Rabu, 23 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Pelajar Sekolah,Mahasiswa,Pekerja - Hamba Sistem

Posted: 23 Mar 2011 04:36 AM PDT

Sempena budak-budak dapat result SPM hari ni - kalau yang baca tu - sila fikir-fikirkan supaya tidak menjadi bunian Ireland - nak jadi St Patrick boleh - kahkahkah!


Seorang leprechaun (orang bunian di Ireland) berjalan di atas awan.Sedang dia berjalan,tiba-tiba dia ternampak seguni emas di hujung pelangi.Jauh - tetapi ia sangat berkilau dan memukau.Leprechaun ini merasakan hidupnya bakal berubah bila dia mendapatkan emas itu.Dia pun memulakan perjalanan yang jauh - dan terus berjalan - tak kira siang,malam,hujan dan panas - dia terus berjalan tanpa rasa ragu dengan harapannya.Semakin dekat ianya semakin berkilauan - cahayanya bergemerlapan - makin bersemangat leprechaun itu.Setelah menempuh perjalanan yang sukar - akhirnya dia tiba dihujung pelangi dan seguni emas yang berkilau itu sebenarnya hanya seguni emping jagung.

Hari ini,ribuan anak muda di seluruh Malaysia ingin melebarkan Lebensraum mereka(lebensraum in German:ruang),dan demi meluaskan ruang untuk mereka hidup dengan hati yang senang dan tenang,ada yang ingin melanjutkan pelajaran di IPTA,ada yang ingin berniaga dan ada yang tidak mempunyai ruang dalam masyarakat - ditolak tepi dalam kehidupan,terpaksa hidup dalam ruang yang dalam kegelapan.Tetapi fokus saya hari ini adalah kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di IPTA.

Wajib kepada semua anak yang berusia seawal 6 tahun untuk ke tadika.Usia 7 tahun mak ayah wajib beli baju sekolah dan beg sekolah serta buku tulis untuk anak pergi ke sekolah.Jadi dari sini segala-galanya bermula - cita-cita anak muda untuk menjadi apa yang dicita.Ada yang nak jadi polis,ada yang nak jadi bomba,ada yang nak jadi doktor.Dari situ perasaan untuk melebarkan lebensraum disemaikan kepada anak-anak.Lalu di dalam kelas diajar A,B,C dan 1,2,3 dan seterusnya.Kemudian bermulalah satu racun yang disuntik di dalam minda anak-anak kecil - "abah,abah,Along periksa nombor satu!".Mula timbul sifat "siapa dapat dia punya".Jadi,setiap kali dalam peperiksaan - siapa dapat nombor satu disorakkan.Tidak ada "kekitaan" tapi "keakuan".Bila ada nombor satu pasti akan ada nombor paling last.Semasa saya darjah dua dahulu siapa periksa nombor last kena henjut ketampi depan kawan-kawan.Saya tidak pernah dapat nombor last - tapi sepupu saya pernah.Dia digelak oleh kawan-kawan dan dia malu.Sebab itu dia rasa selama ini dia belajar tidak dihargai,dia tidak dimahukan di dalam sekolah.Sejak itu dia benci sekolah.

Balik semula kepada cerita yang dihadapi anak muda ini.Bagi yang nombor satu,cikgu akan selalu senyum kepada anak murid itu.Kadang-kadang diberi tanggungjawab seperti ketua darjah ataupun paling cipan pun,"tukang angkat buku".Saya pelajar tidak di atas dan tidak dibawah - tengah-tengah.Jadi layanan cikgu terhadap saya tidaklah terlalu girang dan manja tapi tidak terlalu diktator seolah-olah saya ini bekas tahanan Kamunting.Dan bagi yang nombor satu - disini bermula satu pemikiran yang dipupuk di dalam bilik darjah - siapa nak jadi bagus kena jadi balachi cikgu.Siapa nak jadi hebat kena angkat buku sekolah cikgu.Dari sini budaya membodek dan mengipas punggung bermula.

Pangkat di sekolah rendah mungkin ketua darjah,penolong,bendahari - paling cool pun pengawas sebab baju dia warna lain.Jadi sudah diajar di dalam sekolah - pengawas adalah pembantu guru di sekolah.Bagi anti establishment macam saya - pengawas adalah balachi kepada cikgu disekolah - sama macam polis dan tentera untuk kerajaan negara(mana-mana negaralah,semua samalah!).Jadi dalam usaha penglebaran lebensraum di kalangan anak muda diteruskan lagi ke peringkat sekolah menengah.Sifat yang diajar di sekolah rendah - siapa cepat dia dapat,siapa nombor satu dia hebat masih diajar dengan penuh intensif.Tetapi pada sekolah menengah saingannya lebih hebat lagi.Saingan bukan sahaja dari segi akademik tetapi penampilan.Jika di sekolah dahulu "siapa pandai orang kagum" - kalau mamat tu pandai maka ramailah awek yang mengelilinginya - tapi naik sekolah menengah,pandai sahaja tidak mencukupi.Perlu ada pakej-pakej lain.Ada perempuan suka lelaki yang kasar - anti-establishment,yang melawan cikgu - ini cool.Tapi ada juga perempuan yang suka kepada establishment - lelaki yang jadi pengawas yang sentiasa necktienya kemas - dan selalu tolong angkat cikgu buku sekolah.Yang ni pun ada.Ada di sekolah saya dahulu - cukup ramai pelajar perempuan jatuh hati kepada seorang pengawas pakai songkok cermin mata tebal yang baca doa.Aku panggil dia Abang Baca Doa Kat Perhimpunan je lah.Dan Abang Baca Doa ni sentiasa disuruh baca doa atau menyanyi lagu nasyid untuk meruntun hati-hati awek-awek tudung labuh di sekolah.

Perspektif lebensraum di sekolah menengah sudah semakin besar.Ada yang target untuk dapat awek paling cun di sekolah,ada yang target dapat 15A dalam SPM,ada yang mahu jadi budak paling gengster di sekolah dan ada yang nak jadi atlet sukan terbaik di sekolah.Macam-macam.Dan apabila musim peperiksaan maka semua orang pun cuba untuk cemerlang dalam exam.Nota disalin,buku dibaca.Cikgu tulis,kita copy balik.Cikgu cakap,kita dengar.Lama kelamaan kita sudah tak berminat untuk belajar dapatkan ilmu,kita hanya mahukan soalan ramalan untuk SPM tahun ini.Maka ramailah cikgu-cikgu menjadi Nostradamus atau Pak Belalang untuk memastikan anak murid mereka mendengar kata mereka.Dengan harapan bila soalan ramalannya tepat,ramailah anak murid berkata "cikgu ni baguslah!".

Maka sesudah SPM,kesemua "mesin-mesin Xerox" ini pun keluar dari sekolah.Siapa tak pandai tiru cikgu bersedialah untuk kerja kat Tesco.Paling best pun kerja jadi posmen.Bagi "mesin-mesin Xerox" yang okay sikit - rumah mereka mula dihujani surat-surat kolej dari IPTS dengan harapan bolehlah berniaga sekeping kertas bernama diploma.Ada yang mahu terus stay di sekolah.Ada yang mahu ke politeknik,dan ada yang nak terus kahwin.Mesin-mesin Xerox yang cemerlang akan mula menghantar surat pemohonan di IPTA.Mesin-mesin Xerox yang mencetak dengan "spotless" - yang ni dapatlah biasiswa dari kerajaan untuk dihantar di New York,Ireland,Canada mahupun India.Tapi kadang-kadang mesin Xerox buatan sini bila keluar - mereka tak boleh berjalan sebab di sana pelajar belajar - bukan cetak balik tulisan cikgu.Tu sampai ada yang jadi pelacur sebab nak sara diri.

Maka,pelajar Xerox di IPTA pun bermulalah hidup baru mereka setiap bulan Julai.Ada yang excited dapat jumpa kawan baru,ada yang target nak cari awek baru - awek kat sekolah dah tak best,ada yang fikir nak buat business dalam kampus - jual nasi lemak,hot dog dan ada yang terus mahu menjadi pengipas punggung - kali ini dengan lecturer.Maka minggu pertama - Minggu Suaikenal sebenarnya adalah minggu Pembodohan secara intensif.Pembodohan ini bermula apabila kita diajar tentang birokrasi "dik,nak isi borang asrama kat kaunter sana,dik,nak isi borang mohon PTPTN kena pergi bangunan sebelah".Dan minggu Suaikenal ataupun Pembodohan secara Intensif ini berterusan dengan beberapa abang atau kakak senior cuba nak jadi Ketua Pemuda Parti Keris.Maka sepanjang minggu Pembodohan itu diisi dengan senamrobik,birokrasi,senamrobik,birokrasi,jerit pekik bakal Ketua Pemuda dan akhir sekali - tidur akibat kepenatan.

Selepas minggu itu - bermulalah pembelajaran di kampus.Dan bermulalah rutin harian seorang mesin Xerox yang berjaya - tulis apa yang lecturer tulis balik.Tapi kali ni tambah sikit apa yang dipanggil sebagai "assignment" - yang akan diberi dateline untuk disiapkan.Dan dari sini mereka ini diajar - bos bagi kerja lu kena siapkan.Lu tak payah fikir benda lain.Lu kena jadi hamba sistem.Kalau tak - gua barred lu dari exam.

Dan minggu mendapat PTPTN pun bermula.Sorak-sorai dan gembira seolah-olah macam pekebun Felda dapat bonus bila Najib umum suntikan ekonomi.Ramai yang beli motor,dari makan megi bila dapat PTPTN pergi makan McD,masa ni lah awek bersepah untuk dibelanja dan excited kerana first time pegang duit ribu-ribu.Padahal pinjam je - teknikalnya pinjam,tapi sebenarnya tu duit rakyat.Duit tu hak kita tapi dipinjamkan sebab tak bestlah kalau menteri tak kaya.

Maka pengXeroxan pun berterusan.Assignment diberi,nota diberi,buku disuruh cari dalam perpustakaan - kalau buat assignment kena ada ciri-ciri kritiria yang lecturer nak - kalau tak - dapat F lah anda.Maka kita pun buat assignment macam lecturer nak padahal kita ada idea yang lebih kreatif tetapi ianya bertentangan dengan pemikiran arus perdana - maka tak dibolehkan.Kena ikut arus perdana - kalau tak kena AUKU.

Apabila selepas cepat masa berlalu - ada yang 3 ada yang 4 tahun - maka mereka pun diberi jubah dan topi petak untuk mendapatkan sekeping kertas yang mengatakan "Saya adalah Pelajar yang Diajar untuk Akur Dengan Sistem,Dan Dengan Kertas Ini Saya Layak Mendapat Kerja".Maka berlambaklah kertas-kertas ini dicetak - begitu juga dengan lambakan mesin Xerox ini.Bersoraklah mereka - akhirnya cita-cita dari sekolah rendah dapat dicapai juga.Mak ayah meleleh air mata gembira,sambil tu boleh kenal-kenal dengan bakal menantu.

Kemudian lebensraum mereka berubah.Ada yang nak beli kereta,nak kahwin dan beli rumah.Awek dah dijumpai satu kampus - ada juga yang jumpa dalam Myspace atau Facebook.Akhirnya berkahwin dan jemputlah kawan-kawan satu sekolah dan satu kampus.

Selepas berkahwin - bermulalah satu kehidupan sebagai "hamba sistem" yang akur dengan kedunguan.Bangun pagi pukul 6 pagi - keluar lambat traffic jam.Dua jam duduk dalam kereta dengar DJ Overrated membebel dalam Hot FM.Sakit kepala orang belakang hon-hon.Lepas tu sampai office bos bagi taklimat.Blah blah blah sales target blah blah blah appointment dengan Datuk Razali blah blah blah profit tahun ni perlu dipertingkatkan blah blah blah.Sampai lambat kerja kena maki.Balik rumah bini bebel "ni balik lambat ni mesti ada skandal ni!".Nak buat tuntutan biologi pun tak larat - asyik penat balik kerja,balik rumah tengok bini muka tension.Maka budaya kebodohan ini digambarkan dengan penuh bergaya dalam siri Cerekarama ataupun drama-drama di Astro Ria.TV1 - siapa tengok tv ni,wujud lagi ke?Dan aku pernah berkata - kalau dalam sistem ini - tak kisahlah pangkat degree atau master PhD pun,kalau nko kuli - nko kena dengar cakap boss nko - walaupun boss nko dungu macam George Bush.Maka dari kecil cita-cita nak dapat kerja best - akhirnya jadi hamba sistem.Tapi oleh kerana desakan kehidupan - kena beli tv,beli perabot,beli blender,beli dapur,beli beras - semuanya kena beli - kenalah terus menghambakan diri.Anak pertama,anak kedua anak ketiga mula lahir.Kena beli baju untuk anak,permainan Transformers atau Barbie Doll untuk anak.Bila dah besar kena beli baju sekolah,beg sekolah - putaran penghambaan berterusan.Dari datuk ke bapak ke anak ke cucu dan berterusan.

Bila usia sudah tua - mula rasa menyesal."Alaa dulu masa muda tak dapat buat benda best-best sebab kerja je".Jadi jangkahayat anda berakhir di kerusi roda dengan tangan yang bergoyang serta lutut yang kendur - lupakan saja nak jadi Skateboarder Extreme.Hidup anda tidak bermakna lagi.Anak-anak sudah besar,sibuk bekerja,lalu lupakan anda - hidup keseorangan menunggu ajal.Tapi ada anak-anak yang concern - tapi concern tu concern lah.Dah banyak masa dibuang tapi kita tak dapat fikirkan apa sebenarnya cita-cita kita masa di bangku sekolah dulu.

Dari kecil kita diajar untuk mengikut sistem penghambaan secara intensif ini.Siapa jadi hamba paling setia dia yang paling baik.Untuk menambahkan aksesori seorang "hamba sistem" yang baik dan berjaya,kereta besar atau rumah besar menjadi rebutan.Untuk lebih berjaya menjadi hamba sistem,pembodekan dan pengipasan punggung perlu dilakukan.Buat kerja mengikut arahan - pasaran.Tiada kreativiti.Tiada demokrasi - yang ada cuma angan-angan dan mimpi.

Seorang leprechaun (orang bunian di Ireland) berjalan di atas awan.Sedang dia berjalan,tiba-tiba dia ternampak seguni emas di hujung pelangi.Jauh - tetapi ia sangat berkilau dan memukau.Leprechaun ini merasakan hidupnya bakal berubah bila dia mendapatkan emas itu.Dia pun memulakan perjalanan yang jauh - dan terus berjalan - tak kira siang,malam,hujan dan panas - dia terus berjalan tanpa rasa ragu dengan harapannya.Semakin dekat ianya semakin berkilauan - cahayanya bergemerlapan - makin bersemangat leprechaun itu.Setelah menempuh perjalanan yang sukar - akhirnya dia tiba dihujung pelangi dan seguni emas yang berkilau itu sebenarnya hanya seguni emping jagung.

Leprechaun itu terus hidup hampa dengan fantamorgana yang dilihat.Hari ini - leprechaun itu setiap hari membarisi lebuhraya-lebuhraya di seluruh bandaraya di dunia - dan dengan tanpa serik leprechaun itu terus diperbodohkan dengan kilauan emas yang sebenarnya hanya emping jagung.

Tak Payah Buang Masa Kat Mahkamah

Posted: 23 Mar 2011 03:01 AM PDT





Tamparan kepada Anwar, tiga barangan diterima-Mkini



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO (pegawai penyiasat) dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah."

"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti," katanya.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau akan meminta dua saksi pendakwa tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.



Walaupun Yusof tidak menamakan mereka, namun dipercayai mereka adalah ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan yang sebelum ini pernah memberikan keterangan.



Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.



NONE"Bolehkah mahkamah ditangguhkan hingga esok?" Yusof kemudiannya bertanya.

Hakim Zabin kemudian mengajukan soalan itu kepada Karpal yang berkata beliau tidak ada bantahan.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 9 pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.



Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan yang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

azlanPermohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim)," hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.



Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.



Ketua pembangkang itu daripada kandangnya berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini.





LSS: Dah berapa kali nak cakap! dah berapa kali nak ingat kan, kalau kes perak boleh langgar sembrono,ini kan pulak kes anwar.sejak hakim s.komathy di tukar dengan hakim lain hanya dengan sebab beliau tak mahu membenarkan kes itu dibawa ke mahkamah tinggi,LSS memang dah pasti kes ini tak ke mana.



Sudah pasti ke sungai buloh lah jawabnya,kes yang sudah semakin hari semakin mengarut maka matlamat kes ini di reka takde lain adalah untuk menghumbankan anwar ke sungai buloh.

Takde guna buang banyak masa kat Mahkamah,tak guna buang banyak masa kat parlimen,Tak payah buang banyak masa buat daftar pengundi,yang mana ketua pemuda "mobilize" anak muda,yang mana ketua wanita "mobilize" wanita dan seluruh 1 Malaysia Untuk turun ke jalanraya Bodoh!!

DI MAHKAMAH PAGI INI

Posted: 23 Mar 2011 02:53 AM PDT


KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011



KOMEN SELEPAS KENYATAAN AKHBAR DATO' JOHARI ABDUL

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menjadi dalang kepada episod ini adalah orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku "50 Dalil" dalam tahun 1998 dahulu. Modus operandi fitnah terbaru ini adalah 100% sama dengan modus operandi siri fitnah tahun 1998 dahulu. Beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri sendiri untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya. Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara dibuat oleh RISDA, sebuah jabatan kerajaan.

Saya juga percaya Dato' Eskay Shazril Abdullah adalah "Dato' T". Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah.

Seorang lagi individu yang hadir sama adalah bapa mertua kepada Dato' Shafie Afdal, iaitu Naib Presiden UMNO. Banyak lagi nama-nama pimpinan UMNO yang terlibat secara langsung dengan konspirasi terbaru ini.

Saya mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat mungkin.

Tiada ulasan: