PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
Posted: 18 Mar 2011 04:45 PM PDT "MACAM mana Mahathir boleh terlibat dengan pemecatan Pas dari BN Tengku?" Tanya saya kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh seorang yang kuat berpegang kepada amanah. Dia tidak akan mudah memecahkan apa-apa rahsia khususnya rahsia parti dan kerajaan yang dia tahu. Beliau juga seorang yang kuat berpegang kepada undang-undang. Sebab itu kalau kita tengok kenyataan atau kritikan beliau kepada mana-mana pihak penuh berwaspada dan berlapik. Beliau seorang yang sangat menghormati undang-undang. Dalam masa sama seorang yang naif. Sudah tiga kali beliau ditipu hidup-hidup oleh Mahathir Mohamad. Satu kelebihan Tengku Razaleigh dia tidak akan mencampur adukkan politik dengan persahabatan. Walaupun Mahathir mengkhiantinya, tetapi persahabatan dengan Mahathir diteruskan juga. Tengku Razaleigh seorang politician yang profesional. "Amba bersain (berkawan) dengan dia Sayuti. Sebagai sain amba akan hormati dia. Walaupun dia buat jahat ke ambo, tidak ada masalah, sebab itu soal politik. Tetapi ambo tidak akan membalas kejahatannya," begitulah kata Tengku Razaleigh. Sebab itu apabila Mahathir menuduh bukan-bukan kepada beliau termasuk menggunakan wang RM20 juta untuk menewasnya dalam perlawanan merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, memoir Mahathir itu boleh diragui akan kejujurannya. Di manakah Mahathir mendapat maklumat itu. Apakah daripada Ibrahim Ali? Mulanya Tengku Razaleigh keberatan untuk mendedahkan rahsia bagaimana Dr Mahathir khianat kepada Pas. Tetapi setelah diasak dan berjanji tidak akan menulisnya dimana-mana (ketika itu), akhirnya beliau menceritakan kronologinya. Menurut Tengku Razaleigh punca kenapa Pas ditendang dari BN ianya bermula dengan satu peristiwa di Johor, di tanah rancangan Felda. Ketika itu Datuk Mohd Asri Muda menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Wilayah. Jadi semua tanah rancangan dan juga hal pembangunan tanah berada di bawah portfolionya. Sesuai dengan kedudukan itu Asri cuba membuat reformasi ke atas tanah rancangan termasuk Felda. Salah satu refomasi itu ialah dengan mengaktifkan Pas di tanah-tanah rancangan yang selama ini merupakan kubu kuat Umno. Di sinilah kebijaksanaan politik Asri. Bagaiman pun usaha Asri itu mendapat tentangan dari Umno. Kononnya semasa bersetuju untuk bergabung dengan Umno dulu, syarat lisan dibuat, bahawa Pas tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di mana-mana tanah rancangan. Larang itu tidak dipatuhi. Maka wujudlah beberapa cawangan Pas. Keadaan ini tidak menyenangkan dan cukup membimbangkan sesetengah pemimpin Umno. Apa lagi cawangan Pas yang mulai ditubuh itu mendapat sambutan dari kalangan peneroka Felda. Mungkin ini kerana mereka dapat melihat perbezaan pendekatan dan juga pengisian aktiviti antara Pas dengan Umno. Seperti mana cerita Tengku Razaleigh berlaku satu peristiwa di salah sebuah Felda di Johor. Ketika itu Pas mengadakan majlisnya di situ. Kebetulan pula Umno juga mengadakan majlis di tempat yang sama di mana jaraknya tidak berapa jauh. Kerana jalanya tidak banyak, para pemimpin Umno yang hendak ke majlis mereka terpaksa melalui melewati majlis Pas. Sewaktu pemimpin Umno melintas majlis Pas inilah berlaku sorakan oleh orang Pas. Menurut Tengku Razaleigh sorakan telah disalah sanggap oleh Umno sebagai memperli pemimpin mereka. Walhal apa yang berlaku penyokong Pas menyorak kerana bersemangat apabila majlis mereka lebih ramai dari majlis Umno. Dan sorakan itu juga bukan sesuatu yang serius pun, kata Tengku Razaleigh. Bermula periswai itulah timbul salah anggap. Umno memandang serius. Kata Tengku Razaleig ia tidak berakhir disitu saja, tetapi kejadian itu dilaporkan kepada pihak atasan Umno di Johor. Kemudian ia terbawa pula ke peringkat pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur. Cerita Tengku Razaleigh lagi, akhirnya peristiwa itu sampai kepda Mahathir. Di sinilah Mahathir megambil peluang untuk menyocokkan jarum jahatnya. Dalam satu mesyuarat dengan Pemuda Umno di Kuala Lumpru, kata Tengku Razalegh Mahathir, Mahathir telah mencadangkan agar Umno mengambil tindakan kepada Pas. Beliau cadangkan agar perkara itu disampaikan kepada Hussein Onn. Bila mesyuarat MT diadakan dan Mahathir ketika itu sebagai salah seorang naib Presiden Umno telah mendesak Hussein Onn supaya mengambil tindakan ke atas Pas. Alasan Mahathir kalau Hussein tidak mengambil tindakan kedudukan Umno akan terancam. Di sinilah puncanya. Jadi kata Tengku Razaeigh atas cadangan Mahathir itulah akhirnya Hussein mengambil tindakan tanpa terlebih dahulu memberi warning kepada Pas. Apabila mendapat mandat dari Hussein Onn itu maka Mahathir terus menjalankan jarumnya dengan mencipta berbagai isu untuk menimbulkan kebencian Umno kepada Pas. Kemucak kepada rancangan jahat Umno- Mahathir itu kata Tengku Razaleigh, ialah dengan menghuruharakan Kelantan kemudian melatkkan Kelantan dibawah pemerintahan darurat. Manakala sejarah bagamana berlaku ke atas kerajaan Kelantan gara-gara projek tunjuk perasaan itu sudah terbungkus dalam sejarah. Kerana itu kerajaan Kelantan yang berusia 18 tahun jatuh terguling. Kesimpulannya orang bertanggungjawab mencampak Pas keluar atau yang memutuskan silaturahim antara Umno dengan Pas ialah Mahathir bukannya Hussein Onn. Melihat kepada ketegangan orang Melayu hari ini seperti mana dianggapkan Umno, yang menuduh Pas sebagai punca pecah belah, ianya adalah disebabkan orang Umno sendiri bukannya Pas. Lebih merujakan lagi orang itu ialah bekas presidennya, Mahathir Mohamad. Adalah adil mungkin kalau Nik Aziz tindak hingin untuk berkawan dengan Umno kecuali parti itu menukar dasarnya. Sumber: mso Jadi.....kepada anak-anak muda...sejarah siapa Mahathir ini seharusnya di ketahui. Buku-buku karangan seperti "sebelum dan selepas 13 May-karangan Perdana Menteri Malaysia-Tuanku Abdul Rahman. SHIT/Muntah- Prof. Shanon Ahmad. Operasi NYAH-Ahmad Lufti Othman dan banyak lagi perlu dibuat rujukan. Mahathir bijak menggayakan lakonan sewaktu bersama2 rakyat...tetapi kelingking berkait dengan agenda peribadi yg kotor disebaliknya....Itu lah yg digambarkan oleh beberapa pemimpin Umno dan pemimpin politik yg pernah besama2 beliau. Ramai pemimpin UMNO yg terperangkap. Pengikutnya dimewahkan....salahlaku mereka disimpan erat untuk senjata kiranya ada cubaan yg menongkah arus. Pakar2 skrip yg terdiri dari pelbagai bidang termasuk jentera2 kerajaan SPR, PDRM, Kehakiman diletakan bawah kaki beliau di Jabatan Perdana Menteri. Dan semuanya dipersiapkan dengan secermat mungkin kiranya peperangan diistiharkan. Senjata yg terlalu ampoh beliau adalah ugut dan wang. Ungut hingga menjalar dengan derita. Diangkat semula dengan wang setelah tiada lagi melawan dan sanggup bersama2 beliau untuk meneruskan "perjuangan yg belum selesai" Malangnya Mahathir...Panglimanya sendiri, Anwar terlalu sukar ditewaskan setelah segala usha dilakukan. Apatah lagi " Jasad saya terpenjara....tetapi roh saya tetap bebas diluar dengan reformasi" Siapa yg khianat dengan kepercayaan rakyat sebelum ini ??? |
Pakatan Rakyat mampu membawa Tsunami di Sarawak Posted: 18 Mar 2011 04:28 PM PDT Kenyataan demi kenyataan, harapan demi harapan antara pihak kerajaan Sarawak dan Pakatan Rakyat sudah semakin kencang bertiup. Segala persediaan dan kelengkapan rasa-rasanya sudah disediakan untuk kedua-dua pihak saling mengempur kubu musuh masing-masing. Seperti biasa kerajaan Sarawak yang bernaung di bawah Barisan Nasional sudah rancak mengorak langkah. Pelbagai program dilaksanakan di peringkat akar umbi. Pelbagai peruntukan sudah disediakan untuk DUN masing-masing. Pelbagai berita sudah dimuatkan dalam media BN. Manakala di pihak PR pula pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin Sarawak turut semakin rancak. Terdapat juga program untuk mengukuhkan penampilan PR sebagai alternatif terbaik untuk dijadikan rakyat Sarawak sebagai penganti BN. Reaksi rakyat Sarawak dengan adanya perkembangan teknologi media elektironik sekarang ini sangat memberangsangkan bahawa PR mampu merealisasikan harapan mereka mengoncang kekuatan kubu Taib Mahmud yang selama ini bertahan kukuh selama 30 tahun. Jika segalanya dirancang dengan teliti. Segalanya tidak mustahil untuk berlaku. Kebijaksanaan dan persefahaman jitu di pihak PR yang dianggotai oleh PKR, PAS, DAP dan SNAP membuat satu resolusi bersama yang kukuh dan ampuh mampu memikat hati rakyat Sarawak. Ya, sebenarnya bukan susah pun nak mengubah pandangan rakyat Sarawak terhadap pemilihan calon yang sesuai. Cuma seringkali berlaku kealpaan dan kebodohan di peringkat perancangan PR sendiri yang menjadikan impian tidak tercapai. Misalnya dalam PRK Sibu tempohari, perubahan rakyat mampu dicapai dengan jayanya. Jika pihak PR ingin mencapai matlamatnya untuk menggugat BN di Sarawak maka perkara-perkara pokok harus dipertimbangkan sebaik-baiknya oleh pihak komponen PR. Agihan kerusi Pastikan agihan kerusi antara komponen PR mampu memuaskan hati semua ahli komponen. Pembahagian haruslah mengelak daripada keyakinan kosong untuk menang tetapi berdasarkan kepada kemampuan kawasan untuk dimenangi oleh setiap komponen PR yang bertanding. Kalaulah ada mana-mana parti yang menyatakan keyakinan boleh menang semata-mata untuk mendapatkan ikerusi. Tak payahlah. Sejarah membuktikan bukan senang untuk menumbangkan kerajaan BN lebih-lebih lagi ia dikuasai oleh Taib Mahmud. Satu-satunya komponen yang boleh berbangga ialah DAP. Percaturan DAP dalam menentukan kerusi untuk mengukuhkan perjuangan mereka dalam politik Sarawak harus dijadikan ukuran dan panduan. Dalam perkiraan agihan kerusi untuk PRN kali ini biarlah pemimpin komponen PR Sarawak menyedari bahawa kerusi yang dipertandingkan ini hanya melibatkan kerusi DUN Sarawak. Masih ada lagi kerusi Parlimen yang belum tersentuh oleh setiap komponen. Dan seharusnya dalam proses tawar menawar kerusi DUN maka seharusnya kerusi Parlimen juga harus diambil kira. Ini bagi mewujudkan situasi menang-menang dalam komponen masing-masing. Yang penting dalam agihan ini jangan ada yang tamak haloba. Takut nanti ayam terlepas , tangan menggenggam tahi. Manifesto PRN Sarawak Manifesto pihak PR mestilah jelas kali ini. Rasa-rasanya Buku Jingga tidak sesuai dilobi untuk PRN Sarawak. Ia lebih sesuai untuk PRU 13 nanti. Namun ia juga memainkan peranan penting untuk mereralisasikan harapan PR dalam PRU 13 nanti. Pihak pemimpin PR harus memasukkan semangat perubahan rakyat Sarawak. Dengan kata lain apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat Sarawak perlu dijadiikan sebagai manifesto PR. Misalnya bagaimana PR mahu menjadikan kepimpinan Sarawak di kemudian hari diwakili oleh golongan pemimpin yang tidak rasuah. Bagaimana tindakan PR sekiranya kuasa pada tangan mereka untuk pemimpin BN yang rasuah ? Jika PR mampu menciptakan keyakinan tinggi terhadap perkara ini nescaya rakyat akan berani berubah. Ini kerana rasuah di kalangan pemimpin BN terutama REJIM Taib begitu tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat Sarawak. Sebab itulah isu rasuah Taib yang kini menjadi perhatian negara dan dunia cukup mengujakan rakyat yang sekian lama ditipu oleh Taib. Selain rasuah isu rampasan tanah oleh syarikat-syarikat yang berkepentingan dengan pemimpin BN juga merupakan barah yang menunggu untuk diubati oleh pimpinan PR. Bukan sekadar mahu membela nasib rakyat yang teraniaya tetapi bagaimana mereka mampu mengambil inisiatif untuk mengembalikan hak kepada tanah yang hilang itu kepada rakyat atau sekurang-kurangnya menambahkan keuntungan kepada rakyat hasil kehilangan tanah mereka tersebut. Jika perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam manifesto PR maka semestinya pengundi luar Bandar akan mudah memihak kepada PR. Manifesto yang focus kepada kaum wanita dan golongan tua juga harus menjadi fokus keutamaan pihak PR. Ini kerana kedua-dua kumpulan ini begitu terhaga oleh pihak BN. Jika pihak PR mampu menambah sesuatu yang lebih baik drp BN maka pastinya golongan ini mampu menyokong PR. Masa berkempen Permohonan pihak PR untuk memohon tempoh 21 hari untuk PRN Sarawak adalah sesuatu yang munasabah. Namun sekiranya perkara ini sukar dipenuhi oleh pihak SPR yang semakin menjaga parti pemerintah maka sewajarnya tempoh 14 hari seharusnya dijadikan satu ketetapan yang khusus untuk dipohon oleh pihak PR. Bukan senang nak menjelajah seluruh pelosok megeri hanya dalam masa 9 hari. Sepertimana kata pemimpin BN selama ini walaupun kerajaan sudah berkuasa selama 47 tahun namun kesukaran mereka membawa pembangunan dan perubahan di Sarawak ialah kerana kedudukan Sarawak yang cukup besar dan muka buminya bergunung ganang. Jadi apakah jaminan pihak PR pula jika masa 9 hari untuk mereka mampu menjelajah seluruh pengundi dalam masa 9 hari ? Nak menang mestilah PR perlu mencari peluang yang sehabis baik untuk mencapainya. Jentera pilihanraya Rasa-rasanya dalam PRN kali ini pihak PR bertuah kerana terdapat 4 buah negeri yang kini dikuasai oleh pihak PR. Maka dengan adanya kerajaan di 4 buah negeri ini maka rasa-rasanya bantuan daripada keempat-empat negeri tersebut mampu digunakan untuk menambahkan kekuataan kempen PR kelak. Bukan hanya sekadar jentera parti kampungan tetapi pemimpin-pemimpin negeri PR juga harus dilibatkan sama. Segala peralatan audio video mestilah dibekalkan untuk kegunaan kempen kali ini. Malah bukan sekadar ceramah berapi-api diperlukan untuk pendengaran rakyat tetapi tayangan-tayangan berkualiti mengenai kepincangan Sarawak dan pentadbviran PR juga harus ditunjukkan kepada rakyat Sarawak. Sebaran maklumat melalui media elektronik dan bahan bercetak haruslah diperbanyakkan kali ini. Biarlah segala maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat dapat dipertunjukkan sejhelas-jelasnya kepada pengundi Sarawak. Sedangkan pihak BN setiap masa media TV dan cetak mereka melaporkan mengenai usaha kerajaan BN membantu rakyat. Sekarang pihak PR juga mampu melakukan perkara yang sama. Sesungguhnya gandingan kempinnan Islam dalam PAS, Cina dalam DAP, Kaum Dayak dalam SNAP dan pelbagai kaum dalam PKR seharusnya memudahkan PR mematahkan sentiment pertkauman @ rasis yang sering menjadi senjata pemimpin BN. Sibu telah membuktikan keberkesanan gandingan ini dengan cara yang tepat. Selain itu cara berkempen yang lebih menekankan kepada soal kebajikan dan keselamatan kaum-kaum tua juga harus ditingkatkan kali ini. Ini kerana mereka bukan hanya menunggu durian runtuh berupa barangan makanan tetapi jaminan untuk terus sihat juga amat dinanti-nantikan oleh mereka. Masih banyak golongan yang memerlukan kebajikan terabai dan tercicir oleh kelemahan kepimpinan BN. Sewajarnya media altenatif PR sudah mewujudkan portal rasmi masa ini untuk kegunaan mereka menyampaikan maklumat dan mendapat respon isu-isu yang bakal diperlukan dalam kempen mereka. Kita lihat belum ada satu portal rasmi pihak PR untuk PRN ini. Maka sewajarnya pihak PR mengambil inisiatif yang cepat dalam hal ini. Jangan hanya tunggu waktu berkempen je. Sekarang ia sudah boleh diwujudkan. Meskipun terdapat media-media lain waktu ini tetapi bila ada saluran utama untuk PRN kali ini seluruh rakyat dapat disampaikan maklumat dengan lebih teratur dan tersusun. Calon Jadi diharapkan kali ini pighak PR akan memastikan calon PR adalah calon yang berwibawa dan mendapat kepercayaan parti dan rakyat untuk berjuang membawa suara mereka. Jangan sekali-kali menggunakan mereka yang hanya mementingkan diri. Rakyat Sarawak juga tidaklah bodoh sangat untuk menilai kredibiliti calon yang bertanding. Cuma selama ioni calon-calon yang menentang BN hanya calon tangkap muat saja. Sebab itu rakyat lebih rela memilih pemimpin kerajaan meskipun mereka tahu pemimpin tersebut gagal sebagai wakil rakyat mereka. Sekiranya segala aspek yang dinyatakan di atas mampu dijadikan sebagai perkiraan pimpinan PR dalam PRN Sarawak kali ini pastinya tidak muistahil kekuataan BN dan Taib akan Berjaya digoncangkan oleh pihak PR. Jika tidak pun Tsunami atau gempa bumi berlaku dalam kerusi DUN Sarawak kali ini. Pastinya rebut kencang angin Timur Laut mampu menurunkan hujan lebat menghanyutkan kerusi BN. Dan pastinya dalam PRU 13 nanti kerusi Sarawak akan mampu menyumbangkan kekuatan PR dalam menuju Putrajaya. |
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan