Jumaat, 18 Mac 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


“Hukuman Tuhan”: Gabenor Tokyo tarik semula!

Posted: 17 Mar 2011 05:15 PM PDT

Oleh Ust Saiful Bahri

Bala Tuhan atau bencana alam? Konflik perbahasan yang panjang dan lama. Sekian lama menjadi perbincangan diseluruh dunia bahkan dalam dunia Islam sendiri.

Naluri beragama akan menyedari adanya kuasa besar disebalik kejadian malapetaka atau kenikmatan yang berlaku didunia ini. Tinggal lagi sejauh-mana penerimaan seseorang dikala panik atau keributan menghadapi suasana kesukaran sedemikian.

Gabernor Tokyo, Shintaro Ishihara telah menjadi serangan kemarahan di Jepun apabila didakwa mengatakan bahwa bencana yang menimpa Jepun ketika ini adalah "hukuman Tuhan". Beliau kemudiannya memohon maaf daripada orang-ramai. "(Pernyataan) itu sangat melukai orang-ramai dan mangsa korban dari Tokyo," katanya dalam siding media. "Saya minta maaf banyak-banyak."

Ishihara, 78, mengatakan kelmarin bahawa orang Jepun sekarang ini telah menjadi "serakah" dan menceritakan beberapa kes orang-orang yang terus mengambil duit pencen orang tua mereka tanpa memberitahu kematian orang tuanya.

"Hal ini (bencana tsunami ini) diperlukan untuk membersihkan pemikiran serakah tersebut." katanya kepada wartawan. "Saya pikir itu adalah hukuman ilahi."

Ishihara kemudian menarik balik kenyataan tersebut. Gabernor yang juga bertugas di parlimen negara itu mengumumkan pencalonannya untuk jawatannya bagi penggal keempat pada hari Jumat ketika Tsunami terjadi.

Ishihara sendiri dikenali kerana pandangan nasionalisme Jepunnya dan membantah kekejaman Jepun sebelum dan selama Perang Dunia II seperti Rape of Nanking.

Bagi sebuah negara maju dan canggih seperti Jepun, ianya sepatutnya menjadi peringatan besar tentang adanya hari kiamat yang lebih hebat dan menggerunkan. Kalau Tsunami di Aceh, dianggap negara miskin dan ketinggalan kemodenan. Kini Negara hebat seperti Jepun, yang pernah diambil polisi 'pandang ke timur' oleh negara kita, juga tak tertanggung menghadapai fenomena musibah seperti ini. Meskipun adalah peralatan hebat, peringatan awal bencana alam… kini hamper 13 ribu dikatakan menjadi korban tsunami dan kini hidup ketakutan dengan tenaga nuklear yang mereka amat bergantung harap sebagai sumber tenaga kehidupan mereka selama ini. Seolah bakal menjadi musuh kepada manusia.

Bagi umat Islam, kita telah dididik dengan peringatan ilahi ini.

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah al-Ankabut : 40
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).Surah Ar-Rum : 41

Bagi yang beriman dengan qadha' dan qadar ia menerimanya sebagai ketentuan ilahi. Menyedari hikmah sebaliknya serta beriman akan adanya Hari Kiamat yang lebih dahsyat.

"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya: "Apakah yang terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya" Surah al-Zilzal: 1-

Berbilion-bilion ringgit untuk pelihara Dinosaur Ekonomi

Posted: 17 Mar 2011 04:52 PM PDT

Di Malaysia, industri pertahanan dalam bidang ekonomi pada hakikatnya merupakan "dinosaur" yang harus disingkirkan sejak awal lagi.  Berbilion-bilion ringgit diperuntukkan kerajaan kita untuk menggerakkan sektor yang berorientasikan kecanggihan teknologi ini, namun tidak membawa apa-apa kesan ekonomi secara langsung mahupun tidak langsung sebaliknya.
Perbelanjaan pertahanan adalah antara perbelanjaan kerajaan yang tertinggi, menelan bilion, malah belasan bilion ringgit setiap tahun.  Menurut statistik daripada Stockholm International Peace Research Institute, perbelanjaan pertahanan Malaysia mencatat USD 4.078 bilion (lebih RM12.5 bilion) pada tahun 2009, bersamaan 2% daripada GDP.

Sejak Jun 2010, kerajaan Malaysia telah memberi kontrak dengan jumlah nilai RM9 bilion sekurang-kurangnya untuk pembelian aset pertahanan baru dan pemeliharaan aset yang sedia ada.  Kontrak yang bernilai kira-kira RM6 bilion dianggarkan akan diberikan seterusnya, dan kedua-duanya membawa kepada jumlah RM15 bilion.  Selain itu, dalam Defence Fair pada tahun lalu, kerajaan telah menandatangani kontrak pertahanan negara yang nilai keseluruhannya berjumlah lebih RM10.4 bilion.
Kerajaan telah memperuntukkan bajet RM 21 bilion kepada pertahanan di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (tahun 2006-2010), bersamaan 10.6% perbelanjaan pembangunan.  Bajet peruntukan ini melonjak kira-kira 10%, kepada RM 23 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (tahun 2011-2015).  Daripada perkiraan di atas, purata perbelanjaan tahunan untuk pertahanan mencatat RM4.4 bilion, dalam tempoh tahun 2006 hingga 2015.
Industri pertahanan bercanggah dengan logik ekonomi
Jika mengikut teori ekonomi, peruntukan kerajaan Malaysia yang mencecah bilion ringgit ke dalam bidang yang berorientasikan kecanggihan teknologi, seharusnya menikmati peningkatan produktiviti dan penurunan kos daripada ciptaan teknologi baru.  Namun, mengapa sektor industri pertahanan Malaysia gagal mengecapi manfaat ini daripada teknologi yang canggih, sebaliknya terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang semakin tinggi dari tahun ke tahun?
Persoalannya, mengapa sektor pertahanan ini bercanggah dengan logik ekonomi?  Terdapat dua masalah pokok di sini.
Pertamanya, bidang pertahanan adalah sebahagian daripada dasar afirmatif bumiputera.  Atau lebih tepat, merupakan salah satu saluran penting kerajaan untuk menyokong kroninya.  Keistimewaan sektor ini adalah, hampir kesemua syarikat yang terlibat dimiliki bumiputera, malah tiada "persaingan pasaran".  Semua kontrak pertahanan diberikan secara terus.  Kontrak yang diberikan bertujuan untuk memanfaatkan usahawan bumiputera, terutamanya kroni.  Lantaran daripada itu, dengan syarat "tidak kira apa pun harga yang perlu dibayar", maka nilai kontrak semakin melonjak.
Misalnya, kerajaan memberi satu kontrak pembinaan enam buah patrol vessel kepada PSC Industries Bhd, yang dikuasai korporat bumiputera terkenal, Amin Shah Omar Shah.  Harga asal pembinaan adalah RM5.35 bilion, tetapi tundaan yang berlaku telah melonjakkan kosnya kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.
Tiada perpindahan teknologi
Keduanya, perbelanjaan pertahanan negara lebih kepada pembelian aset ketenteraan seperti Armored Personnel Carrier (APC), kapal selam, patrol vessel; atau perbelanjaan untuk memeliharanya, hampir tidak melibatkan kajian dan penyelidikan teknologi yang canggih, malah tidak melibatkan perpindahan teknologi.
Dalam pembangunan industri pertahanan, penguasaan kemahiran teknologi adalah kuncinya, dan juga aset yang paling bernilai.  Semakin canggih, semakin kompleks malah semakin kuat kuasanya senjata ketenteraan, maka semakin tinggi harga produknya.
Untuk Malaysia yang ketinggalan dari segi kecanggihan teknologi, kita hanya bergantung kepada teknologi alat pertahanan negara lain, dan kemudian memasang di tempatan (misalnya APC), atau terus import dari luar negeri (misalnya kapal selam).  Kesemua ini tidak melibatkan perpindahan teknologi dari luar ke dalam negeri, malah juga tidak melibatkan penyelidikan yang bakal berakhir dengan penemuan atau ciptaan baru.  Dalam perkara ini, pengalaman PROTON menjadi pengajaran terbaik.  Sungguhpun industri otomobil Malaysi telah mempunyai sejarah 25 tahun, namun PROTON tetap gagal bersaing di pasaran antarabangsa - kerana selama ini kita hanya tumpu kepada kerja pemasangan - tiada penyelidikan, atau perpindahan teknologi.
Selain itu, industri pertahanan adalah sektor industri dengan sensitiviti yang tinggi.  Apabila pelabur mencurah wangnya untuk penyelidikan teknologi senjata tercanggih, ia berkemungkinan besar melibatkan rahsia ketenteraan, yang sudah pasti tidak akan dikongsi teknologinya.
Dalam suasana dan keterbatasan sedemikian, bidang pertahanan di Malaysia bukan satu sektor ekonomi yang "produktif", malah cenderung sebagai sektor "belanja" atau "tidak produktif".  Keadaan ini menjelaskan mengapa peruntukan bilion, malah belasan bilion ringgit ke dalam bidang ini tidak mendatangkan manfaat ekonomi secara langsung atau tidak langsung.  Malah, ia tidak mendatangkan manfaat dalam hal civilian use yang menggerakkan tamadun manusia.
Pertahanan vs Keselamatan vs Ancaman
Pada dasarnya, perbelanjaan pertahanan mempunyai hubungan yang langsung dengan keselamatan negara dan ancaman luar.  Perbelanjaan pertahanan akan melonjak apabila keselamatan negara hendak dipertingkatkan, atau ketika kita berdepan dengan ancaman luar.  Peningkatan keselamatan atau penangkisan ancaman luar melalui pertambahan peruntukan pertahanan negara akan membawa kesan positif external (luaran) terhadap ekonomi negara, termasuk produktiviti ekonomi, pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mengukuhkan keyakinan pelabur asing.
Namun demikian, 54 tahun sejak kemerdekaan Malaysia (Tanah Malaya) - selain ancaman daripada Parti Komunis Malaya dan Konfrontasi Indonesia pada peringkat awalnya, kita tidak berdepan dengan peperangan atau ancaman serangan luar untuk 40 tahun yang lalu.  Kekuatan pertahanan atau ketenteraan Malaysia bukan pertimbangan pelabur asing sejak permulaannya.  Sebaliknya, pelabur asing lebih mementingkan pasaran yang bebas, struktur ekonomi dan politik yang sarat dengan amalan rasuah, struktur dan kerenah biroktasi, sumber manusia yang tidak berdaya saing, kadar penjenayahan dan sebagainya.
Oleh itu, peningkatan perbelanjaan pertahanan langsung tidak mencerminkan, malah memenuhi keperluan realiti yang sebenar.  Dengan erti kata lain, peningkatan perbelanjaan pertahanan untuk melindungi negara dari serangan luar langsung tidak berfungsi untuk memantapkan pembangunan ekonomi dan mengukuhkan keyakinan pelabur asing, sebaliknya menimbulkan masalah "perbelanjaan yang terlebih".
Lebih tepat, bidang industri pertahanan yang didukung dengan wang berbilion-bilion ringgit ini sekadar untuk menyokong aktiviti merentir (rent-seeking) kroni, untuk mengekalkan politik naungan (patronage), dan tidak membawa apa-apa kebaikan ekonomi.

Tiada ulasan: