Anak Sungai Derhaka |
- Taib Mahmud buat-buat lupa atau sudah nyanyuk?
- UMNO Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan
- Ini bukan Video Lucah..
- Imej satelit buktikan Taib bohong!
- BN diramal hilang banyak kerusi di Sarawak.
- Saya Bersih - Kata Rahim Tambi Chik..
- ‘Orang politik ini memang kuat bohong’.. err macam saya..
- Video Lucah : Harussani bukan 'Syaitan yang Bisu'..
- Rampas 9 Kerusi, ‘angan-angan Mat Jenin’ BN Selangor..
- PKNS dikritik lagi..
- Sarawak! Cuba dulu baru tahu, pilih Pakatan tolak BN
- Video Lucah : Hentikanlah kenyataan Bodoh itu Eskay..
Taib Mahmud buat-buat lupa atau sudah nyanyuk? Posted: 31 Mar 2011 07:48 AM PDT Taib Mahmud kini kelihatan terdesak dan terpaksa memilih untuk mempertahankan maruah dirinya menjelang kempen pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Ini adalah kerana dia cuba membidas tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang mengenai pelbagai kesalahannya seperti rampasan tanah, rasuah, nepostism dan menyalur keluar kekayaan Sarawak kepada bank-bank, perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat hartanahnya di luar negara. Para penasihatnya telah membuatnya menghadapi dan menjawab segala isu yang dibangkitkan bagi memulihkan kepercayaan para pengundinya yang kini kian marah. Suatu dari kaedah yang telah mereka laksanakan, yang dikenali sebagai'perang cyber', adalah mempersembahkan beberapa siri tayangan video (yang disunting semula sebegitu rupa) temubual di mana dia menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh beberapa orang pemberita (termasuk seorang pemberita yang dibawa khas dari luar negara oleh syarikat PR). Kemudian liputan itu diterbitkan di dalam kebanyakan laman-laman web baru BN dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat Lebih baik mendiamkan diri? Namun si atuk ini sering kelihatan tidak selesa dengan peranannya semasa menjawab soalan-soalan yang 'sukar yang menyentuh perkara-perkara yang sepatutnya dielakkannya seperti penghutanan semula, kekayaannya dan masalahnya dengan pemilik-pemilik tanah orang-orang peribumi – dan apa yang kita dapati akhirnya, adalah suatu kesilapan yang amat memalukan. Dalam pengakuannya yang terkini Taib sekali lagi telah kelihatan berusaha untuk menamatkan dakwaan-dakwaan terhadapnya bahawa anaknya telah memperolehi segalanya hasil dari wangnya sendiri dan juga dari peluangnya selaku seorang ahli politik. Namun alasan-alasannya yang tak masuk akal ini telah menimbulkan keraguan bahawa dia seorang yang pelupa dan semakin nyanyuk: "Anak-anak saya semuanya berpelajaran tinggi, mereka telah menjalankan perniagaan mereka di luar negara. Saya terpaksa melakukan perniagaan di luar negara sejak 30 tahun lalu. Alasannya mudah sahaja kerana saya tidak mahu perniagaan saya itu bercanggah dengan kepentingan tugas harian saya, yang akan menghantui saya. [Jika] saya berniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, maka kami berniagalah di luar negara" Apa yang orang tua itu telah lupa, tetapi kebanyakan penduduk Sarawak tidak, bahawa keluarga, khasnya anak-anaknya, SEMEMANGNYA memiliki bilangan perniagaan yang terbanyak di negeri Sarawak. Kebanyakan dari perniagaan mereka adalah merupakan perniagaan yang 'diswastakan' dari kerajaan Negeri Sarawak yang diberikan oleh Taib Mahmud sendiri dan beliau sentiasa mempastikan bahawa kontrak-kontrak besar kerajaan akan 'dilaksanakan' oleh perniagaan keluarga beliau. Bermula dengan CMS, dan kini ke Titanium Management! Inikah maksud "tiada perniagaan di Sarawak"? Perhatikan nama siapa dan anak siapa yang tertera di dalam kotak merah!! Penemubual yang 'jinak', yang diterbangkan khas dari UK itu, bukan diupah untuk bertanyakan soalan-soalan susulan, jika tidak, maka dia akan bertanya, "Bagaimana pula dengan CMS dan Titanium Management?! " Cahaya Mata Sarawak kini merupakan syarikat terbesar di Sarawak dan merupakan perniagaan utama di Malaysia – terlibat dalam urusniaga dari pembinaan bangunan hingga ke perbankan. Siapakah pemegang utama saham-saham mereka? Mereka sebenarnya, adalah, ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sendiri. Sebenarnya menurut Laporan Tahunan bagi tahun 2009 yang diterbitkan secara on-line, pemegang terbesar ke atas saham-saham dalam CMS yang telahpun meninggal dunia – adalah mendiang isterinya, Laila! Laila memegang 11.23% saham-saham di syarikat itu yang bernilai RM94 juta. Dua orang lagi pemegang saham-saham terbesar adalah anak-anak lelakinya, Abu Bekir dan Sulaiman, diikuti anak-anak perempuannya, Jamilah dan Hanifah, yang sama-sama memiliki syarikat Majaharta. Apakah maksud Taib dengan menyatakan bahawa beliau dan anak-anaknya hanya berniaga di luar negara sahaja? Dan adakah beliau mengharapkan bahawa para pengundinya menganggap arwah isterinya yang pernah memegang saham terbanyak dalam CMS dahulu itu hanya dongeng atau fitnah semata-mata? Taib telah 'menswastakan' banyak perniagaan milik negeri ini kepada CMS miliknya itu sebaik sahaja beliau memerintah. Begitu juga, beliau telah menswastakan suatu monopoli perniagaan kerajaan negeri yang melibatkan pengeluaran lesen-lesen perkapalan kepada sebuah lagi syarikat keluarganya, Achi Jaya (yang dikendalikan oleh adiknya, dan juga selaku rakan-niaganya, Onn Mahmud). Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI... |
UMNO Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan Posted: 31 Mar 2011 06:31 AM PDT SHAH ALAM 31 MAC : Sikap membelakangkan peranan dan teguran dari mufti dan pemimpin agama jelas menunjukkan wajah sebenar Umno dalam meneruskan kelangsungan politik mereka yang kian dilupakan rakyat, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty. Menurut Muhammad, walaupun teguran dan peringatan telah diberikan dari kalangan ahli agama kepada parti pemerintah namun sikap tidak ambil pusing yang dipamerkan membuktikan, pimpinan Umno-BN hanya mendokong agama apabila ia selari dengan agenda mereka. "Mereka hanya memperalatkan mufti, mereka tidak menghormati mufti pada hakikatnya, apabila kepentingan mereka memihak kepada politik, mufti tidak digunakan, apabila kepentingan dari segi agama, (barulah) mufti diutamakan," katanya. Muhammad berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan pendedahan rakaman video seks yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaibkan Ketua Pembangkang itu kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. Pendedahan mengenainya dibuat oleh tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" pada 21 Mac lalu. Mereka terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Shuib dalam perkembangan terbaru mengakui bahawa beliau bertanggungjawab dalam pendedahan video seks fitnah ke atas Anwar. Selain Harussani, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga menggesa umat Islam menyiasat dahulu akan kesahihan klip video 21 minit itu sebelum membuat tuduhan membuta tuli dan menjatuhkan maruah individu lain. "Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu. "Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti,"kata Dr Juanda yang dipetik dari portal Malaysiakini. Mengulas kenyataan mufti yang tidak mendapat respon balas dari pimpinan Umno-BN, Muhammad berkata, ia perbuatan normal bagi mereka yang hanya mengejar kekayaan dunia, pangkat dan darjat sehingga sanggup melakukan apa jua untuk menjatuhkan seteru mereka. "Mereka tahu Anwar tidak melakukan perkara itu, tetapi oleh kerana mereka rakus dengan politik untuk menjatuhkan karier poltik Anwar di bumi Malaysia, memang Umno tidak kisah dosa pahala demi kepentingan kegelojohan, ketamakan dan kerakusan politik, mereka sangup buat apa sahaja," katanya. Muhammad turut menyatakan kekesalannya terhadap media di negara ini yang dilihat semakin terhakis ketelusannya apabila hanya memberi liputan yang memihak kepada parti pemerintah. "Media itu tidak lagi menjunjung kebenaran, media bukan lagi alat untuk memperkatakan lagi kebenaran, sebaliknya ahanya menjadi alat kepada warga politik Umno yang rakus, inilah hakikatnya di negara kita sekarang, ianya amat mendukacitakan,"tambahnya lagi. TVS News |
Posted: 31 Mar 2011 05:46 AM PDT Ini bukanlah video lucah yang telah diterbitkan oleh Three Stooges itu tapi video yang telah dilancarkan oleh DAP sempena kempen pilihanraya negeri Sarawak.. Kuasa rayat nadai ulih dialah ka nuan, Aku ulih nyadi BESAI.. he..he.. bukan typing error tu.. tapi Bahasa Iban.. UBAH vs Taib (Video kempen) |
Imej satelit buktikan Taib bohong! Posted: 31 Mar 2011 03:34 AM PDT Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik. Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei. Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain. "(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak," lapornya. Ketika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay. Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik. Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland. Malaysiakini |
BN diramal hilang banyak kerusi di Sarawak. Posted: 31 Mar 2011 01:31 AM PDT Satu ramalan yang akan membuatkan Najib dan Muhyiddin semakin gelabah.. dulu ramalan Daim ni tentang Pulau Pinang, Selangor dan Kedah adalah tepat.. KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini tetapi boleh kekalkan majoriti "selesa." "Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang," kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini hari ini. Pada akhir 2007, bekas menteri kewangan dan bekas bendahari agung Umno itu telah meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan menerima nasib seperti Kelantan yang dikuasai PAS pada 1990. Ramalan itu menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang termasuk Perak dan BN kehilangan majoriti tradisi dalam pilihan raya umum 2008 yang disifatkan sebagai tsunami politik. Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan bulan depan dengan hari pengundian jatuh pada 16 April manakala penamaan calon 6 April. Awal minggu ini, Daim meramalkan bahawa BN akan mencatatkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan tahun ini, tetapi pastinya tidak lebih buruk berbanding kedudukan tiga tahun lalu. Hari ini, Daim juga berkata hasrat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri adalah langkah baik kerana tiada pemimpin yang harus berada dalam kuasa begitu lama. "Anda lihat apa yang berlaku ke atas Mubarak, apa yang berlaku di Tunisia. Dia mesti tahu bila (untuk pergi)," kata Daim lagi. "Jangan kata anda tidak boleh temui seorang pengganti. Itu bukan kesnya," kata beliau lagi. Malah kata beliau, bukan kerja Taib untuk memilih pengganti yang sesuai memandangkan perkara itu seharusnya diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Taib yang genap 30 tahun menjadi ketua menteri 26 Mac lalu, baru-baru ini mengumumkan akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri Sarawak. Pakatan Rakyat dijangka memfokus kepada soal rasuah dan dakwaan salah guna kuasa yang dipercayai boleh menjejaskan sokongan kepada BN di kawasan-kawasan bandar khususnyua pengundi Cina. Bagaimanapun pembangkang sangsi orang kuat BN akan mengotakan kata-katanya dan kata mereka, jika beliau jujur seharusnya melepaskan jawatan sebelum pilihan raya negeri. The Malaysian Insider |
Saya Bersih - Kata Rahim Tambi Chik.. Posted: 31 Mar 2011 12:00 AM PDT Rahim Thambi Chick kata dia bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara. he..he..he.. Siapa percaya?? Tak apa kalau korang percaya baca dulu kenyataan dia kat bawah ni.. habis baca kenyataan tu korang baca dan fahamkan apa yang aku paste selepas kenyataan dia tu.. 'Diri saya bersih' PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Rahim Chik mempertahankan dirinya bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara. Beliau menyerang musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang lain dan blogger yang membuat serangan peribadi terhadapnya. Bekas ketua menteri Melaka itu memberi amaran keras kepada Anwar, pemimpin pembangkang dan Umno serta blogger akan mengambil tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan peribadinya. Beliau berkata, peguamnya sedang meneliti setiap ucapan pemimpin politik dan tulisan blogger berkenaan. "Anwar yang didakwa di mahkamah dianggap sebagai hero manakala saya dianggap sebagai penjenayah. "Mereka telah membuat serangan peribadi terhadap diri saya walaupun saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur petang semalam. Anwar kini sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan melakukan liwat. Abdul Rahim mengaku beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang dlebih dikenali dengan Datuk T mengatur menayangkan video seks yang didakwa dilakukan Anwar kepada wartawan dan ahli politik pembangkang. Kes itu kini sedang disiasat oleh polis setelah Anwar membuat laporan polis. Ketiga-tiga mereka telah diambil keterangan oleh polis berhubung pembabitan mereka dalam video seks tersebut. Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain telah mengadakan ceramah menghentam Abdul Rahim ekoran penerbitan video seks tersebut. Ketua umum PKR mendakwa, Abdul Rahim berdendam kepadanya kerana terpaksa meletakkan jawatan ketua menteri Melaka pada 1994 kerana didakwa dalam salah laku seks. Abdul Rahim berkata, tidak boleh membuat dakwaan terhadap dirinya semata-mata berdasarkan khabar angin. "Tetapi mereka membuat tuduhan itu semata-mata berdasarkan khabar angin untuk mengaibkan saya. "Untuk membuat dakwaan, kamu mesti mempunyai bukti, bukan berdasarkan khabar angin. "Orang yang tidak ada maruah sahaja yang buat macam ini. Saya telah menjadi mangsa" katanya.- Free Malaysia Today Cuba korang baca yang ni pula.. IN THE HIGH COURT OF MALAYA AT MELAKA CIVIL SUIT NO OF 1985 BETWEEN JOSEPHINE DORIS NUNIS ... PLAINTIFF AND DATUK SERI RAHIM THAMBY CHIK ... DEPENDANT STATEMENT OF CLAIM 1. The plaintiff is a spinster residing at No. 33 N, Jalan Bandar Hilir, Melaka. 2. The dependant is the Chief Minister, Melaka. 3. The plaintiff first met the dependant at Melaka Straits Inn in early 1982. The plaintiff was then working at the Melaka Strait Inn as a hostess. 4. The dependant befriended the plaintiff and used to take her out to various places including Federal Hotel Kuala Lumpur, Ming Court, Port Dickson, Banglo Kerajaan, Tanjung Kling, Melaka, the dependant's residence at Paya Ikan and Masjid Tanah, Melaka. 5. In early 1982 and on several occasions thereafter the dependant promised to marry the plaintiff. 6. In reliance upon the said promises, the plaintiff allowed the dependant to have the sexual intercourse with her on various occasions at the places mentioned in paragraph 4 herein. 7. In August or September, 1982 the dependant requested the plaintiff to resign as hostess. The plaintiff duly complied with the request. 8. The dependant presented the plaintiff with a diamond ring, a watch and a camera. 9. On or about 10th March 1984 the dependant broke off from the plaintiff without any reasonable cause. A few months later the plaintiff saw the dependant at his office and requested him to keep his word by marrying her. However, the dependant refused to relent. 10. The plaintiff was ready and willing to marry the dependant. However, in breach of his promises to marry the plaintiff, the dependant has refused to marry her. 11. As a result of the dependant's acts, the plaintiff has suffered humiliation and mental anguish and has suffered loss and damage. WHEREFORE the palintiff prays for:- (a) Damages; (b) Costs and (c) Any further or other relief deemed fit and proper by the Honourable Court. Dated this 12 day of September, 1985. (Signed) Solicitors for the plaintiff This statement of claim is filed by Messrs Karpal Singh & Co., solicitors for the plaintiff abovenamed, whose address for service is at No. 67, 1st Floor, Jalan Pudu lama, Kuala Lumpur. Nota: Apa yang terjadi akhirnya ialah Josephine telah mengambil keputusan untuk membatalkan samannya kerana 'tidak mahu mengambil tahu dan campurtangan dalam hal politik'. Anda fikirkan... |
‘Orang politik ini memang kuat bohong’.. err macam saya.. Posted: 30 Mar 2011 09:21 PM PDT Ini adalah contoh perbuatan menampar air di dalam dulang.. boleh jadi dia terlupa bahawa dia sendiri adalah Ahli Politik.. KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, salah seorang "Datuk T" meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sebagai "pembohong" kerana masih menafikan dakwaan rakaman video seks yang didedahkan minggu lalu. Bercakap pada satu majlis tertutup anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara di sini malam tadi, bekas ketua menteri Melaka itu berkata, walaupun sudah ada bukti namun Anwar tetap menafikan pendedahan tersebut. "Sudah ada bukti tapi masih kata mirip saya, orang politik ini memang kuat berbohong. "Sudah jelas dia (Anwar) masih kata mirip saya dan bukan saya," kata beliau. Bagaimanapun ketika ditemui selepas itu, Abdul Rahim enggan memberikan sebarang komen berhubung rakaman video seks itu dengan alasan ia sudah menjadi kes polis. Selain Abdul Rahim, kumpulan Datuk T juga terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Trio tersebut telah menggemparkan negara awal minggu lalu apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media di Carcosa Seri Negara. Rakaman video seks itu didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Anwar dengan pelacur dari China. "Ia sudah sampai kepada polis, biar polis yang siasat. "Kita biarkan polis jalankan tugas, saya tidak mahu komen," kata bekas ketua Pemuda Umno ini, salah seorang pemimpin Umno "Team Wawasan" pada pemilihan parti itu tahun 1993. Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. Polis juga telah menubuhkan pasukan khas menyiasat kes tersebut. Ketika ditanya mengenai dakwaan bekas pengarah siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain yang mengatakan beliau kemungkinan tidak akan didakwa dalam kes pendedahan rakaman video seks itu, Abdul Rahim berkata, ia terserah kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menentukannya. "Saya tidak tahu, itu adalah kuasa AG (peguam negara)," katanya. Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dua hari lalu, Mat Zain berkata, beliau tidak melihat Abdul Rahim akan didakwa memandangkan keputusan itu akan membabitkan Peguam Negara. Pandangan itu dibuat berdasarkan pada perkembangan tiadanya tindakan Peguam Negara ke atas Abdul Rahim berhubung kes rasuah pada 1999. "Siasatan ini akan dikendalikan oleh Abdul Gani kemudian selaku Peguam Negara. DI peringkat itu dijangkakan akan ada manipulasi, penyelewengan dan pemalsuan," kata beliau. Minggu lalu, Abdul Rahim mendedahkan bahawa beliau bersama Shazryl dan Shuib bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan. Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung video itu, yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media. The Malaysian Insider |
Video Lucah : Harussani bukan 'Syaitan yang Bisu'.. Posted: 30 Mar 2011 08:10 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. "Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan. "Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya. Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. "Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. "Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya. Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu. Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali. Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut. Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar. Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina. "Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan. "Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video. "Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya. Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku. "Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku. "Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain," katanya. Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik "Datuk T" tidak boleh dijadikan bahan bukti. "Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka. "Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat," katanya. Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu. "Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak. "Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum," katanya. Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi. "Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan," katanya. Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan. Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu. Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis. The Malaysian Insider |
Rampas 9 Kerusi, ‘angan-angan Mat Jenin’ BN Selangor.. Posted: 30 Mar 2011 07:58 PM PDT SHAH ALAM – Usaha Barisan Nasional (BN) untuk kembali berkuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan merampas sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hanya sekadar 'angan-angan Mat Jenin'. Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mencerminkan BN dan UMNO Selangor terus menerus menyalurkan maklumat tidak tepat dan tiada berasas kepada pemimpin mereka. "Ini merupakan sindrom sama berlaku pada UMNO Kelantan apabila pemimpin tertinggi mereka sejak dari zaman Tun Dr Mahathir diberikan harapan palsu yang UMNO boleh merampas kembali Kelantan tetapi tidak berlaku sejak 20 tahun kebelakangan. "Di Selangor, harapan yang dibayangkan ternyata tidak mencerminkan apa yang berlaku di peringkat akar-umbi kerana sejak PR mengambil-alih Selangor pada tahun 2008, tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan ini semakin meningkat," katanya. Roslan berkata, tidak mustahil sehingga ke penghujung penggal nanti rakyat Selangor akan kembali bangkit dan memberikan majoriti yang jauh lebih besar kepada PR berbanding PRU lalu. Beliau berkata, di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco berwibawa dari Pas, PKR dan DAP, rakyat Selangor melihat sendiri satu gaya kepimpinan telus, bersih dan ikhlas, yang mereka idamkan sejak BN berkuasa dahulu. "Program yang menekankan kepentingan dan kebajikan rakyat umpama program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ternyata memberi kesan langsung kepada rakyat lantas melonjakkan tahap kepuasan hati mereka tadi. "Rakyat dapat merasakan sendiri betapa nasib dan kebajikan mereka lebih terbela, dan betapa pemimpin politik dari parti pemerintah lebih dekat dan mesra pada mereka, sesuatu yang asing di Selangor satu ketika dahulu," katanya. Dalam pada itu katanya, berdasarkan perkembangan terkini dan isyarat dari akar-umbi, Pas Selangor yakin dapat memantapkan kedudukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menambah sekurang-kurangnya lapan kerusi. "Pas akan menambahkan sekurang-kurangnya lapan kerusi lagi antaranya termasuklah DUN Seri Serdang yang diwakili Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang menang dengan majoriti tipis 45 undi. "Kerusi-kerusi lain termasuklah DUN Sabak, Sg Air Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras," katanya. Sinar Harian |
Posted: 30 Mar 2011 07:46 PM PDT SHAH ALAM -Barisan Nasional (BN) semalam mendedahkan perbelanjaan tidak terkawal termasuk sikap tidak percaya terhadap kakitangan yang didakwa dilakukan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, beliau difahamkan bahawa PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS. "Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri. "Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan bayaran RM20,000 sebulan. Ia tidak lagi termasuk pelantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan. "Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar," katanya. Abdul Shukor turut mempersoalkan pelantikan seorang perunding pembangunan hartanah yang dikenali sebagai Dr. Armen selama enam bulan dengan bayaran RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya. "Pelantikan pegawai kontrak termasuk Pengurus Besar PKNS sendiri dilihat memberikan kesan besar kepada anak syarikat itu memandangkan mereka ini tidak biasa dan berpengalaman dengan peraturan kewangan kerajaan. "Kecenderungan membelakangkan peraturan tersebut dilihat telah diterima pakai oleh PKNS atas alasan kecekapan dan pentadbiran 'ala korporat' . "Namun, laporan dan penemuan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor sebelum ini mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas," katanya. Sinar Harian |
Sarawak! Cuba dulu baru tahu, pilih Pakatan tolak BN Posted: 30 Mar 2011 09:54 AM PDT Oleh Idris Ahmad Bagi Peluang Pakatan Perintah Dulu Baru Boleh Buat Tuduhan PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat. Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin Umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali, berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat. Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan. Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli. Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. PAS hendak mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini. Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020. PS: Mengapa Umno/BN takut dengan Pakatan Rakyat? Salah satu sebabnya ialah pemimpin Umno/BN takut segala pembohongan mereka selama ini yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak pandai memerintah akan terbongkar dengan sendirinya apabila rakyat sendiri melihat janji 100 hari Pakatan Rakyat menjadi kenyataan. Sebab itulah mereka sekarang ini merasa gelabah dan mulalah mereka berjanji dengan rakyat bahawa mereka sajalah yang pandai perintah Malaysia ini, sekiranya Umno/BN kalah dalam PR13 nanti Malaysia akan jadi bankrap dan semua pembangunan akan lupus, kita semua akan kembali kezaman batu. Sekarang pemimpin Umno/BN datang ke Utara Sarawak dengan janji pilihanraya mereka untuk membina lapangan terbang di Lawas. "Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian istimewa terhadap permohonan bagi pembinaan lapangan terbang baru di Lawas, daerah yang paling utara di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini." Sudah pasti penduduk Lawas gembira dengan janji TPM ini sebab setelah 47 tahun BN perintah Sarawak baru sekarang nak buat Airport diutara Sarawak, buat apa buat airport banyak2 sedangkan banyak lagi penduduk di Sarawak ini hidup dalam kemiskinan, penduduk miskin mana mungkin mampu nak menggunakan pesawat tersebut bila terbina nanti, yang untung dengan projek ini sebenarnya adalah kroni2 BN bukannya rakyat Sarawak. Kita bukan menentang pembangunan tapi seperti kata PM "Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan" apa makna semua ini kalau rakyat masih hidup dalam keadaan susah sedangkan semua ini tidak memberi keuntungan pada rakyat marhean. Zaman yang mengatakan hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu untuk memerintah negara sudah berakhir dan tidak sesuai lagi digunakan dalam waktu kebelakangan ini. Jadi fikir2lah wahai rakyat Sarawak. Bagilah peluang pada PAS dan PAKATAN perintah dulu baru kita buat penilaian samaada janji mereka benar atau tidak. Umno/BN sudah perintah Malaysia lebih daripada 50 tahun tapi rakyat masih ramai lagi hidup dalam kemiskinan dan kesusahan sedangkan pemimpin Umno/Bn hidup dalam kemewahan dan kesenangan diatas kesusahan rakyat yang setia menyokong mereka selama ini. Sekarang masanya untuk rakyat Malaysia bersama-sama bersedia untuk berubah dan menerima pemerintahan baru yang berkebajikan untuk rakyat semua. Bah mari kita pakat2 sokong PAS dan PAKATAN RAKYAT agar kehidupan kita lebih baik dari pemerintah UmnoBN. Selamat berjuang pada PAS dan PAKATAN RAKYAT. |
Video Lucah : Hentikanlah kenyataan Bodoh itu Eskay.. Posted: 30 Mar 2011 09:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Mac – Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi "Datuk T" Datuk Shazryl Eskay Abdullah amaran supaya berhenti daripada membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan mengenai perjalanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ke Thailand atau ke mana-mana bahagian di dunia ini. Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga "Datuk T" mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu. Dua "Datuk T" ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. R. Sivarasa berkata tiada pihak yang waras sanggup menjawab persoalan-persoalan sedemikian, yang seolah-olah memperlihatkan keberanian ahli perniagaan itu. "Begitu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinasihatkan supaya tidak respons kepada kebodohan Eskay," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini. "Jika Eskay ada dakwaan khusus untuk dibuat, maka dia harus membuat dan (harus) menghadapi kesannya, perundangan ataupun sebaliknya," kata beliau lagi. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata Shazryl Eskay nampaknya menikmati manfaat daripada imuniti disediakan Barisan Nasional (BN) daripada dakwaan jenayah meskipun secara terbuka mengaku melakukan jenayah memiliki video lucah dan mempertontonkannya kepada umum. "Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas," kata beliau lagi. Blog Kickdefella memetik Shazryl Eskay berkata beliau mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar, Ketua Umum PKR sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai "anugerah Allah." Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah "pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?" "Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya" kata Shazryl Eskay dipetik blog tersebut. "Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog," kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif. "Saya tidak takut kepada Anwar…" akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan