A Mum Of Three Mohd |
- Sebab tu jangan biarkan... Tolak mereka!!
- Mak aaihh.... 12 juta, Din oooii!!
- Jangan undang bala. Tolak jer...
- Syuuuhh.... Jangan kacau tanah kami!!
- Kerajaan 'Exhaust Pipe'
- Guillotine buat Anwar
- Misi belum selesai...
Sebab tu jangan biarkan... Tolak mereka!! Posted: 15 Mar 2011 07:30 AM PDT Anwar gesa kerajaan wujud prosedur kewangan agih peruntukan negeri SHAH ALAM: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mewujudkan ketetapan pengurusan dana dan prosedur kewangan oleh kementeriannya supaya peruntukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak didiskriminasi. Demikian saranan Anwar sekaligus menyifatkan tindakan kerajaan itu menyebabkan konsep federalisme kian terhakis ekoran beberapa negeri di bawah PR hanya menerima peruntukan kecil walaupun menyumbangkan sejumlah besar hasil negeri. "Contohnya Selangor yang menyumbangkan sebanyak RM16 bilion setiap tahun tetapi hanya diberi pulangan daripada kerajaan Persekutuan RM400 juta sahaja. "Perkara ini diberitahu oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang membandingkan peruntukan diterima negeri itu sebelum ini di bawah Barisan Nasional (BN) yang berlipat kali ganda," kata Anwar pada sidang media di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini pada program Wacana Ekonomi 'Federalisme – Keadilan dalam pengagihan kekayaan negara'. Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata, tiada pertikaian untuk pembahagian mengikut kepentingan dan keperluan negeri tetapi yang dipertikaikan ialah tidak ada kaedah yang rasional dalam pembahagian tersebut seraya menuntut kerajaan mengadakan dasarnya. "Apabila negeri di bawah PR maka (peruntukan) terus disekat, malah Pulau Pinang juga terima nasib sama yang sama apabila menerima jumlah lebih kecil walaupun sumbangan negeri itu tinggi. "Kita ada usul bukan sahaja kepada negeri Pakatan, tetapi Sabah Sarawak, Kelantan dan Terengganu yang mempunyai minyak dan melibatkan royalti yang perlu diterima mereka," kata Anwar. Tegas Anwar lagi, kerajaan Persekutuan mesti mengambil kira dasar yang rasional dan tidak boleh mengikatnya melalui fahaman politik yang berbeza. "Bukan soal nak ambil kuasa Pusat, tetapi mereka tidak ada kaedah asas yang rasional contohnya hanya 2.9 peratus (peruntukan) kepada negeri Pakatan tetapi negeri di bawah Barisan Nasional menerima peruntukan sebanyak 20 peratus. "Jika negeri miskin dapat lebih tidak mengapa, tetapi Selangor walaupun negeri kaya, tetapi tidak semuanya berpendapatan tinggi seperti Melayu di Sabak Bernam, India di estet dan Cina di pinggir bandar," kata Anwar. [sumber] |
Mak aaihh.... 12 juta, Din oooii!! Posted: 15 Mar 2011 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR 15 MAC : Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini mengemukakan saman berjumlah RM12 juta terhadap ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau turut memberikan tempoh tujuh hari kepada ahli parlimen itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. " Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution atas kenyataan fitnah beliau pada sidang media bertarihk 10 Mac 2011," kata Gobala. Saifuddin minggu lalu menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan penyiasatan segera ke atas Gobala yang mampu membeli tanah berjumlah RM1.4 juta setelah keluar dari PKR. Menurut Saifuddin, adalah mustahil bagi seorang wakil rakyat biasa membiayai pembelian tanah yang begitu lumayan dalam tempoh yang singkat. Gobala didakwa membeli sebidang tanah bernilai RM1.402.250 di Kelantan untuk syarikat Embun Megah Sdn Bhd, yang dimilikinya daripada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Gobala menafikan tuduhan Saifuddin dan mendakwa beliau tidak menandatangani sebarang cek. Beliau sebelum ini keluar PKR atas alasan parti itu sudah hilang arah tuju dan hanya memperjuangkan kepentingan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali serta tidak membantu kaum India di negara ini. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin masyarakat India menyelar Gobala kerana membuat tuduhan berunsur fitnah dan tanpa bukti. Sumber:TVS News |
Jangan undang bala. Tolak jer... Posted: 15 Mar 2011 03:45 AM PDT PM Jepun sahkan radioaktif bocor, paras 'sangat tinggi'Tuuuu dia.... Akibat dan kesan daripada letupan loji nuklear di Jepun. Na'uzubillah.... Pastinya kita tak ingin mala petaka menimpa. Namun... setiap mala petaka, mungkin ada hikmahnya. Allah SWT tidak kejam apabila Dia menurunkan mala petaka, melainkan Dia mahu kita melihat hikmah di sebaliknya. Oleh itu... kita kena muhasabah diri serta ambil ikhtibar daripada apa yang berlaku. Ini merupakan sesuatu yang perlu difikirkan oleh kerajaan Malaysia yang beriya-iya mahu menubuhkan loji nuklear di negara ini. Orang ada loji nuklear.... kita pun nak ada loji nuklear tapi apakah kita sudah benar-benar bersedia?? Mampukah kita?? Buat masa ini perlu sangatkah negara pada loji tenaga nuklear?? Pembinaan loji nuklear bukan perkara enteng dan main-main. Salah percaturan.... padah jawabnya. Kerajaan memperjudikan nasib dan masa depan rakyat, sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Don't play.... play.... This is no joke. Padah komer... padah... Baca sedikit info di sini. Apabila Malaysia berura-ura nak bina loji nuklear di sini, ramai yang skeptikal dan bimbang. Mana tak bimbangnya.... di Malaysia ni, bina stadium.... stadium runtuh, bina makmal komputer.... atap runtuh, renovate parlimen... siling bocor, bina hospital... siling runtuh, bina mahkamah....bocor dan bina flyover... flyover retak. Mengapa semua ini berlaku?? Ini kerana... pembinaanya tidak mengikut spesifikasi dan piawai. Ini berlaku kerana banyak amalan rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang begitu serius di semua peringkat dalam proses pembinaanya. Kos tinggi terpaksa ditampung oleh kontraktor. Jadi... untuk mendapat keuntungan, mereka terpaksa cut kos dengan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi dan piawai yang sepatutnya. Akibatnya.... bangunan runtuh, bocor dan retak. Apabila ini berlaku, mereka memainkan wayang, 'Bangau Oh Bangau'. Kau tunjuk aku... aku tunjuk kau!! Tak accountable langsung!! Sebab itu.... selagi Malaysia diperintah oleh kerajaan yang rasuah, pembinaan loji nuklear ini jangan kita biar dan relakan. Kita tentang habis-habisan. Sebab... jika perkara buruk berlaku, na'uzubillah.... yang akan tanggung kesan dan akibatnya ialah rakyat dan masa depan genarasi kita. Tambahan pulak... keadaan di Malaysia ini belum ler begitu mendesak lagi, hinggakan kita perlukan loji nuklear. Bayangkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Jepun akibat bencana di loji nuklear negaranya. Kita tak mengalami perkara yang sama, bukan?? Apa-apa pun, simpati kita kepada rakyat Jepun. [sumber] |
Syuuuhh.... Jangan kacau tanah kami!! Posted: 15 Mar 2011 01:45 AM PDT Kita orang tak kacau kamu, kamu jangan kacau kita orang!! Jangan kacau tanah kami!! Ha.. ha.. ha... Rupa-rupanya selama ini kerajaan yang kacau penduduk dan pewaris kampung Baru, ek?? Weh... mau tipu Melayu Kampung Baru, ka?? Dulu kata, mereka sudah setuju, rupanya.... TIPU!! Patutler tergesa-gesa nak bentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 di Parlimen. Rupa-rupanya nak menyelesaikan cepat-cepat dan menghalalkan sebuah penipuan terancang, ek?? Syuuhhh....!! Syuuuuhhhh!! Depa tak mau. Jangan kacau!! Ha.. ha... ha... Nong Chik... Nong Chik... Tak dapat Kampung Baru kalu, tak dapat jadi menteri lagi kot?? Itu sebab desperate sesangat. KPI dia bergantung kepada sama ada dia berjaya atau gagal memperdaya waris dan pemilik tanah Kampung Baru untuk melaksanakan projek di bawah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampugbaru 2010. KUALA LUMPUR, 15 Mac — Pemilik tanah Kampung Baru tetap dengan pendirian menentang keras cadangan Putrajaya yang mahu mengadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sambil menyifatkannya sebagai "rompakan secara senyap" untuk mengambil alih tanah penempatan eksklusif orang Melayu. Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya. Salah seorang penduduk yang ditemui, Zauriah Mat Nenggal berkata dia sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Raja Nong Chik untuk diadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini. "Makcik memang tak setuju langsung, rumah mak cik dah dibangunkan janganlah kacau . . . tak akan nak robohkan rumah mak cik, ada otak itu pakailah. Jangan kacau rumah yang bukan hak kamu. [Teruskan membaca di sini] |
Posted: 15 Mar 2011 12:00 AM PDT Aku baca dan aku tergelak guling-guling. F3M kata... apa hal awak ni. Aku jawab... abang bacalah sendiri. Ini penting kerana ada kaitan dengan negara kita. Kerajaan UMNO/BN sudah dapat nama baru. Kelakar... tetapi bertepatan sekali. Kalau dah macam tu... sesuai bebenorlah kerajaan UMNO/BN ini digelor 'Kerajaan 'Exhaust Pipe' Fuiyooo.... desperatenya. Kalau tak der dubur si Sayfool, maka akan goyah dan musnahlah harapan Najib dan UMNO untuk kekalkan kuasa mereka. Hmmm.... jijiknya. Itu... persepsi daripada apa yang Anwar kata. Patutler beriya-iya mereka nakkan DNA Anwar. Very crucial untuk kelangsungan kes mereka. Ha... ha... ha... Kelangsungan kes dubur Sayfool adalah kelangsungan kuasa politik mereka!! Sekarang.... satu kempen akan dilaksanakan bagi counter balik demo puak-puak 'gila bulu' daripada sebelah sana. Yeah!!! Kempen 'DNA' !! Attack mereka pulak!! Baca sini. Aha...bukan DNA Anwar, tetapi... Datuk Najib Altantunya. Sebut betul-betul.... Absorb betul-betul..... Datuk Najib Altantunya. Rakyat nak dengar penjelasan dan penerangan, mengapa DNA Najib tidak diambil dalam kes pembunuhan Altantunya dan mengapa DNA Rais Yatim tidak diambil dalam dakwaan memperkosa amahnya sendiri?? Mengapa mereka beriya-iya menjaga dubur Sayfool hingga mengetepikan prinsip keadilan buat yang tertuduh?? Aaaii... ini mesti ada apa-apa. Oleh itu.... jangan lepaskan peluang. Jika ada kempen DNA ditempat anda... JOM PERGI!! |
Posted: 14 Mar 2011 09:30 PM PDT Zaid mahu Anwar secara sukarela serah sampel DNA-Malaysian Insider Uisy.... nampak sangat Zaid Ibrahim berdendam dengan Anwar, mungkin pasal kemelut pemilihan 2010 dulu kot. Tak habis-habis lagi ke sakit hatinya oi?? Hari ini, Zaid suruh Anwar serahkan DNAnya untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Weh.... gilerr ke?? Ini... ibarat Zaid suruh Anwar bunuh diri sendiri.... huloq tengok dalam guillotine dan suruh orang pancung kepala dia. Itu kerja giler namanya. Orang waras tak buat lagu tu. Orang yang waras akan terus lawan untuk mempertahankan maruah diri. Ya... lawan tetap lawan!! Dia orang buat tuduhan, biar dia buktikan. Pandai bikin konspirasi, pandai-pandailah cari bukti dan buktikan. Weh... yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang. Paham....!! Jangan cuba guna kuasa, tangan ghaib pula. Tak hebat ler... Persepsi orang.... Anwar dianiaya. Untuk menganiaya dia, bukti can be planted dan sekarang apabila pembela berjaya mewujudkan keraguan pada bukti, maka pihak pendakwaler yang kena buktikan sebaliknya. Yang peliknya, mengapa Zaid nak sangat Anwar 'mati'?? Nada dia dah seirama dengan puak-puak sebelah konspirator. Sebab tu... ramai mengatakan dia ni trojan horse. Dia buat dirinya nampak bagus dengan menentang akta ISA, lalu dia tercampak daripada UMNO. Siapa yang lawan ISA akan dilihat sebagai hero. Dia berjaya mempamerkan imej 'hero'. Fulamaak.... masih ingat lagi bagaimana Zaid dipuji dan dipuja jam tu?? Lepas tu, dia masuk PKR. Dalam PKR... dia sengaja buat hal dengan cuba bertindak terlalu ambitious untuk merebut jawatan Timbalan Presiden. Then... dia guna kelemahan pada sistem pemilihan baru PKR untuk tarnish imej PKR. He nampak 'baik' dan PKR nampak 'jahat'. Aha.... strategi nampak menjadi beb!! Fuuuhh... dia ni pandai manipulate keadaan to make himself look good untuk meraih simpati. Then... dia keluar daripada PKR, kononnya dasar dan para pemimpin PKR, cakap tak serupa bikin. Dia tubuh KITA untuk dijadikan platform barunya untuk memporak-peradakan Pakatan Rakyat, yang merupakan ancaman terhebat buat UMNO/BN. Mungkin agenda mereka adalah untuk menghancurkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan PKR sasaran utama. Caranya adalah dengan mewujudkan kesangsian dan rasa kurang percaya PAS dan DAP terhadap PKR dan Ketua Umumnya Anwar Ibrahim. Mungkin PKR dan para pemimpin atasannya sudah nampak gelagat 'kurang sihat' si Zaid semasa berada dalam PKR. Mungkin sifat-sifat 'trojan horse' dalam dirinya sudah mula kelihatan. Sebab itu, dia kurang dipercayai, lantas kurang diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan penting dalam PKR. PKR mungkin takut rahsia parti terbongkar dan ini boleh melemahkan parti. No... No... This cannot happen!! Dalam usaha PKR dan Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya dalam PRU13 nanti.... imej lemah dan kurang upaya ini mesti dihapuskan. Pakatan Rakyat mesti terus kelihatan kuat dan hebat. PKR, PAS dan DAP mesti terus kelihatan hebat!! Namun... tidak dapat dinafikan, pergolakan yang berlaku dalam PKR, sedikit sebanyak, telah menjejaskan imejnya. Dan sekarang.... to add salt to injury... Anwar pulak menjadi sasaran serangan mereka. Melalui perbicaraan Fitnah Sodomi II ini, imej Anwar mahu di'smear'kan seburuk-buruknya. PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR. Jadi... aku tak hairan, jika Zaid boleh mengeluarkan pandangan sedemikian dalam isu DNA ini. Anwar is their number ONE ENEMY. Anwar ialah 'glue' yang menyatukan dan mengukuhkan Pakatan Rakyat. Tanpa Anwar... mereka mengharapkan second wave of tsunami tidak akan melanda mereka dalam PRU13 nanti. Zaid... tolong jangan bercakap pasal moral dan integriti, unless awak dah berdiri depan cermin and really look at yourself in the mirror. I mean really.... really.. really... look at yourself in the mirror. |
Posted: 14 Mar 2011 06:45 PM PDT Apabila saksi pihak pendakwa digerudi hingga timbul kesangsian pada bukti, maka mereka mula gelabah dan tak tentu arah. Apa yang dirancang tak menjadi. Mati.... Mati... Mereka sudah mati akal. Alamatnya... mereka mungkin terpaksa tarik diri. Kes tak menjadi... Kemudian..... macam-macam terjadi. Riuh rendah sana sini... puak-puak berspecies UMNO, desak Anwar serahkan DNA-nya. Kelaku mereka... macam orang gila babi. Tup-tup semalam lain pula jadinya. Pihak pendakwa... ubah strategi. Mereka mahu terus lawan lagi. Setelah affidavit pendakwaan dimanipulasi dan dibocorkan kepada media arus perdana, suara mereka dah lain bunyinya. Mereka mula ada konfiden semula. Pendakwa raya memohon Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mengkaji semula keputusan menolak bukti DNA yang diperoleh polis secara tipu muslihat ketika Anwar ditahan. Mereka juga memohon mahkamah supaya mengarahkan Anwar memberi sampel darah bagi pemprofailan DNA. Mengapa tetiba berubah strategi, sedangkan sebelum ini mendiamkan diri tak mahu mencabar keputusan sang hakim. Aha.... ini mesti ada suara-suara ghaib yang berbisik di telinga agar meneruskan kerja gila ini. Bagi membantu. mereka... maka juak-juak konspirator pun berdemonstrasilah, mendesak untuk mendapatkan DNA Anwar. Ini kelihatan seolah-olah ada satu agenda terancang untuk memberi tekanan dari dalam dan luar agar Anwar tersabit dengan konspirasi yang telah dirancang. Bukankah wayang Fitnah II satu konspirasi politik untuk melenyapkan Anwar dari persada politik negara?? Jadi... suara-suara ghaib itu, pastinya datang dari orang politik. Oleh sebab, Anwar merupakan ranjau bagi kelangsungan politik mereka, jadi 'ranjau' ini mesti dihapuskan. Tak boleh tidak.... Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat, apakah badut-badut yang berlakon dalam Mahkamah Kangaroo 1Malaysia akan berjaya dalam misi untuk memuaskan hati Tuan Politik mereka?? Atau.... mereka pulak yang akan jadi bahan ketawa?? In fact.... sekarang ni pun, wayang yang sepatutnya bergenre 'heavy drama' telah bertukar menjadi komedi.... The whole world is laughing at them!! [sumber] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan