Sabtu, 26 Mac 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


najib dan rosmah ....lawan berpolitik biarlah bermaruah,,,,bukan macam pondan atau tidak ada pelir...!!!

Posted: 26 Mar 2011 04:22 AM PDT



Jangan guna taktik kotor, lawan secara bermaruah di gelanggang pilihanraya - itu desakan kepada Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor berikutan cubaan mengguna video lucah fitnah untuk menghakis sokongan terhadap Ketua Pembangkang DSAI

Dia guna media, kecam ketua pembangkang itu  dari pagi sampai petang sampai malam, BIla beliau  nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Beliau  tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Yang  salah adalah  Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan beliau,..

Anwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkan Anwar di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.

Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

"Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik ? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka ? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," kata Anwar.

"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar.

Anwar terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.

Namun beliau sempat memberi peringatan kepada Najib supaya bertaubat dan menghentikan penggunaan amalan keji untuk mencari kelebihan politik.
"Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini," tanya Anwar dengan nada kesal.

Anwar menggesa golongan muda menjadi pemangkin suara rakyat menentang kebobrokan sistem kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang semakin menekan.
Justeru, beliau mahukan penggunaan laman sosial Facebook, Twitter dan Blog diperhebatkan untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

"Gunakan Facebook, Twitter dan Blog untuk melawan mereka dengan kuat. Anak muda perlu menjadi pembangkit suara rakyat. Bukan orang yang bagi duit RM50 untuk menjadi pencacai Umno. Ini yang mahu kita tanam dalam diri anak muda," ujar Anwar.

Belum selesai Anwar berucap, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu pentas untuk memaksa Anwar meninggalkan majlis itu. Dalam pergelutan yang menyusul, dua ahli PKR di tahan.

UMNO amal politik pukimak...peralat FRU jadi babi tunggangan heret DSAI turun dari pentas ceramah.....!!!!

Posted: 25 Mar 2011 06:40 PM PDT



Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini. Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai 'DNA' atau 'Datuk Najib-Altantuya' bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui 'Datuk T'.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.


kepala butoh ko najib .....datuk TONGGENG 3 stoges tu bukan ahli UMNO ke...????...macammana nak kata UMNO dan hang sendiri tak terlibat....!!!

Posted: 25 Mar 2011 06:26 PM PDT

Video seks: Najib pertahan Umno tidak terlibat



Umno tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T", yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kata Presidennya Datuk Seri Najib Razak.

"Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi. "... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam isu ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan "Datuk T' bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib (gambar kiri ) berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti.

"Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya dipetik Bernama.

Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata, polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak.

"Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak 'ubahsuai' video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.

Kelmarin, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Seorang lagi "Datuk T" iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim pula memberi keterangan semalam. Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat pada malam ini juga berbincang mengenai jumlah keanggotaan terkini Umno yang mencapai 3,233,586 orang.

Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu.

"Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada Umno dengan hak sepenuhnya sebagai anggota," katanya. Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 Umno pada 11 Mei ini


TMI

Datuk TONGGENG minta saya dapatkan ‘UTK’, kata bekas pengawal peribadi Megat Junid

Posted: 25 Mar 2011 06:14 PM PDT



Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl sejak 1980-an.

"Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

"Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

"Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau.

"Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

"Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi.

"Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi.

Shazryl adalah salah seorang daripada tiga "Datu T".

Kelmarin, Shazryl, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara Isnin lalu.



penyapusial


Thamby dan Shaz ini memang opportunis...shaz dengan backing bapa mertua Shafie Apdal (juga Naib Pres UMNO). Najib, Hisham, Nazri semua nafi ini bukan angkara UMNO, habis nama-nama Three Stooges semua kaitan dengan UMNO. Kebetulan??

Hahaha Tak sangka UMNO masih cuba menggunakan taktik terkutuk untuk membunuh karier politik DSAI and pembangkang lain. Insaflah.

Tiada ulasan: