BRIGED MP SEGAMBUT |
- MALAYSIA UNTUK KRONI UMNO? KAH KAH KAH..
- ha ha..SUDAH ADA ALASAN TUK KOREK KOCEK DUIT RAKYAT..MMMMMM
- SEBELUM MATI MAHADHIR INGIN CUCI DIRI UNTUK NAMA BAIKNYA?
- AMARAN BUAT RAJA NONG CHIK!!!?
MALAYSIA UNTUK KRONI UMNO? KAH KAH KAH.. Posted: 15 Mar 2011 09:02 PM PDT Kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional menganak-tirikan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat dalam pengagihan peruntukan sungguhpun Selangor dan Pulau Pinang menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sebagai contoh, Selangor menyumbang RM16 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan tetapi hanya diberikan RM400 juta setahun atau 2.9 peratus…ini adalah jumlah yang tidak munasabah," kata Anwar kepada TV Selangor. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wacana berjudul Federalism: Keadilan Dalam Pengagihan Kekayaan Negara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam. "Amat jelas bahawa beberapa prinsip asas Perlembagaan bersabit hak-hak negeri semakin terhakis…bukan sahaja yang membabitkan Sabah dan Sarawak tetapi juga di negeri yang ditadbir oleh PR," katanya. Anwar berkata sebelum pilihanraya umum 2008, negeri-negeri seperti Selangor yang ditadbir oleh BN menerima dua kali ganda peruntukan daripada apa yang diberikan ketika ini. Beliau yang juga ketua umum PKR berkata perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa jumlah peruntukan untuk negeri harus berasaskan formula tertentu termasuk jumlah kepadatan penduduk. "Yang kita pertikaikan ialah, mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah yang tetap dan rasional. Jika negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka peruntukan disekat, malah untuk Pulau Pinang jumlah peruntukan adalah lebih kecil" kata Anwar. Pulau Pinang menyumbangkan hasil cukai RM2.5 bilion kepada kerajaan persekutuan dan merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar RM48 bilion pada tahun lalu. Namun peruntukan Putrajaya untuk kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu hanya sekitar RM150 juta. Anwar berkata beliau peka kepada keperluan kerajaan pusat membela nasib penduduk di negeri-negeri yang kurang maju dan justeru itu memerlukan peruntukan yang lebih tinggi. "Saya menerima prinsip itu. Tetapi jelas mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah pengagihan yang rasional dan konsisten. Jika negeri itu ditadbir oleh Pakatan Rakyat, peruntukan serta merta disekat. "Kami terima hakikat bahawa BN adalah kerajaan pusat dan mempunyai kuasa untuk menguruskan dana awam dan dasar-dasar tetapi mereka harus mengiktiraf mandat penduduk di negeri-negeri (pimpinan Pakatan)," katanya. Menurut Anwar, ini bukan soal menyusup kuasa kerajaan persekutuan dalam pengagihan peruntukan, namun amalan berkenaan jelas tidak telus dan konsisten. "Tidak logik jika negeri-negeri Pakatan diberikan hanya 2.9 peratus dan negeri-negeri pimpinan Umno-BN diberi 20 peratus. Saya menekankan pengagihan peruntukan harus berlandaskan sistem yang rasional dan berpaksi kepada ketelusan dan prosedur kewangan yang ditetapkan. "Tidak apa jika negeri-negeri miskin diberi peruntukan lebih, namun di Selangor juga bukan semua rakyatnya berpendapatan tinggi. Justeru mereka juga harus dibantu. Kita seharusnya memberi pertimbangan kepada kawasan-kawasan di mana penduduknya di pinggirkan," katanya. |
ha ha..SUDAH ADA ALASAN TUK KOREK KOCEK DUIT RAKYAT..MMMMMM Posted: 15 Mar 2011 07:59 PM PDT Tarikf elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan. Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi. Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif. Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah. |
SEBELUM MATI MAHADHIR INGIN CUCI DIRI UNTUK NAMA BAIKNYA? Posted: 15 Mar 2011 06:51 PM PDT Mahathir Diktator Demokrasi II CERITA ini boleh dijadikan renungan dan bukti sejauh mana Mahathir Mohamad seorang yang ikhlas dalam politik? Ternyata cerita ini menunjukkan kelicitan dan munafik Mahathir sebagai seorang politik. Moral cerita ini saya tidak salahkan Mahathir, kerana inilah politik sepenuhnya. Mahathir seorang pure politician dan seorang diktator demokrasi yang tertakluk kepada prinsip 4C. Dengarlah cerita ini. Dari moral cerita ini semoga para peminat dan pengkagum Mahathir akan tahu idola mereka itu siapa sebenarnya. Apakah ianya manis dari konteks Melayu dan Islam. Sesekali kita jangan mudah terpana dengan kehebatan pembangunan yang dibawa olehnya. Pembangunan material hanya boleh melindungi kebusukan hanya seketika saja. Tanpa banyak kita soal berapa risiko yang kita terpaksa memikulnya. Fikir dengan akal yang sihat, selama 22 tahun kalau Mahathir dan anak beranaknya tidak mengumpul harta, 'bundak' sangatlah. Dari mana Mirzan mendapat wang untuk meletakkan beliau di antara 'laksawan' Melayu di negara ini? Apakah kekayaan itu kerana bakat semula jadi? Sejauh manakah kebolehan beliau. Semua orang tahu sejauh mana jaguhnya beliau. Jadi kekayaan yang dikaut itu tidak lain dan tidak bukan kerana dia anak perdana menteri dan bekas perdana menteri. Iya... ada anak perdana menteri yang miskin, tetapi perdana menteri yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan tidak memanipulasikan harta rakyat tidak akan menjelamakan laksawanan seperti itu. Kenapa Tomy Suharto kaya kerana bapanya presiden Indonesia. Kenapa anak-anak Gaddafi kaya raya kerana bapanya presiden Libya. Berbalik kepada cerita tadi; satu petang saya mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di rumahnya di Langgak Golf, Ampang. Kunjungan itu dalam rangka untuk mengadakan interviu deanngannya. Sebelum sampai ke tujuannya, menjadi kebiasaan Tengku Razaleigh akan membuka senario politik dan membuat flsh back kepada kisah lampau untuk dihubungkaitkan dengan suasana semasa. Sebab sejarah politik dan kekejian manusia sering berulang. Dia mahukan saya faham gerak genta politiknya. Entah macam mana cerita punya cerita tersentuhlah fasal kejadian Pas ditendang keluar dari Barisan Nasaional semasa Hussein Onn jadi presiden Umno dan Perdana Menteri. Banyak orang beranggapan penendangan keluar BN itu adalah kerja jahat Hussein Onn dan pecah amanah terhadap usaha Tun Razak untuk menyatu padukan Melayu. Saya sendiri mempercayai akan tragedi itu disebabkan Hussein Onn, berdasarkan maklumat waktu itu. Kata Hussein "demi Allah saya tidak main politik di Kelantan." Demikianlah lancar dan lancangnya mulut Hussein Onn menggunakan nama Allah untuk melindungi kesalahan di Kelantan. Samalah dengan tindakan orang politik hari ini akan bersumpah wallahi, wabilahi dan watalahi...untuk menafikan kesalahan yang mereka lalukan. Walhal seluruh dunia tahu yang dikahbarkan Allah dengan berbagai sumber bahawa kejahatan itu dilakukan. Pada saya dari segi ilmu kejiwaannya mereka yang menggunakan nama Allah untuk menegakkan kebenaran jelas mereka itu bersalah. Untuk apa berjanji kalau bukan untuk dimungkiri? Pada saya perjanjian dibuat adalah untuk saling memungkiri bukan untuk saling menjaga amanah. Sebab kalau kedua pihak suci hati, amanah, tidak perlu kepada perjanjian lagi... Hukum Allah hanya tertakluk kepada orang beriman saja. Apakah dinamakan beriman kalau kita menahan pantak untuk dicatuk oleh orang lain? Orang Pas juga percaya sungguh mereka di tendang Umno itu disebabkan oleh Hussein Onn. Ternyata setelah lebih 30 tahun kemudian baru tahu di mana dan siapa angkara kejadian itu - sebab Pas ditendang keluar dri BN sehinggakan sampai kini ia memeritkan Nik Aziz. Peristiwa itulah menyebabkan Nik Aziz perit sampai ke liang lahad bila disebut BN atau kalau diajak untuk berbaik dengan BN. Nik Aziz pun satu hal dalam hal ini. Saya secara peribadi tidak akan mengetahui akar umbi sebenar tragedi itu kalau bukan Tengku Razaleigh Hamzah yang menceritakannya. Cerita Tengku Razaleigh adalah benar dan betul bagi saya sebab Tengku seorang yang tidak sejahat yang Mahathir sangkakan menggunakan RM20 juta untuk mengalahkannya. Apakah Mahathir tidak menggunakan wang dalam agenda politiknya. Tanya Ibrahim Ali si anak tirinya itu? Dalam urusan perdagangan politik Mahathir tidak mengotori tangan sendiri. Dia bijak tetapi dapat dikesan juga akhirnya. Sebab bila bangkai sudah busuk dia akan terhidup juga ke hindung anjing. Tetapi orang yang menjadi lanun atau mencari wang untuk kepentingan Umno dan Mahathir ialah para menterinya. Dua daripada sudah pun dipanggil Allah mungkin sedang disoal berhubung aktiviti rasuah dan aktitivi ala along yang dilakukan untuk tuannya bernama Mahathir. Cerita punya cerita akhirnya sampai ke kemuncaknya. Kata Tengku Razaleigh, banyak orang tidak tahu kejadian di sebalik itu (terkeluarnya Pas dari BN), apakah puncanya dan sebab musababnya. "Semua orang kata Allahyarham Hussein Onn, tidak. dia melakukan, dia hanya bertindak atas desakan seseorang," kata dan tegas Tengku Razaleigh. Sambung Razaleigh lagi yang bertanggungjawab dan desak Hussein bertindak sehingga Pas ditendang keluar dari BN ialah Mahathir.http://msomelayu.blogspot.com/2011/03/malam-menyambung.html |
AMARAN BUAT RAJA NONG CHIK!!!? Posted: 15 Mar 2011 09:58 AM PDT Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya. Salah seorang penduduk yang ditemui, Zauriah Mat Nenggal berkata dia sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Raja Nong Chik untuk diadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini. "Makcik memang tak setuju langsung, rumah mak cik dah dibangunkan janganlah kacau . . . tak akan nak robohkan rumah mak cik, ada otak itu pakailah. Jangan kacau rumah yang bukan hak kamu. "Kalau nak robohkan kerajaan kena ganti balik, saya tidak mahu duit tapi saya mahu kerajaan ganti rumah juga . . . saya di sini ada rumah 12 pintu dan saya sewakan kepada orang, jadi jangan kacau mata pencarian mak cik," katanya yang berusia 77 kepada The Malaysian Insider. Kata Zauriah, tindakan kerajaan yang mahu mewujudkan rang undang-undang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan. "Raja Nong Chik hati Yahudi . . . Yahudi robohkan rumah Arab untuk bangunkan rumah tapi Raja Nong Chik nak ambil tanah Melayu untuk buat pembangunan. "Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung, ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?" katanya. Justeru, dia menggesa agar kerajaan pusat membatalkan hasrat untuk mengadakan akta tersebut. "Raja Nong Chik ini dah belakangkan kiblat . . . tak jaga orang Melayu, baru jadi menteri dah lupa daratan. "Kalau perkara ini Raja Nong Chik yang kena macam mana dia rasa? Mesti dia sakit hati," soalnya. Bagi Jamaluddin Kamat, 54, cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri selain akan menidakkan hak pemilik dan pewaris tanah kawasan itu sekiranya ia dilaksanakan. "Saya setuju dengan pembangunan di kawasan Kampung Baru tetapi tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang kalau kita lihat tidak jelas apa tujuan penubuhannya. "Bagi saya rang undang-undang ini tidak menjamin masa depan pemilik dan pewaris tanah. Kalau contoh kita bersetuju apa jaminan kerajaan kepada kami? Pembangunan yang macam mana kerajaan mahu lakukan? Selain itu, kalau ia dilaksanakan mereka (kerajaan) mempunyai kuasa penuh ke atas tanah-tanah di kawasan ini," katanya. Kata anak jadi Kampung Baru itu, rang undang-undang tidak diperlukan untuk membangunkan kawasan itu kerana sudah mempunyai Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang sudah menguruskan penempatan itu sejak 111 tahun lalu. "Kami di sini tak perlukan rang undang-undang untuk membangunkan kawasan Kampung Baru ini, kami sudah ada MAS... selama ini MAS yang menguruskan semua perkara di sini. "Pembangunan Kampung Baru ini boleh dilakukan tanpa rang undang-undang, kita boleh bangunkan melalui MAS dan kami percaya kepada MAS untuk menguruskan soal pembangunan tetapi dengan syarat kerajaan kena bantu, bukan dengan menubuhkan rang undang-undang yang kami sendiri pun tak tahu fungsinya," katanya. Ditanya bacaan kali kedua rang undang-undang akan dibentangkan di Parlimen Jun ini, Jamaluddin berkata, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu jelaskan kepada penduduk terlebih dahulu. "Itu perlu dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah walaupun dapat tentangan, kena beritahu kerana kami nak tahu apa yang kerajaan ingin lakukan," katanya. Kamal Hussein, 78, pula mahu imej kampung Melayu dikekalkan di Kampung Baru walaupun pembangunan dilakukan di kawasan itu. "Bangunan tinggi-tinggi tidak diperlukan di Kampung Baru, cuma perlu menaik taraf mana-mana yang patut sahaja... buat apa nak bangunan tinggi, bukan kita mampu nak beli. "Imej sebagai kampung Melayu perlu dikekalkan. Eloklah kalau kampung Melayu ini ada, lagipun Kampung Baru ini terkenal di seluruh dunia, kalau tiada imej kampung Melayu apa gunanya Kampung Baru di sini," katanya. Dia juga bersetuju rang undang-undang yang telah diperhalusi semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu dibentangkan kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen. "Kami di sini nak tahu apa yang diubah . . . apa yang diperhalusi dan kami nak tahu apa rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti. "Saya sendiri pun nak tahu apa yang mahu dilakukan kerajaan," katanya. Raja Nong Chik sebelum ini berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Jun ini selepas semua tugas memperhalusi semula deraf rang undang-undang itu selesai sepenuhnya. Beliau berkata rang undang-undang itu, yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini, terpaksa ditangguhkan kerana kementerian perlu memperhalusi semula draf rang undang-undang itu. Sementara itu, pemilik tanah generasi keempat Kampung Baru Efendi Ishak, 34, berkata rang undang-undang yang mahu dilaksanakan itu masih belum jelas fungsinya dan menimbulkan persoalan di kalangan pemilik dan pewaris tanah. "Rang undang-undang tidak jelas, kita tak tahu apa yang kerajaan nak buat seolah-olah berselindung di sebalik nama rang undang-undang. "Pemilik dan pewaris masih tertanya-tanya, kami tidak faham dan masih samar-samar tentang cadangan rang undang-undang ini," katanya. Kata kakitangan swasta itu, sekiranya mahu membangunkan kawasan Kampung Baru kerajaan tidak perlu menubuhkan rang undang-undang, sebaliknya membantu pemilik dan pewaris dalam bentuk kewangan untuk membangunkan sendiri kawasan tersebut. "Kami di sini tak bantah pembangunan tapi apa yang kami bantah adalah rang undang-undang ini. Kalau betul-betul nak bantu kami, tak perlukan rang undang-undang pun. "Kami di sini boleh bangunkan sendiri kawasan Kampung Baru, tapi kerajaan perlu bantu dalam bentuk kewangan agar ia dapat dilakukan," katanya. Mohd Yusof Abu, 67 pula berkata banyak perkara yang tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah mengenai rang undang-undang termasuk peruntukan yang memberikan kuasa penuh kepada menteri dan ia tidak boleh dicabar di mahkamah sekiranya perbadanan itu diwujudkan. "Imuniti kepada perbadanan kami tak setuju . . . rang undang-undang ini juga kami tidak bersetuju, jadi bagaimana Raja Nong Chik boleh kata 90 peratus daripada kami bersetuju? Pembubaran MAS juga kami tidak setuju. "Rang undang-undang ini tidak jelas dan ia cuba berselindung untuk menyembunyikan segala pembohongan yang mereka ingin lakukan," katanya. Tinjauan The Malaysian Insider ke Kampung Baru juga mendapati ramai penduduk di kawasan itu meletakkan kain rentang sebagai membantah cadangan rang undang-undang itu. Seorang lagi yang ditemui, Mohammd Raizal Ahmad Yusof, 38, berkata, rang undang-undang tersebut tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah yang diwasiatkan sejak turun-temurun itu. "Apa hak kerajaan nak wujudkan rang undang-undang? Adakah tanah ini milik mereka? Ini adalah tanah wasiat dan ia perlu dijaga dan bukan untuk dibangunkan ikut rancangan kerajaan. "Kalau nak bangunkan juga kerajaan pergi tanya setiap pemilik dan pewaris tanah, kalau mereka setuju bangunkan sahaja di tanah mereka buat apa nak libatkan semua tanah milik kami di sini," katanya. Dia juga meminta agar Raja Nong Chik kemukakan bukti bahawa 90 peratus pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru bersetuju dengan cadangan untuk diwujudkan rang undang-undang itu. "Ada dia tanya pendapat pemilik dan pewaris tanah sebelum nak buat? Adakah kerajaan nak rompak tanah kami?" katanya. Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan