Jumaat, 18 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Terkini: Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor di Pecat!

Posted: 18 Mar 2011 05:45 AM PDT

Yayasan Selangor Rugi RM7.41 Juta, Timbalan Pengurus besar Dipecat-Selangorkini

SHAH ALAM 18 MAC : Kerajaan Selangor memecat Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman setelah badan itu mengalami kerugian hampir RM7.41juta ringgit sehingga November lalu akibat perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah.

Pengurusan tidak berhemah, antara lain, menyebabkan kos sambutan Ulang Tahun ke 40 yayasan itu mencecah hampir RM1 juta, dengan syarikat pengurus sambutan itu dibayar upahnya walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

Perbelanjaan boros untuk sambutan itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana ia membabitkan duit rakyat yang harus diguna untuk kebajikan awam.

Susulan teguran baginda, sambutan itu dibatalkan atas arahan kerajaan negeri. Pasukan audit Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dikerah untuk memeriksa akaun Yayasan Selangor.

Dalam mengumumkan hasil pemeriksaan audit itu hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara salah laku yang dikesan adalah pemberian elaun-elaun yang tidak patut di bayar kepada Ahli Mesyuarat.

"Terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui Pekeliling Resolusi, malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 (bersabit) arahan meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan," kata Khalid dalam satu kenyataan.

Hasil audit itu turut mengesan banyak perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur dan tanpa perancangan sehingga Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010, kata Khalid.

" Antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik ialah seramai 18 warga kerja berhenti kerja dan 50 lagi ditukar antara Mac hingga November 2010," tambah beliau.

Dalam menjelaskan tindakan memecat Mohd Saifulruddin, Khalid berkata mesyuarat khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor pada 17 Februari lalu sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau dalam tempoh 24 jam di atas peranannya dalam penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu.

Walaupun Mohd Saifulruddin diarah untuk bercuti semasa siasatan dijalankan, "semakan audit mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan itu dan hadir pada mesyuarat," kata Khalid lagi.

Menteri Besar menegaskan kerajaan Selangor sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mentadbir negeri dan tidak akan menyembunyikan salah saku pegawainya.

" Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor," katanya lagi.

Kenyataan PAS dan DAP isu tiket loteri di Kelantan

Posted: 18 Mar 2011 01:10 AM PDT

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnum atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.


"Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

"Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

"Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang," katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

"Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.
"Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

"Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini," ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

"Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

"Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA," ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

"Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

"Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit," tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

"Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada," katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.


harus utama kan parti dari sarawak!

Posted: 18 Mar 2011 12:52 AM PDT

Kita beri sokongan moral kepada SNAP- Parti KITA

oleh: Fazy Sahir

Kita rasa 'selesa' bekerjasama dengan SNAP yang juga parti Pakatan pembangkang (PAS, PKR dan DAP).

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan memberi sokongan moral kepada Parti Nasional Sarawak (SNAP) dalam pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Perkara itu disuarakan Setiausaha Kita, Abd Latif A Tambi sambil
menyifatkan sokongan itu disebabkan 'keselesaan' bekerjasama dengan

SNAP yang juga parti Pakatan pembangkang (PAS, PKR dan DAP).

Menurut Abd Latif, Kita juga sentiasa bersikap terbuka dalam memberi bantuan dan sokongan jika diperlukan SNAP.

Beliau berkata, "Ketua parti Datuk Zaid Ibrahim berpendirian Sarawak untuk parti tempatan Sarawak…..Sabah untuk Sabah. Apa sahaja perbincangan, Kita tidak mahu campurtangan.

"Walaupun Kita tiada perjanjian rasmi tapi parti sedia memberi bantuan jika mahu tenaga kerja, kita akan bantu.

"Kita tiada sebarang agenda tersembunyi selain merasa selesa bekerjasama dengan SNAP," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kita di sini hari ini.

Ketika ditanya mengapa sokongan itu hanya untuk SNAP dan bukan parti lain, Abd Latif berkata ini kerana Kita dan SNAP mempunyai visi yang sama. Kita sokong SNAP sebab ia parti tempatan," katanya ringkas.

Menurut Abd Latif, Kita belum ada rancangan untuk bertanding di negeri Bumi Kenyalang itu.

"Tetapi sekiranya Datuk Zaid membuat keputusan sebaliknya maka Kita berkemungkinan akan bertanding di Sarawak," katanya.

Tolong orang bukan bangangkan orang!

Posted: 17 Mar 2011 10:44 PM PDT

Kerajaan jamin negara bebas kesan radiasi – Ongkili - Utusan Melalok


DENGKIL 17 Mac – Kerajaan hari ini memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun.
Jaminan itu disuarakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.
"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita semasa melawat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia, ia menunjukkan trajektori bahan cemar ini bergerak ke arah tenggara negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.
"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.




Ini lagi sekor mangkuk ayun,apa dia pikir dia tuhan pencipta alam apa?woitt.....nak jamin apa ke jadahnya!TAIWAN , PILIPINA, AMERIKA , CHINA, RUSSIA semuanya sedang ambil langkah berjaga - jaga,macam mana pulak mangkuk ayun ni boleh bagi jamin pulak.


kalau nak tau ini lagi bangang!


Dari FB Jabatan Penerangan Malaysia:

Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita. Faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.


Berapa ratus kali bodoh la...berapa kali ganda bangang daa....ada kepala hotak tak boleh nak pikir kerrr, tak nampak itu hari ada ikan mati kat johor.Kalau Radioaktif tu menyerap melalui hujan maka ia akan turun ke bumi.

Dan kalau ia di sedut atau di minum oleh tanaman,ayam atau ikan akhirnya kita lah yang akan makan benda - benda tu,woii! PHD beli kat mana? kepala hotak apasal bangang sangat!

Apa yang patut di lakukan sekarang ialah beri penerangan pada masyarakat tentang radioaktif,bagaimana radioaktif itu bergerak dan bagaimana ia menyerang da menyebabkan bahaya dan kemudharatan kepada manusia.Bukan terus - menerus bangangkan kepala hotak orang - orang kampung. Booodddooooh!!!!!!!!!!!!!!!!!


AWAS BAHAYA RADIOAKTIF




PERGERAKAN RADIOAKTIF RENTASI LAUTAN PASIFIK
- new york times

Radiasi tahap rendah dijangka tiba di AS hari ini, Lautan Atlantik hingga Eropah turut terima kesan.

VIENNA: Pergerakan bahan radioaktif tahap rendah dari reaktor nuklear Jepun yang rosak akibat gempa dan tsunami minggu lalu kini merentasi Lautan Pasifik dan dijangka tiba di Amerika Syarikat hari ini serta mungkin menyeberangi Lautan Atlantik hingga Eropah.

Pertubuhan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBTO) dan pakar nuklear menjangka bahan radioaktif itu tiba lewat hari ini di selatan California dan meneruskan pergerakan menuju barat daya Amerika termasuk Nevada, Utah dan Arizona.

Namun, pakar berkenaan yang dipetik akhbar New York Times (NYT) berkata, bahan radiasi semakin terhakis dan lemah sepanjang perjalanannya di Pasifik menyebabkannya tidak mengancam kesihatan manusia.

Agensi berkenaan yang mempunyai 60 stesen pemantau di seluruh dunia tidak mendedahkan tahap pencemaran radioaktif berkenaan tetapi ia dijangka tidak memberi masalah kesihatan yang serius.


Dah sampai ke Amerika, dah melalui lautan pasifik,lautan pasifik tu bukan ke bersambong dengan laut china selatan,laut china selatan tu bukan bersambung dengan laut china dan laut jepun?sudahlah! cukup - cukuplah bodohkan melayu,rentung melayu nanti kelentong!..kah..kah..kah

Mintak Kerusi punya banyak! nak bertandingnya haram!

Posted: 17 Mar 2011 10:03 PM PDT









Keadilan usah terlalu tamak di Sarawak



KUCHING 17 Mac - Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hari ini berubah nada berhubung isu pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri akan datang yang sebelum ini menimbulkan perbalahan antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presidennya, Edwin Dundang berkata, Snap bagaimanapun tetap berharap agar PKR tidak meletakkan calon di 16 kerusi yang ingin ditandingi mereka.


Katanya, pada masa sama perbincangan lanjut mengenai isu itu akan terus dilakukan dan oleh itu tidak timbul kononnya Snap kini berbalah dengan PKR.


''Kita dan PKR tidak ada gaduh. Hubungan dalam pakatan pembangkang masih baik dan kita memperjuangkan keinginan bersama untuk menawan Sarawak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Pada sidang akhbar Selasa lalu, Dundang menyatakan kesediaan Snap untuk berdepan dengan PKR jika parti itu tetap berhasrat meletakkan calon di kerusi yang ingin ditandingi mereka.


Sementara itu, Dundang berkata, langkah ini diambil kerana mahu memastikan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).


''Kita masih ada perbincangan dengan PKR, pihak yang mendakwa Snap dan PKR bergaduh itu bukannya daripada pihak kita tetapi musuh politik kita (BN)," ujarnya.


Ditanya sama ada kenyataannya hari ini membayangkan tidak akan berlaku pertembungan antara calon Snap dan PKR pada pilihan raya negeri akan datang, Dundang berkata:


''PKR dan Snap akan mengadakan perbincangan dalam tempoh dua minggu lagi, jadi saya tidak mahu menjawab bagi pihak mereka (PKR).''



LSS:Ini lah benda yang selalu LSS lihat pada PKR,apaila di tegur agar PKR usah terlalu tamak di Sarawak, apa ertinya kalau PKR bertanding 52 kerusi tetapi semuanya kalah. Adalah tidak adil jika permohonan 16 kerusi oleh SNAP, hanya 3 kerusi sahaja dibenarkan sedangkan SNAP adalah parti tempatan di Sarawak.


Pilihanraya kecil Batu Sapi telah terbukti tidak ada siapa yang untung bila PKR gagal berunding dengan SAPP yang akhirnya berlaku pertandingan tiga penjuru yang terbukti calon BN menang. Akibatnya krisis dalaman PKR di Batu Sapi kian meruncing.


Bila PKR jadi tamak gila babi macam ni LSS teringat pada pilihanraya PRU-12 yang lalu.PKR meletakkan banyak calon di selangor,masa tu LSS tak percaya yag semuanya tu adalah calon - calon tangkap muat sehingga lah sampai ketika LSS memburu seorang calon yang melarikan diri diri bertanding di DUN sementa untuk melawan Abdul Rahman Palil.


Sampai pukul 1 pagi LSS dan rakan - rakan mencari dan memburu mangkuk ayun tersebut!Akibatnya Kerusi panas tersebut yang sepatutnya di menangi oleh PKR dengan mudah dengan "percuma" sekali di rembat dek Abdul Rahman Palil.


Begitu juga dengan Kerusi Parlimen di penggerang yang mana calon PKR yang sepatutnya mencabar calon BN iaitu si purtan juga melakukan perkara sama dengan melarikan diri.Hingga beberapa bulan sebelum pemilihan barulah LSS terdengar kata - kata yang keluar dari mulut Ahli Parlimen Balik pulau yang menyatakan "aku ni bukan sepatutnya menang tapi dah ter"menang"


Maka benarlah semua calon PKR adalah calon tangkap muat dan bukan calon yang benar - benar yang berkredibiliti.Kalau tak percaya cuba lihat ada berapa ramai ahli parlimen dan ADUN yang melompat keluar parti.tu semua adalah Wakil - wakil rakyat dari PKR bukan PAS ataupun DAP.


Oleh seab itu LSS terfikir Apa salahnya jika Pakatan Rakyat umum Ketua Menteri Sabah dan Sarawak adalah dari parti tempatan Sabah dan Sarawak yang bersama Pakatan Rakyat. Ini adalah satu strategi untuk menawan Putrajaya. Seperti juga di Semenanjung, Pakatan Rakyat tidak mungkin berjaya menawan 5 negeri jika Keadilan, PAS dan DAP berbalah dan akhirnya berlaku pertembungan tiga penjuru.


BN sudah pasti ternanti-nanti pertembungan tiga penjuru kerana mereka tahu, BN akan menang dengan selesa kerana pengundi yang benci BN akan berpecah.


Inilah masa PKR perlu pulihkan imej yang tercalar teruk dengan isu 11 katak sumpahan, isu pemilihan yang tak berkesudahan, inilah masanya untuk pulihkan imej dan keyakinan rakyat kepada Parti Keadilan Rakyat.


Anwar Ibrahim sewaktu berucap di Kongres P.Pinang, beliau pernah mengambil mutiara kata Mahatma Gandhi "The world has enough for everyone's need, but not enough for everyone's greed..." eloklah dihayati dan diterjemahkan dalam bentuk realiti....

Tiada ulasan: