Anak Sungai Derhaka |
- Video Lucah : Milik Siapa Kereta ini??
- Blogger UMNO pembohong!!
- Video Lucah : Dimana Ulama MUDA UMNO?
- Sudah serik atau takut kalah ni.. Ezam??
- Kerana dia itu Azmin dan dari PKR pula..
- Berita yang UMNO Selangor tak ingin nak dengar..
- Daim baru keluar dari gua?
- Nallakaruppan pula mahu menyelamatkan Melayu...
- Jangan percaya kepada Anwar, percaya kepada Rosmah dan Najib..
Video Lucah : Milik Siapa Kereta ini?? Posted: 28 Mar 2011 06:24 AM PDT Kereta misteri yang membawa Badrul Hisham Shaharin (chegubard) dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Hotel Shangri-La bagi menyaksikan video seks di satu bilik pada 21 Mac is "benar-benar pelik dan tidak dapat dikesani". Semakan chegubard menunjukkan kereta berkenaan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis". Semakannya juga mendapati, kereta Volvo Sedan yang berwarna emas tidak dapat dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. "Nombor pendaftarannya ialah WQU 1925 tidak wujud di dalam pengkalan data JPJ," kata beliau apabil dihubungi hari ini. Chegubard sedang menjelaskan tentang "pembongkaran" terhadap video seks semasa ceramah di hujan lebat bertemakan "Siapa Dalang Fitnah" di asjid Bandar Perda pada hari Sabtu lalu. Chegubard, yang dijemput menonton video seks berkenaan telah membuat semakan kereta misteri itu pada hari Jumaat. Beliau dan rakannya telah dibawa ke hotel di Kuala Lumpur pada petang hari Isnin dengan menaiki kereta yang di dalamnya ada dua orang lelaki berpakaian kemas. Chegubard, berpeluang menyaksikan klip video itu sebanyak dua kali dari jam 8 malam. Beliau ditunjukkan video berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Risda, Abdul Rahim Tamby Chik, seorang ahli pernigaan, Shazryl Eskay Abdullah dan seorang yang tidak dikenali yang hanya dipanggil "Tengku". Konspirasi Darjah Tertinggi Chegubard menyatakan beliau yakin video seks itu adalah hasildari satu konspirasi darjah tertinggi yang melibatkan ahli politik tempatan. Beliau percaya pihak terbabik dengan video seks itu tidak serius sangat di dalam tuntutannya agar Anwar dan isterinya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk meletak jawatan dengan pendedahan video berkenaan. "Saya rasa mereka tidak seirus untuk memaksa Anwar dan Kak Wan berundur dari politik. Jika tidak, mereka tentunya dah bagi tape berkenaan kepada saya. "Objektif mereka ialah untuk mengaibkan, memalukan Kak Wan dan keluarga, dan memfitnah PKR," kata chegubard. Beliau juga yakin beliau di pilih untuk menonton video berkenaan kerana para konspirator itu memikirkan "saya akan mengkhianati PKR berdasarkan perbezaan pandangan saya dengn pimpinan PKR waktu ini." Beliau berkata mereka cuba untuk memperalatkan beliau kerana beliau sentiasa lantang mengutarakan pandangan dan mengkritik segala salahlaku di dalam parti. "Saya orang pertama untuk meminta Anwar berundur dari politik jika benar Anwar di dalam video berkenaan. Saya yakin orang yang saya lihat di dalam video sek hitam putih itu bukan Anwar," tambahnya. Beliau sedar beliau mungkin sudah melanggar undang-undang kerana menonton "blue film", namun chegubard menyatakan beliau sentiasa bersedia untuk membantu pihak polis di dalam siasatan mereka terhdap kes ini. "Namun sehingga hari ini, polis belum lagi memanggilnya," katanya. |
Posted: 28 Mar 2011 04:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia, media perdana serta penulis blog pro-Umno sengaja menyembunyikan beberapa fakta berkenaan rekod masa Twitter Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Demikian dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Menurutnya, penipuan pertama adalah apabila mereka menyatakan Anwar hilang di antara jam 9.20 malam sehingga jam 11.40 malam seperti yang tertera pada catatan masa di laman Twitter Anwar. Menurut Rafizi, satu faktor yang tidak diambil kira mereka yang melemparkan tuduhan itu adalah faktor Daylight Savings Time (DST). Negara yang menggunakan DST akan menambah satu jam kepada masa standard mereka sementara negara yang tidak mengguna pakai DST akan awal sejam masa standard mereka berbanding negara yang menggunakan DST. "Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di lama Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger UMNO mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran. "Saya jangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu," kata Rafizi. Mengambil kira DST, masa di laman Twitter sebenarnya sejam lebih cepat daripada masa tempatan di Malaysia. Oleh itu paparan jarak masa 9.20 malam sehingga ke jam 11.40 malam Twitter Anwar sebenarnya bermakna jam 8.20 malam sehingga jam 10.40 malam waktu tempatan, kata Rafizi. Mereka berterusan menipu tentang rekod masa Twitter Anwar pada 21 Februari 2011, hari yang didakwa rakaman video aksi seks palsu yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu berlaku. Rakaman video seks itu dilaporkan berlaku antara jam 10.20 malam sehingga 10.41 malam. Media perdana, serta blogger pro-Umno juga menyembunyikan fakta bahawa waktu di laman Facebook adalah waktu yang ditetapkan menurut waktu komputer pengguna Facebook, kata Rafizi. "Mereka yang arif mengenai teknologi maklumat tahu bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan di mana pengguna Facebook berada. "Sebaliknya, laman Twitter merujuk kepada masa di dalam pelayannya (server) yang berada di San Francisco, Amerika Syarikat," kata Rafizi. Keadilandaily |
Video Lucah : Dimana Ulama MUDA UMNO? Posted: 28 Mar 2011 02:56 AM PDT Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu, yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan ianya sebagai satu perkembangan menjijikkan.. Itu kata Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao yang sudah tentunya bukan Islam dalam hal ini dimana Ulama Muda UMNO? Adakah kerana tayangan video lucah itu yang kononnya bukan didalangi oleh UMNO dan Najib juga tidak tahu menahu sedangkan Rahim Thambi Chick itu adalah pemimpin UMNO.. ianya tidak perlu dipertikaikan? Dedah video seks tindakan jijik, kata majlis rundingan bukan-Islam Oleh Melissa Chi KUALA LUMPUR, 28 Mac – Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu, yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah pun menafikan dakwaan itu. Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta kerana sebab-sebab yang berbeza. Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat percaya yang Malaysia dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama "Datuk T". "Matlamat mereka mengaibkan Ketua Pembangkang Parlimen yang dipilih menyinggung sensitiviti mereka yang (mementingkan) kesopanan, tidak kira kaum atau agama mereka anuti," kata beliau. Philips berkata sejak beberapa dekad lalu, rakyat Malaysia "dilayan" oleh siri skandal kewangan, sosial, dan politik, yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memperlihatkan "kepimpinan melalui teladan." Kata beliau, imej Malaysia tercemar disebabkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab, yang mengaku terlibat dalam tindakan memalukan seperti itu. "(Oleh itu) kami meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka di sebalik tabir skandal ini (video seks) dan mewujudkan era baru, yang diisi dengan (semangat) hormat-menghormati, bermaruah, percaya dan harapan bagi keseluruhan rakyat negara ini," katanya. Polis telah menahan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu. Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks yang yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang. "Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya. Najib yang juga Presiden Umno berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan. Minggu lalu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata, siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat. "Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka. "Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya. The Malaysian Insider |
Sudah serik atau takut kalah ni.. Ezam?? Posted: 28 Mar 2011 12:32 AM PDT Senator Ezam Mohd Nor berkata keputusannya tidak mahu bertanding pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan tahun ini, adalah muktamad kerana sudah "serik" untuk aktif berpolitik dan misinya untuk menjelaskan kedudukan perjuangan politik PKR dan Anwar sudah selesai dan kini mahu meluangkan masa untuk membantu kerajaan membasmi rasuah. Sudah serik?? Aku lebih percaya dia sedar bahawa manusia yang menyokongnya didalam UMNO hanyalah Rosmah dan Najib.. misinya pula sudah selesai kerana sudah dapat apa yang dihajatkannya itu iaitu jawatan Senator .. Ezam: Saya sudah serik, keputusan tak mahu tanding PRU muktamad KUALA LUMPUR, 28 Mac — Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan Senator Ezam Mohd Nor berkata keputusannya tidak mahu bertanding pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan tahun ini, adalah muktamad kerana sudah "serik" untuk aktif berpolitik. "Saya sudah serik, sudah serik," kata beliau yang menyertai Umno pada Mei 2008 dan tahun lalu dilantik sebagai anggota Dewan Negara. Ezam berkata beliau akan menyampaikan pendirian yang sama sekiranya pucuk kepimpinan parti memintanya mengkaji semula keputusan itu, sekali gus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. "Keputusan saya tidak mahu bertanding tetap dan ia kekal," kata Ezam. "(Pendirian saya) sudah jelas... kalaupun pemimpin parti meminta saya (agar) bertanding nanti, saya akan memberitahu mereka perkara yang sama," kata beliau. Beberapa blog sebelum ini menyebut beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan disebut-sebut sebagai pemimpin pelapis negeri Selangor. Kata Ezam, beliau memutuskan demikian selepas melalui pengalaman cukup "serik" sepanjang dua dekad lalu termasuk mengorbankan banyak aspek termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana perjuangankan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas Anwar dipecat pada September 1998, beliau bersama beberapa pemimpin yang lain keluar Umno untuk menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau keluar PKR pada 2007 dan menyertai semula parti Umno pada 28 Mei 2008. "Saya sebenarnya sudah keluar untuk tidak aktif berpolitik, selama dua tahun selepas saya keluar PKR dan menyertai usaha melawan rasuah," katanya yang merupakan ahli Umno Petaling Jaya Selatan. Ezam merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya selepas beliau bebas dari tahanan ISA. Semalam, Ezam berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh BN untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia. "Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor," katanya. Kata Ezam, misinya untuk menjelaskan kedudukan perjuangan politik PKR dan Anwar sudah selesai dan kini mahu meluangkan masa untuk membantu kerajaan membasmi rasuah. "Saya menyertai Umno untuk menjelaskan tentang Datuk Seri Anwar dan PKR, di mana tugas ini sudah selesai, sudah dapat menjelaskan kepada rakyat. "Sekarang saya mahu membantu kerajaan dalam melawan rasuah," katanya lagi. Ketika ditanya mengenai cakap-cakap bahawa beliau merupakan pemimpin lapisan menerajui kerajaan negeri Selangor, Ezam berkata: "Perkara itu tak timbul. Bukan itu yang saya mahukan." "Saya dari awal sudah memberitahu kepimpinan parti bahawa saya hanya mahu memberi penjelasan tentang PKR dan Datuk Seri Anwar dan membantu kerajaan. Saya tidak mahu apa-apa jawatan," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Kerana dia itu Azmin dan dari PKR pula.. Posted: 28 Mar 2011 12:07 AM PDT Kerana beliau adalah Azmin Ali Timbalan Presiden PKR maka Tiga buah kereta polis telah diguna untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada 28 Mac 2011. Cuba bayangkan pula.. cuba bayangkan bagaimana pula jika jika pemimpin itu dari UMNO?? Tayang Video Lucah pun tak apa... Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac. Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011). Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut. Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak. Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU. Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!" Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu. MerdekaReview |
Berita yang UMNO Selangor tak ingin nak dengar.. Posted: 27 Mar 2011 09:33 PM PDT SHAH ALAM, 28 Mac: Sultan Selangor, Sultam Sharafuddin Idris Shah menggesa semua pihak termasuk pembangkang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meningkatkan pentadbiran negeri. "Beta berharap kita semua akan bekerja dengan niat baik serta memberikan kerjasama perlu kepada kepimpinan negeri diketuai Memanda Menteri Besar. "Beta sendiri sentiasa berbincang dengan Memanda Menteri Besar baik dalam soal pentadbiran, ekonomi dan permasalahan sosial terutama melibatkan negeri di mana beta banyak memberi nasihat kepada Memanda beta demi kesejahteraan rakyat," tegas baginda. Sultan Selangor bertitah demikian ketika merasmikan Sidang Dewan Negeri Selangor Pertama Penggal keempat Dun Kedua Belas pada pagi ini. Baginda bertitah semua pimpinan terutama Adun hendaklah mengepikan fahaman politik kepartian dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri. Titah baginda, semua perkara yang dibincangkan dalam dewan hendaklah mengutamakan rakyat dan negeri. Baginda berharap dewan kali ini menjadi medan terbaik menyelesaikan pelbagai isu khusus melibatkan kepentingan rakyat. Dengan amanah yang diberi, keutamaan semua wakil rakyat adalah untuk hadir ke dewan berbahas dan membawa suara akar umbi merentasi kepentingan agama, kaum, politik dan sosial, tambah baginda. "Semua perkara berbangkit hendaklah dibincangkan dalam dewan mulia ini dengan penuh intelektual dan bukannya dengan emosi. "Beta berbangga dengan kemajuan negeri yang memberikan sumbangan besar kepada hasil pendapatan negara," tegas baginda. Dalam pada itu, baginda sedar Selangor sebagai negeri maju pada 2010 telah mendapat pelaburan sebanyak RM10.64 bilion dengan 325 projek industri berteknologi tinggi diluluskan. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 47 projek berbanding 2009. "Namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika, Eropah dan Timur Tengah. "Jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan, pengalaman lalu harus dijadikan tauladan," tegas baginda. Baginda berharap Belanjawan 2011 bertemakan Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan empat startegi utama akan dilaksanakan Kerajaan Selangor; pengurusan sumber negeri secara bijaksana, pengurusan perbelanjaan cekap, mendokong pembangunan modal insan dan melestarikan pembangunan negeri dengan baik dan berkesan dapat memangkin agenda berkaitan. Badrul hadir, Shuhaimi diminta ke mahkamah Tan Sri Abdul Khalid dan semua Exco Kerajaan Negeri serta seluruh Adun hadir termasuk Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang diisytiharkan kosong oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim sebelum ini. Meskipun Mahkamah memutuskan Badrul masih kekal sebagai Adun namun dalam sidang media terakhir, Teng sebutkan beliau belum menerima apa-apa secara rasmi dari mahkamah. Sementara itu, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei kesal dengan tindakan mahkamah yang tetap memerintahkan beliau hadir juga meskipun perasmian sidang Dun sedang berjalan. Menerusi smsnya, beliau berkata, dalam masa 30 minit beliau diminta hadir atau waran tangkap dikeluar ke atasnya. Beliau bagaimanapun hadir juga ke Mahkamah Sesyen, dekat sini selepas itu. Harakahdaily |
Posted: 27 Mar 2011 09:20 PM PDT SHAH ALAM 27 MAC : Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengkhianati orang Melayu kerana melaksanakan program yang hanya menguntungkan kroni, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff. Akibatnya masyarakat Melayu hari ini masih terpaksa memperjuangkan benda-benda sama seperti 50 tahun lalu, kata beliau ketika mengulas wawancara Daim dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Kenyataan Daim kononnya Pakatan Rakyat hanya satu "konspirasi politik" menunjukkan beliau ketinggalan zaman dan tidak seiring dengan realiti politik semasa, tambah Yusmadi. Beliau menyifatkan wawancara Daim dengan Mingguan Malaysia hari ini sebagai cubaan terdesak Umno mengitar semula pemimpin lama untuk menghembus nafas baru dalam parti itu yang semakin ditolak oleh rakyat. "Apa yang dikatakan oleh Daim ini jelas satu percubaan Umno-BN mengguna kembali pemimpin-pemimpin lama untuk membantu Umno terutamanya kerana mereka semakin hari semakin dipinggirkan dan ditolak oleh rakyat,"kata Yusmadi. Daim dikenali sebagai seorang yang jarang memberikan wawancara, walaupun kepada media kawalan Umno. Namun beliau menggunakan Utusan untuk membidas musuh politik Umno iaitu Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Yusmadi menyifatkan kritikan Daim itu sebagai tuduhan liar yang bertujuan menutup penyelewengan bekas menteri kewangan itu sendiri. "Ini adalah contoh pemimpin yang masih lagi dengan mimpi-mimpi lama yang tidak melihat kepada perkembangan realiti politik terbaru Malaysia. Pandangnya itu juga mengambarkan UMNO tidak pernah berubah, walaupun rakyat telah berubah dan pemimpin yang tidak mampu menerima Malaysia kini bukan lagi Malaysia dahulu," kata beliau. Dalam wawancara itu Daim mengulangi propaganda Umno kononnya kedudukan Raja-Raja Melayu akan tergugat sekiranya orang Melayu menyokong Pakatan. "Itu adalah satu fitnah terbesar. Apa yang diperjuangankan oleh Anwar adalah satu perkara yang telah disepakati, yang mana tidak pernah sekali-kali menolak kerangka pelembagaan yang memberi pengiktirafan kepada hak-hak Raja Melayu dan orang Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan," kata Yusmadi. Dalam wawancara itu, Daim tidak menyentuh atau ditanya mengenai pandangan Tun Mahathir Mohamad bahawa bekas Menteri Kewangan itu dicemari dengan pelbagai dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa. Yusmadi berkata rekod Anwar adalah jauh lebih bersih berbanding dengan Daim. "Bagi saya Anwar adalah lambang 'keadilan' dan ketidakadilan yang dilakukan katas Anwar itu yang menjadi motivasi kepada rakyat untuk berjuang terus mempertahankan keadilan di Malaysia," kata Yusmadi. "Daim pula adalah lambang dasar ekonomi yang hanya menguntungkan kelompok tertentu sahaja, Daim bukan lambang ekonomi yang memberi keuntungan kepada rakyat jelata, sebab itu sehingga hari ini orang Melayu masih berjuang isu yang sama selama 50 tahun" tambah beliau. Tun Mahathir melantik Anwar menjadi Menteri Kewangan selepas Daim melepaskan jawatan itu pada 1991 setelah diselubungi pelbagai dakwaan. Daim dikatakan seorang daripada perancang utama dalam fitnah yang menyaksikan Anwar dihumban dalam penjara selama enam tahun atas tuduhan liwat dan rasuah pada tahun 1998. TVS News |
Nallakaruppan pula mahu menyelamatkan Melayu... Posted: 27 Mar 2011 08:39 PM PDT Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS. Nak panggil apa tah dia ni.. selepas Rahim Thambi Chick muncul Daim dan kini Nallakarupan pula muncul untuk menyelamatkan Melayu dan penyokong PAS.. he..he..he.. Nalla pula mahu dedahkan pemimpin PAS siapa Anwar KUALA LUMPUR, 28 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" minggu lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan pula mahu bertemu pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu. Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar. "Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua. "Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS. "Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin. "Penyokong PAS harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin," dakwanya. Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka. "Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar," katanya. Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China. The Malaysian Insider |
Jangan percaya kepada Anwar, percaya kepada Rosmah dan Najib.. Posted: 27 Mar 2011 10:10 AM PDT Dengan menggunakan Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik sebagai contoh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini melalui zaman pemerintahan songsang. Anwar berkata mereka yang terbelit dengan tuduhan rogol dan salah guna wang diangkat oleh kerajaan dan media arus perdana, manakala pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan. " Yang pertahankan soal moral, orang yang pernah ditanya soal rogol, orang yang pernah hidup dalam skandal video seks, dia cakap soal moral. Jatuhkan orang lain. Orang yang bercakap soal negara bersih, orang yang mengambil dana yang begitu besar, membinasakan orang yang hendak mentadbir dengan baik. Tanya Lim Guan Eng, berapa hari dia boleh hidup aman tanpa diganggu untuk menjalankan urustadbir?,"kata Anwar. Mereka terpaksa berdiri kerana padang basah dek hujan Berucap pada majlis ceramah di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Anwar sekali lagi menunjukkan ketegasan berdepan dengan pusingan fitnah terbaru dalam bentuk video seks yang didalangi oleh Rahim yang kini Pengerusi Risda. Rahim terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 setelah terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar bawah umur selain didakwa mengamalkan rasuah. Beliau diangkat menjadi Pengerusi Risda tahun 2008 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang sendiri berdepan dengan skandal pembunuhan Altantuya Sharibuu dan komisyen lumayan pembelian peralatan ketenteraan semasa menjadi Menteri Pertahanan. Rahim, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim dilaporkan berjumpa dengan Najib di Bangunan Parlimen Selasa lalu selepas identiti mereka dibongkar oleh Parti Keadilan Rakyat. Dua jam mereka sanggup berdiri kerana mahu mendengar penjelasan Anwar mengajak rakyat supaya mengimbas penyelewengan besar-besaran yang berlaku di negara ini membabitkan pemimpin utama negara. " Orang yang terlibat dalam bunuh Altantuya tak berdosakah? Orang yang ambil RM500 juta beli dua kapal selam tidak berdosakah? Orang yang terlibat dalam skandal di Port Dickson tak berdosakah?," soal Anwar. Anwar berkata dalam usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat, umno sanggup menggunakan taktik yang keji dan tanpa peri kemanusiaan dalam mencari kelebihan politik semata-mata. " Saudara-saudara, saya pun ada keluarga. Kenapa harus diaibkan terus menerus? Bukan setahun tetapi berbelas tahun dirancang begini rupa? Hendak tanam sekurang-kurangnya ada persoalan sedikit, Kerana apa? Kerana Anwar beri tazkirah, kerana Anwar baca ayat Al-Quran. "Hendak tanam sikit Anwar ini tidak boleh dipercayai. Jangan percaya kepada Anwar, percaya kepada Najib dan Rosmah. Jangan percaya kepada Lim Guan Eng, percayalah kepada Rahim Thamby Chik,"kata Anwar sambil disambut sorakan hadirin yang mendengar ceramahnya. Beliau berkata program pembaharuan Buku Jingga yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat menjadi punca utama Umno melancarkan asakan fitnah secara bertubi-tubi untuk melemahkan gagasan itu. Buku Jingga itu menyenaraikan dasar dan program untuk merombak struktur politik, ekonomi dan sosial negara ini jika Pakatan diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Anwar berkata fitnah video seks lucah adalah serangan terbaru untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada dasar-dasar tuntas yang disenaraikan dalam Buku Jingga. " Dia takut orang baca dan dia takut orang membuat penilaian sebab dia mesti cipta masalah-masalah supaya padamkan isu yang kita hendak ketengahkan. Saya kata, jangan lupa. Program Pakatan Rakyat, Buku Jingga,"jelas Anwar. Lagi gambar sila lihat di SINI Berita dari TVS News |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan