A Mum Of Three Mohd |
- Bla... bla... bla...
- Pahitnya hidup kalau mengidapnya...
- Ayuh penyamun...!! Bersiap sedia..
- Makan... bior berpada-pada
- Jangan jadi NATO. No Action Talk Only!!
Posted: 08 Mar 2011 06:57 AM PST Bla.... bla.... bla.... Malas aku nak baca banyak-banyak. Kalau korang nak.... baca sendiri-sendiri di sini. Bukan apa... entah mengapa, kalau Mat Tengin ni cakap, aku skeptikal sokmo. Macam rasa apa yang dia cakap.... tak boleh pakai. Lebih-lebih lagi kalau dia bercakap pasal ekonomi. Labun besor dia jer. Sifat bersangka baik terhadap Mat Tengin ni sudah semakin terhakis. Kepercayaan pulak.... dah hampir tahap zero. Apabila bercakap pasal ekonomi.... tentu melibatkan $$$$$$$. Knowing bertapa rakus dan tamaknya mamat ni, tentu ada udang besor di sebalik mee yang dihidangkan. Siapa punya udang besor itu?? Ehem.... ehem... ehem.... Diri dan anak bini?? Kroni?? Proksi?? Ha.. ha... you tell me?? Errkkk.... siapa yang kenyang agaknya?? Pada aku, rancangan mamat ni nampak very impressive. In fact ...banyak labun besor mereka ni very impressive tetapi when it comes to the implementation... bermula dari atas sampai ler ke bawahnya.... pasti tak smooth punyer kerana akan ada yang tak kena, gara-gara elemen-elemen negatif yang telah menjadi budaya yang membarah dalam pentadbiran dan pengurusan mereka Last-last.... by 2020, hutang Malaysia mungkin makin tinggi. Ha... ha... ha... Transformasi ke atau tarak perform dan jadi basi?? |
Pahitnya hidup kalau mengidapnya... Posted: 07 Mar 2011 11:00 PM PST KENCING manis atau diabetes dipercayai meningkatkan risiko kematian yang dikaitkan dengan saluran darah seperti kanser payu dara dan radang paru-paru. Kes yang pernah dirujuk kepada sebuah pusat kesihatan di New York membuktikan penghidap diabetes yang berusia 50 tahun meninggal dunia enam tahun lebih awal berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu. Kajian yang dijalankan untuk menyukat tahap diabetes itu mendapati penyakit tersebut turut meningkatkan risiko kematian pramatang yang disebabkan kegagalan fungsi sistem saluran darah. Ujar seorang penyelidik dari Universiti Cambridge di Britain, Dr. John Danesh, diabetes semakin mengancam kesihatan masyarakat dunia. "Ketika kebanyakan orang beranggapan masalah jantung menjadi punca utama kematian, diabetes pula mengejutkan kita apabila muncul sebagai pemangkin utama kepada penyakit lain di dalam tubuh manusia," katanya. Tambahnya, perokok jangka panjang juga menjadi penyebab pengurangan jangka hayat manusia selama 10 tahun berbanding individu yang tidak merokok. Diabetes tersenarai sebagai tujuh penyakit utama penyebab kematian di Amerika dengan 26 juta rakyatnya menghidap penyakit itu. Diabetes terjadi apabila kadar insulin dalam badan dihasilkan terlalu sedikit atau langsung tidak boleh digunakan untuk menghasilkan gula dalam darah. Selain itu, diabetes dikaitkan dengan obesiti melampau yang menyebabkan risikonya bertambah dua kali ganda untuk pesakit diserang lemah jantung atau strok. Namun, mereka juga mendapati 25 peratus pesakit diabetes lebih berisiko menderita kanser dan maut akibat kehadiran pelbagai penyakit lain termasuk jangkitan, komplikasi jantung dan buah pinggang selain kemalangan. Dalam kes jangkitan penyakit berbahaya, diabetes melemahkan sistem imunisasi badan pesakit sekali gus memudahkan peluang virus menyerang sistem tubuh. Diabetes juga boleh menyebabkan masalah penglihatan dan kegagalan sistem saraf pada kaki seterusnya mendorong seseorang itu terlibat dalam kemalangan. [sumber] |
Ayuh penyamun...!! Bersiap sedia.. Posted: 07 Mar 2011 08:00 PM PST Ho... Ho... Ho.... PRU sudah mau mari!! Ini satu saluran penipuan untuk mencilok duit rakyat atas nama pembangunan. Pilihan raya mari.... berlori-lori 'mee'segera' mari. Yahooo...!! MP dan para kroni senang hati. Wang mari!! Wang mari!! Poket kasi penuh isi.... Inilah peluang bagi para MP dan para kroni mereka untuk memantau lubuk-lubuk yang boleh diterokai untuk dapatkan keuntungan melalui pelbagai projek. Dan... banyaklah juak-juak kontraktor kelas F, berfahaman UMNO, yang jadi pembodek dan penjilat wakil-wakil rakyat mereka demi nak menumpang rasa hidangan yang akan dihidangkan. KUALA LUMPUR, 8 Mac — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kabinet telah bersetuju dengan penubuhan Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) yang akan dipengerusikan oleh ahli Parlimen di kawasan masing-masing. "Majlis itu bukan sahaja memantau tapi juga memastikan perjalanan projek dapat diselaraskan sebaik mungkin. "Ini juga untuk memastikan semua ahli Parlimen tahu apa projek yang sedang berjalan di kawasan mereka," katanya pada majlis perjumpaan dan taklimat kementerian itu bersama anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional malam tadi. Bagaimanapun, bagi kawasan Parlimen yang bukan di bawah Barisan Nasional, MPLB akan dipengerusikan oleh ketua bahagian. Mengenai cadangan ahli-ahli Parlimen supaya kerajaan menyediakan peruntukan lebih kepada kementerian itu bagi melaksanakan projek pembangunan dan infrastruktur di kawasan luar bandar, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak atasan. — Bernama |
Posted: 07 Mar 2011 06:15 PM PST Nauzubillah... Eeee, tak mahu ler mati kerana komplikasi akibat obesiti. Oleh itu.... beringatlah, makan biar ler berpada-pada. Jangan diikutkan selera tekak dan perut. Bahaya.. tak baik untuk kesihatan kita. Jadi.... awas, berjaga-jaga ler. Fuuuhhh.... kena jaga diet nampak gayanya ni. Tak boleh bedal apa saja. Baca di bawah ni.??? Itulah akibat obesiti. KUALA LUMPUR – Sejak lapan tahun lalu, anak muda ini yang menjalankan perniagaan telefon bimbit di Jalan Chow Kit di sini menghadapi masalah memiliki selera makan yang melampau. Dia lazimnya mengambil apa saja makanan terutama nasi dan pelbagai jenis daging, empat atau lima kali sehari dan dalam jumlah yang banyak pula. Akibatnya, ketika usia mencecah 28 tahun, dia menghadapi masalah obesiti apabila mempunyai berat badan 257 kilogram (kg) sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan. Dia kerap mengadu sesak nafas dan pada 3 Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menjalani rawatan akibat masalah yang sama. Namun segala-galanya berakhir pada pukul 4 pagi semalam apabila Ang Kok Fei meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Abangnya yang dikenali sebagai Fook Wong, 40, berkata, kematian adiknya itu amat mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain. [sumber] |
Jangan jadi NATO. No Action Talk Only!! Posted: 07 Mar 2011 04:40 PM PST Dah kena penampaq baru nak sedaq!! Kalau tak kena penampaq agaknya, depa akan terus leka dan membiarkan sesuatu yang penting itu terbiar begitu saja, tanpa buat apa-apa follow-up. Ini bukan kali pertama, Pakatan Rakyat kena buli dengan SPR. Tetapi peliknya, mereka masih buat tak endah. Lepas tu, nak marahkan SPR, kononnya ia bersikap pilih kasih dan tidak demokratik. Hang dah tau SPR tu barua UMNO/BN, apa yang hang nak harapkan sangat daripada depa. Sure punya dia akan cari jalan nak tindas hangpa. Itu tak boleh... ini tak boleh. Kalau Pakatan Rakyat, semuanya tak boleh sokmo. Apabila kena 'smash' dengan SPR pasal pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti politik yang rasmi dan diiktiraf, barulah hangpa nak tersedaq dan buat kenyataan itu ini. Kini nak menuding jari pulak pada ROS. Oiii.... muhasabah diri hangpa sama. Takkan tak tau yang ROS tu pun 2X5 dengan SPR. Dua-dua barua UMNO/BN. Mereka mempunyai DNA yang sama. Tak disiornya demer layan komer lebih-lebih. Komer diam.... depa lagi ler buat lupa. Peruk permohonan komer buat perkasam. Itu sebab, hangpa kena selalu perosah depa. Ini tak.... depa senyap, hangpa pun senyap!! Awat... hangpa, Pakatan Rakyat ni, serius atau main-main?? Aku bukan apa.... Takut nanti, sampai PRU13.... kedudukan hangpa dok lagu tu jugak. Pi mai, pi mai dok tang tu jugak. Kena kunta-kinte dengan SPR. Rugi kita.... Pakatan Rakyat mesti nampak kuat dan sepakat untuk menghadapi puak-puak lahanat tu. Saifuddin.... hang jangan nak hingaq. Hang pi jolok ROS, sampai depa menyerah kalah. Hangpa jangan dok bagi muka lagi dengan depa. Nak dapat hasil cepat, usaha satu arah tak jalan.... Hangpa mesti bergerak dan 'paksa' depa bergerak sama. Two way, beb!! Baru ler tak dak trafik jam. Dah... dah... jangan dok banyak cakap. Do something. |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan