Sabtu, 26 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Saya tidak berdendam dengan Anwar...he..he..dakwa orang paling alim di dunia...!!!

Posted: 26 Mar 2011 08:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata beliau terlibat dalam skandal pendedahan video seks bukan kerana berdendam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran nasib yang menimpa dirinya 17 tahun lalu.
Sebaliknya kata Abdul Rahim (gambar), beliau mendedahkan perkara itu demi mencari kebenaran buat semua pihak yang terlibat dalam aksi seks yang dirakamkan pada akhir bulan lalu.
"Apabila saya menyebut tentang peletakan jawatan saya (sebagai ketua menteri Melaka), saya hanya mahu Anwar mengekori langkah saya walaupun beliau telah menipu dengan mengatakan Tun (Dr Mahathir Mohamad) menyuruh saya berundur (semasa itu).
"Saya tetap meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya dengan tidak membuat huru-hara seperti menganjurkan demonstrasi bagi melemahkan kerajaan atau negara atau mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana berbohong kepada saya," katanya dipetik Mingguan Malaysia hari ini.
Pemimpin dan penyokong Anwar mendakwa Abdul Rahim juga memainkan peranan ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat kes moral yang membawa kepada pemecatannya daripada kerajaan dan Umno pada 1998.
Pada 24 Mac lalu, Anwar mendakwa balas dendam sebagai punca sebab Abdul Rahim sanggup mahu mendedahkan skandal video seks yang didakwa mengaitkan beliau,.
"Pembabitan Thamby Chik mengingatkan saya dengan kes lama, berkaitan dengan tuduhan rogol dan kes di mana kertas siasatan ditandatangani oleh (Peguam Negara Tan Sri) Gani Patail bahawa beliau terlibat dalam satu kes rasuah," kata Anwar.
"Beliau melakukan ini kerana mahu membalas dendam," kata Ketua Umum PKR ini.
Pada 1994, Abdul Rahim dikenakan tuduhan berkaitan kes rogol melibatkan pelajar bawah umur. Meskipun kes itu digugurkan kemudian, tetapi ia telah menjejaskan kerjaya politiknya.
Anwar juga mendakwa pihak polis melindungi Abdul Rahim dan rakannya, yang menggambarkan wujud konspirasi berhubung video seks.
"Mereka dilindungi oleh Cawangan Khas. Mengapa polis melindungi mereka? Dalam kes ini, kerana mereka adalah pemimpin Umno, polis diarah melindungi mereka," kata Anwar.
Abdul Rahim merupakan salah seorang daripada tiga "Datuk T" yang dilaporkan bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks minggu lalu.
Dua yang lain ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Ketiga-tiga mereka sudah memberikan keterangan kepada polis Khamis dan Jumaat lalu.
Dalam satu kenyataan kelmarin, seorang bekas anggota polis berkata, Shazryl ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media Isnin lalu.
Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.
Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

MRT: Kerajaan masih tak belajar dari kesilapan lama?

Posted: 26 Mar 2011 07:05 PM PDT

Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz.  Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.
Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat "Cover Story" tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut.  Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.
Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau.  Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa "Era kerajaan tahu semua telah berlalu".
Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan "kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza".  Kerajaan Najib, kalau tidak mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.
Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN.  Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.
Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega.  Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan "guesstimate", tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri.  Itu hakikat yang semua perlu tahu.
Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi).  Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.
Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai "Domestic Direct Investment atau DDI".  Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.
Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta.  Sebabnya mudah.  Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya.  Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%.
Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif.  Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tarif yang tinggi, subsidi dan juga "pampasan" andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air.
Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta.  Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memiliki dan menjadi operator MRT ini.  Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus.
Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini?  Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen.  Jawapannya mudah.  Hutang.  Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa.
Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan "sovereign bond" untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers).  Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS).  Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan.
Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa.  Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.
Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini.
Dengan sistem "Light Rail Transit" dulunya milik swasta - Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia!  Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.  Malu kita.
Apa yang telah berlaku?  Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu "bailout" yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion.  STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.
Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad.  Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun!
Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu "blueprint" bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang.  Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama.
Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama.  Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan tujuh pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.
Kaedah terbaru "Rakan Penyampai Projek" yakni "Projek Delivery Partner" atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini.  Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau "Project Management Consultant" dan juga selaku "Turnkey Contractor"nya.  Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka.
Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa.  Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong.  Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.
Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif.  Mungkinkah perlu digunakan kaedah "Swiss Challenge" - satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?
Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya.  Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya.
Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang "cost overrun" atau "kos lebihan" satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP.  Mudah dan yakin sangat bunyinya.
Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa "cost overrun" dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal.  Mampukah ditanggung oleh PDP?
Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas "kos berlebihan" membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau "bailout" oleh wang rakyat mengulangi tabi'at lama hampir semua projek mega kerajaan BN.
Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.
Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama - "prequalification round" dibuat bagi mengenalpasti syarikat-syarikat yang membida secara terbuka.
Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.
Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang?  Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi "boss" yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD.
Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya "connectivity" dalam semua sistem darat itu?
Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu "blueprint" untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K.  Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini.
Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di www.transitmy.org.
Cukup baik, bermaklumat dan profesional.  Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, "rakyat-centric" sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang "integrated" dan punya "interconnectivity" seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien.
Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan?  Katanya "Era kerajaan tahu semua telah berlalu".  Bukan begitu ke?

*Tulisan ini dipetik dari blog Dzulkefly Ahmad (gambar kiri), ahli parlimen Kuala Selangor-PAS.

Orgasmic failure for Najib as sex video disgusts PAS and the Malays

Posted: 26 Mar 2011 07:04 PM PDT

Orgasmic failure for Najib as sex video disgusts PAS and the Malays Despite denials by Prime Minister Najib Razak, PAS leaders are convinced the three men involved in a sex videotape are none other than Umno 'henchmen' commissioned by the ruling elite to kill off Opposition Leader Anwar Ibrahim's political career. The video purportedly shows a man who resembles Anwar frolicking with a prostitute in a hotel room.
PAS leaders also thrashed Najib's insistence that Malaysians should focus on whether the tape was authentic and not if it was an Umno conspiracy.
"What is relevant and of utmost importance is, is Anwar the man performing the sex act?" PAS vice president Mahfuz Omar told Malaysia Chronicle.
"The more Najib shies away and tries to deflect attention from this point, the more he gives himself and Umno away. It is now quite clear that his government is involved in this sleazy video."
The three men who confessed to discovering and publicly screening the tape are former Malacca chief minister Rahim Tamby Chik, businessman Shazryl Eskay Abdullah and Perkasa treasurer Shuaib Lazim. All three are Umno members.
The hit-men
The fast and fluid turn of events have revealed what hard-nosed members of the public have suspected all along, that the sex video was part of a high-level conspiracy. And somewhere along the line, pundits have said one could be sure that Umno or to be more accurate, its top leaders were actively pressing the buttons.

According to Mahfuz, greed has turned the Umno elite into an extremist force. They are desperate to destroy Anwar and annihilate his Pakatan Rakyat coalition.
Because should the Pakatan wrest federal power, the people can be relied on to demand a thorough and complete accounting of the wealth squirreled away by the Umno heavyweights who have ruled Malaysia for more than 5 decades.
It has since been discovered that at least one of the 3 men are directly connected with RISDA, a government organisation which is part of the Kementerian Pembangunan Luar Bandar or Ministry of Rural Development.
Rahim is the chairman of Risda and Risda booked the conference room for the illegal screening of the sex video at the Carcosa Seri Negara hotel.
Shazryl owns fertilizer factories in Thailand and lobbies for contracts with Risda.
Shuaib is the father-in-law of Shafie Apdal, the Rural Development minister and the blue-eyed boy of Najib's.
"One has a black record involving statutory rape of a minor, one was once a bankrupt and one had engaged in dodgy land deals. Therefore, why should anyone believe these 3 men?" Mahfuz asked.
Umno wanted PAS to cut off ties with Anwar
Indeed, PAS members were warned more than a month ago to watch out for "something explosive that will be conclusive proof that Anwar was an amoral devil".
"It is likely that the Datuk T sex tape was meant to turn PKR lawmakers against Anwar and make them defect to Umno, as well as to make PAS cut off ties with such a 'sinner'," PAS MP for Shah Alam Khalid Samad told Malaysia Chronicle.
But the plot went awry.
Quick checks by PKR revealed conclusive evidence of Risda's and Shuaib's involvement. It was impossible for them to deny and they decided to confess their roles in a press conference on Wednesday.
The trio were confident of pulling it off as the entire mainstream media, which is controlled by Umno, was behind them.
Sadly for them and fortunately for Anwar, Malaysians refused to buy their story.
Worldwide attention is now on the country due to the exposure of the video. Malaysia has become a laughing stock once again under the Najib administration.
Najib's use of "sexual politicking" has dragged Malaysia through mud
Pakatan leaders have called for Najib's resignation. They said even if the video is genuine, it is still illegal for the Datuk T trio and Umno to screen it and they should be arrested and charged.
Furthermore, that is not the crux of the matter. While it is a crime to possess and screen pornographic material, the real and deeply troubling issue was the way Najib persistently used "sexual politicking" to attack Anwar and other political rivals to shore up his own grip on Umno.
"Malaysia must be the only country in the world where there are so many sex scandals thanks BN's crooked shenanigans. And the best of all is that it is still Najib's own Altantuya scandal which is still the mother of all Malaysian sex scandals," said Mahfuz.
The Pokok Sena MP reiterated that Malaysia was on the world stage for all the wrong reasons and this "has got to stop".
He is also of the view that the police are dragging their feet in this matter even though Rahim and Shazryl have been hauled for questioning. From the manner the duo had "arrogantly" denied they had been arrested, it was clear that Malaysians could expect another major BN cover-up.
"Are the police delaying the investigation on purpose so that the sex video remains hot news and thereby continues to drag Anwar's name through the mud?" questioned Mahfuz.
The Kedah MP chided Umno for becoming "insane" and putting at risk the country's image just to ensure Najib won the 13th General Election.
"Umno grassroots and the BN Government must know that all these sex scandals give a very bad impression of Malaysia but perhaps they are blind to the fact in their craze for power," said Mahfuz.
The question is: Is it Anwar, not if the tape is authentic
Meanwhile, as expected Najib denied it was an Umno conspiracy. He urged Malaysians to focus on whether the video was authentic or not.
Like another of Anwar's political enemies, Zaid Ibrahim, the PM also refused to state if he had seen the video or if he believed the man filmed cavorting with the prostitute was Anwar.
Both Najib and Zaid were immediately flayed for hypocrisy and for wickedness of spirit on the basis that their only intention was to smear Anwar by insinuation, rather than stand up for justice and what was right.
"People have been asking whether Umno is at fault but the main issue is whether the tape is true or false," Najib, who is also the Umno president, told reporters after chairing a supreme council meeting on Friday.
"Raising the idea of a conspiracy is shifting the focus from the main issue of whether the recording was genuine."
Never did the PM once mention that such a recording was illegal or the injustice to Anwar if the man was not him.
Nonetheless, PKR leaders said Najib's response was to be expected as he and his wife Rosmah Mansor have been accusesd hatching the ongoing sodomy charges against Anwar. If they could do that, what was the latest sex video to them, reasoned the PKR leaders.
The first couple have also been linked to the murder and corruption case involving Mongolian translator Altantuya Shaariibu and the government's RM6.7 billion acquisition of 2 Scorpene submarines.
"I think Najib has just given himself away. What sort of a man he is is very clear from his comments," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Two PKR leaders, Sungai Petani MP Johari Abdul and Badrul Hisham Shaharin, have seen the video and deny it was Anwar.

"You are not talking about anyone. This is Anwar. He is not only a prominent politician but well known throughout Asia and the West. Definitely, Rahim would have discussed this with the top leaders," Johari told Malaysia Chronicle.
"Then what about the money. Who is going to bear the cost of this exercise? Impossible for it not to be a conspiracy and Umno leaders don't know about it."   - Malaysia Chronicle

Sex video: In the west, PKR would be dethroned, says Umno NGO

Posted: 26 Mar 2011 07:03 PM PDT

Sex video: In the west, PKR would be dethroned, says Umno NGOEmotions ran high as a group of 23 people representing various non-gorvenmental organisations assembled at the Quality Hotel here to voice out their dissatisfaction with opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim Saturday.
Led by Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) chairperson Hamidzun Khairuddin, the crowd had called for Anwar's resignation as the Selangor state economic advisor due to allegations of him being involved in a sex scandal.
"It is unfortunate for the people of Selangor because PKR, the main party ruling this state, is a "parti berbaur seks" (sexually- inclined party). In the West, this kind of party would have been dethroned," said Hamidzun.
Hamidzun also said that the Selangor people had the right to watch the video which have already been handed to the police for investigations.
"We want to see it because it involves the dignity of our leader," he said.
The protest, however, lasted for only about 10 minutes, as the Quality Hotel authorities were not too happy with it.

Perkasa to monitor sensitive issues

Posted: 26 Mar 2011 07:01 PM PDT

Perkasa has sent out an order to all its 'troops' to keep a look-out on bloggers, tweets, and newsportals.

KUALA LUMPUR: Perkasa, a Malay rights group, has instructed its grassroots members to monitor bloggers, tweets, news reports and news portals which raised sensitive issues.
They are asked to zero in on sensitive issues relating to Islam, Bahasa Malaysia, Malay special rights, citizenship of non-Malays and issues pertaining to the position of the King.
"I have told them to immediately lodge police report and give us a copy of the report (if they come across such articles," Perkasa president Ibrahim Ali said at a press conference here today.
Perkasa has 5,940 grassroots leaders in 99 districts throughout the country, comprising former army personnel and police officials, and ex-parliamentarians and assemblymen.
Ibrahim, who is also Pasir Mas MP, said he has also instructed grassroots leaders to attend talks and seminars where certain individuals tended to raise sensitive issues.
"I want them to record and lodge police reports. In our interpretation of the law, these issues are sensitive, so we lodge reports. We'll let the law take its course."
He added that Perkasa has identified 15 personalities who have a tendency to raise sensitive issues.
Ibrahim also said that the grassroots leaders would embark on a campaign to educate the people on Malay special rights and the basis of the Federal Constitution.
"The core of our constitution that arose from the jus soli (right of the soil) principle is similar to the Medina Treaty signed during Prophet Muhammad's time which (formed the basis ) of the understanding between Muslims and non-Muslims."
Ibrahim also said Perkasa is not a racist organisation. "There is not even a single police report against us," he added.
No to Al-Kitab
Ibrahim also said Perkasa supported the government's action in labelling the Malay bibles or Al-Kitab.
"How many Malays are Christians? We don't need a Malay bible but it is okay to have a Kadazan bible or a bible in any other language."
"I would support calls for government funds to publish bibles in other languages."
On the sex video allegedly involving PKR supremo leader, Anwar Ibrahim, he said:
"It is best that a royal commission be set up to investigate the matter. The Federal Territories Islamic Affairs Council should also conduct an investigation to verify the authenticity of the tape."

Asri: ‘Kita kena tentang politik lucah dan politik selak kain’

Posted: 26 Mar 2011 06:55 PM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu semua pihak tidak kira ideologi politik agar menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan "kebencian rakyat" terhadap "politik lucah dan kotor."
Katanya, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini.
Tokoh agama muda ini memberikan pendirian tegas ini ketika negara berhadapan dengan skandal pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) melanggan pelacur asing di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.
Rakaman itu didedahkan oleh tiga "Datuk T" kepada wakil media Isnin lalu dan kemudian kepada beberapa pemimpin politik.
Masing-masing pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PR kini terlibat dalam perang kenyataan - berkaitan soal moral dan konspirasi politik.
Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin parti itu dan BN, tetapi presiden Umno itu kelmarin menafikan pihaknya terlibat dalam konspirasi yang dimaksudkan ketua pembangkang tersebut.
"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," kata Asri (gambar) dalam satu kenyataan hari ini, yang menggariskan lima perkara yang perlu diamalkan bagi mengelakkan politik lucah dan kotor daripada berlarutan.
Ini bukan kali pertama negara berhadapan dengan politik seks dan politik lucah.
Akhir 2007, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang kini merupakan Presiden MCA meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan skandal seks yang rakaman aksi seks turut didedahkan kepada umum.
Pada 1994, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatannya ekoran tuduhan merogol pelajar bawah umur.
Pada 1988, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat ekoran pendedahan 11 pita video seks yang disimpan di rumahnya.
Dalam satu kenyataan berasingan kelmarin, Asri meminta rakyat mengusir pemimpin-pemimpin politik yang suka "menyelak kain" pemimpin politik lain.
Justeru menerusi kenyataan hari ini, Asri menambah, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.
"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.
"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," kata beliau lagi.
Selain itu kata Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini.
"Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan petuturan.
"Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya lagi.
Asri turut berpandangan bahawa media hendaklah menjadi wacana bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
"Media yang menggalakkan fitnah atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah," katanya.
Sehubungan itu, katanya, ahli-ahli politik yang rakyat mahukan ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.
"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.
"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," katanya lagi.
Oleh itu tegas beliau, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.
"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," katanya lagi.

Perihal Melucutkan Kewarganegaraan

Posted: 26 Mar 2011 06:54 PM PDT

 " Mu buleh brambus Dari Malaysia "

Syahredzan Johan (loyarburok.com)

MARCH 27 — Akhir-akhir ini, saya tidak banyak mengendahkan senario politik tanahair. Mungkin kerana saya telah jelak dengan gelagat politikus-politikus yang lebih gemar membangkitkan isu-isu remeh dan temeh daripada cuba menyelesaikan masalah yang membelenggu negara. Sentimen ini saya percaya juga dirasakan oleh begitu ramai anak muda di luar sana. Bagi mereka yang prihatin tentang nasib negara, mereka sedar bahawa harapan untuk Malaysia yang lebih baik berada di tangan rakyat biasa, bukan ahli politik yang punya agenda.
Namun beberapa hari yang lepas, saya terlintas secebis berita yang menarik perhatian saya. Media telah melaporkan bahawa pada ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, telah mencadangkan di Parlimen supaya kerajaan mewujudkan suatu 'Suruhanjaya Pelucutan Kerakyatan' bagi mengambil tindakan terhadap rakyat negara ini yang mencemarkan nama baik negara.
Menurut penyata rasmi Parlimen (hansard) bertarikh 8 Mac 2011, Ibrahim Ali berkata; "Suruhanjaya Perlucutan Kerakyatan ini saya cadangkan apabila ada mana-mana pihak yang memburukkan negara lari ke luar negara, mengguna media baru memburukkan negara tidak kira dia ini kaum apa sama ada dia Melayu, dia kaum Cina kah, India kah sesiapa sahaja yang sekarang ini menjadi warganegara tetapi tidak menunjuk ketaatsetiaan dan menulis melakukan tindakan-tindakan yang bukan-bukan yang bercanggah dengan undang-undang maka saya percaya orang-orang seumpama ini tidak wajar menjadi rakyat negara Malaysia."
Walaupun saya seorang peguam, saya bukanlah arif tentang perkara-perkara Perlembagaan. Saya bukanlah peguam perlembagaan tersohor seperti Tuan Hj Sulaiman Abdullah ataupun Encik Tommy Thomas. Saya juga bukanlah pakar perlembagaan seperti Datuk Professor Shad Saleem Faruqi dan Professor Abdul Aziz Bari. Saya hanya seorang peguam muda yang masih basah di belakang telinga, terpinga-pinga hendak memahami Perlembagaan.
Tetapi saya begitu pasti bahawa cadangan yang diusulkan oleh ahli Parlimen tersebut adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Perihal kewarganegaraan termaktub di dalam Perlembagaan dan apa yang jelas adalah bahawa ianya tidak boleh sewenang-wenangnya dilucutkan mengikut tepukan dada dan selera sang pemerintah. Hanya Perlembagaan yang memberikan kewarganegaraan, dan hanya Perlembagaan yang memperuntukan bagaimana ia boleh dilucutkan.
Mengikut Perlembagaan, terdapat empat cara bagaimana seseorang itu menjadi warganegara Malaysia, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang, pendaftaran, naturalisasi dan pencantuman wilayah.
Mereka yang menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang adalah mereka yang secara amnya menjadi warganegara tanpa memerlukan keadah formal seperti permohonan, pendaftaran atau sumpah setia. Sebahagian besar rakyat Malaysia menjadi warganegara Malaysia melalui proses ini. Contohnya, seseorang yang lahir di Malaysia dan mempunyai ibu atau bapa yang merupakan warganegara Malaysia memperoleh kewarganegaraan melalui proses 'automatik' ini.
Manakala kewarganegaraan melalui pendaftaran dan naturalisasi pula memerlukan sesuatu kaedah formal seperti pendaftaran ataupun mengangkat sumpah. Kaedah-kaedah ini juga memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan untuk menentukan pendaftaran atau naturalisasi tersebut.
Kaedah terakhir iaitu pencantuman wilayah pula adalah sekiranya terdapat wilayah baru yang dimasukan ke dalam Malaysia selepas Hari Malaysia.
Bolehkah kewarganegaraan seseorang itu dilucutkan? Penamatan kewarganegaraan juga terkandung di dalam Perlembagaan.
Mana-mana warganegara Malaysia boleh melepaskan kewarganegaraannya secara sukarela. Dia hanya perlu membuat akuan dan mendaftarkannya dengan kerajaan.
Kerajaan Persekutuan juga mempunyai kuasa untuk melucutkan kewarganegaraan seseorang itu kerana telah memperolehi atau menggunakan kewarganegaraan asing.
Di samping itu, kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaran seseorang itu sekiranya telah secara sukarela menuntut dan menggunakan hak yang hanya diberikan untuk rakyat negara lain sahaja. Contohnya, jika di dalam sebuah negara itu hanya rakyat negara itu dibenarkan membuang undi dan seseorang rakyat Malaysia telah pergi membuang undi, maka dia mungkin boleh dilucutkan kewarganegaraannya.
Perlembagaan juga menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan sesiapa yang menjadi warganegara melalui pendaftaran atau penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya tidak taat atau tidak setia kepada negara.
Tetapi, penting untuk diingatkan bahawa ini hanya boleh dilaksanakan ke atas mereka yang memperolehi kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalisasian, bukannya mereka yang memperolehi kewarganegaraan mereka melalui kuat kuasa undang-undang. Ini bermakna, bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang menjadi warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, kerajaan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk melucutkan kewarganegaraan mereka kecuali di bawah peruntukan berkenaan dengan kewarganegaraan asing.
Mencemarkan nama negara, mengkritik kerajaan atau Raja-raja, tidak sehaluan dengan mana-mana parti politik dan melanggar undang-undang adalah antara alasan yang sering digunakan oleh gerombolan tertentu untuk 'mendesak' supaya seseorang atau sesuatu kumpulan itu dilucutkan kewarganegaraan mereka. Tetapi, bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, alasan-alasan ini bukanlah sebab-sebab yang boleh mengakibatkan mereka dilucutkan kewarganegaraan mereka.
Cadangan ahli Parlimen Pasir Mas tersebut langsung tidak berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan, kerana kewarganegaraan seseorang itu tidak boleh ditentukan oleh sebuah suruhanjaya.
Perihal kewarganegaraan termaktub dan diperuntukan oleh Perlembagaan. Seseorang rakyat Malaysia dijamin kewarganegaraannya oleh Perlembagaan, bukannya mengikut rasa hati golongan tertentu.
Ironis sungguh, kerana kita seringkali terdengar laungan untuk 'mempertahankan Perlembagaan' atau lebih khusus lagi Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, tetapi perkara-perkara lain yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak pula dijunjung dan dihormati.
Mungkinkah ini sebabnya golongan muda tidak lagi menghormati ahli politik?

Parti Ketuanan Melayu Menjatuh Maruah Melayu

Posted: 26 Mar 2011 06:49 PM PDT

Oleh: Iqbal

"Rasanya macam tak sanggup lagi nak ikut perkembangan politik tanahair. Marah dan kecewa yang amat sangat terbuku dihati. Kadang2 tertanya juga pada diri sendiri, apakah politik begini rupa ?

Namun oleh kerana kemarahan dan kebencian yang meluap-luap didalam dada mendorong aku memberi penjelasan dan penerangan kepada individu2 yang ku kira masih lagi rasional pertimbangan mereka. Disamping itu doa yang tidak putus2 ku panjatkan kepada ALLAH agar segera menurun bantuan dalam menghadapi parti melayu yang tidak bermoral ini.

Sewaktu peristiwa 1998 berlaku , waktu itu kita tidak terfikir bahwa orang melayu tergamak melakukan konspirasi seburuk itu. Bayangkan cerita seks dipaparkan dalam akhbar2 yang ianya boleh dibaca oleh para remja malah budak bawah umur. Melayu yang mendalangi konspirasi waktu tidak memikirkan langsung tentang maruah Melayu sedang mereka tahu negara ini berbilang bangsa penduduknya. Tapi difikirkan seks ala itu saja yang diyakini berkesan memberi pukulan maut kepada lawan maka ianya dilaksanakan. Sudah pasti waktu kita ditertawakan oleh bangsa lain. Tentu sekali waktu itu kita diperlekehkan oleh kaum2 lain.

Anehnya orang2 yang berada didalam parti ini juga berarak kesana kemari membawa panji2 ketuanan melayu. Mereka yang sebenarnya memalukan melayu tetapi bangsa lain dikambing hitamkan.

Beberapa hari lepas sekali melayu dari parti melayu terbesar didunia memalukan bangsa melyu. Dalam mereka kononnya nak dedahkan akhlak musuh politik mereka , tanpa mereka sedari kesan yang lebih besar telah menimpa bangsa melayu. Lebih2 yang didedahkan itu adalah fitnah belaka.

Melayu dari parti melayu memang tidak mengendahkan peringatandan amaran ALLAH. Agaknya mereka rasa mereka tiak akan mati. Wajar MAZ mengajak masyarakat agar menolak parti yang suka menyelak kain orang.

Maka sebab itu moral pembawa cerita lucah ini sebenarnya sangat rendah. Dan ia sebenarnya mencerminkan peribadi dan kegiatan mereka. Mana mungkin orang yang baik sanggup melakukan fitnah seburuk ini.

YA ALLAH SEGERAKAN LAH KAU MUSNAHKAN PEMBAWA FITNAH SERTA PARTINYA SEBAGAIMAN KAU MUSNAH KEKUASAAN HOSNI MUBARAK DENGAN SEKELIP MATA.

YA , MEREKA ADA PDRM , ADA SPR, ADA SPRM ,ADA PEGUAM NEGARA TAPI KAMI ADA ENGKAU YA, ALLAH.KAULAH PENENTU SEGALA-GALANYA YA, ALLAH."

Sejak Bila Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik Bukan Orang Umno..

Posted: 26 Mar 2011 06:44 PM PDT

Video lucah yang panas di perkatakan di tanah air kita bukan konspirasi Umno kata Datuk Seri Najib Razak. Persoalannya sejak Bila Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik keluar umno..? adakah beliau juga bukan orang Umno ..? Kantoi lagi.. macam mana ni tak mengaku ahli parti sendiri ke..

Bila undang-undang kita ada pindaan berkenaan seseorang atau pesalah yang menyebar & menayang video lucah terlepas dari kesalahan perlakuan tersebut..?

Ini menandakan ada yang tak betul dalam isu kontroversi video lucah ini , nampak sangat hanya untuk memerangkap seseorang bukan untuk menjelaskan kebenaran...

Fitnah video lucah: Mufti membisu, budayawan sembunyi!

Posted: 26 Mar 2011 06:44 PM PDT


Oleh KASSIM MUHAMMAD 
Sebuah Ormas, Organisasi Massa SAF namanya, akronim untuk Saf Anti Fitnah hasil gabungan pelbagai ormas telah bangun untuk mengisytiharkan ― dengan lantang dan jelas sekali ― bahawa mereka TIDAK lagi dapat berdiam diri dengan kerja-kerja fitnah yang dilesenkan kepada sesetengah pihak di negara kita.

Pada hari Sabtu 26 Mac 2011, jam 2 petang, SAF telah  dilancarkan di Madrasah Tarbiah, Kampung Bandar Dalam, Batu 41/4 Jalan Gombak, Kuala Lumpur.   Di antara ormas yang bangun dan bersama-sama menyatakan kebencian mereka terhadap kerja buat fitnah yang jahat lagi menjijikkan ini termasuklah:


Teras, Shura, Paksi, Budayawan Bertindak, Maufakat dan Pemuda Madrasah Tarbiah,  ABIM, SALIMAH, Kelab GADIS-SALIMAH, ISRA (Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat), MBWM (Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia), Pusat Tassawur Islam Perak, Jaringan Kuliah Dhuha Perak, Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH), JAMA'IY, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak dan Kami.  Kita percaya banyak lagi ormas yang bakal terlibat dengan SAF.

Sehingga blog ini dikemaskini pagi ini, Masjid Batu di Kampung Pertama, Permatang Pauh telah menyatakan hasratnya untuk membawa mesej SAF ke sana.  Mengikut Dinsman tarikh yang dicadangkan ialah pada hari Sabtu, 16 April 2011. 

Sementara Cikgu Azmi dalam pesanan ringkasnya menyatakan bahawa, " Road show penerangan Fitnah dalam politik dan implikasinya kepada kestabilan negara dan maruah ummah ― penggembelingan ulama dan kebangkitan rakyat, Isnin 28 Mac 2011, jam 8.00 malam, di Masjid Jitra.  Penceramah Ustaz Abd Ghani Shamsuddin dan Cikgu Mohd Azmi Abd. Hamid."        


ii.

Di antara mesej jelas yang dinyatakan oleh para wakil ormas ialah:

Kenapakah institusi agama yang antara lainnya merangkumi para mufti,  sunyi dan sepi seolah-olah tidak ada apa-apa yang sangat gawat sedang melanda kita semua?  Demikianlah di antara pertanyaan Dinsman kepada khalayak yang walaupun tidak melimpah sehingga menutupi Jalan di Bati Empat Suku Jalan Gombak, di depan Madrasah Tarbiah, tapi mencukupi untuk menyatakan bahawa rakyat prihatin dan peduli dengan suasana yang melanda ummah.

Wakil ABIM, seorang anak muda juga begitu bimbang dengan contoh kelakuan tidak bertingkah para politikwan kita ― mereka kencing berdiri sehingga anak-anak muda, zuriat keturunan negara tercinta ini menjadi keliru yang amat sangat.  Apakah kesudahan kita?  Pelikkah kita dengan segala gejala sosial yang menimpa?

Ustaz Ghani Samsuddin pula menjelaskan betapa buruk dan bahayanya kesan fitnah itu kepada ummah dan kenapa perbuatan ini mesti diperangi dengan bersungguh-sungguh.  Kata beliau, nampaknya kerja awal para ulamak ialah untuk menjelaskan dengan terperinci 'apakah itu fitnah dan kategorinya' sepertimana yang terdapat dalam Quran dan hadis.  Biar masyarakat, misalnya lebih mengetahui di manakah duduknya Qazaf dan aspek-aspek hukum hukam lainnya yang terdapat dalam Islam.
      
iii.

Cikgu Azmi Abd Hamid dalam kenyataan media SAF, dengan lantang menyeru:

1.  Fitnah mesti diperangi habis-habisan.
2.  Fitnah yang berkait dengan hukum Qazaf dalam Islam mesti dikuatkuasakan.
3.  Fitnah mesti diberantas dalam semua budaya hidup masyarakat.
4.  Fitnah politik untuk menjatuhkan lawan ditolak dan dibantah sekeras-kerasnya.  


iv.

Pelancaran SAF tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak mendapat sokongan padu Markas Tarbiah, Kampung Bandar Dalam, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.  Seluruh kepimpinan Madrasah yang diketuai oleh Cikgu Ishak Surin bersama-sama safnya telah bangun untuk berjuang.  Kita bersyukur dengan penglibatan anak-anak mudanya.  Syukur Alhamdulillah.

Kita telah melihat bagaimana 'benih yang jatuh ke laut menjadi pulau'  ini mulai bercambah.  Bila lagi agaknya segala surau, masjid dan balaisah yang bertaburan di negara kita ini mahu bangkit dari tidur panjangnya itu? 

Bila lagi?

Wahai para penulis, sasterawan, ilmuan dan budaya, di manakah gerangan kamu bersembunyi?  Tidakkah kalian penat ― membisu sepanjang hidup?

Bila lagi dibuka mulut yang terkunci rapat itu?

Membuka laluan untuk tsunami politik yang tersekat pada 2008

Posted: 26 Mar 2011 06:43 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Tempoh kempen pilihan raya Sarawak ditetapkan selama 10 hari, iaitu kurang sehari daripada pilihan raya negeri kesembilan tahun 2006. Walaupun ia lebih lama berbanding cadangan Pengerusi Pemuda BN Sarawak yang mahu dihadkan hanya kepada seminggu, namun ia masih kurang berbanding masa berkempen dalam pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. Ketika itu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memanjangkan waktu berkempen kepada 13 hari.



Dalam pilihan raya umum 1999, iaitu yang terakhir yang dijalankan di bawah era Dr Mahathir Mohamad, hanya sembilan hari diperuntukkan bagi tempoh berkempen.

Semakin kecil jumlah hari berkempen, maka pihak pembangkang nampak lebih tertekan, sekali gus memberi kelebihan buat BN. Misalnya, dalam PRU13, hari-hari awal kempen menunjukkan pengundi seperti tidak berminat untuk menyertai program ceramah oposisi, tetapi apabila memasuki minggu kedua kempen, sambutannya begitu hebat, terutama di bandar-bandar besar.
Luas kawasan negeri Sarawak ialah 124,386 km persegi, iaitu hampir sama dengan keluasan Semenanjung, 131,598 km persegi. Fakta itu sudah mencukupi untuk menjustifikasikan keperluan tempoh berkempen yang lebih lama di Sarawak, berbanding masa 13 hari dalam PRU13.
Faktor demografinya menyukarkan calon-calon dan parti-parti yang bertanding bagi menemui pengundi untuk berkempen secara berkesan.
Blogger A Kadir Jasin menekankan: "BN Sarawak mempunyai kelebihan (advantage) berbanding pembangkang dalam aspek kewangan dan logistik. Kempen di Sarawak sukar kerana keluasan wilayah dan kesukaran untuk sampai ke pedalaman. Banyak tempat hanya boleh dihubungi dengan helikopter."
Bagi BN, ia langsung tidak menghadapi kesukaran. Sejak sekian lama, situasi pilihan raya di Malaysia menyaksikan BN memperalat dan memperkakaskan segala kemudahan dan sumber kerajaan. Salahguna kuasa yang menjolok mata itu tidak pula dianggap satu kesalahan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
Lebih malang apabila SPR -- tidak seperti badan seumpamanya di negara-negara lain, termasuk di rantau ini,  yang "bertaring"  dan dihormati -- bukan saja "tidak berkuku", malah dilihat sebagai salah satu daripada agen untuk memenangkan BN.

Jentera kerajaan siap dipergunakan semahunya. Para taukeh dan saudagar gergasi, yang mendapat limpahan projek melalui proses yang sarat dengan korupsi, saling membantu kempen mengaburi mata rakyat.
Usah cerita soal RTM yang akan memberikan sepenuh sokongan untuk menyiarkan apa jua propaganda, juga menyebarluaskan tohmahan terhadap saingan politik BN.
Stesen swasta, misalnya Media Prima, yang dilihat lebih kreatif dan berinovasi dalam menampilkan slot terbitannya turut berlumba-lumba menawarkan khidmat.
Jangan terkejut kalau dalam kes Sarawak sekarang, Ketua Menteri Taib Mahmud yang terdesak itu akan bermurah hati memberikan imbalan kewangan  dalam jumlah yang cukup besar -- puluhan juta ringgit -- bagi melicinkan operasi stesen TV berkenaan. Tentunya untuk membuat liputan yang menyeluruh ke setiap pelosok Bumi Kenyalang itu, ia memakan kos yang tinggi.
Benar, ketika Pengerusi dan ahli-ahli SPR didakwa "berbicara dengan lidah Umno-BN serta menuruti sepenuhnya kehendak elit penguasa di peringkat persekutuan" -- dan gagal memenuhi peruntukan Perkara 14(2) Perlembagaan -- parti-parti pembangkang masih mampu menang di beberapa negeri dan menguasai jumlah kerusi Parlimen yang agak besar, tetapi ia bukan petunjuk untuk membuktikan pilihan raya kita berjalan secara bebas dan adil. Sama sekali tidak!
Sebenarnya, jika sistem demokrasi di Malaysia telus, tulen dan matang serta membenarkan persaingan politik yang cukup terbuka dan saksama, maka kemungkinan besar BN dan dahulunya Perikatan sudah lama dapat ditumbangkan.
Rakyat dapat menikmati proses pertukaran kerajaan sekiranya mereka merasakan perlu berbuat demikian tanpa perlu melalui pelbagai ugutan atau tawaran rasuah politik.
Partisipasi rakyat dalam amalan demokrasi bukan lagi hanya mengundi sekali dalam masa lima tahun, tetapi berupaya untuk membentuk atau mempengaruhi dasar-dasar awam secara berterusan, selain memastikan khazanah negara dan wang pembayar cukai diuruskan secara berhemat dan transparen. Ruang awam diperluaskan agar rakyat dapat memberikan pandangan, teguran hatta kritikan tajam.
Satu perkara yang nyata dalam kes Sarawak, dan juga pilihan raya lainnya, bahawa ramalan terhadap tarikh penamaan calon dan hari mengundi (sekali gus tempoh berkempen) selalunya tepat. Ia tidak bermakna tukang ramal mempunyai firasat yang hebat tetapi tekaan itu sebenarnya datang daripada sumber pejabat ketua menteri atau perdana menteri.
Memang pada mulanya tarikh penamaan calon dijangka 9 April, tetapi beberapa kemudian seorang rakan dari Kuching, penganalisis politik terkenal, menghantar SMS memaklumkan ia dipercepatkan pada 6 April, dengan tarikh pengundian kekal 16 April. Pada 23 Mac, Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusuf hanya mengulangi pengumuman tarikh-tarikh berkenaan secara rasmi sahaja.
Ternyata dalam hal ini, SPR langsung tidak berkuasa, sekadar mengaminkan apa juga strategi ketua menteri atau perdana menteri. Sewajarnya tempoh berkempen ini dikanunkan dalam Perlembagaan secara jelas, iaitu minimum 21 hari.
Saya lebih berminat untuk meneropong pilihan raya Sarawak dalam konteks cabaran proses pendemokrasian di sana. Soal Pakatan Rakyat dapat menafikan majoriti dua pertiga BN, atau menyebabkan kredibiliti BN tergugat dengan teruk ekoran skandal Taib dan pelbagai isu kritikal, seperti tanah hak adat pribumi (NCR), memerlukan pemerhatian lain.
Saya cukup rimas apabila mendapat tahu Taib dengan sewenang-wenangnya menggunakan "kuasa istimewa" imigresen Sarawak untuk menghalang tokoh-tokoh tertentu pembangkang dari Semenanjung daripada memasuki negeri itu. Antara yang pernah disekat ialah Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Disember 2008) dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa (kali pertama Feb 2009, dan kedua Mac 2011).
Dalam realiti politik baru, insiden seumpama itu begitu memalukan. Saya tidak pasti bagaimana dengan iklim kebebasan bersuara di Sarawak secara keseluruhannya. Cuma saya difahamkan, budaya takut masih kuat mencengkam. Ia tidak sukar difahami memandangkan  regim Taib sudah berakar selama 30 tahun.
Diharapkan rakyat, terutama pengundi muda, yang lebih tinggi taraf celik politiknya agar berani bersuara, sekurang-kurangnya menyatakan protes terbuka menentang amalan primitif yang bercanggah dengan norma-norma demokrasi, di samping membuka laluan untuk tsunami politik yang tersekat pada 2008 membadai Sarawak dan Sabah dalam PRU13 nanti.

Yen Yen: Kami tak peduli Nazri, tak minta mohon maaf pun

Posted: 26 Mar 2011 06:37 PM PDT

GEORGE TOWN, 27 Mac — Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengulangi bahawa parti itu tidak meminta Datuk Seri Nazri Aziz meletak jawatan atau memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya mengenai MCA, MIC dan Gerakan.
Ng  (gambar)yang juga Menteri Pelancongan berkata setiap orang berhak menyuarakan padangan mereka dan pada masa yang sama harus mematuhi etika Barisan Nasional.
"Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana Yayasan Perubatan 1MCA, di sini malam tadi.
Beliau mengulas laporan Nanyang Siang Pau baru-baru ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membandingkan kedudukan MCA sekarang sebagai "isteri yang dizalimi tetapi enggan meminta cerai."
Buat masa ini, Ng berkata parti itu memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Dalam satu kenyataan semalam juga, Nazri berkata percakapannya semasa sesi temu ramah dengan akhbar tersebut baru-baru ini telah disalah tafsir oleh wartawan berkenaan sehingga menyinggung perasaan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Justeru, katanya, soal meminta maaf tidak timbul kerana laporan yang disiarkan itu tidak betul.
"Saya anggapkan hubungan Umno dan MCA ibarat sebuah perkahwinan yang kukuh... kahwin lebih 50 tahun ada bergaduh, macam-macam aduan. Sebuah perkahwinan yang lama tetapi tidak bercerai.
"Saya tidak suruh keluar pun. Itu mesej saya, ini perkahwinan lama, bergaduh tetapi tidak bercerai," katanya.

Malaysia Boleh : Kejahatan yang berlaku sinambungan zaman jahiliah

Posted: 26 Mar 2011 06:31 PM PDT

Keburukan yang berlaku sepertimana yang dibangkit itu adalah hasil dari politik kotor yang diamalkan oleh para pemimpin yang memerintah negara dulu dan kini.

Ini bolehlah kita katakan ia adalah kesinambungan zaman jahiliah dulu yang jelas serasi dipadamkan.

Zaman jahiliah dulu minum arak, zina dan bunuh anak adalah perkara lumrah sehingga ada seorang yang mahu masuk Islam memohon pada Rasulullah SAW dihalalkan zina pada diri sendiri.

Oleh itu, tak hairanlah dengan apa apa kejahatan yang berlaku sekarang pada negara kita.

Pada hawa nafsu mereka minum arak, zina dan bunuh anak itu baik sehingga membuat mereka sanggup bertindak "berani kerana benar" sudah bertukar menjadi "berani kerana salah".

Dan "takut kerana salah" sudah bertukar menjadi "takut kerana benar".Memang kebanyakan manusia hari berani melakukan kesalahan dan taku melakukan kebaikan atas sifat kebenaran.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang menegakkan kebenaran pernah meringkup dalam penjara. manakala yang salah bebas dengan sebebas bebasnya.

Sebab itu yang salah itu dianggap benar dan benar itu dianggap salah, termasuk membuka pintu fitnah dengan seluas luasnya sehingga yang yang berpegang fitnah itu benar.

Tak mustahil suatu masa nanti fitnah itu benar dan benar itu fitnah hasil dari gerakkerja politik kotor bikinan para pemimpin yang pentingkan diri sendiri.

Yang peliknya gerak kerja jahat ini mendapat sokongan kuat daripada pihak yang ada integriti.

mereka ini seolah olah turut bersubahat sama dalam kes fitnah menfitnah yang seolah olah sudah dijadikan amalan, macam juga zaman Nabi SAW dulu fitnah dihala kepada Bani SAW dengan begitu hebat.

pendek kata hari ini integriti yang ada pada mereka sudah dicabut oleh Allah. Sebab itu ada mufti yang beri sokongan tak berbelah bahagi pada tindakan para pemimpin yang melaku fitnah terhadap musuhnya.

Atas Sebab itu juga kejahatan yang dilakukan oleh para pemimpin negara mendapat sokongan padu dari pihak yang ada integriti di negara ini.

Titik gempa hampiri Malaysia...ada tak ahli politik yang menafikanya...!!

Posted: 26 Mar 2011 06:29 PM PDT






KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Ada aku kesah...!!!!

Posted: 26 Mar 2011 06:25 PM PDT

Ada aku kesah jika laki aku tak makan

Ada aku kesah jika laki aku tak minum

Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor

Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya

Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya

Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku

Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang

Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian

Ada aku kesah jika laki aku nak kemana

Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku

Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku

Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku

Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi

Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku


Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....

Ketika telefon laki aku berdering di dinihari

Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa

Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya

Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang

Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku

Ketika tidurnya membelakangi aku

Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa

Kini .... laki aku dah langsung tak kesah dengan aku.... huhuhu...

Pemilihan PAS: Tuan Ibrahim tak tanding No 2, Mat Sabu masih kaji peluang

Posted: 26 Mar 2011 06:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit.
Sebelum ini khabar angin menyebut ada usaha untuk meminta beliau mencuba nasib jawatan nombor dua yang kini disandang Nasharudin Mat Isa.
Kata Tuan Ibrahim (gambar), beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan parti.
Dua naib presiden lain semasa ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, masing-masing ahli Parlimen Pokok Sena an Kubang Kerian.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS.
Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
"Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN).
"Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas," katanya.
Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden.
"Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan.
"Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu," katanya.
Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding.
Mohamad yang turut dihubungi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi jawatan itu sekiranya mendapat sokongan kuat di peringkat kawasan.
Bagaimanapun, Mohamad berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding sekali lagi dan hanya akan mengumumkan pendiriannya tiga minggu sebelum muktamar yang akab berlangsung awal Jun ini.
Sekiranya, Mohamad bertanding ini merupakan kali kedua beliau berbuat demikian setelah tewas kepada Nasharudin dua tahun lalu.
Turut bertanding ketika itu ialah Datuk Husam Musa.
Ketika itu kedua-dua Mohamad dan Husam merupakan naib presiden.
Pada pemilihan itu, Nasarudin mendapat 480 undi, Husam memperoleh 281 undi manakala Mohamad hanya 261 undi.
"Kita tengok pencalonan dulu... kemudian bincang dengan kawan-kawan, kemudian tengok pula sokongan lepas itu baru akan buat keputusan untuk bertanding atau tidak.
"Setakat hari ini saya masih belum membuat sebarang keputusan lagi, dua atau tiga minggu sebelum muktamar saya akan beritahu sebab saya nak tengok mood perwakilan.
"Kalau dapat sokongan yang kuat saya akan bertanding tapi kena lihat perkembangan dulu... lihat di kawasan yang akan mengadakan mesyuarat bulan depan," kata Mohamad.
Mengakui kurang mendapat sokongan di peringkat perwakilan, Mohamad berkata, beliau mungkin akan bertanding jawatan lain sekiranya sokongan tidak kuat.
"Kita tengok perkembangan dulu... tengok mood dulu. Kalau baik, saya akan bertanding, kalau tidak saya akan bertanding mana-mana jawatan yang dirasakan sesuai.
"Ataupun kemungkinan saya tidak akan bertanding pada pemilihan kali ini," katanya.

Video : Utusan, NST Berbohong Lagi

Posted: 26 Mar 2011 08:17 AM PDT

Kit Siang sounds alarm over Sarawak seats row

Posted: 26 Mar 2011 08:06 AM PDT


The DAP parliamentary leader says public confidence in Pakatan Rakyat has taken a beating in the last fortnight.
KUALA LUMPUR, March 26 — The DAP's Lim Kit Siang urged his Pakatan Rakyat (PR) coalition today to resolve its Sarawak seat allocation dispute urgently and not allow itself to be distracted by the sex video scandal. The DAP parliamentary leader said PR must not let "the worst case of gutter politics" distract the opposition just 10 days before nomination for Sarawak state polls, which will take place next month.
Lim said he was "very disappointed" that discussions between DAP and PKR on Thursday had not only failed to resolve the seat allocation dispute, but even added one more to the five already in contention instead.
The Malaysian Insider understands that the six seats in question are Padungan, Batu Kawa, Senadin, Piasau, Balai Ringin and the newly added Dudong.
"It would be a great disaster if there should be multi-cornered contests involving the DAP and PKR in five or six constituencies in the Sarawak general elections, for it would gravely undermine public confidence in Pakatan Rakyat, not only in Sarawak, but in Malaysia," Lim said in a statement today.
He stressed that it was necessary for the two parties to resolve overlapping claims over six seats without further delay to restore public confidence in PR, which he said had taken a beating over the last two weeks.
The DAP stalwart urged his party and PKR to approach negotiations with greater urgency to ensure a one-on-one fight with Barisan Nasional (BN) in "the most important state general election in the history of Sarawak and Malaysia".
"Every day counts," he warned.
DAP Sarawak has "full autonomy" to finalise seat allocations and the party's national leadership is confident that Sarawak DAP leaders are committed to ensuring that PR secure a "major breakthrough" in the state elections, he added.
PKR admitted yesterday that opposition parties were deadlocked over seat allocations in Sarawak after talks between the party and DAP broke down on Thursday following the addition of Dudong.
Sarawak PKR chief Baru Bian said he expected his party to settle its disagreement with DAP over the six seats and with SNAP over several Dayak-majority areas by March 29.
He told reporters in Kuching that PKR, which wants to contest 52 seats, had yet to reach a compromise with SNAP, which had expressed its intention to contest 40 mainly Dayak-majority constituencies.
Earlier, Sarawak DAP chairman Wong Ho Leng had said that his party was prepared to concede the two Chinese-majority areas of Padungan and Senadin to PKR even though it had the best chance of winning.
But he said DAP, which is planning to contest 18 seats, is unwilling to give up Batu Kawa, Dudong and Piasau to PKR.
DAP aims to contest in 18 seats — Padungan, Pending, Batu Lintang, Batu Kawah, Kota Sentosa, Simanggang, Balai Ringin, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Bawang Assan, Repok, Meradong, Kidurong, Senadin, Piasau, Pujut and Bukit Kota.

Bunuh Rakyat… Diktator Bashsar al-Assad Ikut Jejak Gaddafi

Posted: 26 Mar 2011 07:47 AM PDT


Syrians gather near a bus with shattered windows after shootings during a protest in Mouadamieh, near Damascus March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
Syrians gather near a bus with shattered windows after shootings during a protest in Mouadamieh, near Damascus March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
Hundreds of Syrians march from the Omayyed mosque in the centre of Damascus' Old City towards Souk Al-Hamadiyeh street on March 25, 2011 chanting 'Daraa is Syria' and 'We will sacrifice ourselves for Syria,' as protests spread in Syria from the opposition's southern epicentre of Daraa to Damascus and a town south of the capital, where authorities moved to arrest at least five demonstrators.
Hundreds of Syrians march from the Omayyed mosque in the centre of Damascus' Old City towards Souk Al-Hamadiyeh street on March 25, 2011 chanting 'Daraa is Syria' and 'We will sacrifice ourselves for Syria,' as protests spread in Syria from the opposition's southern epicentre of Daraa to Damascus and a town south of the capital, where authorities moved to arrest at least five demonstrators.
Anti-Syrian government protesters, left, and pro-government, right, clash after Friday prayers in Damascus, Syria, Friday, March 25, 2011. Thousands of Syrians took to the streets Friday demanding reforms and mourning dozens of protesters who were killed during a violent, week long crackdown that has brought extraordinary pressure on the country's autocratic regime, activists and witnesses said.
Anti-Syrian government protesters, left, and pro-government, right, clash after Friday prayers in Damascus, Syria, Friday, March 25, 2011. Thousands of Syrians took to the streets Friday demanding reforms and mourning dozens of protesters who were killed during a violent, week long crackdown that has brought extraordinary pressure on the country's autocratic regime, activists and witnesses said.
Syrians shout slogans in support of protesters in the city of Deraa, during a protest in Mouadamieh, near Damascus, March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
Syrians shout slogans in support of protesters in the city of Deraa, during a protest in Mouadamieh, near Damascus, March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
Syrians gather during a demonstration in support of protesters in Deraa, in Mouadamieh, near Damascus March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
Syrians gather during a demonstration in support of protesters in Deraa, in Mouadamieh, near Damascus March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
A man walks past a bus with shattered windows after shootings during a protest in Mouadamieh, near Damascus March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
A man walks past a bus with shattered windows after shootings during a protest in Mouadamieh, near Damascus March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
Syrians shout slogans in support of protesters in the city of Deraa, during a protest in Mouadamieh, near Damascus, March 25, 2011. Security forces killed three people in the Mouadamieh district of Damascus, the Syrian capital, after a crowd confronted a procession of cars driven by supporters of President Bashsar al-Assad, residents said.
Anti-Assad Syrian protesters shout slogans after Friday prayers outside the Omayyad Mosque in Damascus, Syria, Friday, March 25, 2011. Thousands of Syrians took to the streets Friday demanding reforms and mourning dozens of protesters who were killed during a violent, week long crackdown that has brought extraordinary pressure on the country's autocratic regime, activists and witnesses said.
Anti-Assad Syrian protesters shout slogans after Friday prayers outside the Omayyad Mosque in Damascus, Syria, Friday, March 25, 2011. Thousands of Syrians took to the streets Friday demanding reforms and mourning dozens of protesters who were killed during a violent, week long crackdown that has brought extraordinary pressure on the country's autocratic regime, activists and witnesses said.
Anti-Syrian government protesters shout slogans as they protest after Friday prayers in Damascus, Syria, Friday, March 25, 2011. Thousands of Syrians took to the streets Friday demanding reforms and mourning dozens of protesters who were killed during a violent, week long crackdown that has brought extraordinary pressure on the country's autocratic regime, activists and witnesses said.
Anti-Syrian government protesters shout slogans as they protest after Friday prayers in Damascus, Syria, Friday, March 25, 2011. Thousands of Syrians took to the streets Friday demanding reforms and mourning dozens of protesters who were killed during a violent, week long crackdown that has brought extraordinary pressure on the country's autocratic regime, activists and witnesses said.

17 terbunuh demonstrasi di Syria dicemari tembakan

26/03/2011 2:30am
DAMASCUS 26 Mac – Seramai 17 orang terbunuh apabila demonstrasi yang diadakan di Daraa dicemari adegan tembakan, kata seorang aktivis hak kemanusiaan.
"Kesemua mereka terbunuh kerana ditembak ketika sedang berarak dari kampung Sanamen ke Daraa," ujarnya.
Ujarnya, pasukan keselamatan turut menembak ke arah pembantah yang berkumpul di Daraa, hari ini. – AFP
………………………………………………………………………………………

20 reported killed as Syrian troops open fire on protesters..

ARAB UPRISINGS: SHOTS WERE fired yesterday in the southeastern Syrian city of Deraa after funerals of people killed on Wednesday passed off peacefully. Security forces reportedly shot at youths trying to set fire to a statue of former president Hafez al-Assad. In nearby Sanamein village a witness told al-Jazeera 20 people were killed when villagers tried to reach Deraa.
In Damascus, Hama and Homs security forces broke up protests while pro-government demonstrators brandishing portraits of current president Bashar al-Assad rallied.
Deraa's funerals were of six of the 37 people who were killed on Wednesday when army and police stormed a protest encampment at the Omariya mosque in the old town, boosting the death toll to 44 over the past week.
"Freedom is ringing out," chanted the throng in Deraa, an agricultural town near the Jordanian border, where the detention of 15 teens spray-painting graffiti on walls sparked mass protests.
Presidential spokeswoman Bouthaina Shaaban said on Thursday that the protests were "legitimate" and announced that the government would meet the demands of activists who want an end to emergency laws in place since 1963, the right to form political parties, and an anti-corruption drive.
So far, protesters have largely steered clear of calling for the fall of Dr Assad who, unlike the Egyptian and Tunisian rulers, enjoys genuine popularity. After assuming power on his father's death in 2000, he tried to introduce political reforms but was compelled to retrench by powerful figures in the politico-military establishment which has ruled Syria for 48 years.
Although the flowering of the "Damascus Spring" was brief, Dr Assad has gradually loosened the grip of the security state and opened up the economy. Analysts suggest that local protests within the context of regional uprisings could strengthen his hand against opponents of political reform. Although he has repeatedly called for an end to violence against protesters, hardline elements in the security forces have cracked down.
In Egypt, frightened off by a ban on demonstrations and strikes decreed by the government and enforced by the military, only 1,000 Egyptians attended the weekly protest in Cairo's Tahrir Square. The law imposes a one-year prison sentence and a steep fine on instigators and participants in demonstrations.
Those who did attend the Tahrir Square demonstration called for revocation of the law and called for the speedy trial of former president Hosni Mubarak and other members of the ousted regime for corruption and human rights abuses. The failure of the democracy movement to marshal thousands was attributed to the feeling among many Egyptians that the uprising is over and the country should return to normal.
A few hundred metres from the square, 2,000 assembled in front of the television building to call for the dismissal of media figures who misled the public during Mr Mubarak's 30-year reign and 500 Coptic Christians protested the authorities' failure to arrest those who set fire to a church on March 4th.
Organisers were more successful in Alexandria, where after the noon mosque prayers thousands demonstrated against the anti-protest law. But they were assaulted by Muslim fundamentalists opposed to further mass action. They also called for the resignation of Prime Minister Essam Sahaf for being secular.
In Jordan's capital Amman, demonstrators demanding reform and an end to corruption were injured when government supporters attacked with sticks and stones.
Several hundred protesters have set up a camp in a central square and vow to remain until King Abdullah grants their demands. Three dozen protesters were injured Thursday in clashes with pro-government elements.
………………………………………………………………………………………………….

Dozens reported killed in attacks on Syria protesters

Widespread protests against the government of Syrian President Bashar Assad drew a severe response from security forces, who fired on demonstrators, witnesses say. Deaths are reported in Dara, Latakia, Hims and Sanamein.

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Protests and shooting in Syria as unrest spreads

(Reuters) – President Bashar al-Assad faced the deepest crisis of his 11 years in power on Saturday, with one city in the grip of anti-government protesters and unrest spreading to other parts of Syria.
Dozens of people have been killed over the past week around the southern city of Deraa, medical officials have said, and there were reports of more than 20 new deaths on Friday, during demonstrations that would have been unthinkable a couple of months ago in this most tightly controlled of Arab countries.

Bahrain: Sunni Menyamar Syiah

Posted: 26 Mar 2011 07:28 AM PDT


Siapakah sebenarnya pengganas di Bahrain?

Demonstran yang tidak bersenjata dibunuh.

MESTI TONTON: Dan ini kes sunni menyamar menjadi syiah untuk mengganasi sunni supaya dapat dijadikan hujah bahawa kebangkitan rakyat di Bahrain adalah kebangkitan atas nama mazhab. Satu lagi projek untuk menipu dunia. Ada terompah yang tertipu. Ada terompah yang memang buat-buat tak tahu kerana laba dunia. Video di atas memaparkan sekumpulan tentera elit menyamar menjadi penunjuk perasaan syiah sambil membawa senjata. Tetapi bukan semua orang dapat ditipu di muka bumi, ada yang berjaya merakam perbuatan jahat ini. Maka mereka dijejaki lalu didapati samseng ini adalah sebenarnya tentera elit yang menyamar sebagai syiah. Bila rahsia terdedah, para pelajar ini segera diburu dan ditembak.
Kebangkitan di Bahrain bukanlah kebangkitan mazhab. "Mereka tidak boleh lagi memainkan perbezaan sektarian untuk mengekalkan rakyat supaya terus berpecah bagi mengekalkan regim mereka yang tidak sah. Puak Sunni dan Shiah ialah satu iaitu Muslim dan bersama menuntut penamatan kuasa diktator dan penguasaan secara keturunan untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan," SM Idris

Video : Perjuangan Ke Akhir Hayat Pak Kudus, Dalam Ingatan

Posted: 26 Mar 2011 07:08 AM PDT

Kerajaan Selangor batal rancangan pembangunan komersil di Taman Subang Ria

Posted: 26 Mar 2011 07:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Kerajaan Selangor membatalkan rancangan pembangunan komersil di atas tapak seluas 7.6 hektar di Taman Subang Ria yang berada di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan negeri mengambil kira rintihan dan bantahan sebahagian besar penduduk Subang Jaya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.
Tambahan pula katanya, usaha mencari penyelesaian terbaik bersama Sime Darby tidak mendapat kerjasama dari syarikat tersebut.
"Selepas diteliti secara perinci syarat-syarat rancangan tempatan, didapati kawasan seluas 19 ekar yang dicadangkan itu tidak sepatutnya dibangunkan untuk pembangunan komersil.
"Sehubungan itu, selepas proses ini, rancangan pembangunan komersil di tapak seluas 19 ekar akan dikeluarkan dari Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2020, bermula hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Khalid berkata dengan pembatalan rancangan pembangunan itu, seluruh kawasan Taman Subang Ria akan dikekalkan untuk kegunaan rekreasi. — Bernama

DUN Sarawak: Najib teliti senarai lebih satu nama setiap kerusi

Posted: 26 Mar 2011 07:04 AM PDT

KLUANG, 26 Mac — Datuk Seri Najib Razak akan meneliti lebih daripada seorang calon bagi setiap kerusi yang ditandingi untuk dipertimbangkan pada pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung 16 April ini.
Perdana Menteri berkata, kriteria calon yang akan dipilih ialah pemimpin terbaik untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di di negeri itu.
"Ya, saya akan adakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak tidak lama lagi.
"Kita akan pilih calon-calon yang berpotensi dan terbaik pada masa untuk menang," katanya semasa ditanya mengenai kriteria calon yang akan ditampilkan BN pada pilihan negeri itu bulan depan.
Najib ditemui selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini. Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ditanya adakah beliau ada rekod sendiri mengenai calon-calon yang akan dipertimbangakan, perdana menteri menjawab: "Itu rahsia."
Menurutnya, pada kebiasaannya senarai nama calon yang diberikan untuk dipertimbangkan lebih daripada satu nama.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapakan hadir penamanan calon pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ditetapkan pada 6 April manakala hari penamaan calon pada 16 April ini. — Bernama

Manipulasi waktu twitter, Utusan didesak mohon maaf atau disaman

Posted: 26 Mar 2011 06:58 AM PDT

Antara bukti catatan dari twitter ke facebook hanya mengambil masa dua minit, bukan sejam seperti fitnah Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia yang memetik laporan blog tajaan Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang twit ke akaun twitternya pada masa rakaman video palsu itu berlangsung, didesak memohon maaf atau berdepan saman dari KEADILAN.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun twitternya antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam berbanding waktu rakaman video berkenaan antara jam 10.20 malam hingga 10.41 malam.
"Semua laporan mereka yang menonton rakaman itu tidak menyebut sipelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan twitter," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
"Pesanan yang dihantar jelas dibuat  Anwar kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut yang diketahui umum. Mustahil sipelaku dalam video adalah Anwar," katanya yang mengemuka bukti sekali gus mematahkan fitnah yang disiarkan blog yang dibiayai Umno sebelum dipetik Utusan Malaysia.
Paparan skrin facebook Anwar membuktikan dakwaan Utusan Malaysia adalah pembohongan semata-mata
Rafizi juga kesal kerana Utusan Malaysia mendakwa wujud perbezaan masa antara laman facebook dan twitter, kononnya pesanan yang dirakam di facebook sejam lebih lambat dari twitter.
"Ini pembohongan besar yang sengaja direka. Dua petikan skrin dari twitter dan facebook Anwar yang menunjukkan pesanan yang dibuat melalui twitter dihantar ke facebook, dua minit kemudian," katanya.
Rafizi berkata, pesanan pada jam 12.22 tengah hari pada 26 Mac 2011 di twitter dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari di facebook.
"Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa. Asal dapat menyebarkan dakyah tuan punya iaitu Umno.
"KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf. Jika enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbang tindakan lanjut terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno itu," katanya.

ANWAR MENGAKU MELIWAT, ADAKAH PERLU DNA BELIAU SEBAGAI BUKTI?

Posted: 26 Mar 2011 06:57 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMUA rakyat telah tahu bahawa `Three Strooges' atau `Geng T' telah mengaku menjadi dalang tayangan video lucah di sebuah hotel. Tayangan video lucah jika tidak silap saya adalah satu kesalahan. Persoalannya, pengakuan telah dibuat dan di`hightlight' kan pada semua media dan seluruh dunia tahu siapa dalang tayangan video lucah tersebut tetapi belum ada tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Negara menjawab, " "Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama (Malaysiakini). Tidak cukup buktikah dengan pengakuan mereka itu?

Kita bukan bertanya tentang siapa yang memasang, merakam atau melakukan adegan seks tersebut. Kita cuma mahu tahu adakah dalang yang bertanggungjawab menayangkan video lucah tersebut ditahan atau ditangkap? Soal siapa merakam atau melakukan aksi lucah tersebut memang kitra faham masih di dalam siasatan, tetapi bagaimana dengan pengakuan `Three Strooges' Geng T yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video berkenaan? Tiada bukti lagikah?

Nampaknya susah untuk mendapatkan bukti walaupun pengakuan telah dibuat. Bayangkan jika Anwar mengaku meliwat Saiful, agak-agaknya mereka minta atau tidak DNA Anwar? Fikir-fikirlah sendiri.

Tiada ulasan: