Sabtu, 26 Mac 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kurang Kasih Sayang Punca Gadis Jadi Tak Waras

Posted: 26 Mar 2011 10:02 PM PDT

Isu Semasa

KOTA BHARU - Remaja perempuan yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan pasar raya KB Mall sambil bersenjatakan pisau mengalami masalah mental selepas dipercayai putus cinta dan kurang kasih sayang keluarga.

Sebelum itu, remaja yang berusia 19 tahun itu juga, bertindak sedemikian selepas dipercayai tidak ada kasih sayang daripada keluarganya yang tinggal di Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, remaja terbabit dikatakan tinggal bersama neneknya sejak tiga bulan lalu dan dipercayai kedua-dua ibu bapanya juga mengalami masalah rumah tangga.

Beliau berkata, berikutan kedua ibu bapanya di Johor tidak memberi kasih sayang yang sempurna kepadanya, dia mengambil keputusan pulang ke Kota Bharu dan tinggal bersama neneknya di Lorong Purnama, Jalan Salor, dekat sini.

"Saya difahamkan, remaja terbabit mengalami tekanan perasaan lagi apabila dia berpisah dengan teman lelakinya dan ditambah pula krisis keluarganya," katanya ketika ditemui di sini pada Majlis Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis ke 204 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

 http://greenboc.blogspot.com

-ijoks2009-
Baru kutahu rupanya gadis ni bukan orang kelantan tapi asal dari negeri paling kuat umnno dalam dunia.
Mungkin blogger umno yang gila buat fitnah tupun masa kecik dia kurang kasih sayang jugak kot,hehehe

http://milosuam.blogspot.com/2011/03/bukti-blogger-pro-bn-diupah-rm-5000.html



 
Cari N3 lama-lama disini

Kejamnya Manusia

Posted: 26 Mar 2011 04:16 PM PDT

Santai


Anda pasti pernah mendengar kisah tentang Tarzan ataupun Mowgli (The Jungle Book) ? Yang menjadi pertanyaan kita adalah, apakah mungkin manusia dijaga oleh binatang?

Menurut logik akal perkara tersebut tidak mungkin terjadi. Tetapi di dunia ini ada banyak kejadian yang terjadi dimana anak manusia dipeliharan oleh binatang.

Malah mereka berkelakuan dan berkomunikasi seperti binatang yang memeliharanya.

Ukrainan Dog Girl

Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanyayang tidak bertanggung jawab dari usia 3 sampai 8 tahun, Oxana Malaya membesar tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut.

Ketika ia ditemui pada tahun 1991, ia tidak boleh bercakap,hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak.

Sekarang umurnya sudah mencapai 20-an, Malaya telah diajarkan untuk bercakap tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Pada masa ini Malaya bekerja menjaga lembu di sebuah ladang ternak berhampiran hospital mental tempat beliau tinggal.

Cambodian Jungle Girl
Semasa menggembala kerbau di sepanjang tepi hutan di Kamboja semasa berumur 8 yahun, Rochom P'ngieng hilang secara misteri. Lapan belas tahun kemudian, pada tahun 2007, seorang penduduk melihat seorang wanita tanpa pakaian menyelinap di sekitar halaman rumahnya untuk cuba mencuri beras.

Wanita itu disyaki Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali kerana bekas luka di punggungnya. Gadis itu telah membesar menjadi seorang wanita 30 tahun yang entah bagaimana boleh bertahan hidup sendiri di hutan tebal.

Gadis itu tidak dapat mempelajari bahasa tempatan atau untukmenyesuaikan iri dengan budaya tempatan. Pada akhirnya beliau melarikan diri dan belum ditemui.

Ugandan Monkey Boy
Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dipercayai dibesarkan oleh kumpulan monyet vervet sehingga dia ditemui pada tahun 1991.

Seperti sering terjadi ketika anak-anak liar yang ditemui, beliau menolak untuk ditolong oleh penduduk kampung, dan beliau mendapat bantuan dari keluarga angkatnya monyet yang mmbaling penduduk kampung dengan ranting-ranting pokok.

John telah diajarkan bagaimana bercakap, dan sekarang boleh bercakap malah boleh menyanyi. Beliau mampu bergabung dengan paduan suara anak-anak mutiara Afrika.

Victor of Aveyron
Mungkin inilah anak liar paling terkenal dari yang lain, cerita Victor difilemkan dengan tajuk "L'Enfant Sauvage". Walaupun asal-usulnyaadalah misteri, namun ramai percaya Victor menghabiskan masa kanak-kanaknya tanpa pakaian dan sendirian di hutan sebelum diketahui masyarakat pada tahun 1797.

Setelah beberapa kali memunculkan diri, beliau akhirnya muncul sendiri berhampiran Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada tahun 1800.

Victor menjadi subjek untuk banyak filusufi dan ilmuwan yang mengkaji tentang asal-usul bahasa dan perilaku manusia, walaupun dalam perkembangannya kemajuan daripada kecerdasan anak ini sangatlah sedikit.

Madina
Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan ibu bapa sehingga ditemui semasa berumur 3 tahun. Dia hidup dan dipelihara oleh anjing.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak, dan lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal dirawat pasukan perubatan tidak lama setelah ditemui. Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggal, dia beruntung kerana masih kecil, seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa.
Lobo Wolf Girl of Devil's River
Pada tahun 1845, seorang perempuan muda misteri kelihatan berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing berhampiran San Felipe,Mexico.

Cerita ini dikukuhkan setahun kemudian ketika perempuan muda itu kelihatan lagi,kali ini dia sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh.

Menurut cerita yang beredar, penduduk setempat khuatir dan mencari perempuan itu keesokan harinya dan akhirnya berjaya menangkapnya.

Dia melolong tak henti-henti sepanjang malam, menyebabkan sekumpulan serigala datang ke kampung untuk menyelamatkan perempuan muda itu. Pada akhirnya beliau dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.

Perempuan muda itu kelihatan lagi sehingga tahun 1852, terakhir kelihatan sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia mengambil dua anak serigala dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah dilihat lagi.


Russian Bird Boy
Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kejam. 
 
Ketika ia ditemui, beliau tidak boleh bercakap dan hanya dapat bercericip seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal. 
 
Dia telah dipindahkan ke pusat perawatan psikologi di mana pakar profesional bekerja untuk merehabilitasi dirinya.
Amala and Kamala
Dua orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemui di sarang serigala 'pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini menimbulkan banyak kontroversi kerana umur mereka berdua berbeza jauh dan para ahli tidak menganggap bahawa mereka bersaudara.
 
Mung juga mereka berdua diambil oleh serigala pada waktu yang berbeza. Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup manusia.

Peter the Wild Boy
Seorang anak lekaki, tanpa pakaian dan berbulu merangkak berjalan keluar dari hutan berhampiran Hameln, Jerman pada tahun 1724.

Akhirnya ia dipujuk dan ditangkap. Beliau berperilaku seperti binatang liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak boleh bercakap.

Setelah dipindahkan ke England, beliau diberi nama Petru si Anak Liar. Walaupun beliau tidak pernah belajar bercakap, beliau sangat meminati muzik, melakukan pekerjaan keras, dan hidup sehingga tua.
http://tulahan.blogspot.com

Cari N3 lama-lama disini

Video Lucah Dan Dosa Politik

Posted: 26 Mar 2011 09:56 AM PDT

Soal Jawab Agama

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Samada PAS, UMNO dan PKR; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.
Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi s.a.w
"Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat" (Riwayat Muslim).
video.jpg
- Gambar Hiasan
 Aib Peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian.
Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi –sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama.
Firman Allah(maksudnya):
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).
Nabi s.a.w sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:
"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: "Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu". Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) "Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat" (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: "Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: "Bahkan untuk manusia keseluruhannya".
Bukan Bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:
"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis "barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya…."
Berbeza Dengan Kes Kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat.

Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itupun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.
Firman Allah: (maksudnya)
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: ayat 148-149).

Artikel penuh disini 

-ijoks2009-
Inilah yang menyebabkan saya kagum dengan Dr.Asri ,jika ada isu semasa yang panas dia sering memberikan panduan tanpa memihak pada mana-mana pihak dan dengan berani dan sanggup menangung risiko,buktinya dia sanggup dipecat dari jawatan mufti kerana berani menyatakan kebenaran walaupun bertentangan dengan pemerintah.

walaupun saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa
"Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin"
jika orang yang melakukan perkara itu adalah orang biasa memang boleh diterima tapi jika pemimpin yang berjudi ,minum arak dan sebagainya pada saya ianya mesti didedahkan kepada rakyat bukan untuk mengaibkan dia tapi runtuk mengelakkan rakyat dari tersalah memilih pemimpin kerana pemimpin mestilah terdiri dari orang yang terbaik di kalangan kita baik dari segi ilmunya atau akhlaknya.

Menyembunyikan perkara sebenar kepada rakyat adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana kita membiarkan rakyat memilih pemimpin yang salah. Kerana rakyat ada kepentingan dalam perkara ini,samalah juga seorang gadis berhak mengetahui bagaimana akhlak bakal suami dia.Bagaimanapun saya kagum dengan keberanian Dr.asri

Saya tertunggu-tunggu pendirian  dari mufti-mufti dalam malaysia berkenaan perkara ini..
Katakan yang benar walaupun pahit.
Syabas Dr. Asri...


Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: