Rabu, 16 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Mahafiraun kata Mat Monggol ada Bunuh Awek Cun dari Ulan Bator

Posted: 16 Mar 2011 04:52 AM PDT

Dari Pena Din Binjai;

Khairy 'mengesahkan' Najib Rosmah terlibat pembunuhan Altantuya

Utusan Meloya - KUALA LUMPUR 14 Mac - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendiamkan diri berhubung penerbitan buku memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai hujah kukuh bagi membersihkan namanya,

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, jika Anwar berada di pihak yang benar dan tidak berpuas hati terhadap apa yang diperkatakan menerusi buku A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, beliau sepatutnya membawa perkara tersebut ke 'muka pengadilan'.

Bagaimanapun, jelasnya, sehingga kini tidak ada sebarang usaha yang dilakukan oleh Anwar untuk memfailkan saman terhadap pihak tertentu di mahkamah.

''Jadi, kita beranggapan Anwar tidak ada bukti untuk berhujah bahawa beliau berada di pihak yang benar.

''Ini kerana, Anwar tidak berbuat apa-apa tindakan pun. Anwar bukannya tidak biasa menyaman orang. Saya sendiri pun sudah tiga kali disamannya,'' katanya.

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad setebal 800 muka surat itu nyata mendapat perhatian ramai apabila ia akan diulang cetak 20,000 naskhah lagi bagi memenuhi permintaan pasaran.

Antara yang disentuh dalam buku tersebut itu ialah bagaimana Dr. Mahathir terpaksa memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan pendedahan tersebut dilihat menimbulkan reaksi kurang senang Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, dalam buku berkaitan memoir itu, Dr. Mahathir selaku bekas Perdana Menteri mempunyai hak untuk menyatakan apa jua pengalaman hidupnya.

''Jadi, kalau ada pihak yang tidak puas hati seperti Anwar, bawalah ke mahkamah (saman),'' ujarnya.

Sharpshooter - Jika begitulah hujah ketua pemuda umno khairy, maka beliau 'mengesahkan' bahawa najib dan rosmah memang terlibat dalam misteri pembunuhan Altantuya.

Sudah empat tahun buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya" berada di pasaran yang ditulis oleh Chegubard dan dijual sendiri oleh Chegubard dalam setiap ceramahnya di seluruh negara tetapi hingga kini najib rosmah diam membisu dan Chegubard hingga kini tidak didakwa walaupun sudah ditangkap sebanyak 6 kali.

Jika hujah khairy diguna pakai tentang buku tulisan che det terhadap Anwar, maka ia 'mengesahkan' bahawa najib rosmah memang terlibat dalam misteri pembunuhan Altantuya.

Buku setebal 80 halaman ini menghimpunkan ringkasan peristiwa pembunuhan Altantuya dengan menyatakan latar belakang kes, terjemahan laporan akhbar Perancis, kenyataan penyiasat persendirian dan temu bual dengan P. Balasubramaniam.

Ia diakhiri dengan surat terbuka SAMM.

Muka depan dihiasi dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Balasubramaniam dan kenyataan tertuduh-tertuduh kes pembunuhan Altantuya.

"Ia perlu dirungkai kerana ia menggambarkan isu krisis kehakiman, persenjataan dan keselamatan negara, rasuah, kronisme dan seumpamanya yang semakin bejat dalam menghimpit hidup rakyat yang smemangnya terhimpit," kata Chegubard.

"Kes Altantuya belum tamat selagi mereka yang terbabit selain dari mereka yang membunuh dihumban ke penjara dan menerima hukuman setimpal," tambah Chegubard lagi.

Mengapa najib rosmah diam membisu dan Chegubard tidak didakwa hingga sekarang? Jika hujah khairy digunapakai, maka sahlah memang najib rosmah terlibat dalam misteri pembunuhan Altantuya. Hei rosmah najib....mana mau lari haaa.....

Gerombolan tetap dengan kedegilan

Posted: 16 Mar 2011 04:16 AM PDT

Kawal internet bawa kekalahan BN

masih degil kah gerombolan? seingat LSS baru beberapa bulan lepas di sooka sentral satu majlis "teh tarik session" diadakan.Disitu LSS ada bertanyakan soalan pada ahli parlimen kota belud tetang sekatan keatas media dan tindakan kerajaan gerombolan yang di lihat tetap mahu menyekat berita Internet.

Ahli Parlimen gerombolan dari Kota Belud menyatakan bahawa kerajaan gerombolan ni cepat melatah dan dia sendiri mengakui Internet tidak boleh di sekat.Ketua Pemuda Gerombolan turut menyatakan yang dia akan menyertai Tukar Tiub andai andai kerajaan gerombolan tetap berkeras mahu meneruskan cadangan bodoh tersebut.

Tiada ulasan: