Pulakdah! |
- "Saya Baru Dedah 30%," Ummi Hafilda
- PRK Merlimau : Syahrizat Sanggup Jadi Buruh Kontrak
- PRK Merlimau : Makcik UMNO Jasin Tidak Merajuk Lagi
- "Papa Adalah Yang Terbaik," Jururawat Peribadi Gaddafi
"Saya Baru Dedah 30%," Ummi Hafilda Posted: 03 Mar 2011 09:35 AM PST TEMERLOH, 3 Mac -- Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali dan Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman (kiri) ketika sidang media di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Barisan Nasional (BN), di sini hari ini. Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali dan Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman (kiri) ketika sidang media di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Barisan Nasional (BN). Ummi Hafilda, yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata setakat ini beliau hanya mendedahkan rahsia keburukan Penasihat PKR Anwar Ibrahim sekitar 30 peratus sahaja. Beliau berkata pendedahan rahsia keburukan Ketua Pembangkang itu perlu bagi membersihkan nama baiknya yang telah dicalarkan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu. Sumber : Bernama Laa..selama ni baru dedah 30%. Dedah la 100%. Macam Chua Soi Lek tu..'dedah' terus 100%. Dulu yang kata dia dengan peguam dia nak saman tu apa cerita?. Nak saman Anwar dgn Karpal Singh...apa cerita?? Kah...kah...kah...saman la. Apa..? Mahkamah tak terima?..Sebab lama sangat??..Kah..kah..kah.. Takpe...siapa nak tunggu Ummi Hafilda dedah 100%..tunggu.... :Author Faethal |
PRK Merlimau : Syahrizat Sanggup Jadi Buruh Kontrak Posted: 03 Mar 2011 02:31 AM PST JASIN, 3 Mac -- Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyusun batu bata di rumah warga tua, Zahid Md Shap yang menerima bantuan pembinaan rumah rakyat termiskin pada majlis mesra Muhibah di Kampung Kilang Berapi sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, hari ini. Pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan calon BN, Roslan Ahmad. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas. Sumber : Bernama Kah...kah...kah...kenapa Rosmah tak nak buat kerja-kerja ikat batu-bata ni?..Sian la Syahrizat oi. Kerja-kerja merasmikan majlis program Wanita semua si Rosmah dah ambil alih. Kerja-kerja bawahan macam ni sahaja yang tinggal untuk Syahrizat buat. Kah...kah...kah...sian la Syahrizat. : Author Faethal |
PRK Merlimau : Makcik UMNO Jasin Tidak Merajuk Lagi Posted: 02 Mar 2011 11:12 PM PST JASIN, 2 Mac -- SATU HATI...Calon BN, Roslan Ahmad (tengah) bersama Ketua Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang dan Ahli Jawatankuasa Umno Jasin, Mohamed Naser Selamat (kiri) berganding tangan tanda bersatu hati pada sidang media bersama bagi menafikan isu yang mendakwa mereka memboikot Roslan di Bilik Gerakan BN di sini, hari ini. Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (tengah) pada sidang media bersama Ketua wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang dan Ahli Jawatankuasa Umno Jasin, Mohamed Naser Selamat, bagi menafikan dakwaan memboikot calon BN di Bilik Gerakan BN di sini, hari ini. Ahad ini, Roslan akan ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana serangan jantung, 20 Jan lepas. Sumber : Bernama Kah..kah..kah..betul la kata Cenangau. :Author Faethal |
"Papa Adalah Yang Terbaik," Jururawat Peribadi Gaddafi Posted: 02 Mar 2011 03:51 PM PST Galyna Kolotnytska mungkin menolak untuk bercakap di hadapan umum sejak dia kembali ke tanah airnya dari Tripoli minggu lalu, namun beberapa saksi mengatakan jururawat peribadi pemimpin Libya Muammar Gaddafi telah meluahkan perasaannya terhadap bekas bosnya itu dengan jelas ketika dalam penerbangan kembali ke Kiev. Wall Street Journal melaporkan, Vladislav Voloshyn wartawannya yang turut berada dalam penerbangan bersama dengan 185 pelarian Ukraine, berkata Kolotnytska menolak untuk menjawab pertanyaannya, tapi dengan pantas mempertahanan bekas bosnya, yang digelarnya dengan gelaran "Papa." Voloshyn berkata Kolotnytska sambil menangis berkata, "Papa adalah yang terbaik!" dalam bahasa Rusia ketika di dalam penerbangan, merujuk kepada Gaddafi. "Dia berkata hidupnya akan lebih buruk tanpa Papa," tambahnya lagi. The Telegraph turut melaporkan penumpang yang lain turut mengaku Kolotnytska ada berkata, "Papa sangat baik dan Papa akan kekal (berkuasa) ... Gaddafi akan menang dan dalam sebulan setengah hingga dua bulan lagi dan aku akan kembali ke sana." Penjelasan kabel diplomatik yang diterbitkan oleh Wikileaks berkata "si rambut perang yang menggairahkan" ini akan bersama Gaddafi ke mana sahaja, Kolotnytska juga dilaporkan telah meninggalkan apartmennya bersama puterinya Tatyana yang berusia 20 tahun dalam usaha untuk mengelakkan soalan dari media antarabangsa yang telah mendirikan khemah berdekatan tempat tinggalnya. Ia mungkin bersembunyi di sebuah rumah peribadi di desa. Walaupun Kolotnytska telah membantah tuduhan-tuduhan itu, kabel turut mendedahkan berdasarkan sumber-sumber yang tidak didedahkan namanya mendakwa jururawat 38 tahun dan Gaddafi ada terlibat dalam "hubungan romantis." Sambil mengakui pekerjaan ibunya yang sukar, Tatyana turut menolak dakwaan-dakwaan tersebut dalam wawancara sebelum ini. "Ibu saya sering berhampiran dengannya (Gaddafi)," katanya. "Dia kata dia seorang yang baik, tetapi boleh menjadi sangat tegas jika diperlukan." |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan