka buat demo, nak turun buat demo sebab Lim Guan Eng dah turunkan poster-poster Najib ini, tapi tak nampak pula dia. Sibuk meeting laa tuu, kot-kot dok meeting merancang nak buat demo lagi kat mana-mana... Baca lagi »

Tinjau Kubu Kuat Sendiri, BN Gentar ?

Posted: 27 Mar 2011 08:09 PM PDT



SHAH ALAM 28 MAC : Langkah kerajaan meninjau negeri Johor dan menyeru rakyat negeri itu kembali mempercayai kepimpinan kerajaan dilihat seolah- olah kerajaan gentar akan tentangan yang diberikan Pakatan Rakyat, walhal umum sedia maklum negeri itu adalah kubu kuat Barisan Nasional.
Pengarah Pilihanraya PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti bermimpi disiang hari selain ia jelas mengambarkan Gagasan Barisan Nasional gentar dengan pencapaian dan penerimaan kepimpinan Pakatan Rakyat dimata rakyat hari ini.
"Semua tahu, di Johor Barisan Nasional telah diancam oleh Pakatan Rakyat dengan organisasi kepimpinan yang lebih teratur selain lebih ramai yang mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat, ditambah pula dengan langkah awal Pakatan Rakyat dengan membuat penstrukturan semula," kata Jui Meng.
Terbaru, Najib dilaporkan menerusi Berita Harian meninjau negeri Johor sebagai langkah menzahirkan hasrat parti itu mahu menguasai sepenuhnya negeri tersebut.
Tsunami politik menerusi PRU-12 menyaksikan kubu kuat UMNO-BN dipecahkan apabila tiga kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat DAP dan PAS iaitu DUN Sungai Abong, Bentayan dan Maharani serta Parlimen Bakri di daerah Muar.
Baca lagi »

Siapa pendatang?

Posted: 27 Mar 2011 08:01 PM PDT

 
Penulis mengajak pembaca menilai suatu isu besar yang berada di depan mata tetapi sering tidak dibincangkan secara terbuka.


Saya amat menyampah apabila sesiapa sahaja merujuk warganegara Malaysia daripada kalangan kaum Cina, kaum India dan "lain-lain" sebagai "pendatang" dan "bangsa asing".
Ternyata kelompok yang menggunakan istilah berbentuk penghinaan itu tidak tahu membezakan antara "keturunan", "kaum" dan "bangsa" serta tidak tahu sejarah dan asal-usul masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sepatutnya kelompok seperti itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mampu menggugat keamanan dan keselamatan negara dengan membawa unsur-unsur ekstremis dan perkauman melampau.
Saya biasa mendengar penggunaan istilah "bangsa asing" dan "pendatang"; misalnya apabila kelompok tertentu (termasuk Badut Paul Lathic, tentunya) berkata, "Bangsa asing dan pendatang perlu menghormati bla bla bla …" di mana istilah itu digunakan untuk merujuk kepada mana-mana warganegara Malaysia yang bukan "kaum Melayu".
Saya juga amat menyampah apabila kelompok tertentu bercakap mengenai penduduk di Sabah dan Sarawak bagaikan kedua-dua negeri itu bukan sebahagian daripada Malaysia!
Baca lagi »

Perkasa: Melayu bukan bangsa meminta-minta

Posted: 27 Mar 2011 07:57 PM PDT

Kita hanya menuntut hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan - Ibrahim Ali.

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Dato Ibrahim Ali mengingatkan semua pihak bahawa tuntutan Perkasa tidak bererti Melayu Bumiputera adalah bangsa yang meminta-minta.
"Kita hanya menuntut hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.  Ini bukan bererti kita tak hendak bersaing," katanya ketika ditemui wartawan di Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran biro ekonomi Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata hak Melayu dan Bumiputera ada di dalam perlembagaan tetapi tidak dilaksanakan.
"Ada juga hak yang kita tak mahu sebagai orang Islam seperti hak berjudi, nombor ekor dan pusat hiburan. Masyarakat Sabah dan Sarawak patut diberi peluang lebih di dalam bidang ini.
Baca lagi »

Fitnah sebagai senjata paling ampuh

Posted: 27 Mar 2011 07:33 PM PDT

Fitnah terhadap Anwar ini merupakan suatu konspirasi yang jahat yang bertujuan untuk menjatuh dan menghancurkan karier politik beliau.
KUALA LUMPUR: Fitnah menjadi senjata yang paling ampuh untuk menjatuhkan musuh politik yang digunakan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) dewasa ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar.
Merujuk kepada fitnah terbaru yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan pelacur dari China, beliau berkata,
"Fitnah itu lebih bahaya dari membunuh orang.  Adalah menjadi tangggungjawab kita untuk bangkit dan menentang perkara ini.  Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja."
Naib Presiden PAS itu berkata, fitnah terhadap Anwar ini merupakan suatu konspirasi yang jahat yang bertujuan untuk menjatuh dan menghancurkan karier politik beliau.
"Fitnah ini terpaksa disebarkan kerana ia menyentuh soal survival politik dan masa depan Umno dan BN yang semakin terhakis pengaruhnya," katanya dalam satu ceramah di surau Desa Bakti, Selayang dekat sini semalam.
Mahfuz menasihati umat Islam, khususnya orang Melayu, supaya kembali kepada kehidupan yang berasaskan hak dan kebenaran serta jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang disebarkan oleh orang-orang fasik dan munafik.
Lalu beliau
Baca lagi »

Azmin: Menteri Dalam Negeri celaru dan sasau

Posted: 27 Mar 2011 07:09 PM PDT



KUALA LUMPUR: "Menteri Dalam Negeri dah celaru dan sasau," kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Demikian respon beliau dalam twitternya pagi ini berhubung kesalahan tarikh yang tertera dalam notis arahan supaya beliau memberikan keterangan kepada polis.
"Saya terima Notis Seksyen 111 (Kanun Prosedur Jenayah) dari ASP Annas Sulaiman yang mengarahkan saya hadir di IPD (Ibu Pejabat Daerah) Ampang jam 10 pagi ini. (Namun) Tiada alasan diberikan.
"(Bagaimanapun) Notis Seksyen 111  yang diserahkan kepada saya tengah malam tadi bertarikh 26 November 2011," lapor Azmin.
Kira-kira jam 11.30 malam tadi, sepasukan polis 'menyerbu' rumah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak di Taman
Tunku Abdul Razak  (TAR), Ampang. Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.
Polis dikatakan memberi tempoh sehingga Khamis ini.
Kehadiran polis itu  dipercayai ada kaitan dengan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: 'Datuk Najib-
Altantuya' yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, kelmarin.
Pagi ini, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menghadiri majlis perasmian sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Perbahasan bermula. Saya mengambil tempat pertama menjunjung kasih di atas Titah Tuanku Sultan. Bersedia bahas isu rakyat Selangor," lapor Azmin lagi dalam twitternya pagi tadi.

Aduhai Sepucuk surat notis 8 bulan awai boleh pie hantaq dengan 3 kereta polis...

Posted: 27 Mar 2011 07:03 PM PDT


oleh AnakKedah007

Apabila buat kerja kalut maka beginilah jadinya... habih jentera kerajaan dan intitusi polis di gelakkan oleh rakyat jelata....entah lah sampai bila rakyat negara ini akan jadi tak cerdik macam nie...

cuba tengok isu AZMIN ALI nie..awat laa nak serah sepucuk surat sampai kena pie 3 biji kereta polis... awat AZMIN tu penjenayah botak cin kaa sampai diperlakukan sebegitu sekali... suruh saja budak pejabat tu pie hantaq pon boleh....

dan pagi nie kena gelak lagi bila hantaq surat tarikh 26 November 2011.. kira notis 8 bulan awai...jadi dok pie pulon bagi buat apa tengah2 malam esok pagi pon boleh baginya..entahlaaa rakyat Malaysia oii..sampai bila hangpa nak tengok benda2 macam nie berlaku.....

Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.
Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).
Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.
Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.
Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"
Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.
*Chan Wei See 

Jangan benarkan isu video seks lupakan kita kepada isu pokok

Posted: 27 Mar 2011 06:55 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

SUKAR sekali untuk saya menulis kolum kali ini. Selepas hampir dua jam terpaku di depan komputer, melayari pelbagai laman, kaki semakin lenguh menyengat dan pinggang sakit, namun idea belum juga muncul. Apa lagi yang menyiksakan bagi mana-mana penulis selain kebuntuan mencari ilham sedangkan masa bergerak pantas. Akhbar harus dicetak tepat pada masanya.

Juru fisioterapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sering mengingatkan saya agar jangan terlalu "berlama-lamaan" menaip. Harus mengadakan senaman ringan atau paling tidak, menggerak-gerakkan anggota badan setiap 15 minit. Tetapi, adatlah, apabila asyik menulis atau ligat mencari bahan mengejar dead-line, tiga empat jam berlari pantas, segala nasihat terabai. Sedar-sedar, kaki tidak dapat dibengkok dan terasa kebas.
Baca lagi »

Berjihad Di Hadapan Pemeritah Zalim

Posted: 27 Mar 2011 06:51 PM PDT

Oleh: ibnuabbas

" BERJIHAD DI HADAPAN PEMERINTAH ZALIM
ما من نبي بعثه الله في أمة قبلي الا كان له من أمته حواريون و أصحاب يأخذون بسنته و يقتدون بأمره ثم انها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن و من جاهدهم بلسانه فهو مؤمن و جاهدهم بقلبه فهو مؤمن و ليس وراء ذلك من لأيمان حبة خردل

Hadis di atas dipetik dari Sahih Muslim. Maksud hadis adalah seperti berikut

Tiada seorang nabi pun yang Allah utuskan kepada satu-satu umat sebelumku melainkan ada di kalangan umatnya yang menjadi penyokong dan teman seperjuangan; mereka mengambil sunnah perjalanan hidup nabi mereka, dan mereka taatkan arahannya, kemudian sesungguhnya akan menggantikan mereka pengganti-pengganti yang jahat; mereka berkata apa yang mereka tidak buat, dan mereka buat apa yang mereka tidak disuruh.

Maka barangsiapa yang berjihad melawan mereka(pengganti jahat) dengan tangannya, maka dia benar-benar beriman.Dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lidah, maka dia beriman; dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hati, maka dia juga beriman. Dan tiada lagi iman (kalau tidak berjihad melawan mereka dengan hati) walaupun sebesar biji sawi."
HURAIAN
Hadis ini merupakan dalil kewajipan berjihad, sekaligus menyatakan bahawa berjihad merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang.
Inilah amal soleh yang sangat relevan pada masa sekarang. Di saat rakyat ditindas dengan pelbagai kezaliman, ada suara-suara pemimpin masyarakat yang bangkit menegur pemerintah agar memberi dan mengembalikan hak-hak mereka.
Dalam perjuangan zaman moden, kelompok yang berjihad ini dipanggil pihak pembangkang kerajaan. Kalau perjuangan mereka ditentang kerajaan yang zalim, itu tanda benarnya perjuangan itu kerana sudah sunnatullah, ada yang bersama-sama yang haq, dan ada yang bersama-sama yang batil.
Dalam pengajian ilmu fiqh jihad, kita tidak dibenarkan angkat senjata kepada orang yang tidak mengangkat senjata terhadap kita. Lalu dalam konteks negara Malaysia, pertentangan antara haq dan batil adalah dalam bentuk demokrasi pilihanraya. Maknanya jihad sekarang ialah menukarkan kerajaan yang zalim dengan jalan pilihanraya. Tidak ada pertumpahan darah. Oleh itu, tidak benar sama sekali dakwaan sesetengah ahli agama dan ahli politik bahawa jamaah Islam yang memasuki arena politik kepartian di Malaysia adalah berfahaman Khawarij kerana Khawarij menghalalkan darah pemerintah yang dianggapnya menyeleweng dari ajaran Islam.
AMAR MA'ARUF NAHI MUNKAR ADALAH JIHAD
Hadis yang disebutkan di atas digunapakai oleh sesetengah ulama bagi menghuraikan hadis nahi munkar yang terkenal,
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فلسانه  فان لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الايمان
Barangsiapa di kalangan kamu yang telah melihat munkar, maka hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga, maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."
Justeru, di sini kita boleh buat satu kesimpulan mudah iaitu Mencegah kemunkaran merupakan satu bentuk jihad pada jalan Allah. Lebih-lebih lagi, ia disokong pula dengan sebuah hadis lain yang berbunyi,
أفضل الجهاد كلمة حق عند السلطان جائر
Yang bermaksud,
"Selebih-lebih jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang jahat".
Cukuplah dengan tiga hadis ini menjadi dalil bahawa amar ma'aruf  nahi munkar merupakan jihad yang dianjurkan dalam Islam. Dan cukup juga hadis-hadis yang disebut itu sebagai dalil bahawa PAS sebagai sebuah gerakan Islam telah, sedang dan insyaAllah terus menerus melaksanakan kewajipan jihad paling afdhal ini di tanahair Malaysia.
;WALLAHU A'LAM.

Apa Sebenarnya tugas Polis dalam Kes Video seks 3T

Posted: 27 Mar 2011 06:17 PM PDT

Oleh: Cempedak

"Keyataan terdahulu dari IGP mengapa tiada Tangkapan lagi '"Kejadian baru berlaku tiga hari dan kita perlukan masa untuk mengumpul semua maklumat bagi mengesahkan identiti individu yang terbabit dalam rakaman video tersebut." dan mari kita renungkan pulak kerja Polis dalam Kes yang berkait sebelom ini

Mari kita fikirkan kes kes seperti ini yang biasa di bawa oleh rangcangan 999 di TV3, Contoh

satu Kes serbuan di salah satu Rumah Pelacuran di sekitar Ibu Kota
Ketika Serbuan ada 2 bilik sedang di gunakan oleh pelanggang yang sedang asyik berprojek dan di samping itu ada beberapa lagi Pelacur warga asing serta seorang lelaki pertengahan usia (bapak ayam atau tuan punya premis) di premis berkenaan
Dan mereka semua termasuk tuan punya premis itu di bawa ke balai Polis terdekat. untuk di ambil Kenyataan dan di periksa air kencing, Kemudian
Pelacur2 warga asing itu di serah kepada imirgresen untuk tindakkan susulan.
[b]Seorang Pelangang beragama Islam di serah pada Jawi
Seorang lagi pelanggan berbangsa India di lepaskan selepas kenyataannya di ambil polis. (tiada Kes kot)[/b] dan tuan punya premis di saman dan selebihnya di serah kepada tindakan DBKL untuk menilai kembali lesen yang di beri,

Jadi dari kes ini kita nak tahu di manakah kuasa Polis untuk menangkap dan mendakwa dalam kes melanggan Pelacur ini?
Seperti dalam Kes Video 3T, mengapa Perlu Polis meneliti gambaran si Perlaku, sedangkan kes yang jelas ialah pelakuan Jenayah  oleh mereka mereka yang [b]merogol hak priversi orang [/b] dan mereka yang memiliki dan menayangkan video prono di tempat atau kepada orang awam (Merujuk kepada wartawan2)..

kes adalah jelas tetapi mengapa polis memerlukan masa untuk meneliti si Perlaku Pula!.
Jika Si perlaku itu bukan DSAI apa yang hendak Polis lakukan atau
Jika Si perlaku itu benar2 DSAI maka apa pulak kesalahannya yang boleh di ambil oleh Pihak Polis?

dan apakah Polis ini jugak agen politik ataupun baruah UMNO atau mereka ini berkecuali lagi Profesional?
HARUS di Ingat perlakuan sumbang yang di videokan itu adalah satu hak privercy awam walaupun haram di sisi Islam Tetapi ia bukan lah menjadi satu Kesalahan kanun undang2 Negara (kecuali Hudud)
malah di kawasan Bukit Bintang lagi ramai warga warga Negara yang melanggan ayam ayam Cina nie tetapi mengapa tidak di Serbu dan di hukum? malah jika ada serbuan pun  mereka mereka ini (ayam dan Pelanggannya) akan di lepaskan selepas kenyataan mereka di ambil dan Kenapa tidak terus di dakwa?
sebab tidak ada kanun yang mewajibkan mereka ini di sabitkan bersalah. Kecuali pada empunya premis atau tokey2 pemis.
.
Sekarang mari kita Bertanya.. apakah [b]aktiviti Skodeng di tempat2 persendirian[/b] bukan satu Kesalahan lagi di Malaysia?

sebab yang sekordeng tak ada bukti ttapi aksi projek walaupun dengan perempuan simpanan adalah satu kesalahan Kanun di bawah undang2 Malaysia!..

Konspirasi Politik Negara : Freemason Turut Terlibat ???

Posted: 27 Mar 2011 06:16 PM PDT



Dunia politik tanah air nampaknya semaikin bercelaru dari hari ke hari. Ramai rakyat berada dalam keadaan terpinga-pinga dengan situasi politik tanah air kini lebih-lebih lagi dengan negara digemparkan dengan penyebaran video klip lucah yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur cina. Tidak dapat dipastikan siapakah sebenar dalang sebenar yang berselindung disebalik 'Datuk T' yang dikatakan satu-satunya individu yang mempunyai akses video klip asal itu.


Apa yang pasti, konflik ini sememangnya satu konspirasi terancang. Manakan tidak ! Video klip itu diambil dengan cara sembunyi-sembunyi dan pergerakan perempuan dalam video tersebut amat mencurigakan kerana telah menyelongkar laci meja yang berdekatan untuk mengambil jam tangan berjenama Omega milik lelaki yang bersamanya yang dikatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam video tersebut.



Adakah ini perancangan halus daripada 'The Hidden Hand' untuk mencampuri urusan negara kita  yang tercinta dengan memulakannya dengan huru-hara dan ketidakstabilan dalam politik negara ? Terlibatkah negara 'Israel Zionis kecil' dalam konspirasi ini kerana negara kecil ini senantiasa ingin melihat Malaysia kucar kacir ? Atau adakah konspirasi ini dirancang oleh parti-parti politik di Malaysia sendiri ? Ada satu lagi khabar angin mengatakan konspirasi ini dirancang sendiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ? Saya tidak berani menimbulkan sebarang spekulasi di sini kerana saya bimbang ianya boleh membawa kepada fitnah dan memburukkan lagi situasi sekarang.


Jika kita melihat kepada pakaian yang dikenakan ke atas wartawan yang mahu melihat video itu, mereka dipakaikan jubah gelap seolah-olah berada dalam satu ritual Freemason. Adakah Freemason juga bersekongkol dalam penyebaran video seks ini ??? Tahap kerahsiaan yang teramat tinggi memang menjadi intipati kepada ritual-ritual Freemason.


Di bawah ini saya sertakan butiran-butiran konspirasi ini :-


Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

NONEKlip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.


Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Serah semua alat elektronik

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

seri carcosa 9.jpegKumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional,Bernama.
WartawanMalaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbarthe Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

Orang dalam video

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya "untuk mengenal pasti orang dalam video" tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau menemui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.


Jika benar keterlibatan 'pihak luar' dalam konspirasi ini, kenapa serangannya dikenakan begitu teruk ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim ? Atau ianya angkara 'orang dalam' sendiri ? Kita tunggu dan lihat. Sesungguhnya Allah pasti akan membela hamba-Nya yang benar, dan akan membongkar segala kebatilan di dunia ini. Insya Allah.

Adab Muslim : Apabila datang kepada kamu seorang fasik....

Posted: 27 Mar 2011 06:15 PM PDT

Oleh: matuting

"Terlalu banyak isu sekarang ini sehingga memeningkan kepala bagi sesiapa yang mengikutinya. Di sebalik isu, terdapat berbagai-bagai pendapat. Tentu sahaja penerimaan masyarakat juga berbeza, ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya. Kalau setakat berita tentang hal-hal yang berlaku setiap hari seperti kemalangan jalanraya atau berita sukan, mungkin perasaan ingin tahu tidak begitu mendalam kecuali bagi mereka yang betul-betul meminati.

Akan tetapi, yang menjadi tarikan seluruh masyarakat Malaysia atau mungkin juga seluruh masyarakat dunia adalah tertumpu kepada suatu berita yang mengandungi seribu keaiban yang memalukan untuk didengar dan tidak patut diperkatakan lebih-lebih lagi melibatkan moral serta maruah individu.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut membicarakan isu yang dimaksudkan tetapi sekadar untuk mengajak pembaca kembali kepada beberapa adab kita sebagai seorang Islam apabila berhadapan dengan isu-isu seperti ini.

1. Al-Quran sebagai petunjuk orang-orang beriman dan bertakwa.

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
(Al-Baqarah 2:1-5)

2. Kembali kepada petunjuk al-Quran
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
(Al-Israa' 17:97)

3. Menyelidiki 'sumber' berita.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat49:6)

4. Memahami Qazaf (menuduh zina) dan peranan kita sebagai seorang Islam yang taat.
Qazaf
Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.
Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir. (Sumber Buku : Qazaf: Mangsa Fitnah)
Firman Allah dalam surah An-Nur
4. Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - (An-Nuur24:4)
5. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nuur24:5)
6. Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - (An-Nuur 24:6)
7. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:7)
8. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - (An-Nuur 24:8)
9. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur 24:9)
10. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi). (An-Nuur 24:10)
11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (An-Nuur 24:11)
12. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". (An-Nuur 24:12)
13. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:13)
14. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; - (An-Nuur 24:14)
15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. (An-Nuur 24:15)

16. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". (An-Nuur 24:16)
17. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:17)
18. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nuur 24:18) |
19. Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nuur 24:19) |
20. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). (An-Nuur 24:20)

Penutup

Allah telah menetapkan peraturan yang jelas dalam perkara ini untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah.

Insya Allah.

Rakyat perlu bangkit hentikan manipulasi kuasa BN

Posted: 27 Mar 2011 06:06 PM PDT

oleh: Mat Zain Mat Isa
Sekalung tahniah buat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di atas kejayaannya menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Siri Kedua (HKR-PGU II) minggu lalu.
Program bermula Jumaat, 18 Mac dan berakhir malam berikutnya itu adalah bagi menggempur zon utara, melibatkan kawasan Besut dan Setiu. Ia diadakan di Dataran PGU, Belakang Masjid Bandar Jertih, Besut.


Puluhan ribu hadirin silih-berganti membanjiri lokasi perhimpunan sepanjang lebih 24 jam ia berlangsung. Ia dipenuhi beberapa sesi ucapan yang membariskan tidak kurang 15 pengucap tersohor, termasuk dua pemimpin tertinggi PAS, Mursyidul Am dan Presiden.
Hampir kesemua pengucap menyentuh isu berbeza. Jika pun ada persamaan pada tajuk isu, penghuraian dan penghujahan mereka dari perspektif dan sandaran fakta agak pelbagai.
Namun keseluruhan mereka menjurus kepada tema sama iaitu mengapa PAS perlu mengganti Umno selaku pemerintahan negeri dan negara. Bahawa pemerintahan Barisan Nasional (BN) ditunjangi Umno sudah cukup menyusah dan membebankan rakyat.
Di sana semakin terserlah unsur kezaliman, penindasan, pembohongan, penipuan, penodaan hak, perompakan harta rakyat dan berbagai kebobrokan yang sudah mencapai tahap yang tidak sayugia dikompromi lagi.
Isu pemanipulasian kuasa oleh BN antara yang banyak dibongkar beberapa pengucap utama di himpunan tersebut. Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail misalnya, mendedahkan bagaimana kosnpirasi jahat BN bersama polis dan pihak lain mengekang kemaraan pembangkang.
Beliau merujuk secara khusus kes fitnah liwat terhadap Penasihat Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan kini. Huraian beliau yang agak terperinci mendedahkan percanggahan fakta perbicaraan amat ketara yang sekaligus menampakkan institusi kehakiman negara sedang dipersendakan BN.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, pula banyak membicarakan ketempangan demokrasi khususnya berhubung perjalanan pilihan raya yang berat sebelah. BN didakwa memanipulasi kuasa ke atas beberapa agensinya, terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memastikan parti pemerintah itu dapat mengekalkan kuasanya.
Menurutnya, BN banyak belajar daripada pengalaman Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Tsunami politik yang terhasil daripada proses yang disifatkan lebih demokratik ketika itu jelas tidak menguntungkan BN.
"Inilah (PRU 2008) bukti, apabila demokrasi dilaksanakan dengan sebenarnya, rakyat diberi peluang memilih secara adil, BN boleh ditumbangkang," ujar Mohamad Sabu.
BN seakan hilang punca, terutama setelah ia tumbang di lima negeri dan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. Riak dan tingkahnya selepas itu hingga kini tidak menampakkan ia bersedia mengulangi proses pilihan raya setelus 2008.
Justeru, rakyat tidak harus meletakkan harapan tinggi untuk melihat proses demokrasi lebih baik dalam pilihan raya nanti. Setakat ini BN tidak menunjukkan komitmen meyakinkan untuk memenuhi tuntutan rakyat, terutama demi melihat perjalanan pilihan raya yang adil dan bersih.
Isu ketempangan demokrasi turut disentuh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau antara lain mendesak agar BN menghayati amalan demokrasi secara yang lebih positif sebagaimana diamalkan negara-negara maju yang menggunakan sistem demokrasi.
Untuk itu, BN mesti menghentikan manipulasi kuasa ke atas jentera kerajaan, termasuk menyalahgunakan media milik kerajaan untuk kepentingan politik partinya. Beliau mengambil contoh bagaimana saluran tv dan radio RTM dimanipulasi sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak BN ketika berlangsungnya beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini.
Abdul Hadi menyifatkan tindakan BN memperalatkan media milik kerajaan untuk kepentingan politiknya sebagai tindakan tidak bermaruah dan menyalahguna wang rakyat.
"RTM (tv) masuk tiap-tiap buah rumah. Kita tengok sepanjang (tempoh kempen) pilihan raya, (tv) berkempen untuk BN. Sedangkan RTM ini (media kerajaan) beroperasi dengan duit rakyat.
"Bukan semua rakyat sokong BN, bukan semua rakyat setuju BN guna duit mereka untuk burukkan pembangkang. Ini (manipulasi media kerajaan) bercanggah dengan kepentingan rakyat," tegasnya.
Menurut Abdul Hadi, media massa arus perdana perlu diberi ruang untuk memainkan peranan memperbaiki amalan demokrasi negara. Untuk itu media tidak seharusnya dipaksa menjadi alat propaganda bagi pihak BN semata-mata, sebaliknya perlu menyalurkan maklumat dan berita yang benar secara adil kepada rakyat.
"Rakyat adalah hakim (dalam proses pilihan raya). Media adalah saksi dan saksi hendaklah adil dan memberitahu hakim perkara sebenar," ujarnya.
Media juga diharap melaporkan kepada rakyat maklumat dan pandangan semua pihak, terutama melibatkan parti-parti yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya. Ia sepatutnya menggalakkan rakyat berfikir dan menilai mana parti yang baik untuk dipilih dan mana sebaliknya.
Terbukti hingga kini BN amat bergantung kepada manipulasi kuasanya ke atas berbagai pihak demi mempertahankan hayat pemerintahannya. Kita percaya BN tidak teragak meneruskan amalan terkutuk itu.
Hanya rakyat yang mampu memaksa BN menghentikannya. Justeru, mereka perlu bangkit menjayakan laungan 'PAS Ganti Umno'.

Sikap rakus Umno-BN bagai Yahudi

Posted: 27 Mar 2011 06:02 PM PDT

Oleh Ibnu Amis
SELEPAS beberapa kekalahan pada PRK, BN kembali meraih kemenangan dalam PRK selepas itu dengan kempen yang rakus dengan sogokan dan melanggari peraturan pilihan raya.
Kenapa begitu rakus dan berleluasa tanpa segan silu demi mencapai kemenangan? Pasti ada penasihat licik yang dibayar berjuta ringgit untuk tujuan itu. Siapakah penasihat dan perunding itu?


Agresifnya cara berkempen Umno-BN nampak seiras tindakan Israel terhadap Palestin di mana rejim zionis bersikap "Aku tidak peduli apa jua masyarakat dunia nak kata, katalah apa pun, tapi apa yang aku tau aku akan pertahankan kuasa yang sedang aku nikmati dengan apa cara sekali pun selagi kuasa besar dunia terkini bersama aku."
Setakat ini, segala pencabulan sistem demokrasi pilihan raya oleh Umno-BN, tidak ada kuasa di Malaysia ini yang dapat menghalang mereka demi mengukuhkan lagi kuasa mereka yang sedia ada sekarang ini.
Siapakah penasihat dan perunding mereka yang antara pesanannya seolah-olah berbunyi "Sementara kamu ada kuasa, jika ingin kekalkan kuasa, pekakkan telinga tentang apa jua pembangkang nak kata.
Apa dipedulikan, SPR, Kehakiman, Agensi Penguatkuasa dan segala apa jua agensi kerajaan, serta badan berkanun, dan syarikatsyarikat besar (yang dikuasai melalui GLC dan yang ada kepentingan untuk terus hidup Sikap rakus Umno-BN bagai Yahudi segar-bugar), kamu yang kuasai dan bisa diatur."
Contohnya, semasa PRK Sibu "Jika kamu tolong kami, kami akan tolong kamu". Di PRK Tenang "Apa SPR dan SPA boleh buat?" bila Pegarah Pelajaran Johor, secara terbuka turut berkempen untuk umno-BN" dan di PRK Merlimau, Kerdau, bertambah berleluasa lagi demokrasi diperkosa oleh umno- BN, bermula sejak sebelum penamaan calon lagi.
Tidak dinafikan, ada juga pegawai SPR serta lain-lain agensi kerajaan yang cukup meluat dan jijik dengan tingkah laku Umno- BN. Tetapi apa yang nak dikatakan, mereka juga kakitangan kerajaan yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dikuasai umno-BN, yang ketika ini sedang dengan rakus dan lunaknya sedang memboroskan wang negara semahu mungkin yang semestinya penasihat mereka telah memberi amaran keras, "Jika kuasa tercabut, kamu akan menghadapi kesulitan hidup di dunia yang penuh warna-warni ini dengan amat malang sekali... jadi apa cara sekali pun, kamu wajib mempertahankan serta memperkukuhkan kuasa yang kamu sedang nikmati ini.
Jika di Libya, Ghadaffi menggunakan tentera upahan, di sini kamu cuma adakan pengundi upahan dan suapan."

MIC perlu keluar BN jika rasa dikhianati dalam 100 halaman Interlok

Posted: 27 Mar 2011 05:59 PM PDT

Oleh H FANSURI
OLEH kerana berasa dikhianati, Uthaya Sankar SB bersama panelis MIC pun berundur daripada jawatankuasa khas yang membahaskan novel Interlok itu.
"Kami rasa dikhianati," kata beliau ketika menjelaskan kedudukan sebenarnya selepas membentangkan cadangan mereka kepada Muhyiddin. Sebelum ini semua pihak sepakat menggugurkan perkataan 'paria' di dalam novel tersebut.


Sebenarnya, rasa diri dikhianati ini bukanlah milik Uthaya dan MIC sahaja. Umno dan Barisan Nasional pernah mengkhianati ramai orang termasuk parti politik berhaluan kiri di negara ini. Sejarah tidak boleh dipadamkan berhubung kes Tunku Abdul Rahman 'menggulingkan' Ketua Menteri Sarawak dan hal Tun Abdul Razak membuat helah dan tipu daya di Sabah. Ini antara deretan helah dan pengkhianatan. Novel Interlok tidak dedahkan helah Umno, BN ini.
Uthaya dan rakan-rakan panelnya dalam MIC mungkin baru hari ini terasa diri mereka dikhianati Muhyiddin, Umno dan BN. Rasa dikhianati itu hadir saat Uthaya dan MIC mengisytihar bahawa pendapat mereka selama ini berhubung isu Interlok adalah mewakili pendirian kaum India semua, lalu Muhyiddin menolak permintaan mereka tiba-tiba.
Jadi ketika 'berjuang' membela nasib dan maruah kaum India, mereka temui kegagalan dan jalan buntu kerana Muhyiddin tidak endahkan pindaan yang sudah babitkan kira-kira 100 halaman dalam novel berkenaan.
Uthaya kecewa. Dia layak kecewa. MIC juga berhak kecewa. Semua orang mesti kecewa setelah dikhianati. Justeru, ada baiknya MIC keluar BN saja. Jika tidak, perjuangan MIC sia-sia sahaja selama ini demi membela maruah, nasib kaum India gara-gara pindaan Interlok itu tidak diendahkan Muhyiddin.
Kalau cuma berani bertindak keluar daripada jawatankuasa tersebut, maka kata anak-anak muda zaman ini, "Apa barang keluar jawatankuasa itu?" Atau, "Kalau setakat berani keluar jawatankuasa Interlok itu, apa kes?" Dan bermacam lagilah kata-kata bertimba-timba dan bertindantindan penghinaan yang meremehkan perjuangan Uthaya dan MIC khasnya yang terkait dengan novel Interlok ini.
Najib Razak mungkin lemah berbanding Muhyiddin dalam isu Interlok? Uthaya dan MIC boleh cuba berjumpa Perdana Menteri Najib Razak atas nama semangat 1Malaysia. Kalau Najib bersetuju Bible Melayu diedarkan sebab ingin mengambil hati non Muslim di Sarawak, maka kenapa tidak MIC mengguna saluran Najib pula? Najib mungkin agak lemah berbanding Muhyiddin. Jika pertemuan dengan Najib pun tidak berhasil kerana kesibukannya, barulah MIC boleh membuat tindakan yang lebih revolusioner, iaitu keluar daripada BN. Jika tidak, itu bererti Uthaya dan MIC sudah mengkhianati perjuangan bangsa sendiri.
Kata Uthaya, sikap keluar jawatankuasa itu diambil setelah melihat panelis lain berubah fikiran kerana menolak kira-kira 100 pindaan yang mereka syor. Sebenarnya, ada banyak hal yang Uthaya, MIC boleh lakukan apabila Muhyiddin menolak 100 pindaan Interlok. Antaranya MIC juga boleh memanfaatkan Merdeka Center atau lain-lain badan penyelidikan untuk mengadakan referendum pungutan suara berhubung perkataan yang wujud di dalam Interlok itu. Selain itu, ada juga hal dibangkitkan Uthaya - wujud peribahasa India yang salah; ejaan 'tali' yang merujuk kepada ikatan perkahwinan masyarakat India dan penggunaan huruf 't' besar bagi merujuk kepada Tuhan bukan Islam. Sukar diselami dan disukat perkara sensitif di hati MIC dan Uthaya kerana pendirian entiti Uthaya dan entiti MIC telah pun dinisbahkan sebagai pendirian kaum India semua. Ini pun suatu hal yang mesti dibincangkan juga.
"Kata mereka (semua penggunaan) itu tidak sensitif. Mana mereka tahu sensitif atau tidak? Kami masyarakat India, kami tahulah mana yang sensitif, mana yang tidak," kata Uthaya dalam suatu laporan. Menurut Uthaya, dalam laporan sama, tindakan tarik diri daripada jawatankuasa itu bukan protes.
Tapi, atas semangat yang sama, kita ingin tanya, mana Uthaya tahu hal penarikan diri itu bukan protes atau tidak? Bagaimana jika masyarakat semua di negara ini menganggap tindakan itu adalah protes? Kami tahulah sebab kami pun pernah protes juga, baik di jalan raya atau pun lewat pilihan raya.
Soalan kepada Uthaya, adakah beliau benar-benar mewakili masyarakat India ketika berasakan sesuatu itu sensitif atau tidak? Atau, ini hanya pendirian Uthaya yang cuba dikembangkan dalam wadah MIC? Atau, ini hanya pendirian Uthaya seorang dan bukan mewakili pendirian kaum India seluruhnya?
Dalam suatu pertemuan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada awal Februari lalu, ada pertanyaan yang dilemparkan Dr Sohaimi Abdul Aziz kepada kumpulan politikus dan pensyarah India, "Dalam Interlok, termuat kata-kata yang menikam rasa kaum Cina termasuklah kaum Melayu juga. Kenapa Cina dan Melayu tidak melenting?"
Soalan ini dijawab dengan sepi dan senyum sahaja oleh kalangan politik dan pensyarah India. Sebab itu, kita mahu bertanya Uthaya juga, jangan-jangan ini hanya rasa sensitif anda seorang lalu dikembangkan dalam MIC lalu suara hati anda dikatakan sebagai mewakili rasa kaum India seluruhnya?
Akhir kata, kita tutup surat ini dengan pepatah Melayu, "Alangalang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan." Mungkin ada pepatah Tamil yang sama makna dengannya, tetapi yang penting di sini, pepatah itu menganjurkan supaya - jika kita mahu berjuang, maka berjuanglah sehingga ke akhirnya. Jadi, alangalang tarik diri daripada jawatankuasa Interlok itu, maka MIC pun tariklah diri terus daripada BN kerana isu Interlok ini membabitkan maruah kaum India seluruhnya.
Kalaulah Uthaya boleh melobi MIC untuk memerangi Interlok, kenapa tidak melobi MIC agar keluar BN? Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Bila Mahathir yang lakukan vs Sekiranya Anwar yang lakukan

Posted: 27 Mar 2011 05:59 PM PDT

Oleh ExPet
1. Apabila Mahathir melakukan lawatan rasmi ke Vatican bersama-sama dengan rombongan dari JAKIM termasuk Ustaz Uthman al-Muhammadi, maka suratkhabar dan TV memuji-muji lawatan ini untuk keamanan dunia dan kedamaian antara agama. Apabila isteri Mahathir, Siti Hasmah mencium tangan Pope John Paul, maka para pegawai JAKIM, TV dan suratkhabar memuji dan memuja akan perbuatan ini sebagai bukti penganut Islam itu orang yang bertoleransi dan menghormati akan agama lain.


SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara di atas, ia adalah "pluralisme" dan boleh mengancam akidah umat Islam. Sekiranya Khalid Samad atau Mat Sabu yang mengikuti rombongan ini, maka para TV dan suratkhabar akan dipenuhi dengan kenyataan oleh pegawai Jabatan Kemajuan Ikan Malaysia (JAKIM) mengenai kesesatan akidah mereka. Sekiranya Wan Azizah mencium tangan Pope John Paul, sudah tentu ianya akan merosakkan akidah, menurut JAKIM.

2. Apabila Mahathir melawat Antartika bersama-sama dengan beberapa orang chukong, editor NST, setiausaha politik dan ahli-ahli keluarga beliau, ia dianggap sebagai langkah yang bijak dan berwawasan. Juga ia membuktikan perdana menteri ini seorang yang mempunyai pemikiran yang luas dan saintifik. Lawatan ini juga akan dipuji oleh para media sebagai memberi kebaikan kepada negara kerana ia akan menajamkan dan memberi ketenangan kepada pemikiran pemimpin negara.

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara di atas, ia adalah suatu pembaziran dan penyalahgunaan kedudukan sebagai pemimpin. Ia juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada negara selain membazir masa dan wang.

3. Apabila Mahathir menukar medium pengajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan dan membenarkan tuntutan supaya medium pengajarannya dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular, maka ia adalah tindakan yang bagus dan berwawasan. Ia juga membuktikan perdana menteri seorang yang berani dan tegas dalam membuat keputusan (menukar kepada bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan) dan juga memahami tuntutan kaum-kaum minoriti (kerana membenarkan medium dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular).

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara ini, ia adalah pengkhianatan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Juga seorang yang bacul dan panakut kerana mendengar tuntutan oleh kaum minoriti. Perbuatan ini juga (sekiranya Anwar yang melakukannya) boleh merosakkan masa depan anak-anak Melayu di luar bandar.

Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah

Posted: 27 Mar 2011 05:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.

Berkaitan :-




Lepas satu, satu, tuduhan yang sangat hina dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, dan mereka mahu kita percaya bahawa Anwar Ibrahim sebagai seorang lelaki berumur 64 tahun yang tidak dapat mengawal nafsu seksnya memilih seorang pelacur cina untuk melampiaskan nafsu. Ummi Hafilda pula sebelum ini mendakwa ada lagi 18 video lucah Anwar Ibrahim berada dalam tangan seseorang.

Ummi Hafilda mahu kita percaya Anwar Ibrahim suka merakam adengan saat dia melakukan hubungan seks terlarang.

Tugas kerajaan untuk meraih sokongan rakyat menjadi terlalu mudah. Hanya perlu berfikir bagaimana untuk memberikan persepsi bahawa anwar Ibrahim adalah seorang lelaki gila seks dan juga pelakon video lucah.

Persoalannya di sini, adakah rakyat percaya?

ReJaM© "Gerombolan songkok tinggi tentu sekali percaya kah kah kah..."

Polis ‘kepung’ rumah Azmin

Posted: 27 Mar 2011 04:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sepasukan polis 'menyerbu' rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Razak  (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini.
Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.
Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily.
Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya Azmin memberi keterangan kepada polis.
Polis dikatakan mengarahkan Azmin berbuat demikian di balai polis Ampang, esok sedangkan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa perlu menghadiri majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Polis dikatakan memberi tempoh sehingga Khamis ini.
Kehadiran polis itu  dipercayai ada kaitan dengan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: 'Datuk Najib-Altantuya' yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, semalam.
Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah berkenaan manakala Azmin dalam satu kenyataan ringkas tengah malam ini menyatakan rumahnya sedang dikelilingi pihak polis tetapi belum ada maklumat lanjut.
Dalam ceramah di Taman Melawati itu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Once upon a time in Malaysia Bolehland....

Posted: 27 Mar 2011 04:29 PM PDT


Kisah dulu kala, jangan buat lupa
Kecoh satu negara dan seantero dunia

Apek porno, Mat 'Bawah Umur'
Ayoyoo... hebat lu olang oooo!!

Chua Soi Lek, Rahim Thambi Chik
Moral sudah yeilek, Integriti sudah pohcik

Laut bergelombang, pantai berbuih
Nak nasihat orang, cermin muka dulu weh...

Kah... kah.... kah... kah...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak layak bercakap soal integriti dan moral, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Beliau merujuk kenyataan The Star memetik seruan Soi Lek supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti tak bersalah dalam kes video seks palsu.
"Seluruh rakyat Malaysia mual apabila politikus yang mempunyai rekod tak bermoral yang diketahui umum, berbicara mengenai moral dan integriti.
"Kalau benar mereka ini nak bersyarah pasal moral, mereka perlu tunjuk teladan yang baik kepada rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu menyelar Soi Lek kerana menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
"Kenyataan Soi Lek jelas mahu meletakkan beban bukti kepada Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik," katanya.
Beliau berkata, situasi Anwar jauh berbeza dengan Soi Lek yang mengakui melakukan hubungan seks di luar perkahwinan manakala Rahim Thamby Chik dituduh di mahakamah atas dakwaan merogol gadis bawah umur.
"Mereka tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moral mereka sangat memualkan.
"Bila yang tak bermoral ini bersyarah, jelaslah bukti mereka ini terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar, yang tak habis-habis di fitnah Umno BN," katanya.
Tian juga mengulangi desakan supaya Soi Lek dan Rahim Thamby Chik meletak semua jawatan dalam kerajaan.
"Soi Lek patut bersara terus sebagai tanda insaf. Rahim Thamby Chik juga harus meletak semua jawatan dalam kerajaan terutama sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dalam kes rogol gadis bawah umur yang masih kekal dalam ingatan rakyat," katanya.

Tiba-tiba Ibrahim Ali "Warning" Pimpinan Umno..??

Posted: 27 Mar 2011 04:28 PM PDT

Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini. Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Najib mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ibrahim berkata, agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153.
"Hak tetap hak," kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini.
Justeru kata beliau, tindakan-tindakan sebaliknya bersamaan dengan pendekatan mengabaikan kesemua hak yang diperjuangkan oleh nasionalis Melayu ketika menentang pembentukan Malayan Union, yang memberikan bukan Melayu lebih banyak hak.
"Perlembagaan Persekutuan mesti dijadikan terma rujukan dalam mana-mana dasar nasional," kata Ibrahim.
"Meskipun kita sedang menuju ke arah satu transformasi dengan cenderung kepada meritokrasi dan liberalisasi untuk memenuhi kehendak ekonomi global, terma rujukan yang seharusnya mestilah Perlembagaan Persekutuan," kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini.
Katanya, Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh melindungi hak Melayu dan Bumiputera kerana ia bersifat terlalu longgar dan terdedah kepada manipulasi.
Tambah beliau, mana-mana dasar ekonomi yang tidak bertunjangkan Artikel 153 bercanggah dengan perlembagaan dan ia juga satu tindakan jenayah.
Ibrahim juga mengecam kerana kerajaan memberi terlalu banyak perhatian kepada syor-syor pakar luar negara dalam melaksanakan MBE sedangkan mereka tidak faham latar belakang sejarah yang bersangkut-paut dengan ekonomi Malaysia.
"Mereka datang ke sini untuk merangka ekonomi bagi Malaysia berdasarkan pertimbangan asing dan bukannya (keperluan) sosioekonomi negara," katanya lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan memberi tekanan kepada tindakan afirmatif yang pro-Bumiputera, sebagaimana ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Eskay Dan Kisah Anjing Sepherd Yang Tersangkut Kepalanya Di Tembok

Posted: 27 Mar 2011 04:27 PM PDT


Shazryl Eskay Abdullah - begitulah namanya.

Sebelum kes video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang, boleh dikatakan lansung tiada orang yang mengenali nama itu, kecuali beberapa tokoh yang memang mempunyai urusan dengannya.

Namanya meletup apabila beliau secara berterus terang mengakui - 'Saya dalam video itu', apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Persoalan kini, jika beliau mengaku bahawa beliau ada di dalam video berkenaan, dan kini menuduh Anwar Ibrahim adalah pelaku yang mengadakan adegan seks berkenaan, bererti beliau (Eskay) telah jelas melakukan kesalahan iaitu sengaja membiarkan adegan itu berlaku dan dirakamkan dengan kehadirannya, malah penyertaannya sendiri (sepertimana yang diakuinya sendiri) di dalam video seks tersebut.

Pada 21 Mac 2011, beliau yang dikenali sebagai salah seorang daripada trio Datuk T ketika itu, telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video kepada pihak media. Ia jelas satu kesalahan di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Di dalam keadaan jika pihak polis bebas dan berkecuali, kedua-dua hal di atas sudah memadai untuk mensabitkan Eskay dengan kesalahan di bawah undang-undang, tetapirakyat sudah sedia maklum, bahawa, institusi polis di dalam negara ini adalah mengikut telunjuk pemimpin parti politik pemerintah. Justeru Esaky masih bebas.

Di dalam kenyataan-kenyataannya dan di dalam sidang akhbarnya bersama dengan Rahim Tamby Chik pula, terdapat banyak percanggahan fakta yang timbul, menyebabkan keseluruhan episod video seks lebih banyak menimbulkan keraguan dan lebih ramai yang mempercayai bahawa ia adalah konspirasi jijik Eskay daripada apa yang cuba dilakukan - iaitu untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Eskay sendiri saya rasa tidak menduga bahawa kes ini akan meletup sehingga dirinya sendiri boleh terjerat, apatah lagi jika terbukti bahawa lelaki yang dimaksudkan sebagai Anwar itu bukan Anwar yang sebenarnya. Ini akan meletakkan pula Eskay sebagai konspirator paling jahat yang negara pernah jumpa.

Eskay sebenarnya telah menjerat dirinya sendiri.





Kisah Anjing Sepherd Tersangkut Kepala Di Tembok





Dengan muka sayu sedih, lihatlah betapa lawaknya anjing ini tersangkut kepalanya di tembok



Badannya tak muat menembusi lubang tembok... binatang betul la anjing ni!


Di California, pihak berkuasa terpaksa membantu seekor anjing jenis German Sepherd melepaskan kepalanya yang tersangkut di tembok, sehingga memeningkan kepala semua pihak mencari punca kenapa ia jadi begitu!

Tapi percayalah, tidak mustahil anjing ini terpengaruh dengan lagak ahli silap mata dunia David Cooperfield yang berjaya menembusi badannya melepasi Tembok Besar China. Barangkali anjing ini juga ingin mencuba, tetapi hasilnya beginilah, seperti dirakamkan gambarnya! -singalautmetro

Tiada ulasan: