Ahad, 13 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rosmah, Pencacai UMNO berbangga denganmu!

Posted: 13 Mar 2011 09:24 AM PDT

Mohd Rashidi Hasan


BERDASARKAN jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Parlimen 9 Mac lepas, suatu division baru yang dinamakan FLOM memang wujud pada asalnya.

Ia dipaparkan dalam laman web www.pmo.gov.my (Prime Minister's Office), tetapi ia kemudiannya ditarik balik kerana dipertikaikan wakil Pakatan Rakyat.


Nazri dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, menafikan kewujudan FLOM, tetapi mengakui paparan mengenainya ditarik balik kerana beliau mendakwa "pembangkang keliru".

Tetapi Nazri tidak sedar, kekeliruan itu sebenarnya dicetuskan oleh kerajaan sendiri. Jika tidak mahu "pembangkang" atau rakyat keliru, mengapa paparan mengenai FLOM, dibina menggunakan alamat website rasmi kerajaan Malaysia yang menggunakan singkatan gov.my di internet?

Nazri juga memperakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya membelanjakan wang rakyat sebanyak RM134,317.76 wang negara (wang rakyat) untuk lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh.

Rosmah melakukan lawatan dari 6-10 Januari ke Riyadh, 16-18 Januari ke Muscat dan 20 Januari 2011 ke Dhaka.

Ahli rombongan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri adalah terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta isteri Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang terliba, kata Nazri.

Ada beberapa persoalan besar yang harus ditimbulkan di sini. Jawapan Nazri ini adalah jawapan rasmi kerajaan, selepas beberapa bulan isu berkaitan isteri PM dibangkitkan rakyat.

Sebelum ini, kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri diam membisu.

Membangkitkan isu Rosmah bukan isu peribadi. Mempersoalkan kewajaran peranan Rosmah, juga bukan bertujuan menyentuh hal-hal peribadi PM Datuk Seri Najib Razak dan isteri.

Dalam pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan karyawan Harakah di Pejabat Agung PAS 3 Mac lepas, beliau mengingatkan para wartawan agar tidak menyerang peribadi Rosmah.

Menyerang peribadi yang dimaksudkan beliau ialah, sebagai pengerak Harakah Islamiyah, kita tidak harus melabel Rosmah dengan gelaran yang menghina peribadi beliau.

Antara yang disebarkan dalam emel, Facebook, blog dan sebagainya, ada pelayar internet pelbagai gelaran untuknya. Semua gelaran ini tidak wajar dan tidak menepati kehendak Islam.

Namun masalah timbul, apabila Rosmah menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia (Wanita Pertama Malaysia), atau singkatannya FLOM (FLOM).

Sebelum ini, isu berkaitan Rosmah menjadi serius apabila kerajaan tidak menjawab tentang kewujudan jabatan baru yang dinamakan sebagai FLOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Khabarnya dalam perancangan sebelum ini, FLOM ditempatkan pada aras yang sama dengan pejabat PM. Mempunyai pegawai yang tersendiri. Kewujudan FLOM disahkan melalui paparan dalam laman web rasmi JPM. Bagaimanapun, paparan tersebut dibuang selepas didedahkan media.

Namun hanya paparan yang dibuang. Lain-lain persoalan mengenai kewujudan FLOM, dana mana yang digunakan untuk membiayai perjalanan Rosmah ke luar negara, siapa yang membayar gaji pegawai-pegawai FLOM, semuanya didiamkan kerajaan.

Namun daripada jawapan Nazri di Parlimen, jelas menunjukkan Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk memenuhi undangan negara terbabit. Yang lebih teruk sekali ialah apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menjadi anggota delegasi. Bila Menteri jadi anggota delegasi, maka sudah tentu Rosmah menjadi ketua rombongan.

Persoalannya, atas kapasiti apa seseorang yang tidak menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan, boleh menjadi ketua rombongan, jika ianya majlis rasmi yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan.

Persoalan lain yang harus dibangkitkan, jika undangan tersebut khusus untuk Rosmah berucap atau menghadiri seminar, mengapa harus dibawa anggota rombongan yang besar? Mengapa harus diangkut seluruh isteri Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan?

Atas kapasiti apa kerajaan meluluskan peruntukan sebesar ini?

Mengenai FLOM, gelaran First Lady memang biasa digunakan, bagi merujuk kepada isteri Ketua Negara, sama ada dalam sistem beraja mahupun dalam sistem negara republik.

Namun, diterima juga gelaran First Lady bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia.

Apa pun, ramai di kalangan rakyat yang mempertikaikan hasrat Rosmah menjadi FLOM kerana dalam sistem perundangan negara, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong, manakala Raja Permaisuri Agong seharusnya menjadi First Lady.

Dalam konteks kuasa eksekutif berpusat kepada PM, mungkin Rosmah mahu First Lady dirujukkan kepada beliau.

Bagaimanapun, lima PM Malaysia sebelum ini, dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri mereka tidak pernah menggelarkan diri sebagai First Lady.

Justeru, apa yang dilakukan Rosmah adalah menyalahi precedent atau menyalahi amalan biasa yang diamalkan oleh isteri lima PM sebelum ini.

Tidak dinafikan wanita yang menjadi isteri kepada PM ada peranan tertentu yang harus dimainkan, untuk mendukung kerjaya suaminya.

Tetapi peranannya membantu suami (PM) harus dikhususkan. Isteri PM, isteri Menteri, isteri MB dan KM sama sekali tidak harus terbabit dalam business dealing, tender dan sebagainya.

Rosmah sudah pergi lebih jauh daripada lima isteri PM sebelumnya. Beliau pergi berkempen ke PRK Kerdau dengan menaiki helikopter. Masuk ke Felda dan berkempen untuk BN.

Harus dipersoalkan helikopter yang digunakan beliau milik siapa? Jika kos penerbangan tersebut dibiayai oleh ahli politik atau ahli perniagaan pro Umno-BN itu kita tidak persoalkan. Kita cuma mahu memastikan wang rakyat tidak disalahgunakan.

Masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah bukan sahaja tidak disenangi Pakatan Rakyat, malah orang-orang Umno sendiri pun tidak menyenanginya.

Harus diingat, semasa PM Abdullah berkuasa dahulu, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahannya sebagai "kerajaan tiga beranak".

Hari ini bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahan Najib sebagai "kerajaan suami isteri".

Kita tidak mahu menuduh lebih daripada itu, tetapi yang harus diperhatikan ialah kecenderungan kerajaan untuk membenarkan pihak tertentu terlalu berkuasa sehingga semua peraturan tatacara kerajaan dilanggar. Malah wang rakyat dibelanja sewenang-wenang untuk keperluan First Lady juga tidak wajar.

Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan "itu fitnah pembangkang", maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM.

Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos?

Jangan-jangan FLOM bakal jadi flop!


Harakah Daily

Darimana UMNO Selangor dapat wang ini??

Posted: 13 Mar 2011 08:15 AM PDT

Bagaimana Umno Selangor mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir?

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kedudukan kewangan Umno Selangor kerana mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, "sumbangan RM500 itu disalurkan kepada para pelajar menerusi Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi pihak Umno Selangor.

"Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan keraguan bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti YKE mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Apatah lagi katanya, Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ujar beliau, "jika Umno Selangor beriya benar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA."

Hutang Umno dengan PBT

Oleh itu katanya, kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan akan membuat tuntutan dalam tempoh dua minggu.

Faekah berkata, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh Kerajaan Negeri membelanjakan duit rakyat.

"Mutakhir, Umno menuduh Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu Kerajaan Negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.

"SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka," katanya.

Kita mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor, dari manakah Umno Selangor dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini?

"Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?," soal beliau.

Beliau berkata, "kita juga mahu SPRM menyiasat perkara ini jika benar SPRM bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.

"Jangan bersikap 'double standard' sehingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya," ujarnya.


Free Malaysia Today

ADUN Komtar minta polis segerakan siasatan berhubung hadiah keranda

Posted: 13 Mar 2011 07:14 AM PDT


GEORGE TOWN, 13 Mac — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini meminta pihak polis membuat siasatan segera terhadap cubaan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abdul Jiman, menghantar sebuah keranda ke rumahnya semalam.

Beliau berkata tindakan itu dianggap sebagai satu ancaman berupa ugutan keselamatan kepada dirinya, keluarga termasuk seluruh penduduk di kawasan yang didiaminya di kawasan Paya Terubong.


"Tindakan itu perlu dikecam kerana ia menggangu dan mengancam keharmonian sosial di negeri ini dan polis perlu mengambil segera tindakan undang-undang terhadap perbuatan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Mohamed Ghani telah cuba untuk menghantar hadiah berupa sebuah keranda ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong tetapi gagal, apabila dihalang pihak polis.

Katanya berkata tindakan itu kemungkinan berkaitan dengan arahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya peniaga kecil di ruang konkos tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengosongkan ruang perniagaan mereka bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan di ruang itu.

Semua peniaga akur dengan arahan itu kecuali Mohamed Ghani yang bertegas untuk berniada di situ, kata Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. — Bernama

Wakil 30 NGOk desak Anwar serah DNA (Video Inside)

Posted: 13 Mar 2011 06:08 AM PDT

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.

Kah..kah..kah.. kata bodoh kang marah.. Ada keistemewaan Ketua Pembangkang tu?? Apa keistemewaannya ? boleh dibelasah oleh polis itu keistimewaanya kah?

Yang ni lagi teruk..Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor Abdullah Mansor pula berkata Anwar perlu tampil menyerahkan sampel DNA beliau jika merasakan dirinya difitnah.

Dah tugas pendakwaraya nak kena buktikan.. usahakanlah secara sah, jangan mencuri..


Wakil 30 NGO desak Anwar serah DNA

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi mendesak Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beliau berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Mereka dilihat berkumpul di kawasan kira-kira 100 meter dari Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di sini kira-kira 12 tengah hari tadi sebelum berarak ke bangunan ibu pejabat itu sambil memegang sepanduk yang tertera perkataan "Kalau tak salah kenapa tak bagi sampel DNA?", "Anwar Pengecut" dan "Hanya DNA boleh tentukan siapa benar siapa salah".

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.

"Kita juga mendesak badan kehakiman supaya tidak "double standard" dalam isu ini. Kami rasakan bahawa keadilan tidak hanya diberikan pada Orang Kena Tuduh tetapi juga keadilan diberikan pada mangsa iaitu Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat, seks di luar tabie ini," katanya.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor Abdullah Mansor pula berkata Anwar perlu tampil menyerahkan sampel DNA beliau jika merasakan dirinya difitnah.

"Berani kerana benar, takut kerana salah.Kalau benar dia tidak bersalah, kenapa susah sangat nak bagi DNA dan lakukan sumpah laknat yang sudahpun dilakukan oleh Saiful," katanya.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata Anwar, yang kononnya memperjuangkan keterbukaan, harus juga terbuka dalam menghadapi kes beliau itu.

"Kami juga mahu perbicaraan kes ini dibuat secara terbuka. Rakyat perlu tahu kebenaran sama ada beliau layak atau tidak jadi pemimpin negara," katanya.

Perbicaraan kes liwat itu kini berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.- Bernama

Gagal serah keranda.. (kurang ajarnya mereka..)

Posted: 12 Mar 2011 07:25 PM PST


Bagi kaum Tiong Hua, adalah dianggap sesuatu yang membawa sial jika dikaitkan dengan kematian, Tidak tahukah mereka menghormati perasaan kaum lain yang juga merupakan rakyat Malaysia?

Masih ada manusia hipokrit begini.. semasa UMNO ditunggangi oleh Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang kenapa tiada NGO begini? sedangkan dalam masa lebih 50 tahun itu nasib orang Melayu jelas terpinggir hingga ada yang merempat dibumi sendiri akhirnya berhijrah ke Seberang Perai dan juga Kulim, Kedah.

Bagaimana agaknya reaksi mereka bila mereka pula dilakukan sedemikian?


Peniaga gagal hadiah keranda kepada ADUN

Pulau Pinang - Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman semalam cuba menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar, Ng Wei Aik.


Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal.

Lori yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk.

"Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di Georgetown, hari ini.

"Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini.

Sebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini.

Pengerusi kumpulan itu Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di Georgetown.

"Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya. - Bernama

RM888 Billion lesap.. Najib buat pekak..

Posted: 12 Mar 2011 11:18 AM PST

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.

"Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.


"Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI," katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini.

Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat.

"Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir," katanya.

Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum.

"Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu," katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia.

Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak.

"Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta," katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya.


Keadilandaily

Jepun sah letupan loji tenaga nuklear Fukushima (Video Inside)

Posted: 12 Mar 2011 11:03 AM PST

TOKYO, 12 Mac – Kerajaan Jepun mengesahkan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima Daini hari ini ekoran gempa bumi dan tsunami semalam. Terdahulu agensi berita Jiji memetik polis tempatan berkata letupan dan asap kelihatan di loji tersebut – sehari selepas timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun.

Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut.


"Kami sedang melihat punca dan situasi dan kami akan memaklumkan publik apabila kami ada maklumat lanjut," kata beliau.

"Buat masa ini kami merasakan pengosongan kawasan dalam lingkungan 10 kilometer adalah wajar," katanya.

Malah beliau juga berkata Jepun telah memperluaskan kawasan yang dikosongkan sekitar loji Fukushima Daini.

Beberapa jam kemudian kerajaan mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk memperluaskan kawasan yang perlu dikosongkan sekali ganda kepada 20 kilometer.

Edwin Lyman dari Union of Concerned Scientists berkongsi keseriusan keadaan di pusat-pusat kemudahan nuklear yang dilanda gempa bumi dan tsunami, dan pilihan-pilihan yang ada bagi mengelakkan bencana nuklear.

Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.

Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.

Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.

Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.

Dua reaktor telah hilang keupayaan mengawal tahap kedinginan dan cairan kemungkinan berlaku di salah satu reaktor disebabkan suhu terlalu tinggi, kata Ryohei Shiomi, seorang pegawai di suruhanjaya keselamatan nuklear Jepun.

Ketika bercakap kepada pemberita sebelum letupan, beliau berkata, jikapun ada cairan ia tidak akan memberi kesan ke atas mereka di luar kawasan 10 kilometer.

Kebanyakan daripada 51,000 orang yang tinggal dalam lingkungan kawasan bahaya sudah dipindahkan, kata Ryohei. – Reuters


Tiada ulasan: