Ahad, 6 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


All Goal Highlight : Liverpool v ManU ( 3 - 1) 6 March 2011

Posted: 06 Mar 2011 10:52 AM PST

LIVE PRK Merlimau : BN Menang Majoriti 3623

Posted: 06 Mar 2011 04:19 AM PST

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) turut hadir di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP).

Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Merlimau Roslan Eusoff mengumumkan Roslan Ahmad dari BN adalah wakil rakyat baru bagi DUN ini dengan majoriti 3,643 undi.

BN menang PRK DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi
BN:5,962
PAS:2,319

LIVE PRK Merlimau : Keputusan rasmi terkini UPDATE (klik refresh)

Posted: 06 Mar 2011 03:09 AM PST

Keputusan DUN Merlimau di Saluran 1, SK Merlimau 2 yang diumumkan pegawai SPR sebentar tadi.
Peti Undi Ayer Merbau
Saluran 1 : PAS:68 BN:200
Saluran 2 : PAS:109 BN:298


Peti Undi ChinChin
Saluran 1 : PAS:49 BN:204
Saluran 2 : PAS:123 BN:349
Saluran 3 : PAS:155 BN:291
Saluran 4 : PAS:127 BN:291


Peti Undi Jasin Lalang
Saluran 1 : PAS:35 BN:196
Saluran 2 : PAS:48 BN:256


Peti undi Merlimau Utara
Saluran 1: PAS:110 BN:338 


Peti undi Merlimau Pasir
Saluran 1:  PAS:79 BN:217
Saluran 2:  PAS:159 BN:334
Saluran 3:  PAS:138 BN:327
Saluran 4: PAS:115  BN:340



Peti Undi Permatang Serai
Saluran 1 : PAS:85 BN:189
Saluran 2 : PAS:140 BN:339
Saluran 3 : PAS:126 BN:305
Saluran 4 : PAS:112 BN:313



Peti Undi Pengkalan Samak
Saluran 1 : PAS:70 BN:204
Saluran 2 : PAS:185 BN:283
Saluran 3 : PAS:126 BN:305
Saluran 4 : PAS:127 BN:338


Peti undi terakhir iaitu ke-22 termasuk undi pos sudah berada di Dewan Platinum Politeknik Merlimau.




Majoriti selepas 17 peti undi DUN Merlimau BN mendahului 2,862.


Keputusan penuh tidak rasmi BN 5962 , PAS  2339,  maj 3623
KESELURUHAN DUN Merlimau dari 22 peti undi (tidak rasmi) : BN 5,962, PAS 2,339 (majoriti:3,623) 





LIVE PRK Merlimau : Keputusan Rasmi Undi POS

Posted: 06 Mar 2011 03:01 AM PST

Bagi peti undi pos BN:46 PAS:2

LIVE PRK Merlimau : Menanti Ketibaan Peti Undi Yang Pertama

Posted: 06 Mar 2011 02:35 AM PST

Sementara petugas SPR menantikan ketibaan peti Undi DUN Merlimau, mereka yang berada di dalam dewan dihidangkan dengan lagu tradisional melayu. Peti undi pertama dari Merlimau Pasir bagi saluran 3 telah pun tiba pada jam 6.35 petang.

Disusuli selepas itu, peti undi ke-2 dan ke-3 memasuki Dewan Platinum Politeknik Merlimau.

Petugas media sedang menunggu proses penjumlahan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau


Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap sedia menunggu ketibaan peti undi.

Peti undi DUN Merlimau diletakkan mengikut daerah dan saluran.

LIVE PRK Merlimau : 78.98 % Keluar Mengundi

Posted: 06 Mar 2011 01:58 AM PST

Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi. Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.

Meskipun waktu pengundian telah berakhir, namun masih ada penyokong-penyokong BN yang membuat provokasi dengan menyorak penyokong PAS

Mereka melaungkan 'Woi, baliklah... dah kalah!'

LIVE PRK Merlimau : Lebih 70% Sudah Keluar Mengundi

Posted: 05 Mar 2011 11:08 PM PST

Sehingga jam 2.00 petang 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi. Hujan dijangkan akan turun petang ini. Bunyi guruh dan mendung di beberapa tempat.

Peraih undi masih lagi setia untuk merayu undi di sekitar Bandar Merlimau.

LIVE PRK Merlimau : Samseng Baju Oren Dipercayai PEKASA

Posted: 05 Mar 2011 10:17 PM PST

61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. Di SJK(C)Merlimau kehadiran sekumpulan lelaki berbaju oren dipercayai daripada Perkasa menambahkan kekecohan namun polis hanya membiarkan keadaan itu. Ini dipercayai kumpulan yang sama dengan kumpulan Mat Rempit berbaju oren yang membuat bising di Politeknik Merlimau.


Mat Rempit berbaju oren yang membuat provokasi di Politeknik Merlimau sebelum menganggu di SJK (C) Merlimau.

Kumpulan lelaki berbaju oren yang menambah kekecohan di bilik gerakan DAP UPU Pengkalan Samak.

Penyokong PR di hadapan bilik gerakan DAP UPU Pengkalan Samak berhampiran SJK(C)Merlimau.

LIVE PRK Merlimau : Suasana Kempen Masih Panas, Mat Rempit Kena Halau

Posted: 05 Mar 2011 09:02 PM PST

Sehingga jam 12 tengahari, 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini. Di bawah ialah gelagat penyokong kedua-dua parti bertanding berhampiran Politeknik Merlimau.

Gelagat Penyokong BN yang mengulangi perkataan 'Anwar Bontot'.

Penyokong PR yang terdiri dari AMK dan Pemuda PAS membalas dengan laungan "BN, BN! Barang Naik...BN,BN! Bini Najib!"

Ketua AMK Shamsul Iskandar turut bersemangat berkempen di tengah panas tengahari.

Mat Rempit BN berbaju oren yang bersedia untuk membuat provokasi sambil membuat bising.

Semakin dekat dengan kumpulan Mat Rempit ini semakin mereka kuat membuat bising.

Tetapi bila kumpulan Mat Rempit ini semakin dekat dengan penyokong PR mereka kena marah dan terus terdiam. Lebih kesian lagi mereka turut dihalau oleh polis supaya meneruskan perjalanan tanpa membuat bising....sian.

LIVE PRK Merlimau : 30% Sudah Keluar Mengundi Sehingga 10 pagi

Posted: 05 Mar 2011 07:29 PM PST

Sehingga jam 10 pagi, 30% atau 3,175 orang sudah keluar mengundi. Calon PAS, Yuhaizad ketika ini bergerak dari SJK(C) Jasin Lalang menuju ke pusat pengundian SK Merlimau 1.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari ketika ditemui di SJK(C) Jasin Lalang mensasarkan 80 peratus keluar mengundi melihat kepada keadaan cuaca yang baik.

"Kita harap pengundi-pengundi dapat keluar sebelum petang ini dan melihat kepada cuaca yang baik,saya menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi," katanya.

Beliau bagaimanapun sedikit kesal dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak tegas dalam membuat keputusan.

Ini katanya berkaitan beberapa perkara seperti kewujudan barung panas dan penggunaan logo parti di mana di sesetengah tempat dibenarkan dan sebahagiannya tidak dibenarkan.

LIVE PRK Merlimau : Dijangka Hujan Lebat Waktu Petang

Posted: 05 Mar 2011 05:53 PM PST

Kepada semua pegundi di Merlimau diharap dapat keluar awal untuk mengundi kerana dijangka hujan lebat di waktu petang.

LIVE PRK Merlimau : Polis Arah Kereta Penyokong BN Tanggal Bendera

Posted: 05 Mar 2011 05:36 PM PST



Di Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Ya'akob, pihak polis mengarahkan sebuah kereta penyokong BN menanggalkan bendera BN dari keretanya selaras dengan peraturan baru SPR yang melarang pemasangan bendera parti bertanding pada kenderaan.

LIVE PRK Merlimau : Calon BN Baru Keluar Mengundi

Posted: 05 Mar 2011 05:16 PM PST

Di SK Merlimau 1 di kawasan Merlimau Pasir cuaca agak baik dan terkawal. Penyokong dari kedua-dua  sudah berkumpul di sekitar pusat sejak awal pagi lagi. Rata-rata pengundi yang sudah membuang undi terdiri daripada pengundi warga emas & wanita.

Calon BN, Roslan Ahmad tiba di pusat mengundi di sini pada jam 8.20 pagi tadi. Beliau masuk untuk mengundi pada jam 8.35 pagi dan baru saja keluar daripada pusat mengundi sebentar tadi.


Calon PAS PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah bersama ibunya, Fatimah Hassan tiba di pusat pembuangan undi SK Chin Chin

Di SK Chin Chin pula Yuhaizad berkata, beliau masih menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi PRK kali ini.

"InsyaAllah saya masih menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi PRK ini dan saya berpuas hati dengan sokongan yang diberikan pengundi-pengundi di seluruh Merlimau," katanya ketika ditemui selepas keluar dari pusat pengundian bersama ibunya.

Sementara itu, Fatimah melahirkan rasa lega kerana dapat menunaikan tanggungjawabnya membuang undi.

"Alhamdulillah saya rasa lega dan gembira dapat membuang undi awal dan saya doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya.

Yuhaizad beramah mesra dengan pengundi di SK Chin Chin Merlimau.

Tiada ulasan: