Pahang Daily Online |
| Posted: 12 Mar 2011 10:15 PM PST ![]() Pilihan Raya Negeri Sarawak dijangka tiba tidak lama lagi. Masing-masing kini sedang sibuk menghitung hari untuk menunggu tiba dan saatnya peristiwa besar itu. Namun, dalam hal ini yang paling beruntung ialah puak-puak UMNO BN di sana. Apa tidaknya, tarikh dan masa untuk menentukan pilihanraya terletak kini ditangan Ketua Menteri (diktator) mereka iaitu Tan Sri Taib Mahmud (foto). Kini, segalanya ditangan beliau. Rakyat seluruh negara kini tertumpu ke Negeri Bumi Kenyalang itu. Ini kerana, disitulah letaknya "Talian Hayat BN" sejak sekian lama. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membantu dengan memperuntukkan begitu banyak kawasan Parlimen di sana, maka sudah pasti kekuatan BN di peringkat pusat pasti akan runtuh. Rakyat sebenarna sudah jemu untuk terus bernaung di bawah kerajaan UMNO BN sejak lebih 50 tahun lalu. Ini kerana pembangunan yang mahu dibawa adalah tidak ikhlas. Mereka hanya "galak" untuk membangunkan sesuatu kawasan bila tiba atau dikejutkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK). Jika tidak maka sudah pasti sesebuah kawasan itu akan terus terabai dari arus pembangunan itu sebenarnya. Inilah juga yang berlaku di Sarawak sejak dulu, kini dan selamanya selagi BN terus berkuasa. Penolakkan rakyat terhadap "Pakatan Karat" itu terbukti dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu tahun lalu, apabila kerusi itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat menerusi DAP. Kini kekuatan pembangkang (Pakatan Rakyat) dilihat semakin gagah di sana. Inilah yang menakutkan mereka. PKR Berjaya Tubuhkan Ranting Baru Di Sarawak Lantaran itulah Taib Mahmud, gusar untuk memilih tarikh bagi mengadakan pilihanraya negeri. Paling menarik, apabila mereka juga menolak bulat-bulat cadangan supaya tempoh kempen dilanjutkan bagi memberi keselesaan kepada semua pihak. Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pemerintahan Taib Mahmud sebenarnya "kaya raya" dengan harta berbilion yang dimonopoli oleh ahli keluarga mereka. Namun, rakyat secara keseluruhannya terus dibelenggu dengan tahap kemiskinan yang amat membimbangkan. Inilah yang berlaku sebenarnya. Lantaran itu juga kita tidak hairan, dari sehari ke sehari semakin ramai rakyat Sarawak yang tertarik dengan Parti Pembangkang. Terbaru berita kemasukan beberapa orang penyokong Barisan Nasional ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sana malam tadi. Difahamkan satu majlis kemasukkan beramai-ramai telah pun diadakan di Perkampungan Melayu di Serian dekat Kuching. Penyerahan borang keanggotaan baru Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita dan penubuhan ranting telah diadakan. Turut hadir dalam majlis itu ialah Naib Ketua AMK Pusat iaitu Azmizam Zaman Huri (foto) dan juga Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari yang akan bertanding di Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) bagi Kerusi DUN Satok.![]() Anak muda Sarawak mula sedah tanggungjawab melakukan perubahan ![]() Azmizan menerima borang keahlian baru Wanita PKR di Serian semalam [Apa yang berlaku ini jelas sekali menunjukkan bahawa rakyat Sarawak memang mahukan perubahan. Mereka sudah tidak tahan lagi ditipu oleh Ketua Menteri, Taib Mahmud yang semakin rakus mengumpul harta untuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka. Pemerintahan beliau yang sudah menyamai Hosni Mubarak di Mesir, wajar ditumbangkan secara terhormat dalam Pilihan Raya Negeri itu tidak lama lagi. Jika tidak, pasti kehidupan rakyat Sarawak akan terus berada pada tahap kritikal terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawaan pendalaman negeri itu sekarang. Oleh itulah, BN kini begitu takut untuk menentukan tarikh pilihanraya negeri. Mungkin gusar, melihat kejatuhan negeri Sarawak ke tangan pembangkang. Jika ini berlaku maka, sudah pasti harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam Pilihan Raya Umum akan datang pasti akan tercapai jua akhirnya. Talian hayat jatuh maka Putrajaya pasti akan tumbang. Misi untuk rakyat pasti akan berjaya!]. |
| Posted: 12 Mar 2011 05:15 PM PST [Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada pemain negara kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir acara perseorangan dan bergu kejohanan badminton All England ini. Kejayaan Lee Chong Wei dilihat lebih konsisten sebenarnya jika dibandingkan dengan pemain lain sebelum ini. Lihat apa ang berlaku kepada Hafiz Hashim. Namanya merudum biar pun pernah menjadi juara All-England satu ketika dulu. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Jika dilihat kepada Lee Chong Wei prestasinya dilihat lebih baik dari yang lain. Semoga beliau dapat mengatasi musuh tradisinya Lin Dan itu pada kali ini. Sesungguhnya, perlawanan antara Chong Wei dengan Lin Dan adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminatnya itu]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan