Selasa, 22 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


26 hari bagi tempoh untuk menghasut!

Posted: 22 Mar 2011 04:10 AM PDT

DUN Sarawak bubar secara rasmi-Melalok


KUCHING 21 Mac – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini dibubarkan secara rasmi selepas Speakernya, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar menerima notis pengisytiharan yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, pagi ini.


Mohamad Asfia berkata, notis berkenaan akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada petang esok.

Beliau menjelaskan lokasi dan waktu penyerahan notis berkenaan belum ditentukan lagi.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac, hari ini, adalah mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang akhbar di bangunan baru, Kompleks DUN Sarawak di sini tengah hari ini.

Sidang akhbar itu hanya dihadiri beberapa petugas media kerana sebahagian besar daripada mereka bertumpu di sebuah hotel tempat berlangsungnya majlis rasmi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan jangkaan pengumuman rasmi akan dibuat di sana.

Sabtu lalu, Abdul Taib dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) mengumumkan DUN akan dibubarkan hari ini.

Walaupun SPR belum membuat pengumuman berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian, ramai menjangkakan ia akan diadakan pada 6 dan 16 April ini.



SELAMAT KENE KELENTONG!!!!!!!


Siap sedia ! semua jentera kerajaan telah di siapkan dek kerajaan bik mama untuk mengkelentong dalam semua pertandingan.Nama keluar kawasan,Nama pindah kawasan, tapi senjata utama dalam pertandingan ini ialah UNDI POSSS!!!!!!!! hanya itu sahaja senjata utama yang di miliki oleh gerombolan.


Ingat lah pada mereka - mereka yang sentiasa suka kena kelentong! Kalau Pilihanraya boleh menghentikan ketidakadilan....dah lama gerombolan haramkan pilihanraya!

ADA MACAM - MACAM SPESIS ORANG GILA!

Posted: 22 Mar 2011 01:46 AM PDT

EKSKLUSIF : 1:5 RAKYAT MALAYSIA BERISIKO JADI GILA – berita hairan

Masyarakat kurang kesedaran rawatan awal penyakit mental.

Sekurang-kurangnya seorang daripada lima rakyat negara ini berisiko gila jika mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.

Ramalan itu berasas jika mengambil kira hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental. Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020.

Macam - macam punya jenis gila dalam dunia ni,apa tak nampak ke siapa yang gila? dan ada ramai mangkuk ayun yang nak meng"offer"kan diri untuk jadi gila.Ada yang gila nak mengaku anak dara tapi janda,ada yang gila mengaku body slim(Bukan LeeSlimShady) tapi body macam anak badak,ada yang gila nak mengaku "first lady" tapi sebenarnya "Fat Lady".

Ada yang gila nak mengaku pandai tapi bangang! gila kuasa, gila pangkat atau gila - babi itu kira benda biasa.Ada yang gila nak jadi ketua bahagian,ada yang gila nak jadi ketua cabang, ada gila nak jadi ketua menteri dan gila nak rembat kerusi DUN Sarawak....itu "power" punya gila! takde ubat punya tu!!!

Tapi dalam banyak - banyak gila ada pulak yang gila nak buat kerajaang perpaduang! itu penyakit gila yang paling merbahaya di alam maya kerana ia boleh merosak masa depan lebih berbilion Umat Manusia.

Tapi spesis orang gila yang baru di temui adalah di lokasi Pelabuhan Klang,ini orang gila memang "special case" sebab mana punya orang gila dan calon kan orang gila jadi wakil rakyat kat pelabuhan Klang.

Satu lagi Spesis Orang Gila ialah mangkuk ayun di bawah!

Orang gila ni mula - mula di lihat menebeng kat sekitar dan di dalam mahkamah tinggi kat jalan raja di sebelah dataran merdeka pada tahun 1998.Dia tak jadi peguam pun pada Anwar Ibrahim,dia cuma tukang angkat beg pada Allahyarham raja adrusse dan christhoper ferdando abdullah.

tapi gila - babi mengaku dia jadi peguam bela anwar.

Lepas tu terjadi kes sandiwara rampasan senjata di bukit jenalik pada tahun 2000,orang gila ni jadi peguam pada salah seorang yang di tuduh dalam kas Sauk tu.Kes baru main setengah jalan orang gila ni dah cabut lari.

lepas tu gila dok ceramah pasal kes murtad,habis kes murtad kes keracunan arsenik anwar ibrahim,konon rambut anwar dah jadi putih dan kukunya jadi hitam pasal racun ni la...

Tak lama tu orang gila ni jadi presiden peguam syarie,tapi apabila rakan - rakan peguam selidiki latar belakang dia,orang gila tak pernah pun ambil jurusan syariah dalam mana - mana universiti islam.Yang ada pada mangkuk ni hanyalah jurusan "law" dari New Zealand.

Macam mana dia boleh di lantik sebagai peguam syarie??? memang sah jadi gila! lepas tu mengaku jadi peguam anwar semata - mata nak cari publisiti untuk di calonkan dala pilihanraya Umum ke - 12.Sebelum dia berambuss....LSS tak faham kenapa PKR asyik bela dia dulu?????

inilah orang gila paling "real" dalam dunia!!!!!! Kah...Kah...Kah

Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah

Posted: 22 Mar 2011 01:40 AM PDT

Dari Pena Che'Guevara Malaysia.


Oleh Fiona Macrae

Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin -- yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh.Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dari artikel berjudul "DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn" tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

Tiada ulasan: