Pahang Daily Online |
Posted: 28 Mar 2011 06:04 AM PDT TEMERLOH, 28 Mac - Penduduk Taman Setia Jasa dekat sini mengadakan demontrasi aman bagi melahirkan kekecewaan mereka akibat terputus bekalan air sejak sebulan yang lalu. Mereka meletakkan berbagai sepanduk dan kain rentang bagi menzahirkan protes tersebut. Antara kain rentang yang dipaparkan berbunyi "Mana Menteri, Mana Ahli Parlimen, Mana Wakil Rakyat, Mana Air", "Jurutera Air Daerah Temerloh, Anda Gagal, Sila Undur Segera", "Kalau Begini Keadaannya, Jangan Harap Dapat Undi, Pecat JD Air" dan "1Malaysia, Rakyat Diutamakan, Mana Air Paip Kami, Dah Mati Baru Ada Air". Apa yang menarik dalam kes ini ialah, kerajaan UMNO BN baru sahaja menjanjikan berbagai-bagai janji semasa Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, termasuk menaiktaraf kemudahan bekalan air kepada sebahagian penduduk di situ. Maknanya penduduk terbabit mendapat perhatian hanya ketika pilihanraya, bagaimana pula mereka yang berada di sini agaknya?. Sebahagian daripada penduduk yang turut turun berdemo isu air tersebut Bukti, inilah kain rentang yang digantung bagi menyatakan bantahan itu |
Panas: Bukti Kontroversi Konspirasi "Video Seks" Datuk T Yang Kini Sedang Hangat Di Perkatakan ! Posted: 28 Mar 2011 05:16 AM PDT Mutakhir ini, ramai rakyat yang keliru dengan isu "video seks" yang dipermainkan oleh UMNO BN sekarang. Biar pun ia dikatakan "kisah benar" namun bila melihat kepada Produser dan Penerbit video tersebut seperti Rahim Thamby Chik, maka ramai yang merasakan ia jelas satu konspirasi jahat untuk menjatuh dan mencemarkan nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Justeru itu, kami paparkan adengan video panas yang memaparkan satu babak yang mirip kepada konspirasi tersebut yang diambil dari sebuah filem barat. Ramai yang terlepas menyaksikan video ini dan tidak tahu dimana mahu mendapatkannya. Maka, kami berharap mereka terhibur dengan apa yang disaksikan ini hendaknya. Video ini adalah sekadar hiburan semata-mata. [Video panas ini kini tersebar meluas di internet sebenarnya. Biarpun ia sekadar hiburan semata-mata namun adengan dan skrip yang digunakan oleh penerbit video ini seolah-olah itulah gambaran sebenar apa yang berlaku di depan mata kita hari ini. Terkadang agal lucu juga melihat adengan yang dipaparkan, namun itulah hakikatnya. Rakyat disuruh percaya satu benda yang jelas bertentangan dengan akal dan minda mereka. Malah, video seks yang diperkatakan itu juga jelas sekali melambangkang ketakutan kerajaan UMNO BN terhadap batang tubuh Anwar Ibrahim itu sendiri. Hanya rakyat yang bijak menilai dan mampu berfikir dengan baik sahaja yang akan melihat kebenaran disebalik konspirasi terbaru ini. Namun, bagi mereka yang sudah dicucuk hidungnya oleh UMNO BN maka mereka akan mudah percaya dan terpedaya dengan taktik kotor dan jijik permainan mereka itu sebenarnya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL DAA !
Catat Ulasan