Ahad, 13 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


TERKINI: GEROMBOLAN HINA ULTRAMAN

Posted: 13 Mar 2011 01:13 AM PST

PANAS!!

MEMANG PANAS!!


Sungguh kurang ajar si bodoh yang melukis karikatur yang menyinggung perasaan
jutaan rakyat Jepun yang bertarung nyawa akibat gempa bumi, tsunami dan
kegagalan reaktor nuklear berfungsi! Mampus la Umno-APCO!!

Sebenarnya memang dah lama sungguh aku tak baca akhbar pencacai Umno-APCO kecuali dalam talian, itu pun sebab nak tau berita apa yang diorang spin pusing-pusing macam gasing!

Akan tetapi bila melihat Twitter yang dihantar oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, nampaknya tindakan Berita Hairan menyiarkan karikatur berunsur jenaka jahat tanpa mempedulikan sensitiviti rakyat Jepun yang sedang bertarung nyawa memang sial!

Nurul dalam kenyataan melalui Twitternya 53 minit lalu menulis:

Isu kartun BMinggu: amat mendukacitakan, langsung tidak mewakili rakyat Msia yg bersama merasai keperitan yg dihadapi rakyat Jepun #fb

Apa rasionalnya, atau tidakkah ada perasaan belas kasihan terhadap rakyat negara matahari terbit itu yang baru saja dilanda gempa bumi dan tsunami hingga menyebabkan bencana terhadap loji nuklear yang membahayakan kesihatan umat manusia??

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga menuntut supaya The New Straits Times Press (NSTP) menarik balik penyiaran karikatur tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Jepun atas kebodohan yang dicetuskan akhbar pencacai No 1 Umno-APCO ini!

Tian dalam Twitternya 36 minit lalu menyatakan:

We demand @bharianmy to apologize to Malaysian public & Japanese people http://plixi.com/p/83588472 #fb

Sehubungan itu, mari kita sama-sama BOIKOT beli akhbar pencacai Umno-APCO kelas nyamuk ini SEKARANG!!

PETISYEN BOIKOT PENYIARAN KARIKATUR OLEH NIK NAZMI NIK AHMAD

RT @niknazmi Sign the petition protesting @bharianmy inappropriate tsunami cartoon http://plixi.com/p/83588472

TERKINI: 30 EKOR MANGKOK AYUN DEMO DEPAN PEJABAT PKR MINTAK "LENDIR"

Posted: 12 Mar 2011 08:46 PM PST

Dari Perak sampai lah Ke merchany square di Tropicana Demonstrasi "Mintak Lendir" Anwar di jalankan semata - mata nak kan benda tu aje.

Di hadapan Ibu Pejabat PKR di di laporkan seramai 30 ekor mangkok Ayun berdemo depan pejabat dan mintak "lendir" anwar agar di serahkan kepada Barua - barua gerombolan.


Kita pun tak tahu berapa banyak yang di bayar kepada mangkuk ayun ni apa yang pasti putu mayam - putu mayam ni berani Berdemo pada hari ahad sahaja.
Woitt!!! hari lain tak berani kerr?? Itu hari demo depan pejabat PAS Pun hari ahad gak,apesal?? hari lain kerja ke? tapi hari ni boleh jadi barua pulak?



Ini lah benda yang terbongeng di hadapan Rakyat jelata,gerombolan hanyalah "juara mintak Lendir" bukan Juara Rakyat.Yang nak di bela hanyalah Si Sepul sorang bukan rakyat Malaysia seluruhnya.



Lepas ni Konpom dalam Utusan melalok dan berita hairan akan lapor lebih 30,000 mangkuk ayun telah berdemo di hadapan pejabat PKR di tropicana hanya sekadar mahu lendir dari anwar ibrahim.


Perarakan di mulakan dari hujung bangunan dan berteriak agar Anwar menyerahkan DNA nya! Apa mangkuk ayun ni tak tau ke kan polis dah amik DNA Anwar dari Penjara.Lebih 30 campur blogger Bapok Pembela Najib (BPN) dan juga wartawan semuanya ada lebih 50 orang..Opsss!! ada la lebih 50,000 orang campur pontianak dan langsuir!

Ini makna PRU-13 dah Dekat!

Posted: 12 Mar 2011 08:00 PM PST

MCA lulus usul tangguh pemilihan hadapi PRU13-Minsider

KUALA LUMPUR, 13 Mac — MCA, komponen Barisan Nasional (BN), sebulat suara memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan bulan ini.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pagi ini.

Keputusan meminda perlembagaan itu, yang dibuat dengan mengangkat tangan, juga membolehkan parti tersebut mengelakkan kemungkinan perpecahan dalam parti jika persaingan sengit disaksikan.

Penangguhan pemilihan dibuat di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini.

Seramai 1,827 daripada 1,844 perwakilan menghadiri EGM yang berlangsung di Wisma MCA, bersetuju untuk meminda Perkara 167 perlembagaan parti.


LSS: Walau macam manapun Isteri Rosmah cuba nak auta atau nak berdalih Tembelang PRU-13 hampir kepada jawapannya,yang pasti walau apa pun Mat Monggol nak kata PRU-13 tetap di adakan dalam waktu yang terdekat atau serentak dengan Pilihanraya negeri Sarawak!

UMNO Mencipta Huru-Hara Esok Di P.Pinang?

Posted: 12 Mar 2011 10:03 AM PST

Difahamkan esok 12hb Mac, satu perhimpunan melayu akan dianjurkan oleh UMNO Pulau Pinang di bangunan KOMTAR.

Sememangnya kita tidak peduli walau apapun perhimpunan yang mahu mereka adakan, asalkan ianya adalah satu perhimpunan yang aman. Hak untuk demonstrasi dan hak untuk berpiket adalah halal untuk mana-mana parti tidak kira samada dari Pakatan Rakyat atau BN ataupun Perkasa. Tetapi pokoknya adalah perhimpunan aman.

Kumpullah 100 ribu umat kalau mampu, kalau tak mampu buatlah macam UMNO biasa kumpul orang iaitu sekitar 50-100 orang dan kemudian dilaporkan dalam utusan bahawa ribuan ribuan yang hadir. Pokoknya tetap sama walaupun berbeza buahnya - perhimpunan aman.

Tetapi, demi untuk menghimpun jumlah yang lebih ramai orang, UMNO sanggup menyebarkan sms berbaur perkauman yang secara terang menabur fitnah kebencian yang amat serius!

Saya sertakan nombor handphone yang terlibat dalam menyebarkan sms fitnah perkauman ini. Ada 2 nombor seperti yang tertulis di bawah;

0142585944
0196791017

Sila siasat siapakah empunya nombor yang tertera di atas kerana sekarang ini semua nombor sepatutnya sudah didaftar dan boleh dikesan siapakah pemiliknya.

Di bawah adalah sms yang rakan saya dari Pulau Pinang terima petang tadi. Sila lihat permainan sentimen perkauman yang dilontar demi meraih sokongan yang membawa rebah;
Dgn nama allah yg brsifat kasih dn syg dn dhari jumaat nei mari lah kita sekelian umat islam brsama brmohon kpd allah dbri kita akan kekuatan utk kita me(...)dgn nama allah jua saya mohon kpd sekelian umat melayu islam utk sama sama hadir dlm perhimpunan secara aman bg menbantah tindakan lim guan eng yg tlh dgn berani dan angkuhnya menghina umat melayu dlm laman blog menyata melayu pendatang dan asal dri keturunan sakai perangai macam monyet. Melayu dhina is lam dpersenda. Hdr la seramai blh pd 12.3.11 jam 2.30 ptg tmpat komtar hadirlah dgn jiwa melayu yg brpaksikan iman islam tlg sebarkan TQ
Cuba saudara semua fikir dengan akal, di manakah rasionalnya YAB Guan Eng mengungkap kata-kata sedemikian? Malahan Guan Eng sendiri banyak mengusulkan bantuan kepada dunia Islam di Negeri Pulau Pinang.

Cubaan jahat puak-puak tidak bertanggungjawab ini pastinya tidak mendapat sambutan kerana saya percaya orang-orang melayu di Pulau Pinang tidak mudah disogok provokasi murahan. Hanya melayu bangkrap moraliti dan jiwanya mudah dijual beli sahaja yang akan melayani sentimen perkauman yang dimainkan.

InsyaAllah jika tiada aral melintang, esok saya juga akan memantau perkembangan perhimpunan anjuran UMNO ini yang dijangka ada cubaan mencetus huru-hara perkauman.

Kebetulan ada program anak muda di P.Pinang pada 12 dan 13 Mac, sekarang ini berada di sekitar Jertih dan dalam perjalanan menuju ke Bukit Mertajam menempuhi laluan Jajahan Jeli.


Harap maklum, jika beginilah caranya mereka ingin merampas Pulau Pinang dari kepimpinan Guan Eng, saya yakin kerajaan Pulau Pinang akan tetap kekal milik Pakatan Rakyat.

Mengertilah akan kami wahai Pak Syeikh!

Posted: 12 Mar 2011 08:50 AM PST

kami masuk parti ini tanpa pengaruh sesiapa,,! pakai duit kami sendiri untuk bayar yuran,,! kami nmpak ketika tu Pak Syeikh ditindas lalu kami bangkit membela,,! kami turun demo,,! kami lawan pemerintah,,! kami rempuh polis,,! kami kene buang keje,,! kami diugut,,! tapi kami lawan jugak,,!

semangat bertambah pabila kalimat keramat pemimpin ulung buat kami pejuang, "LAWAN TETAP LAWAN..!" menerpa dlm sanubari kami,,! "MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH..!" mnjadi pemangkin gerakkan rakyat dan anak2 muda,,! hanya dari tirai besi yg berpalang palang itu sosok pak Syeikh mengubah semangat dan minda rakyat dalam mmbentuk keadilan buat semua,,!

kini perjalanan zaman terus berlalu dan si Pak Syeikh itu telah lolos dari tirai besi dek kerana kebangkitan rakyat menekan si regim,,!

dia maju dengan gagahnya,,! dia menerobos setiap inci dan sudut ruang itu,,!
dia mnjadi mimpi ngeri siang dan malam buat si pemerintah dan anak - Anak regim,,!
dihormati dan disanjung kawan dan lawan,,! kami gembira gegak gempita,,! 5 negeri dikuasai kami,,! alhamdulillah Ya Allah,,! sekali pintas kami terus meyakini kenapa Allah hantar insan seperti Pak Syeikh,,!

kini anak - anak Pak Syeikh telah menguasai ilmu dari Pak Syeikh seperti, BERANI LAWAN JIKA BENAR,,! SEKALI MELANGKAH TIDAK LAGI MENOLEH,,! MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH,,! ALANG2 MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN,,! JIKA TAKUT DGN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN,,! DAN LAWAN TTP LAWAN,,!

tetiba, kami nampak penipuan berlaku,,! kami saksikan penyelewengan menjelma,,! kami rasai pengkhianatan itu terlaksana,,!
kami bangkit dan kami tegur,,! kami lawan dan terus lawan,,! kami tdk lagi pandang kebelakang utk menyatakan kebenaran,,! kami yakin dgn ilmu Pak Syeikh itu bisa merobah keadaan,,!

tapi malangnya, kami disambut dgn celaaan,,! kami dihambur dgn pendustaan,,! kami diherdik sebagai petualang,,! kami difitnah selaku pejuang jalanan,,! dan yg akhirnya kami disuruh pulang dan keluar dari rumah yg kami bina sendiri tiang asasnya sehingga hiasan ruangnya,,! KAMI DIGELAR PENGKHIANAT,,! KAMI DILABEL PEROSAK PARTI,,! KAMI TROJAN HORSE,,???!

dan yang paling akhirnya juga menyayat hati pabila Pak Syeikh sendiri menyatakan agar KELUAR DARI RUMAH INI JIKA TIDAK BOLEH BERSAMA DENGANNYA DAN ORANG KANANNYA,,! astagfirullah,,! istighfar Pak Syeikh,,! istighfar,,!

hanya satu yg kami nk sampaikan pada Pak Syeikh.." KAMI AKAN LAWAN TETAP LAWAN,,!!!" kalau bukan dalam rumah, mungkin di luar rumah,,!

SELAMAT BERBAHAGIA PAK SYEIKH

respon kepada:

Anwar beri kata dua pada pemimpin PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.

Anwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi.

Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti.

Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.

Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhi dasar-dasar yang ditetapkan oleh parti.

Mengapa Penyertaan Bob Lokman Kedalam PAS masih di pertikaikan

Posted: 12 Mar 2011 08:26 AM PST


LSS terbaca satu artikel di dalam tabloid Pro- UMNO iaitu Transisi Yang mana Kononnya menuduh Bob Lokman yang pernah menulis Lirik lagu isabella sebagai Menutup pintu rezeki dengan menyertai PAS.

LSS disini mempertikaikan dakwaan ini,kerana LSS melihat hali ini dari sudut pandang dari segi Sosialisme dan keadialn.Apakah Kerana Nak membalas segala jasa - jasa gerombolan oleh sebab itu mengapa Bob lokman mesti di pertikaikan Menyertai PAS?

LSS Lihat Akhbar juga kini sudah menjadi seekor lagi kanggaru yang tak bertanduk.Persoalannya mengapa perlu d pertikaikan mengapa Bob Lokman menyertai PAS kerana itu adalah Hak seluruh manusia untuk menyertai apa - apa pertubuhan atau PArti Politik.

Proses pembodohan yang di jalankan oleh gerombolan sudah mencapai tahap yang amat kronik,sedangkan mana - mana pertubuhan seni langsung tak mempertikaikan keputusan BoB Lokman mengapa Transisi pulak yang sibuk - sibuk nak heboh.

Mengapa di pertikaikan Bob Lokman yang serati PAS kenapa tak di pertikaikan N.D Lala atau Erra Fazira yang memegang jawatan sebagai Exco Puteri UMNO atau Mawi yang membantu dalam penubuhan Putera UMNO.

Oleh itu LSS harap para penulis di TRANSISI agar tak menjadi seperti dalam kata pepatah "Ibarat seekor katak yang bising satu lubuk lepas hujan turun" kerana tugas penulis akhbar adalah untuk menyampai wadah pemikiran minda yang progresif dan bukan untuk membodoh kan pemikiran bangsa.

Sepatutnya TRANSISI memuji tindakan berani Bob Lokman yang jarang di ambil oleh mana - mana artis terkenal Tanah Air yang bertindak menyertai PArti Opposisi yang lebih radikal kepada kerajaan seperti PAS,walau akhil hayy,renggo arrow dan Ito Blues Gang melakukan perkara yang sama.

Apabila di perhalusi ia adalah tindakan yang amat tepat,ini kerana andai satu hari nanti PAS ingin melantik Senator maka harus di pilih Bob Lokman kerana ikon ini mampu membawa agenda - agenda perubahan dalam sendi dan kebudayaan tanahair dan juga sebagai satu tindakan oposisi kepada Tan Sri Jin Shamsuddin yang kini menjadi orang Kuat UMNO.

Tiada ulasan: