Khamis, 31 Mac 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Fasik?? Ha... ha... bolayan mereka!!

Posted: 31 Mar 2011 07:45 AM PDT


Yang kita tunggu-tunggu dah kedengaran dah.... Nun di Perlis, Muftinya sudah bersuara. Nun di Selangor juga kedengaran bunyi suara Muftinya. Aha... di Kelantan pun kedengaran juga. At last.... kata omputih.

Bravo!! Syabas kerana berani menyuarakan yang benar tentang kemelut fitnah video seks yang kononnya membabitkan Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan sesuatu dakwaan terhadap seseorang individu, apatah lagi sekiranya berita itu disampaikan oleh golongan fasik, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

"Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.

"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti." katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong empat saksi yang adil kerana jenayah bagi kesalahan berzina amat berat.

"(Jadi), kalau ada tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya.

Setakat ini, Dr Juanda adalah mufti terawal di Malaysia yang tampil menyatakan pendiriannya berhubung isu video seks palsu yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad turut mengikut jejak langkah yang sama. - Keadilan Daily.

Hello.... !! Assalamualaikum... Ada orang di 'rumah'??

Mana pulak Tok Mufti negeri tanah tumpah darahku, Perak Darul Kartun?? Lambatnya jawab salam??

Assalamualaikum Tok....?? Sore throat ke?? Suara tak boleh kuar, ek?? Aaaikkk.... mengeluarkan fatwa pasal poco-poco jelas suaranya. Tapi.... when it comes to hal sensasi fitnah ni, hilang pulak suaranya??

Wa'alaikumussalam.... Mahap ler. Bukan tak bersuara tapi kena tapis.Tak caya kalu baca sini.

Ooo... patutler suara dia tak kedengaran. Rupanya udah ditapis oleh Utusan Meloya. Takut.... ek?? Takut suara si Harussani akan menjejaskan konspirasi porno golongan fasik yang nak kenakan Anwar??

Ek ele.... teruknya perangai Utusan Meloya. Haprak!! Patutler tak laku. Tak beretika dan tak profesional langsung. Intergriti... lagi ler tak der.

Tak per.... No hal punyer. Suara mereka yang lebih berintegriti sudah kita dengar. Rasanya, 3 Mufti tadi lebih berwibawa.

Oleh itu, dengar nasihat pakar. Tolak jer
fitnah puak-puak fasik tu. Sekian terima kasih.

Cekap. Telus. Bersih. Itu kita!!

Posted: 31 Mar 2011 05:19 AM PDT


Kata Piem 1Mehsia....

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat mengharapkan bukan hanya pembangunan sahaja, tetapi sebuah kerajaan yang mampu mentadbir dengan cekap, telus dan bersih yang boleh dianggap sebagai tadbir urus yang baik.

Najib berkata, jangkaan rakyat dan juga sikap mereka terhadap pemimpin dan kerajaan sudah berbeza.

Menurutnya, sebab itu ukuran untuk menjadi pemimpin hari ini adalah lebih tinggi kerana dahulu maklumat tidak mudah diperoleh berbanding kini rakyat lebih berpendidikan dan memperoleh maklumat lebih.

"Hari ini apapun kita nak sembunyi akhirnya akan timbul juga, orang akan tahu juga. Jadi, kita sebagai pemimpin mesti sedar (dan) kena buat perubahan pada diri kita... penyesuaian. [Terus baca di sini]

Aha.... betoi.... betoi... Aku setuju 110%. At last, Piem 1 Mehsia akui juga kelemahan mereka dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Selama hampir 54 tahun UMporNO/BN memerintah, rakyat hanya disogokkan dengan pembangunan sebagai kayu ukur kejayaan mereka. Tetapi.... berapa banyak pula duit rakyat yang mereka gunakan sebagai kos bagi menyediakan pembangunan itu??

Aha... di sinilah kelemahan mereka. Dalam bab penggunaan dan pengurusan duit rakyat inilah yang mereka amat lemah. Tidak ada ketelusan dan tidak ada akauntabiliti langsung. When it comes to $$$$$ mereka gelap mata. Mereka hanya mahu menjadi kaya raya. Projek-projek pembangunalah yang menjadi lubuk kekayaan mereka.

Mana tidaknya.... atas nama pembangunan, kekandang apa yang tidak begitu penting kepada rakyat, dijadikan keutamaan mereka seperti projek-projek mega. Di sinilah berlakunya pembaziran yang amat ketara. Pembaziran berlaku demi mengisi poket para pemimpin UMporNO dan para kroni mereka.

Dalam proses melaksanakan pembangunanlah banyak ketirisan akibat berlakunya gejala rasuah. Lantas, harga sesebuah projek pembangunan or whatever ler.... akan melambung naik berpuluh kali ganda. Ini semua bukan omong kosong tetapi telah dinyatakan dalam Laporan Audit Negara. Bukan sekali tetapi banyak kali dah....

Pelbagai projek yang dilaksanakan oleh kerajaan UMporNO/BN atas nama pembangunanlah yang telah membuka banyak ruang untuk penyelewengan dan salah guna kuasa. Banyak gejala negatif yang dikesan ini, telah tidak diambil tindakan dan disapu di bawah carpet terutama jika ia melibatkan pemimpin UMporNO di peringkat atasan. Ia hanya akan disiasat seandainya, ia sudah tersebar dan terdapat desakan daripada pihak pembangkang.

Betoi apa kata Najib... rakyat bukan bodoh lagi dan maklumat kini boleh diperoleh dihujung jari jer dan ia akan tersebar dengan begitu cepat sekali. Betul..... mana nak sembunyi?? Tapi, banyak gejala rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta ketirisan maha dahsyat yang berlaku, membabitkan para pemimpin kerajaan UMporNO/BN. Itu.... antara sebab mengapa kantung negara semakin ringan dan kempis. Itu baru bab pengurusan kewangan, belum lagi bab pentadbiran.... Ia tidak kurang seriusnya dengan masalan pengurusan kewangan negara.

Walau bagaimana pun.... sejak 4 buah negeri di Mehsia diperintah oleh Pakatan Rakyat, barulah rakyat dapat melihat pemerintahan yang telus, cekap dan bersih. Kesan daripada pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cekap.... terbkuti negeri-negeri tersebut telah mencapai satu tahap yang cemerlang dan membanggakan dalam aspek urus tadbir negeri. Pelaburan dan pendapatan negeri- negeri tersebut, terus meningkat dan hutang mereka kepada kerajaan pusat pun, semakin susut. Tak macam negeri-negeri UMporNO.

Buat apa lagi kita nak terus mengharapkan kerajaan UMporNO yang langsung tidak ada will power untuk berubah. Cakap Piemnya saja gah... Transformasi ler... NKRA ler... bla-bla-bla ler...tapi, pi mai pi mai, dok lagu tu juga. In fact semakin parah. Rasuah semakin membarah... Ketirisan menjadi-jadi... pembaziran berterusan dan salah guna kuasa dan penyelewengan begitu berleluasa.

Oleh itu, usah ler labun kuat sangat weh oi. Menyampah orang mendengarnya. Terang lagi bersuluh... pemerintahan dan urus tadbir Pakatan Rakyat jauh lebih baik dan diyakini daripada kerajaan 1 Mehsia UMporNO/BN.

UMporNO/BN FAILED!!!

CHANGE NOW. SAVE MALAYSIA!! Jom bersama Pakatan Rakyat!!

Tiada ulasan: