Ahad, 27 Mac 2011

dollah yankee

dollah yankee


Bila nak spin news ni?!

Posted: 27 Mar 2011 07:30 PM PDT

Didepan 'port' gurkah-gurkah politik... kami tengok sendiri 'banner-banner' Najib dan 1Malaysia dia, diturunkan oleh penguatkuasa MPPP. Tukang yang turunkan poster-poster tu pula kami kenal, apa lagi ..."woit!...pasai apa tuu??!"... "Tak bayaq permit!"... sahabat ini menjerit dari jauh.

Kah..Kah..Kah.. kami tunggu juga kot-kot ada blogger-blogger umno macam Novandri, pisau.net dan lain-lain yang nak spin dan putarbelitkan cerita-cerita 'banner-banner' Najib dan 1Malaysia ini diturunkan disekitar KOMTAR kerana tidak bayar permit pada pihak majlis perbandaran, tapi masih belum ada lagi. Mungkin lagi dua tiga hari lagi ada lah tu kot.

Gurkah-gurkah pun dok tunggu juga kalau-kalau Ghani Jiman yang hobi dia suka buat demo, nak turun buat demo sebab Lim Guan Eng dah turunkan poster-poster Najib ini, tapi tak nampak pula dia. Sibuk meeting laa tuu, kot-kot dok meeting merancang nak buat demo lagi kat mana-mana...

Operasi menurunkan 'banner' haram ini ialah 'banner' Najib 1Malaysia untuk mempromosikan satu acara kutipan derma yang akan dihadiri Najib pada 2 haribulan ini dan juga 'banner-banner' karnival kebudayaan yang juga mengundang beliau sebagai tetamu undangan. Banner Najib dan 1Malaysia ini adalah antara berpuluh banner-banner haram yang telah diturunkan oih penguatkuasa MPPP kerana didapati tidak bayar wang permit RM22.


dollah yankee- nama pun majlis kutip derma..tentulah tak ada fulus lagi..banner ni pun nasib baik umno yang sponsor

Tiada ulasan: