BRIGED MP SEGAMBUT |
- KENAPALA POLIS BELUM REMAN DATO TRIO SOAL VIDEO SEKS ANWAR?
- RAHIM TAMBHI CHIK TAOKEY VIDEO LUCAH? MUA HA HA..
- VIDEO SEKS ANWAR:SAH KERJA ORANG UMNO RUPANYA...
- DATO T PENGEDAR VIDEO LUCAH?.. MANA POLISNI..
KENAPALA POLIS BELUM REMAN DATO TRIO SOAL VIDEO SEKS ANWAR? Posted: 23 Mar 2011 09:27 AM PDT
| ||
RAHIM TAMBHI CHIK TAOKEY VIDEO LUCAH? MUA HA HA.. Posted: 23 Mar 2011 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah individu yang masih berdendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, akibat kejatuhan karier politiknya satu ketika dahulu. Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, mengulas pendedahan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini. Johari dalam sidang media tengahari tadi mendedahkan beliau dijemput oleh Rahim untuk menonton rakaman video seks yang didakwa dilakukan Anwar di sebuah hotel di ibu negara, melalui kenalannya, bekas konsultat kehormat Thailand, Datuk Shazryl Eskay . Namun Johari segera menafikan individu dalam rakaman video itu ialah Anwar berdasarkan bentuk tubuh badannya. Dalam pertemuan itu juga, Rahim turut mengajak Johari bersama pimpinan Keadilan yang lain supaya meninggalkan KEADILAN dengan menawarkan ganjaran. "Pendedahan ini tunjukkan beliau (Rahim) sebagai seorang pendendam kepada Anwar disebabkan kejatuhan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka dan pemimpin Umno satu ketika dulu," kata Dr Muhammad Nur. " Nampak jelas Rahim ialah seorang pendendam yang akan sentiasa berusaha untuk menghalang Anwar muncul sebagai seorang tokoh pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat ," tegasnya yang menyertai Umno empat tahun sebelum Anwar dipecat. Terbabit konspirasi dengan Mahathir. Menurutnya lagi, budaya fitnah yang dilakukan Umno telah berakar umbi sejak pentadbiran Mahathir lagi, dan semakin menjadi-jadi ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. "Rahim Tamby Chik, ialah antara individu yang dikatakan terlibat menjatuhkan Anwar, sekali dengan Tun Mahathir pada 1998," ujar beliau. Ini kerana pada waktu itu Anwar dilihat lantang mengkritik kepimpinan Mahathir yang mengamalkan rasuah dan kronisme. "Pemimpin Umno tidak takut dengan Allah SWT, terhadap azab daripada Allah. Mereka terlalu gila kuasa dan sanggup mengaibkan orang lain. "'Fitnah ini berlarutan sejak zaman Mahathir, sejak 12 tahun lalu. Sepatutnya ia telah berakhir tapi umno sanggup memfitnah tanpa melihat persoalan agama, iman, akhlak, dosa pahala dan syurga neraka," ujar beliau. Rahim Tamby Chik, yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Ketua Pemuda Umno, pernah terlibat dalam skandal seks membabitkan gadis bawah umur pada awal 1990an. Namun beliau dibebaskan dari tuduhan berkenaan selepas pendakwa menggugurkan kes tersebut pada 1994. Anwar, yang pada masa itu pemimpin nombor dua negara, dikatakan memberi tekanan supaya Rahim berundur dari jawatan kerajaan dan Umno akibat salah laku dan moral yang dilakukannya ketika itu. "Sebab itu dia berusaha menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Sebab dia begitu marah kepada Anwar kerana menjatuhkannya disebabkan kehidupannya yang tidak memberi contoh teladan yang baik dan tidak bermoral," katanya lagi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9633 | ||
VIDEO SEKS ANWAR:SAH KERJA ORANG UMNO RUPANYA... Posted: 23 Mar 2011 02:19 AM PDT SELEPAS mendengar keputusan bicara dalam bicara bersabit kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelah pagi tadi saya beredar ke kantin untuk minum pagi. Sedang berbual seseorang datang mencuit bahu, bertanya tak pergi ke pejabat PKR di PJ ke? Untuk apa tanya saya? Ada pendedahan penting. Orang itu berlalu tanpa memberi tahu butir lanjut mengenai sidang akhbar itu. Saya juga tidak mengambil berat mengenai apa yang dikatakan itu. Dari mahkamah saya singgah di pejabat selesai beberapa perkara, kemudian ke kedai makan. Seusai makan satu email masuk ke dalam mail saya. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai email berkenaan buat masa masa ini. Di bawah ini saya turunkan sepenuhnya. Sama-sama kita nilai sendiri email yang merupakan kenyataan akhbar Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ini berhubung isu pendedahan video lucah. Hadir sama dalam sidang akhbar berkenaan ialah Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail. Wassalam - MSO. Salam Saudara MSO, ni sumber yg saya dapat. mungkin saudara dah terima atau dah tengok dulu drp saya. sekadar berkongsi. TK KENYATAAN AKHBAR Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau. Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali. Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi. Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut. Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu. Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai. Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin. Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat. Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut: 1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah. 2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku. 3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim. 4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim. 5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim. 6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat. Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka. Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim. DATO' JOHARI ABDUL AHLI PARLIMEN SG PETANI AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN 23 MAC 2011 http://msomelayu.blogspot.com/2011/03/pendedahan.html | ||
DATO T PENGEDAR VIDEO LUCAH?.. MANA POLISNI.. Posted: 22 Mar 2011 04:58 PM PDT Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh. Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal. Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu. Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan