Isnin, 7 Mac 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


ALLAH TAK TANYA KENAPA KAMU TAK MENANG ! ...

Posted: 06 Mar 2011 05:07 PM PST

Bersabarlah dan bermuhasabahlah para sahabat, pejuang dan pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS.
Jangan kecewa dan lepas ini sambil lewa kerana Allah tidak akan tanya kenapa kita tidak menang , tetapi Allah akan tanya apa yang kita lakukan atau usahakan untuk menegakkan hukum Islam dan keadilan dalam Negara Malaysia ini.

Dan ingatlah dan hayatilah kisah burung kecil cuba memadamkan api yang cuba membakar diri Nabi Ibrahim a.s. Walaupun kecil dan tidak layak dipandang orang kalau nak memadamkan api yang berkali ganda besarnya dari burung itu namun berusaha sungguh burung itu untuk memadamkan api tersebut.
Begitu juga denga PAS , parti yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang kecil tapi terus istiqamah melawan pihak yang batil
Dengan http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/03/26/antara-burung-dan-cicak-kisah-nabi-ibrahim/
entera besar dan penggunaan jentera kerajaan sekali maka Umno pun berjaya mempertahankan Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau dengan masing-masing memperoleh majoriti 3,643 undi dan 2,724 undi.
Majoriti besar ? Rakyat tidak perlu hairan dengan majoriti tersebut kerana UMNO/BN membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan undi tersebut. Manakala wang yang digunakan adalah wang rakyat. Memang tak berkat .

Di Merlimau, calon Umno, Roslan Ahmad menang sebanyak 5,962 undi menewaskan calon Pas, Ruhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.

Sementara itu, di Dun Kerdau pula, calon Umno, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi berbanding calon Pas , Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi.

Ramai berpendapat, kemenangan Umno di dua kerusi berkenaan sudah dijangka berdasarkan faktor kedudukan Merlimau dan Kerdau yang dikira merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional.
Ia ditambah dengan kempen secara kotor Barisan Nasional yang memperalatkan media dan jentera kerajaan untuk membantu kempen mereka, selain menabur pelbagai habuan kepada pengundi.
Yang tidak bagusnya dengan mandat yang diberikan oleh 2 DUN ini maka Kerajaan BN tidak segansilu djangka mengambil kesempatan di atas kemenangan itu bagi menaikkan harga minyak petrol. Wahai pengundi kamu rasalah, termasuk rakyat seluruh Malaysia akan hadapi bahangnya kenaikan harga.

Tiada ulasan: