Sabtu, 26 Mac 2011

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Video SEX... Pengakuan Blogger UMNO

Posted: 26 Mar 2011 01:09 AM PDT


PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkanAnuar Mohd Nor anuarmohdnor@gmail.com


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Video sex...... Ada saksi bersama Anwar

Posted: 26 Mar 2011 01:01 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEismuSzrpR2IKLjJm6GINCe3XjQFWlfm7a_iofxrlBA0rjMxCbWCK_CgSRBTB_8tzRdeWXswB_L1XhPKYYYO_U3xObdTB9shlWPwabUf7qLQZLgKQBWHpbpY5I_X9FcPK-IEx_7f-nXDzPi/s400/25022010249.jpgKUALA TERENGGANU – "Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian," demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk 'T' itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

"Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk 'T' mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini 'difasikkan' berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

"Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik," katanya.

Mana ANWAR Dari Jam 9.20 Hingga 11.49Pm Pada 21 FEB?

Posted: 25 Mar 2011 10:06 PM PDT


Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya (baca sini).
Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu.

Jawapannya;



Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat.
Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim.

Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru)

Sekian makluman jawapan fitnah yang hamba telah buat agar orang yang suka sangat berfitnah-fitnah ini boleh berfikir dengan kepala lutut, bukan dengan kepala kaki.

Padan muka Melayu.......

Nak baca lagi kutukan kepada umnoapco, layari; http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Tiada ulasan: