Anak Sungai Derhaka |
- Mahathir Buta Perlembagaan - Aziz Bari
- Chong Wei menang kerana Semangat dari Rosmah??
- Rosmah memalukan Malaysia - Zuraida
- Video Ulasan bodoh Rosmah pasal Tsunami disiarkan CNN pula..
- Jelajah 'Telanjangkan Ummi Hafilda' akan bermula..
- BN Perak salahguna kuasa, SPRM digesa siasat (Video Inside)
- Tuduhan Liwat : Adik Karpal meninggal, Perbicaraan Ditangguh 6 Disember
- Rakyat atau Pemimpin UMNO yang memberontak ni??
- Pemimpin PR Penang! Siapa berjanji dengan mereka ini sila tunaikan!
- Shahrizat masih mendendangkan lagu lama..
Mahathir Buta Perlembagaan - Aziz Bari Posted: 15 Mar 2011 06:35 AM PDT SHAH ALAM: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Beliau mengulas demikian merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan. "Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara' pada program Wacana Ekonomi di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini. Aziz berkata, Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan. "Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini," ujarnya. Aziz turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak logik kerana pernah menentang peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu. "Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha. Majlis itu turut diserikan dengan ucapan pembukaan daripada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Nor. Keadilandaily |
Chong Wei menang kerana Semangat dari Rosmah?? Posted: 15 Mar 2011 05:04 AM PDT Jadi macam blog untuk Rosmah pulak Blog aku hari ni.. ahh.. tak pedulilah.. SHAH ALAM 15 MAC : Juara All England Lee Chong Wei menelefon isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang telah menjanjikan pemain itu "hadiah istimewa" jika beliau menang dalam pertarungannya menentang Lin Dan kelmarin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau (Chong Wei) dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang. Saya juga dapat bercakap dengan Lee Chong Wei dan turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang," Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama. Atas kemenangan 21-17, 21-17 itu, Chong Wei diberikan sebuah jam tangan oleh Rosmah. Najib pula menghadiahkan pemain no 1 dunia itu RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB). Majlis berlangsung di Seri Perdana di Putrajaya hari ini, sebaik sahaja Chong Wei kembali pulang dari London., Rosmah adalah Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Najib menyifatkan panggilan telifon Chong Wei kepada isterinya itu sebagai satu "tabiat" sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat. TVS News |
Rosmah memalukan Malaysia - Zuraida Posted: 15 Mar 2011 04:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Kenyataan dangkal Datin Seri Rosmah Mansor yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun berlaku akibat kecuaian negara itu amat dikesali malah menyebabkan seluruh rakyat dan kerajaan Malaysia dicemuh dan dimalukan di mata dunia. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan perlakuan isteri Perdana Menteri itu amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai 'First Lady' beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. "Seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh serata dunia. Ini lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia. "Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia(FLOM)," kata Zuraida dalam satu kenyataan media kepada Keadilan Daily.com. Ahli Parlimen Ampang itu mengulas demikian sebagai respon kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan itu yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya. Laporan kenyataan yang dilaporkan kepada Awani menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah-olah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana tersebut. Mengulas lanjut, Zuraida mewakili pimpinan KEADILAN mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Tuhan. "Malah, rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian ini dengan sabar. Semasa Malaysia dilanda tsunami pada tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan. "Oleh itu, Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya ini, dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan Malaysia," kata Zuraida. Keadilandaily |
Video Ulasan bodoh Rosmah pasal Tsunami disiarkan CNN pula.. Posted: 15 Mar 2011 01:42 AM PDT Ulasan Rosmah Mansor mengenai Tsunami melanda Jepun yang menjadi bahan lawak tempatan berikutan tersiarnya video temubual Astro Awani dan Rosmah di serata forum popular antaranya Tranungkite dan juga Detikdaily kini menjadi bahan lawak Antarabangsa pula ini berikutan tersiarnya Video tersebut di CNN pula.. Stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain. "Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " kata Rosmah. Malaysian PM's wife: Japan's earthquake due to negligence iReport — Wife of Malaysian Prime Minister, Datin Seri Rosmah Mansor said this when asked to comment on Japan's quake-tsunami disaster. "Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments. "To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani. A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers. The clip (in Malay language) can be viewed on http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0 Video boleh juga dilihat di SINI |
Jelajah 'Telanjangkan Ummi Hafilda' akan bermula.. Posted: 15 Mar 2011 12:27 AM PDT Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini. Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar. Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang. Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit. Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. Malaysiakini |
BN Perak salahguna kuasa, SPRM digesa siasat (Video Inside) Posted: 14 Mar 2011 09:06 PM PDT PERAK 14 MAC : Sekurang- kurangnya 20 penduduk Gunung Cheroh, Ipoh membuat satu laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kepimpinan UMNO Barisan Nasional Perak yang didakwa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi mereka berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada syarikat Fasa Unggul Sdn Bhd baru-baru ini. Adun Buntong, A Sivasubramaniam berkata, selain membuat laporan kepada SPRM pihaknya turut menggesa kerajaan negeri itu bersikap prihatin terhadap kesusahan dan kebajikan rakyatnya. "Tujuan kita semua datang ke sini adalah untuk membuat laporan terhadap sprm kerana kita dapati ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa di mana kebanyakan penduduk telah menetap di tempat ini lebih kurang 70 tahun. "Jadi laporan ini akan dibawa kepada tuan atau puan majisteret di mahkamah terhadap kes yang akan didengar pada 23 Mac ini supaya menangguhkan penguatkuasaan terhadap rumah mereka dan kita juga akan turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak supaya beliau dapat menolong rakyat miskin ini," kata Siva Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini. Menurut Sivasubramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga. Subramaniam berkata, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu. Jelas Sivasubramaniam, laporan tersebut juga berikutan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan terhadap pihak peguambela dan peguamcara V.Selva & Assoc. dengan mengarahkan penduduk di kawasan terbabit mengosongkan tanah yang mereka duduki sejak 80 tahun yang lalu. Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau turut mendakwa Ketua MIC Perak, Thangeswari meminta bayaran RM 10,000 sebagai yuran bagi memperjuangkan keadilan mereka dalam memiliki penempatan tersebut. TVS News |
Tuduhan Liwat : Adik Karpal meninggal, Perbicaraan Ditangguh 6 Disember Posted: 14 Mar 2011 08:06 PM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kes perbicaraan Fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 6 Disember depan. Penanguuhan itu diminta Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria yang menggantikan Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin yang mengalami kemalangan kecil semalam Hanafiah berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persediaan dan meneliti butiran bagi menjawab hujahan yang dikemukakan peguam bela. Beliau mengemukakan afidavit bagi membalas hujah berhubung permohonan peguam bela, Karpal Singh sebelum untuk menukar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah. Dalam respon bertulisnya, pasukan pendakwa menyatakan permohonan pengguguran hakim adalah tidak munasabah. Semalam, mahkamah mendengar permohonan Karpal Singh mengemukakan hujah mengapa Mohamad Zabidin perlu dilucut daripada mendengar kes itu. Dalam hujahannya, Karpal berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembela dibekal laporan klinikal pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Karpal berkata, penukaran dibuat berikutan tindakan hakim yang menolak permohonan dokumen penting perbicaraan menyebabkan Anwar tidak yakin untuk mendapat perbicaraan adil. Berita sebelumnya.. Adik Karpal Singh meninggal, perbicaraan ditangguh KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan hari ini kerana adik ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh meninggal dunia. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi. Menurutnya, adik bongsu Karpal meninggal dunia pada jam 11 malam semalam justeru perbicaraan yang sepatutnya diteruskan pagi ini terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian mendiang. "Karpal kini berada di Pulau Pinang untuk menguruskan upacara pengebumian. "Beliau juga akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terbabit dengan acara keagamaan," jelas Sankara. Sementara itu, Ketua Pendakwa Raya, Mohd Yusof Zainal Abiden berkata, dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini. Mahkamah yang bersidang hari ini sepatutnya mendengar hujah balas daripada Karpal berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwa. Permohonan pertama adalah bagi hakim mengkaji semula keputusannya yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti yang dibuat pada perbicaraan dalam perbicaraan Selasa lalu. Permohonan kedua pula adalah bagi mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA untuk diuji. Pada perbicaraan semalam, Karpal membidas pihak pendakwa yang membocorkan afidavit kepada akhbar sebelum dikemukakan di mahkamah dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai menghina mahkamah. Afidavit tersebut adalah berkenaan hujah pendakwa mengenai keputusan hakim dalam 'mini trial' yang akan dibaca pada semalam, tetapi akhbar New Straits Times telah menyiarkannya dua hari sebelum itu. Ketika menjawab hujah Karpal, Mohd Yusof mengakui dia bertanggungjawab atas kebocoran itu. Sehubungan itu, Karpal menyifatkan tindakan Yusof sebagai 'tidak bertanggungjawab, menghina mahkamah, serta penuh skandal.' Ia juga merupakan bukti bahawa Yusof sememangnya mengikut telunjuk ahli politik yang menjadi tuannya. Keadilandaily |
Rakyat atau Pemimpin UMNO yang memberontak ni?? Posted: 14 Mar 2011 07:51 PM PDT Kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir "Kalau kita lihat dahulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak berlaku bantahan atau tunjuk perasaan seperti ini," Memanglah.. Kalau kita lihat pula puak mana yang sering berdemonstrasi itu, mereka kebanyakkannya penyokong UMNO/BN yang menari mengikut rentak gendang yang dipalu pemimpin UMNO yang kehilangan punca.. ya lah.. dulu semasa UMNO/BN memerintah Pulau Pinang sumber pendapatan mereka-mereka itu terjaga.. projek apa pun tak perlu melalui tender, ada kabel dengan pemimpin UMNO itu cukup, samada syarikat ada kemampuan untuk melaksanakannya atau tidak itu belakang kira.. Tapi sekarang semua kena melalui tender terbuka, jadi macam mana penyokong-penyokong UMNO tu nak cari makan?? nak bersaing tak mampu pasal selama ini hanya mengharapkan projek disuap saja... Ketua Menteri wajar kaji punca rakyat semakin memberontak BAYAN BARU - Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak wajar menyalahkan rakyat ataupun NGO yang bangkit mengadakan tunjuk perasaan kerana pada hakikatnya mereka sedang tertekan dengan kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan janji. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri sepatutnya perlu mengkaji dan mencari punca sebenar apa yang membuatkan rakyat dan NGO melakukan pelbagai bantahan sehingga ada yang sanggup menghantar keranda kepadanya. "Kita tak boleh salahkan rakyat mahupun NGO kerana mereka sudah mula tertekan. Dulu sewaktu pilihan raya, mereka (Kerajaan Negeri) berjanji bermacam-macam kepada rakyat tapi sekarang sukar menunaikannya dan disebabkan itu rakyat memberontak. "Kalau kita lihat dahulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak berlaku bantahan atau tunjuk perasaan seperti ini," katanya pada sidang media di pejabat BN di sini semalam. Menurutnya, Guan Eng sepatutnya berbangga dengan tindakan rakyat dan NGO kerana apa yang dilakukannya dahulu kini menjadi ikutan orang lain termasuk rakyat Pulau Pinang. Namun, Musa menegaskan tindakan seorang peniaga menghantar keranda kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik baru-baru ini bukanlah budaya yang diamalkan di negara ini. Sinar Harian |
Pemimpin PR Penang! Siapa berjanji dengan mereka ini sila tunaikan! Posted: 14 Mar 2011 07:44 PM PDT TASEK GELUGOR - Penantian lebih 550 penduduk Kampung Guar Petai di sini untuk mendapatkan sebuah surau sepertimana yang dijanjikan oleh seorang pemimpin tempatan nampaknya belum diketahui kesudahannya. Biarpun tapak yang bakal dibina surau ditumbuhi lalang, namun penduduk tetap mengharapkan janji pemimpin terbabit untuk membantu mereka membina surau idaman untuk keselesaan masyarakat kampung berkenaan. Ketiadaan kemudahan surau menyebabkan penduduk di kampung terbabit terpaksa berulang-alik menggunakan surau di Kampung Baru atau lebih dikenali 'Surau Mat Sabu' yang terletak lebih satu kilometer untuk solat berjemaah atau menghadiri aktiviti keagamaan. Wakil penduduk, Muhiddin Ayub, 57, berkata, sebagai orang harapan kampung itu, dia berasa kesal dan malu dengan kegagalan pembinaan surau itu. "Empat tahun menunggu pembinaan surau itu bukannya masa yang singkat tambahan lagi wang hasil derma penduduk sebanyak RM4,000 sudah diberikan kepada pemilik tanah terbabit sebagai cagaran menyewa tanahnya. "Kami hairan di mana silapnya projek ini tidak dimulakan sedangkan surat permohonan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Ketua Bahagian Wakaf telah dikemukakan selain janji lisan pemimpin itu untuk turut sama membantu membina surau di sini," katanya. Menurut Muhiddin, pemimpin tempatan itu bersetuju dengan cadangan penduduk untuk membina surau atas tanah lot bernombor 2982 hingga 2985 di Jalan Bakar Bata, kampung itu empat tahun lalu melalui janji lisan selepas permohonan bersurat diajukan mereka. "Menghairankan biarpun berbagai tindakan susulan dilakukan termasuk berurusan di pejabatnya untuk menyuarakan permintaan surau yang masih gagal dibina sampai sekarang," katanya. Menurutnya, biarpun penduduk kampung itu berbeza fahaman politik, tetapi dalam soal agama mereka bersatu hati tambahan lagi jika untuk kebajikan sesama masyarakat. Sehubungan itu beliau mewakili penduduk merayu supaya pemimpin terbabit menunaikan janjinya untuk membantu mereka membina surau untuk kemudahan penduduk. Sinar Harian |
Shahrizat masih mendendangkan lagu lama.. Posted: 14 Mar 2011 06:11 PM PDT Kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu pembangunan di kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat amat melucukan. Beliau masih lagi memainkan lagu lama pembangunan sedangkan rakyat kini terutamanya di bandar-bandar dan pinggir-pinggir bandar telah maju mendepani alam siber. Senario yang digambarkan beliau seolah-olah rakyat di Kepong dimana BN telah ditolak oleh rakyat berada di sebuah Republik yang tidak ada kaitan dengan Persekutuan Malaysia. Katanya rakyat di kawasan-kawasan tersebut perlu diberi kesedaran bahawa BN sajalah yang membawa pembangunan. Beliau mengutarakan kenyataan tersebut selepas menghadiri Karnival Jalinan Rakyat yang dianjurkan oleh Wanita BN Kepong di Putrajaya kelmarin. Beliau lupa bagaimana pula dengan pembangunan di Kerdau yang dikuasai BN sejak lebih 50 tahun terutamanya pekan Kerdau yang terpinggir dan dilihat masih berada di dalam "zaman Jepun" pada era sebelum merdeka. Sebenarnya adalah semestinya menjadi satu tanggungjawab kepada mana-mana kerajaan pusat yang memerintah menjalankan program-program pembangunan kepada semua rakyat di mana jua mereka berada termasuk di kawasan-kawasan pembangkang mengikut keperluannya. Juga pembangunan telah dan sedang rancak dijalankan oleh pemaju-pemaju swasta dimana-mana kawasan yang berpotensi termasuk di kawasan pembangkang. Sesungguhnya dari kenyataan beliau itu kita dapat gambaran sikap dan tindak-tanduk para pemimpin tertinggi BN yang menolak semangat demokrasi dan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia serta tidak menghormati hak rakyat memilih pemimpin yang mereka sokong. Sikap angkuh seolah-olah hanya BN juara pembangunan itu amatlah menjelekkan juga menjelaskan lagi bahawa slogan-slogan ingin berubah, BN boleh berubah dan transformasi ekonomi hanyalah sandiwara dan retorik, manipulasi politik BN dalam usaha-usaha mengekalkan kuasa dan survival mereka. Kenapa beliau perlu mengungkit hal sedemikian? Kenapa perlu diselitkan agenda menakut-nakut rakyat? Bukankah hal itu memang menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan yang memerintah? Tidakkah kebajikan rakyat antara tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh kerajaan Persekutuan pada sistem ala federalisme yang di amalkan di Malaysia? Kenapa beliau mesti bersungut atau terkilan apabila rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk menyuarakan pandangan dan keperluan mereka di Parlimen? Salahkah rakyat tidak memilih BN? Jika begitu apa gunanya diwujudkan gabungan pelbagai parti yang didominasikan oleh UMNO dalam BN? Apakah beliau tidak menjiwai semangat "rakyat didahulukan" yang dilaung-laungkan oleh pemimpin BN? Justeru itu biarlah rakyat diberikan kebebasan yang adil dalam memilih dan menentukan pemimpin yang benar-benar dapat membawa suara mereka di sidang Parlimen. Bukan kroni-kroni BN tukang angguk dan mengampu pemimpin mereka. Akhirnya kita dapat lihat juga bahawa dari kenyataan tersebut terselit rasa takut pemimpin BN ditolak oleh rakyat pada PRU ke 13 akan datang. Pakatan Rakyat akan terus berusaha mengajak rakyat merubah nasib mereka kepada era yang lebih gemilang. Rakyat perlu berani berubah seperti apa yang telah ditunjukkan oleh rakyat Tunisia, Mesir dan negara-negara Timur Tengah kini. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia. NURIDAH MOHD SALLEH Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat 8 Rabiul Akhir 1432H / 13 Mac 2011 Dipetik daripada blog Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan