Selasa, 1 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Bila BARUA MELAYU bertinju sesama sendiri

Posted: 01 Mar 2011 03:15 AM PST





Pekida nafi pasang kain rentang hentam PERKASA


Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Jasin hari ini membuat satu laporan polis menafikan pihaknya terbabit dalam pemasangan kain rentang yang menghentam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Kain rentang itu tertera lambang Pekida dengan tulisan 'PERKASA baru setahun jagung, jangan nak jadi hero Melayu, sini Melaka bukan Kelantan'.

NONELaporan itu dibuat oleh Pengerusi Pekida Daerah Jasin, Datuk Abdul Rahim Abu di balai polis Merlimau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Abdul Rahim menyifatkan perbuatan itu sebagai satu fitnah untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan terhadap PERKASA dan untuk melaga-lagakan ahli kedua-dua pertubuhan orang Melayu itu.

Katanya, kain rentang itu dipasang di hadapan Maybank Merlimau, hadapan stesyen minyak BHP Jalan Muar, Merlimau, Taman Debunga, di sebelah bilik gerakan pilihanraya Merlimau Timur dan di hadapan Merlimau Point.

"Pada 27 Februari lalu, lebih kurang jam 8 malam di Merlimau, saya telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman mengenai kain rentang yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pekida dan PERKASA merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai orang Melayu dan Pribumi dan menjadikan matlamat kami
untuk menyatupadukan orang Melayu keseluruhannya. Kami bukan pendakyah. Ramai juga ahli kami dalam PERKASA.

"Kami membuat laporan untuk menyatakan fakta sebenar dan mahu pihak polis bertindak serta melakukan siasatan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menyebar dan memasang kain rentang tersebut," katanya.

NONEAbdul Rahim menyatakan demikian ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini. Hadir sama ialah Abd Rahim Osman serta puluhan pengikut Pekida dan PERKASA.

Sementara itu, PERKASA Melaka juga turut membuat satu laporan polis di balai yang sama.

Ketika ditemui Abd Rahim berkata, PERKASA tidak ada sebarang masalah dengan mana-mana pertubuhan dan dalam konteks hubungan PERKASA-Pekida, kedua-dua pertubuhan itu adalah saudara se-Islam.

"Matlamat kami sama iaitu untuk agama, bangsa, negara dan tanahair dan kita tidak bertentangan, kita seiringan serta sehaluan.

"Ini adalah satu usaha tangan ghaib dan satu tindakan bacul yang dianggap bagaikan baling batu sembunyi tangan.

"Ini adalah satu perbuatan yang tidak baik dan bertujuan untuk melaga-lagakan antara ahli Pekida dan Perkasa," katanya.

Laporan polis itu adalah yang kedua dibuat PERKASA Melaka sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau. Laporan pertama dibuat pada 24 Februari lalu apabila ada pihak mengedarkan risalah yang mendakwa pertubuhan itu bertindak rasis.

Kes Liwat Anwar:Bulu antara barang dirampas dari lokap D9

Posted: 01 Mar 2011 02:07 AM PST

Seorang bekas pegawai polis memberitahu dia dan pasukannya telah merampas beberapa barang kes di lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONESupritendan Amidon Anan, 60, saksi ke-15 pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini antara yang dirampasnya adalah sehelai rambut, sehelai tuala 'good morning' dan sebatang berus gigi.

Amidon adalah bekas ketua bahagian siasatan tempat kejadian (CSI) Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur daripada tahun 2005. Beliau bersara pada Ogos 2008.

Katanya, pemeriksaan di lokap berkenaan dilakukan berikutan arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah.

Katanya, di D9, terdapat satu lokap dan satu sel.

NONE"Ia dikunci dan dikawal oleh dua polis. Apabila saya tiba konstabel Adnan Safril membuka lokap itu dan saya masuk ke dalam sel itu yang juga dikunci."

Amidon berkata beliau memerhatikan keadaan sekitar dan menjumpai sehelai bulu, botol air minuman Cactus, berus gigi dan tuala 'Good Morning'.

Semua barangan itu ditanda dan Amidon berkata jurugambar dipanggil merakamkannya.

Apabila ditunjukkan gambar itu, hari ini Amidon: "Inilah bulu yang saya rampas."

NONEPeguam bela, Karpal Singh membantah apabila barangan tersebut ditandakan sebagai barangan bukti dan memohon perbicaraan dalam perbicaraan.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bertanya asas permohonan Karpal dan memutuskan bulu itu akan ditanda sebagai ID57 (identifikasi).

Amidon kemudian mengenal-pasti berus gigi dan tuala 'Good Morning' dan ia ditanda sebagai eksibit ID58 (berus gigi) dan ID59 (tuala).

Sebelum itu, Amidon berkata dia dihubungi pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Perera yang meminta bantuannya untuk membuat siasatan forensik terhadap barang kes ke atas dua buah unit di kondo berkenaan.

Amidon berkata dia telah mengambil gambar sebelum merampas sehelai bulu, sebidang permaidani dan sehelai selimut untuk dibawa menjalani proses 'profiling' DNA.

Mahkamah kemudian ditunjukkan barang kes yang dirampas di unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondo berkenaan pada hari yang sama.

'Lelaki Y'

Perbicaraan kes hari ini juga dijangka hangat dengan usaha pihak pendakwaan mengaitkan sampel DNA yang diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini.

NONESetakat ini, pihak pendakwaan belum mendedahkan daripada mana mereka memperolehi barangan itu yang secara positif dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA 'Lelaki Y'.

Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada sampel berkenaan diperolehi secara sah ataupun tidak.

Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat.

Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas,ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka.

Kes liwat: Tuala, berus gigi dan botol air diambil dari sel Anwar

Posted: 01 Mar 2011 01:54 AM PST

Foto keadaan lokap Anwar Ibrahim ditahan satu malam pada 16 Julai 2008 di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.
Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihak polis hanya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap.

Timbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur DSP Yahya Abd Rahman berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dibekalkan dengan barangan yang sama ketika beliau ditahan dilokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.

Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK berkenaan.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dalam kes perbicaraan Anwar yang menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, adakah tahanan lain bersama Anwar di dalam sel lokap sama pada hari itu, Yahya berkata hanya Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.

Beliau berkata Anwar telah dibawa keluar pada keesokkan hari (17 Julai 2008) dan beliau telah mengarahkan dua anggota polis untuk mengunci sel berkenaan.

Saksi pihak pendakwaan ke-17 itu juga memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan dari luar sel selepas itu, mendapati ada sebotol air mineral, tuala dan berus gigi di dalam bilik itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang merujuk kepada gambar-gambar yang diambil di sel berkenaan seolah-olah seperti kandang haiwan, Yahya berkata keadaan itu adalah kerana bangunan sudah lama.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan semula oleh Nordin, saksi itu berkata bilik sel memang dibersihkan dan ia nampak kotor disebabkan catnya sudah meluntur.

Untuk satu soalan lain oleh Karpal adakah kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi di tingkat 7 banguan itu, Yahya berkata kamera tersebut memang ada dipasang tetapi tidak berfungsi.

Karpal juga menanyakan secara bertalu-talu siapakah sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menahan Anwar.

Karpal: Siapa arahkan DSAI dimasukkan ke dalam lokap?

Yahya: Tak pasti.

Karpal: Pegawai atasan ataupun arahan sendiri? Nyatakan dengan tepat arahan siapa?

Yahya: DSP Judy Blacious Pereira.

Karpal: Bila arahan itu dibuat?

Yahya: Sewaktu berbincang selepas penahanan Anwar, di bilik mesyuarat D9.

Karpal: Anwar tidak dibekalkan katil, bantal dan selimut, kenapa tidak, beliau adalah manusia bukan?

Yahya: Memang tidak dibekalkan, itu merupakan amalan standard untuk semua tahanan.

Karpal: Adakah semua balai di negara ini tidak membekalkan katil, selimut dan bantal?

Yahya: Saya tidak boleh menjawab.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sebelum itu, Ketua Bahagian CSI Makmal Polis Diraja Malaysia di Cheras Supt Hamidon Adnan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa dua unit di Kondominium Damansara pada 17 Julai 2008.

Katanya, beliau telah menemui sehelai bulu di unit 11-5-1 dan seterusnya telah merampas satu karpet dan satu selimut tebal.

Ketika disoal oleh Nordin kenapa beliau mengambil bahan-bahan bukti berkenaan, Hamidon berkata ia untuk tujuan penganalisaan DNA.

Saksi pihak pendakwaan ke-15 itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diminta menyiasat sel lokap di mana Anwar ditahan dan telah menemui sehelai rambut, berus gigi, sehelai tuala kecil di atas lantai.

Hamidon berkata, sebotol air mineral berjenama cactus di atas tembok berhampiran dengan tandas lokap.

Karpal gagal dalam usaha awal paksa Zaki jelaskan salah laku

Posted: 01 Mar 2011 01:48 AM PST

Peguam Karpal Singh hari ini gagal dalam usaha awalnya bagi memaksa Tun Zaki Azmi menjelaskan salah laku Ketua Hakim Negara itu semasa menjadi peguam pada 1987.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali menolak permohonan Karpal membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Zaki menjelaskan salah lakunya itu.

Pada 12 Januari lepas, Karpal yang juga pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan permohonan untuk kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa Zaki menjelaskan salah laku Ketua Hakim Negara itu berikutan pengakuan beliau mengenai perbuatan merasuah kakitangan dan pegawai mahkamah ketika menjadi peguam.

Selain memohon perintah supaya Zaki dihadapkan ke Tribunal Kod Etika Hakim, Karpal juga memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zaki daripada menentukan sendiri merit aduan yang dibuat terhadap beliau, mengikut Seksyen 13 Kod Etika Hakim 2009.

Dalam permohonan itu, Karpal berkata aduannya terhadap Zaki wajar didengar oleh seorang Ketua Hakim Negara atau Hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah bersara.

Fatwa Mana Wak Din Freedie Krueger Pakai?

Posted: 01 Mar 2011 12:51 AM PST

Hati-hati 'fatwa' songsang Pas - TPM Melalok

JASIN 28 Feb. - Pengundi diminta membuat penilaian sewajarnya terhadap 'fatwa' songsang yang dikeluarkan pemimpin Pas semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, ini lebih-lebih lagi apabila Pas cuba melabelkan pengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai jahiliah.

"Seperti di Tenang, Pas sewenang-wenangnya mengatakan sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.

"Kita tidak memerlukan 'fatwa' sebegitu, masyarakat dan kerajaan sudah ada badan seperti majlis-majlis agama Islam dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.


"Saya tidak tahu berapa puluh dan ratus fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka (Pas) setiap kali musim pilihan raya dan semuanya songsang belaka," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan Najib iu dilihat tidak cerdik serta memperlihatkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat.

"Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

"Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran," kata Nasharudin.

Beliau yang juga ahli parlime Bachok itu mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Menurut Nasharudin, - Dr Yusuf yang juga pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia adalah seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.

"Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiMalah, sempena Ma'al Hijrah, dua tahun lalu, beliau berkata Malaysia telah menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam.

Menurutnya lagi Dr Yusuf juga selalu berkunjung ke Negara ini untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.

"Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di negeri itu.

ikhwan musliminMenyentuh kebangkitan rakyat di Mesir, Nasharudin berkata Ikhwan Muslimin berpendapat segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah, katanya Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

"Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir," ujarnya.

selangor pkr briefing azmin aliSementara itu, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataan media hari ini, juga berkata Najib perlu memohon maaf daripada Dr Yusuf.

Katanya, kenyataan sembrono perdana menteri ke atas Dr Yusuf dan Ikhwanul Muslimin tsebenarnya tidaklah memeranjatkan kerana presiden Umno itu sememangnya teah perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

"Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

"Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out," katanya.

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiMenurut Azmin, demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif dan proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

"Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1"Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir," katanya.

Menurut Azmin, kenyataan Najib yang mengaitkan Dr Yusuf dengan keganasan dan terorisma menunjukan perdana menteri telah dijadikan perkakas kepada propaganda Israel .

"Sheikh Yusuf adalah ulama yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

NONE"Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

"Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi," akhir azmin dalam kenyataannya itu.




nota:
jangan pelekeh
urut batinkan janda
lagi gemok lagi sendat
lagi gedempol lagi keras

tak percaya?

lihat gambar betul betul
perhatikan tangan yang gempal membadak
inilah jari jemari yang gemok yang akan memicit
rasakanlah nikmatnya!!!

HEBAT MAT MONGOL


nota:
untuk bodek amerika
mat mongol sanggup
basuh seluar dalam saifool kah kah kah



NAJIB BAYANGKAN IKHWAN PENGANAS DAN MENCURIGIA SOSOK QARADAWI


Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Siapa Kelentong Sape?

Posted: 01 Mar 2011 12:29 AM PST


Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

NONEBeliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari lalu selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Beliau yang juga bekas timbalan presiden MCA dibawa ke perkarangan mahkamah pada jam 2 petang tadi dengan kawalan polis. Beliau diiringi oleh isteri dan anak perempuannya.

Dengan memaki seluar kelabu dan baju putih, beliau kelihatan tenang.

"Saya terkejut kerana didakwa tetapi saya yakin dengan sistem perundangan negara dan ini beri peluang bagi saya membersihkan nama," kata Chan ketika ditemui wartawan selepas membayar wang ikat jaminnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

NONEChan adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelabagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan

LSS:Siapa tipu siapa sebenarnya? Siapa yang tertipu sebenarnya?

Ling Liong Sik didakwa menipu kabinet Malaysia manakala Chan Kong Choy didakwa kerana menipu Pak Lah. Benarkah sang penipu menipu sang penipu atau sang penipu cina menipu sang penipu Melayu?

Atau adakah sebenarnya yang tertipu adalah rakyat Malaysia yang sedang melihat lakonan sang penipu cina dan sang penipu melayu sedang berlakon bagaimana nak tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu rakyat Malaysia yang mudah tertipu....."Tipah tertipu lagi.."

NAJIB BARUA AMERIKA DAN ISRAEL

Posted: 01 Mar 2011 12:26 AM PST

ZIONIS ADA SATU ISREAL

TUDUHAN NAJIB TERHADAP QARDHAWI ADALAH KERJA JAHAT

PARTI KEADILAN RAKYAT amat terkejut dan dukacita dengan kenyatan Najib di Istanbul baru-baru ini yang membuat tuduhan melulu dan berbaur prejudis terhadap pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Yusuf Qardawi. Kenyataan beliau itu jelas menunjukkan bahawa beliau amat tidak senang dengan penglibatan aktif pertubuhan itu dalam proses pendemokrasian yang sedang berlaku di beberapa buah negara Timur Tengah sekarang ini. Ia juga menyerlahkan keyakinan beliau bahawa pertubuhan itu memang sekian lama telah mengamalkan keganasan dan tidak layak melibatkan diri dalam sistem pendemokrasian selagi tidak merubah sikap „ganas‟ mereka.

Malah, tanpa segan silu beliau melafazkan kerisauan tidak tentu fasal sambil membuat menuduh melulu kepada Presiden Ulama Islam Sedunia sekarang ini iatu Sheikh Yusuf Qardawi. Bagi Najib, Sheikh Yusuf Qardawi dan dan para ulama lain seperti beliau telah mengakibatkan sebegitu banyak bumi Arab yang telah terlepas ke tangan para ektremis Islam.

Sesungguhnya, PKR amat memandang serius kenyataan Najib di atas. Ini menyerlahkan sikap sebenar beliau mengenai agama Islam dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang bersifat sederhana sepertinya. Pertubuhan seperti inilah yang telah banyak melahirkan para ulama dan pendakwah yang telah banyak menabur jasa memperkukuhkan masyarakat Islam dan membantu pembangunan umat di seluruh dunia.

DS Najib sebenarnya keliru mengenai hakikat Islam, sejarah perjuangan Ikhwanul Muslimin yang tepat dan siapakah sebenarnya Sheikh Yusuf Qardawi. PKR bimbang kekeliruan ini adalah hasil dari maklumat salah yang diterima dari kumpulan penasihat antarabangsa di Pejabat Perdana Menteri sekarang ini.

PKR ingin menegaskan bahawa agama Islam yang sebenar memang menolak keganasan. Sejarah membuktikan bahawa inilah yang telah menjadi prinsip perjuangan Ikhwanul Muslimin sejak bermula ia ditubuhkan. Kesemua pemimpin utama pertubuhan ini - Hassan al Banna, Hassan Hudhaibi, Omar Tilmisani, Mustafa Mashur, Mahdi Akib, dan sekarang ini Muhammad Bada‟I – jelas menolak keganasan.

Malah, prinsip ini tetap konsisten meskipun menerima pelbagai tekanan dan penindasan dari para pemerintah diktator dan zalim di negara mereka. PKR yakin, sikap inilah yang telah menjadi faktor utama kejayaan rakyat Mesir menjatuhkan rejim pemerintah diktator Husni Mubarrak tidak menggunakan keganasan.

Sesungguhnya, salah seorang tokoh utama yang mewarnai sikap kesederhaan Ikhwnul Muslimin adalah Sheikh Yusuf Qardawi sendiri. Beliau telah menghasilkan pelbagai karya besar yang jelas menolak keganasan dan mengamalkan kesederhanaan. Antara karya utama beliau adalah "Islam: Antara Penentang dan Ekstremis‟ dan "Fiqhul Jihad" yang khusus menolak kegananasan dan menyanjung kedamaian. Lebih jauh, Yusuf Qardawi adalah salah seorang tokoh utama pendokong dialog peradaban dunia.

Seharusnya, kenyataan-kenyataan seperti di atas tidak keluar dari seorang Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini PKR menuntut supaya Najib perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!

Posted: 28 Feb 2011 11:44 PM PST

JOM TONTON FILEM

Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga.


Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini.


"world invasion : Battle of Los Angeles sebuah filem dari pengarah Jonathan Liebesman yang cuba mengambarkan secara realistik tentang pencerobohan mahkluk asing di seluruh dunia.


Mengambil inspirasi dari filem "Black Hawk Down" dan "United 93"Jonathan Liebesman cuba menarik perhatian penonton dengan memaparkan aksi tempur pasukan marin amerika sebagai salah satu gaya pementasan filem dokumentarinya.


Jonathan Liebesman juga cuba menginpirasikan gaya tempur pasukan marin amerika yang terkenal dengan "skills" nya tersendiri sama seperti yag pernah di lihat di Falujjah dalam perang teluk 2003 dahulu.


hasilnya filem ini tidak di tayangkan dalam teknologi 3D kerana mahu membawa penonton menghayati dan merasai pengalaman dan perasaan berada di tengah - tengah pertempuran kerana sebagai pengarah yang punya citarasa pertempuran tentera merasa bahawa teknik dengan gaya kamera genggam turun gambar akan membuat penonton berasa agak "terkesima dalam saat - saat cemas yang di aplikasikan dalam filem ini.


Dalam slot - slot cemas kedatangan mahkluk asing di kesan melalui satelitdan radar orbit bumi,kelihatan salah seorang sedang mengikuti perkembangan pencerobohan mahkluk asing yang telah menyerang kapal - kapal perang telah mengujakan setiap anggota pasukan marin.


Dari riak wajah semasa memerhatikan pencerobohan dan kemusnahan yang di lakukan oleh mahkluk asing timbul perasaan yang sanga mengujakan,helikopter - helikopter chinnok berterbangan membawa pasukan tempur dan di daratan kelihatan mahkluk asing yang menakutkan sedang melancarkan serangan dan menghancurkan setiap inci bumi amerika,france dan kota - kota utama yang lain di dunia.


Mungkin agak berbeza dengan filem "deep impact" atau pun "independence day" yang banyak memaparkan hanya pertempuran di udara tetapi "World Invasion: Battle Los Angeles" kini menyajikan pertempuran yang lebih kepada pasukan Infantri.


saat -saat cemas,kegelisahan,kerumitan dan harapan di garap agar dapat memberikan satu pengalaman yang amat mengujakan bagaikan ianya adalah pertempuran yang teakhir untuk menyelamatkan nasib masa depan lebih berbilion umat manusia di bumi untuk meneruskan saga kehidupan dari terus di musnahkan.


sebuah filem yang hebat kerana menontonnya bagaikan menonton filem "terminator" yang penuh dengan aksi letupan,adengan peluru bersimpang - siur bagaikan pertempuran ditengah - tengah padang pasir seperti fallujah iraq,tetapi musuh kali ini bukannya tentera iraq tetapi tentera asing dari dunia lain.


Pastikan menontonnya!

Tiada ulasan: