Selasa, 8 Mac 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kontroversi: Hakim Perintahkan Bahan Bukti Di Tolak Gara-Gara Ia Di Perolehi Secara Tidak Sah !

Posted: 08 Mar 2011 05:17 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan iaitu berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah. Justeru, katanyanya, sampel DNA yang diperolehi itu tidak boleh diterima. Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok. Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti. Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak. Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevan meskipun cara ia diperolehi mungkin 'tidak sah'. Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan. Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat penghakimannya pada hari ini.

[Nampaknya perbicaraan kes liwat ini semakin menimbulkan kontroversi sekarang ini. Bahan bukti yang diperolehi secara paksa dan tidak sah pula menjadi isu. Soalnya, kenapa bahan-bahan bukti tersebut diperolehi secara paksa, sedangkan ia boleh dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya. Rakyat kini keliru dengan perjalanan kes liwat II yang mencetuskan berbagai insiden yang tidak ingin kita lihat sebenarnya. Apapun, semoga mahkamah dapat membuat keputusan yang adil dan saksama. Kebenaran perlulah ditegakkan bagi mengembalikan semula integriti badan kehakiman kita yang semakin tercemar mutakhir ini].

Tamparan Hebat Buat 'Najib', Pemimpin Gerakan Umum Keluar Parti Itu Selepas BN Menang Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Di Kerdau Serta Merlimau

Posted: 08 Mar 2011 04:08 AM PST

Kemenangan UMNO BN dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini sedikit tercalar apabila salah seorang pemimpin tertinggi parti dalam pakatan Barisan Nasional (BN) bertindak keluar partinya hari ini Beliau yang dimaksudkan ialah Dr Hsu Dar Ren (foto). Beliau yang merupakan pemimpin pusat Parti Gerakan, memutuskan untuk keluar dari parti komponen BN itu dengan menuding jari ke arah UMNO, yang menurutnya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut. Keputusan mengejut itu diumumkan Dr Hsu ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di parlimen pada 8 Mac 2008. Senario yang berlaku ini jelas sekali merupakan satu tamparan hebat kepada kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak sebenarnya. Dalam pada beliau begitu berbangga dan seronok atas kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil kali ini, tiba-tiba pula ada pemimpin BN yang meninggalkan pakatan karat itu. "Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini."Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni UMNO lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. "Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini). "Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan. "(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi UMNO dalam setiap perkara dalam perikatan (BN)," katanya lagi. Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada capai ideologi politiknya.

[Disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah negara berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini. "Meskipun cuba untuk bertindak dari dalam sejak berdekad lamanya, Gerakan semakin berjauhan daripada mencapai cita-cita ini," katanya. Malah kata Dr Hsu, selepas tiga tahun pilihan raya umum 2008 beliau merasakan tidak banyak dicapai dalam polisi ke arah menyatukan rakyat dan menyediakan peluang saksama kepada semua kecuali hanya kenyataan-kenyataan retorik. "Saya merasakan sia-sia bagi saya untuk cuba berjuang dari dalam sistem itu sendiri," katanya lagi. Berikutan keputusan hari ini, Dr Hsu juga berkata beliau tiada hasrat untuk sertai mana-mana parti politik. "Tetapi akan terus suarakan menerusi tulisan dan blog mengenai kepentingan bina masyarakat adil dan saksama," tambahnya lagi]. malaysiakini

Kenyataan Nazri Aziz Bahawa Proses Pilihan Raya Di Negara Ini Adil Hanya Berasaskan PRU12 Amat Memalukan Seluruh Rakyat Malaysia Sebenarnya

Posted: 08 Mar 2011 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (foto) berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain. Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini. "Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi. "Ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) mengenai benarkah proses pilihan raya di negara ini tidak dijalankan secara adil seperti yang didakwa oleh pembangkang.

[Agak menghairankan bila semakin ramai pemimpin UMNO BN yang melihat pilihan raya di negara ini adil hanya kerana melihat ada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh pembangkang di negara ini. Keadilan bukan dilihat kepada kemenangan sebenarnya. Keadilan itu perlu dalam konteks yang lebih luas seperti penipuan undi pos, pengundi hantu, penggunaan jentera kerajaan, kawalan media arus perdana dan banyak lagi. Kawasan yang dimenangi oleh pembangkang itu pun sebenarnya penuh dengan penipuan. Namun, suara rakyat untuk berubah mengatasi suara penipuan yang mahu dilakukan itu. Nazri harus sedar, jika pilihan raya itu adil di Malaysia maka sudah pasti Kerajaan Pusat yang ada sekarang sudah bertukar kepada Pakatan Rakyat sebenarnya. SPR berlaku tidak adil bila membuat begitu banyak penambahan kawasan parlimen di Sabah dan Sarawak untuk memastikan BN terus berkuasa. Itu pun jelas dilihat tidak adil, sedangkan di Semenanjung mereka sebenarnya sudah pun tinggal "nyawa-nyawa ikan". Mujurlah "talian hayat" yang di buat oleh SPR itu menyelamatkan BN untuk terus berkuasa. Nazri tidak wajar melihat keadilan berasaskan kepada kemenangan yang dicapai oleh pembangkang di sesetengah kawasan itu].

Galeri Foto Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau Siri II

Posted: 08 Mar 2011 02:47 AM PST

PRK Kerdau: Kenyataan Ketua AMK Kota Raja & YB Leong Ngah Ngah ADUN Triang Daripada DAP

Posted: 08 Mar 2011 02:15 AM PST



Tiada ulasan: