Ahad, 13 Mac 2011

Era Pasca

Era Pasca


[PANAS..!!! Fatwa Terbaru] - Haram Bagi Sesiapa Yang Tidak Mengenang Jasa Tun DR. Mahathir Kutty..!!

Posted: 13 Mar 2011 12:29 AM PST



Lu orang kenal tak sapa mamak paria ni..??
Ni Mahafiraun Mahathir Al-Kutty...
Perdana Menteri  Melesia paling celaka abad melayu moden...

Pasal kecelakaan malaon ni la, gua terima banyak kutukan dari puak2 penjilat tegar dia..
Sampai hati diorang cakap gua tak mengenang jasa Mahafiraun terulung nih...
Sedih gua beb..!!

Kalau lu orang nak tahu  fatwa apa yang gua tak kenang tu..
Lu oarang boleh tengok >> SINI...
Gua bukan apa tak nak publish kat sini,...
Gua tak nak sekali lagi dicop manusia tak kenang jasa lak..!

p/s: Fatwa ni khas untuk lu orang yang suka sangat tak kenag jasa Mahafiraun ni...
Buat pencacai tegar dia,gua haramkan didunai lu tengok,di akhirat Insyaallah gua halalkan..!!

kahkahkahkah.......

Jahilnya Aziz Hussin Menghina Ulama PAS..!!

Posted: 12 Mar 2011 08:08 PM PST

Oleh ramziredang

"Biasalah, orang yang merasa dirinya cerdik,hanya menyerlahkan kebodohannya. Lidah sastera yang berjaya meraih anugerah membuatkan dirinya terasa layak untuk bercakap pasal Islam. Tulisannya yang menganggap PAS sesat hanya layak dibaca oleh orang yang berfahaman sekular dan mengenal sejarah Islam dari pembacaan buku buku agama sebagaimana Mahathir yang kenal Islam hanya dari buku agama. Mari kita lihat betapa bodohnya Aziz Hussin.

Soalan pertama yang dilontar oleh Aziz Hussin, adakah Islam terbina dengan kuasa? Soalan ini tidak perlu dijawab sebenarnya. Cuma Aziz perlu melihat persekitaran semasa. Lihat dan perhatikan sahaja tentang PAS, UMNO dan PERKASA. Lontarkan soalan ini kepada PAS, UMNO dan PERKASA ini. Tanya UMNO adakah Islam memerlukan kuasa? Malah tanyakan pula adakah melayu perlukan kuasa? Kenapa UMNO menganggap melayu terancam sebagai Islam terancam?


Jika Aziz menganggap politik nabi(mengikut persepsinya sendiri) hanyalah dakwah, tarbiah dan tabligh, apa perlunya UMNO berdegar degar mencanang seluruh dunia melayu bahawa jika melayu terancam Islam akan terancam? Biarkanlah sahaja kuasa melayu runtuh kerana peluang berdakwah, tabligh, tarbiah tidak akan pernah hilang peluang kalaupun UMNO dan melayu jatuh. 


Aziz yang cerdik ini memberi contoh persoalan kedai arak, tidak perlu tutup kedai arak kerana yang lebih penting ialah tarbiah supaya orang tidak minum arak. Jika tidak ada orang minum arak maka dengan sendirinya kedai arak akan tutup. Saya ulang sekali lagi: jika tidak ada orang minum arak, kedai arak akan tutup. Jadi kalau ikut teori aziz ini, maka segala tempat judi dan maksiat bolehlah dibuka di sebelah rumah aziz, kerana anak anak aziz akan aziz tarbiah dengan secukupnya.


Dalam suasana sekarang bolehkah aziz  keluar rumah sekeluarga dengan rumah yang hanya dikunci sambil lewa? Tidakkah aziz terfikir tentang suasana kecurian yang hebat berlaku? Kenapa berlaku kecurian? Tidakkah ianya melibatkan penguatkuasaan hukum? Masihkah relevan 'alasan dakwah dan tarbiah' dalam suasana ini? Tidak merasa gerun dengan suasana hari ini? 


Aziz juga bertanya apa guna rumah yang bersih jika penghuninya kotor? Aziz tidak pula bertanya yang sebaliknya, apa gunanya penghuni yang bersih  menghuni di rumah yang kotor? Kononnya apa gunanya Islam berkuasa kalau rakyatnya tidak menghayati sepenuhnya(kononnya ahli PAS tidak menghayati Islam sebenar). Tetapi aziz tidak pula meletakkan persoalan ini ke dalam konteks dunia sebenar hari ini. Apa gunanya rumah UMNO berkuasa(UMNO yang mengaku Islam) sedangkan penghuninya digalakkan  bermaksiat.


Adakah Aziz boleh menerima alasan sastera hendak dikembangkan sedangkan tidak ada pertubuhan sastera, tidak ada anugerah sastera atau tidak ada apa institusi yang mengagungkan sastera? Aziz boleh kembangkan sastera secara bawahan? Secara solo? Tanpa ada campur tangan kerajaan(kuasa) dan tanpa ada langkah untuk mengangkat martabatnya oleh pihak berkuasa?Padahal dalam suasana hari ini, tentu sahaja aziz faham bahawa sastera telah menjadi hidup segan mati tak mahu. Malah aziz hussin sendiripun saya tidak pernah kenal dan tidak pernah mendengar nama, kalau tidak kerana isu ini.


Aziz juga ada menyebut tentang hiburan yang diadakan oleh kerajaan negeri kelantan yang menjemput penyanyi ketika menyambut ulangtahun bandaraya Islam kelantan. Jelaslah di sini Aziz telah salah faham tentang Islam. Mungkin selama berkawan dengan UMNO, Aziz tidak pernah ditarbiah oleh UMNO. Islam tidak melarang hiburan,sukan atau apa apa riadah asalkan ianya tidak lari dari tuntutan yang dibenarkan oleh Islam.


Aziz juga ada menyebut tentang hadiah pakej haji kepada pemimpin PAS, kononnya rasuah. Nampaknya bukan sahaja tentang Islam, pasal rasuahpun aziz tidak boleh faham. Aziz hanya boleh tafsir perkataan rasuah dari sudut sastera tetapi sukar dari sudut Islam. Apa sahaja imbuhan, sumbangan, sedekah ataupun tenaga kerja yang diberi untuk gerakerja Islam tidak dinamakan rasuah. Itu dinamakan mencari sedekah jariah untuk mengumpul harta akhirat.


Sekalipun aziz mempunyai hubungan dengan kerajaan negeri kerana dapat projek balak kemudian aziz membina masjid beratus juta untuk umat islam, adakah aziz faham itu rasuah?
Dalam perenggan yang lain aziz menyarankan pula supaya ulama mengambil iktibar dari surah al asr, selepas beriman dan beramal soleh, dakwah mengambil peranan lalu disertakan dengan sabar. 


Dari sudut mana dan cara yang bagaimana aziz memahami beriman dan beramal soleh? Dalam konteks yang macamana Aziz manifestasikan konsep 'beriman dan beramal soleh' dalam pemerintahan negara sekarang? Adakah hujah ini semata mata digunakan untuk menafikan usaha PAS dalam masa yang sama menghalalkan kemungkaran UMNO? Beriman, soleh, dakwah dan sabar. Aziz melangkau terus kepada dakwah dan sabar untuk PAS tetapi tidak menyarankan beriman dan beramal soleh kepada pemimpin UMNO? 

Akhir sekali aziz ada menyebut, musuh sebenar PAS bukanlah UMNO, tetapi musuh sebenar PAS adalah kejahilan. Kononnya musuh sebenar Islam adalah kejahilan. Ingin saya bertanya jika musuh sebenar PAS adalah kejahilan,  siapa pula musuh sebenar UMNO? Tentu sahaja, mungkin, Aziz akan menjawab musuh UMNO juga kejahilan.


Andaikan kedua dua musuh sebenarnya UMNO dan PAS adalah kejahilan maka cubalah perhatikan parti yang mana satu yang benar benar mencegah kejahilan? Adakah UMNO yang cuba menghalalkan judi, yang menggalakkan maksiat atau minum arak ini?


Sebenarnya ramai di kalangan pemimpin menggunakan hujah, adalah lebih baik berdakwah dari menghukum kepada peminum arak. Kononnya jika menghukum tidak akan dapat menarik orang lain kepada Islam. Padahal orang berucap itu sendiri adalah penagih tegar arak. Sepertimana juga orang yang hisap rokok, kata katanya tentu sahaja tidak akan melarang keras orang yang hisap rokok.


Malah jika kita lihat di media cetak dan elektronik, kerajaan kempen dengan hebat supaya rakyat sedar keburukan rokok. Ini kerana ramai pemimpin atasan tidak menghisap rokok. Tetapi tidak dilihat pula kempen yang sangat hebat terhadap arak? Ini kerana ramai pemimpin atasan dan penulis sastera yang minum arak.


Jadi bolehlah dirumuskan, pokok persoalan yang ingin dilontarkan oleh aziz bukanlah persoalan dakwah dan tarbiah perlu dipentingkan oleh PAS, tetapi lebih kepada maksud tersirat mempertahankan maksiat yang dilakukan oleh UMNO.


Dengan rendah diri dan penuh kesedaran kita mengakui bahawa PAS tidaklah sempurna sepenuhnya sebagaimana tuntutan Islam pada zaman nabi. Tetapi jika dibandingkan antara PAS dan UMNO, maka jelaslah PAS lebih inginkan Islam dari UMNO.


Jika aziz masih berpegang UMNO juga inginkan Islam, maka aziz perlu sedar  bahawa UMNO telah mensia siakan peluang tarbiah dan dakwah selama 60 tahun. 


Saranan saya kepada aziz, cukuplah menulis kalau sekadar hendak mengampu dan membodek pemerintah yang zalim. Ingatlah habuan dunia bukan segala galanya bagi kita. Gunalah pena untuk kesejahteraan Islam. Nanti kelak kita akan mendapat pandangan rahmat dari Allah yang Memilki Tujuh Petala Langit dan tujuh petala bumi.


Bertaubatlah dan bukalah pintu hati kamu. Nescaya kita akan nampak lorong yang amat terang dan sinar kesejahteraan Islam menanti kita di hadapan. Yang pasti lorong kesejahteraan Islam untuk kita berjalan ini, dipandu oleh PAS. 

RM888 Billion lesap.. Najib buat pekak.. !!

Posted: 12 Mar 2011 05:07 PM PST

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.

"Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.


"Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI," katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini.

Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat.

"Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir," katanya.

Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum.

"Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu," katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia.

Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak.

"Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta," katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya.


Keadilandaily

Tiada ulasan: