Sabtu, 5 Mac 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Mereka dah panas bontot....

Posted: 05 Mar 2011 07:15 AM PST


Gelombang kebangkitan rakyat di Timur Tengah sudah mula membuat para pemimpin UMNO gelisah macam cacing kepanasan. Kebangkitan rakyat telah mengakibatkan ada pemimpin yang jatuh tersembam.

Ha... ha... Kini para pemimpin kita sudah mula takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Mereka bertegas mengatakan kita tak sama tetapi rakyat pula menyanyikan lagu "Kita Serupa"

Memang kita serupa dari segi gaya kepimpinan dan sifat tamak haloba dan kerakusan para pemimpinnya. Di sana ada Mubarak.... di sini pun ada Mubarak. Di sana ada Firaun Moden.... di sini ada Firaun Tua. Di sana ada Ben Ali, di sini tidak terkecuali. Di Melaka kita ada Ali Ketam. Ali jugak maa....

Di sana First Ladynya.... fulaamakk. Di sini, Fat Ladynya, alamaakkk. Jadi, sebab itu kita ada persamaan dengan negara-negara yang dilanda kebangkitan kuasa rakyat.

Oleh sebab, ramai rakyat kita terutama di kampung-kampung tidak cukup informasi tentang apa sebenarnya yang berlaku di sana dan kesannya kepada negara kita, maka para pemimpin Pakatan Rakyat memberi penjelasan dengan memberikan contoh-contoh yang ada persamaan dengan kita.

Aaaa... mereka nampak dah. Betoi jugak, ek??

Menyatakan kebenaran bukan menghasut. Kita cuma nak rakyat bukak mata akan keboborokan yang ada dalam negara. Kebobrokan hasil kerja tangan para pemimpin UMNO/BN yang sudah sekian lama membarah, malah terus dibiarkan menjadi semakin membarah. Kita cuma mahu kerajaan ambil iktibar apa yang berlaku di Timur Tengah, kerana ia tidak mustahil berlaku di sini, sekiranya rakyat terus ditindas dan diabaikan.

Pihak pembangkang hanya mahu melakukan perubahan demi kebaikan rakyat. Nauzunillah, kita pun tidak nak apa yang berlaku di sana, berlaku di sini. Apa yang kita mahukan ialah rakyat melakukan perubahan di peti undi secara demokrasi. Kita mahu bangkitkan revolusi dalam peti undi. Itu saja.... Jadi, mengapa para pemimpin UMNO/BN, perlu berasa teramat gabra dan gelisah. Panas bontot.... ek??

Bak kata Anwar, kalau tak makan cili, mengapa mesti berasa pedas??

Ini tak... Najib gelabah, Muhyiddin gelisah, Zahid... mengancam mengugut... Rais nak tunjuk kuasa dan Hishamuddin pun berlatah sama. Apa hal.... Tak cool ler.

Weh... tak payah ler nak ugut-ugut, tak usah ler nak takut-takutkan rakyat. Revolusi yang akan berlaku ialah revolusi peti undi. Kita ikut proses demokrasi yang sebenarnya. No hanky-panky dalam proses pilihan raya. Itu saja yang rakyat mahu.

Persoalannya?? Bolehkah SPR bertindak bebas dan adil, seperti yang sepatutnya..... tanpa bias kepada mana-mana pihak?

[sumber: sini, sini dan sini]

Mat Dungu merapu lagi...

Posted: 05 Mar 2011 04:15 AM PST


Kah.... kah... kah.... Zahid Hamidi dah jadi Private Investigator!!!

Inikah agaknya profession yang akan diceburinya nanti, setelah pencen. Fulaammakk.....!! PI Zahid Hamidi.....

Excuse me..... Wheeekkk!!!

Sori..... Kita sambung balik, ok??

Sebagai langkah persediaan, dia telah mula menguji skillnya dalam bidang ini. Dia telah menjalankan penyiasatan terhadap hubungan baik antara para pemimpin dan pegawai negara Turki dengan Anwar. Dia telah meng-interview Menteri Luar Turki iaitu Ahmet Davutoglu, untuk mengetahui sejauh mana baiknya dan eratnya hubungan antara dia dan Anuar.

Well..... of course ler jawapan yang kononnya, mamat tu beri, agak negatif. Aaaaiii..... biasaler, PI pihak kerajaan ler katakan.... Takkan nak buat repot dan cakap yang baik-baik mengenai Anwar. Tak der makna nyer. Sebab.... misi mereka ialah untuk tarnish reputasi Anwar, terutama sempena dua PRK ini. Anwar is their No 1 enemy.

Pelik..... PAS yang bertanding, tetapi Anwar pulak yang menjadi sasaran hentaman mereka. Mengapa. ek??

Itu menunjukkan, Anwar.... bahaya buat mereka. Anwar, mereka takuti dan geruni. Anwar menjadi penghalang nombor satu mereka untuk terus berkuasa. Anwar mimpi ngeri mereka. Anwar bisa mencetuskan gelombang tsunami yang bakal me-mampus-kan mereka.

Mampusss??? Tak der kuasa lagi??? We'll become nobody?? OOhhh.... nooo!! Toloooongg..... Tolooooogg.....

Bukan ke aku dah kata.... Mereka ni fobia dengan perkataan mampusss. Tak der kuasa, means..... mereka akan mampuuss!! Mereka tak mau mampoosss!!

Sebab itu, by hook or by crook, Anwar mesti mereka hapus dan mampuskan dahulu. Slogan mereka.... "Mampuskan Anwar sebelum kita dimampuskan"

Berbalik kepada labun si PI Zahid tadi.... Komer boleh percaya ke, apa cakap dia?? Jaga enjin jet... enjin jet boleh hilang. Beli kapal selam.... kapal selam tokleh menyelam.... Beli kapal peronda.... mahal nak mampus. Hissiyy... macam-macam kontroversi.

Cakap orang rupa ni kita boleh caya ke?? Kepincangan di kementerian sendiri pun tak terjaga, ini nak jaga tepi kain orang pulak....

After all.... kita dengar labun sebelah pihak jer. Apa sebenarnya yang dikatakan oleh Menteri Luar Turki kita tak tahu....

Entah-entah, semasa dia bersoreh dengan Menteri Luar Turki tu.... mamat Turki tu pun nak termuntah , kot?? Tetapi... terpaksa ler layan rapu si Mat Dungu, sebab dia tetamu di negara tersebut pada masa itu. Tak suka pun.... diplomasi dan hunbungan baik kena jaga beb!! Ater... pura-pura jer ler....

Eeee.... bikin malu jer. Satu dunia dah tahu kisah bagaimana kerajaan 1Malaysia yang diterajui UMNO/BN, mahu menjatuhkan Anwar melalui Wayang Sodomi II yang plotnya carca marba dan lintang pukang, dia pulak nak mengatakan sebaliknya....

Ha... ha... ha... Low class matinee!! Orang dungu jer percaya.....

[sumber]

Rompakan belum selesai....

Posted: 05 Mar 2011 01:18 AM PST


[Lagi di sini]

Orang tua yang dah pencen tu, masih dok pok-pek... pok-pek... pasai bantuan kerajaan atau 'tongkat' untuk bangsa Melayu. Hissyyy..... cemuih aku aaiiihhhh!!

Hoi..... masih tak habis-habis lagi ke pasal Melayu dan tongkat?? Dia kata..... Melayu masih perlukan tongkat kerana Melayu masih tak boleh bersaing. Ciiittt...!! Bikin malu Melayu saja....

Macam mana Melayu nak bergerak ke depan, kalau asyik harapkan bantuan tongkat jer. Melayu kena belajar berjalan tanpa tongkat, agar mereka lebih berdedikasi dan konfiden untuk bergerak ke depan.

Selama hampir 53 tahun Melayu telah diberikan tongkat, tak kan masih tak boleh pergi jauh. Sepatutnya, langkah mereka sudah jauh ke hadapan serta sudah stabil dan kukuh. Ini tidak.... Melayu masih berada ditakuk yang menyedihkan. Melayu masih capek.... Melayu masih tempang....

Ini adalah kerana, Melayu yang membuat dasar iaitu Melayu-UMNO..... tipu bangsanya sendiri. Episod Melayu tipu Melayu ni, bermula semasa era Mahathir. Mahathir, seorang mamak.... telah berjaya transformed dirinya jadi Melayu dengan mengahwini Siti Hasmah. Sejak jadi 'Melayu' dia masuk UMNO dan mula merancang dan mengatur strategi macam mana nak duduk di atas kerusi singah sana UMNO.

Setelah berjaya.... kita tengok pelbagai macam dasar diperkenalkan. Aha.... dasar-dasar yang merompak harta rakyat serta hak Melayu terbanyak. Licik sungguh.... strategi gerombolan perompak ini. Mereka rompak in broad daylight dan mereka rompak dalam diam. Ada yang sedar akan muslihat keji ini, malangnya.... masih banyak Melayu dungu yang tak tahu, atau buat-buat tak tahu, what's going on. Mereka sokong membuta tuli, sebab, kononnya..... apa yang para pemimpin UMNO ini buat, adalah baik belaka. Semuanya untuk kepentingan Melayu. Emmm..... sah ler komer bangang!!

Para pengkhianat, yang terdiri daripada para pemimpin UMNO ini, kononnya.... beri dan sediakan pelbagai jenis 'tongkat' untuk membantu bangsa Melayu. Tetapi, dalam diam-diam, mereka menjadi anai-anai yang 'makan' isi tongkat itu dari dalam secara halus. Tongkat yang disediakan..... nampak cantik dan kukuh dari luar, tetapi sebenarnya lompong di dalam. Habis.... di'kerja'kan anai-anai Melayu-UMNO. Binawe betoi....

Lantas... tongkat rapuh, yang kononnya membantu Melayu, tak boleh dipakai.... pruuuppp musnah dan Melayu tersembab di bumi bertuah mereka. Ha... ha.. ha... Melayu tersungkur di bumi sendiri dari segi ekonomi. Yang terus berdiri gah ialah Melayu-UMNO, terutama para pemimpin mereka yang ada jawatan. Melayu lelainnya.... terkial-kial dalam arus ekonomi yang semakin mencabar.

Keadaan ini terus menjadi amalan dan dasar para pemimpin Melayu-UMNO selepas Mahathir. Sebab itu... bangsa Melayu terus kekal dalam kepincangan dan kedaifan terutama dari segi ekonomi dan sosial hingga ke hari ini.

Para pemimpin Melayu-UMNO dan rakan kongsi mereka dalam BN, menjadi semakin tamak dan rakus untuk merebut apa jua peluang untuk membesarkan 'perut' mereka dengan menggunakan dasar 'tongkat' Melayu sebagai alat. Akibat terlalu rakus, Melayu-UMNO ini sanggup bersekongkol dan membiarkan anai-anai Cina dalam kalangan geng mereka, untuk tumpang sekaki, membedal isi 'tongkat' Melayu. Fuuh.... liciknya mereka!!

Hmmmm..... Selagi Melayu-UMNO menerajui tampuk pemerintahan negara, selagi itulah mereka akan terus menipu bangsa Melayu sendiri. Satu cara untuk terus menipu dan merompak hak Melayu, ialah dengan terus mengekalkan Melayu agar jadi bodoh. Selagi Melayu terus bodoh, selagi itulah UMNO boleh bernyawa dan mengganas merompak duit rakyat dan negara.

Alhamdulillah..... Melayu sekarang banyak yang sudah sedar akan muslihat jahat para pemimpin Melayu-UMNO. Dalam era informasi di hujung jari ini, minda mereka sudah terbuka, mata mereka sudah celik dan hati mereka sudah terang. Keinsafan dan kesedaran inilah yang mendorong mereka untuk bersama-sama Pakatan Rakyat..... berjuang untuk menghalang UMNO/BN dari terus bermaharajalela melakukan kerosakan kepada negara.

So..... Mahathir, tak payahlah nak bersoreh pasai 'tongkat' Melayu lagi. Getik dan nak termuntah aku mendengornya. Itu semua... retorik dan hipokrasi komer jer. All.... bullshit!!

Bercakap pasal tongkat.... hang pun dah tua. Takkan hang nak tongkat dunia. Rumah dah kata, pi berambuih....!! Kuboq pulak, dah panggil mai. Apa kata.... hang just shut up dan pi dok diam-diam.

Buatlah bebanyak amal ibadat, untuk bekalan dalam kuboq nanti. Kuboq pun dah tak sabaq nak perisi hang. Malaikat Izrail pun dok mengekoq hang jer... Muhasabah diri dan ikut nasihat orang ramai.... Bertabautlah!!

Kah... Kah... Kah... Ceramah release tension!!

Posted: 04 Mar 2011 10:30 PM PST


Ezam Senatak Sesumpah....

Katak berketuru sesumpah laknat
Dulu balaci no satu, sekarang penjilat


Senatak Sesumpah ni, nak tonjolkan diri dengan membawa isu-isu basi yang telah semua orang faham apa yang berlaku sebenarnya. Balik-balik.... isu yang sama diulang-ulang iaitu hal Anwar dengan seribu dakwaan yang terbukti fitnah semata-mata. Ini kerana, semuanya telah dijawab berulang kali oleh Anwar. Tapi, malangnya.... dia masih terus mahu memperbodohkan rakyat Kerdau. Sahlah dia ni balaci dan juga penjilat tegar UMNO/BN.

Orang dah anggap kita bodoh... kita masih nak sokong lagi?? Kalau orang hina kewarasan minda kita.... TOLAK saja mereka!! Kaki-kaki lompat ni... kamu orang jangan percaya ler. Semuanya kerana...... fuluuss al-masyuukk!!


Raja Katak Ibrahim Ali

Katak sombong... people don't like
Bodek nak jadi calong, Itu yang kuat jilat


Malaon Raja Katak, bapak Perkasa ni, sebenarnya gila nak jadi YB. Dulu... kini dan selamanya. Dulu terhegeh-hegeh mendampingi PAS. Apa yang tak dihentamnya UMNO dan para pemimpin mereka. Melayu-UMNO hina sekali di mata dia. Caci.... maki.... cerca... sumpah seranah.... you name it. Semuanya keluar daripada mulut dia. Mulut busuk punya olang!!

Setelah diberi peluang dan dapat jadi YB, dia mula bertukar nada. Dia menari pulak ikut rentak dan irama yang dimainkan oleh UMNO/BN. Dia jadi sekutu kuat mereka... Mungkin teringin nak dipinang semula masuk ke dalam UMNO, kot?? Tapi... knowing sejarah Raja Katak bernama Ibrahim Ali ini.... UMNO tak siorkan dia.

Katak ini, katak lalang.... no back bone... tin kosong.... dan, tak boleh dipercayai langsung. Jadi.... dia cuma dilayan hanya untuk diperguna oleh UMNO. UMNO perlukan seberapa banyak laba politik yang mereka boleh dapat. Maklumlah..... dah nazak.

Confirmed dia tidak akan jadi YB lagi selepas ini. Sebabnya.... katak ini pun dah 'not in good condition. Dah nak sampai tempoh expired. Kubur dah panggil. Tunggu jer lah...


Raja Gelek Tua Daud Kilau

Raja gelek sudah basi,
UMNO usung sana sini
Kalau UMNO tak der celebriti
Ceramah lenggang, banyak kerusi


As for Raja Gelek Tua ni. I don't blame him. Dia dah tua.... Dah tak laku.... Komersial value dah merosot. Dalam keadaan ekonomi tengah down ni, hidup dia pun pasti terkesan jugak. Dia pun bukannya kaya raya macam para pemimpin UMNO/BN. Bergelek dan menyanyilah sumber dia nak cari duit lebih untuk tampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Ater....tengok saja pakaian yang dia pakai. Berkilau-kilau.... Glamor beb....!! Mahal nak tempah baju macam tu. Pakai duit juga tu...

Jadi.... tak per lah. Biarkan dia. Anggap saja dia pergi dan hadir di sini sebagai pergi cari makan.

Apa-apa pun, anggap sajalah kehadiran rakyat Kerdau, ke show ceramah daripada ketiga-tiga mereka itu untuk mendapatkan hiburan dan bergelak ketawa setelah penat bekerja pada siang hari. Well..... dapat juga release tension. Kalau ada darah tinggi atau hypertension.... pas tu gi dengor show demer...... tekanan darah sure boleh turun punyer!!

[sumber]

Stand-up Comedy by Pungguk tua

Posted: 04 Mar 2011 08:25 PM PST

Weh... weh....
Dengor cerita ada wayang free di Kerdau.
Staring... Pungguk Tua.
Stand-up comedy, ya??

Freeee???
Aaaaikkkk....
Depa dapat Pungguk Tua for free??
Tak der bayaran whatsoever??
Kasi yeilek??
Ayoyo... murahnya.

Dey.... bukan murah daa. FREEEE!!!
Barang tarak laku. Free la....

Tak patut.... Tak patut...
Bergelen-gelen ayaq lioq dia keluaq...
takkan, tak dak apa-apa kot??

Ada.... Depa ganti dengan ayaq botoi jer la.
Orang tak jemput, tapi dia saja pi sua muka di sana.
Kalau dapat bayaran pun... upah kesian jer.

Eee... tak dak kemaluan. Tak malu langsung...
Orang tak jemput, dia terhegeh-hegeh pi...??

Orang tak dak maruah. Lagu tu la...
Dia desperate.... nak luahkan isi hati dia
Merintih dan mengadu kisah duka lara dia....
depan rakyat di sana.

Awatnya??

Demi dendamnya pada sang Bulan.
Rindu dia, dah tukaq jadi bara.....
Tu yang dia hangat tu....
Kena release la bahang panas bara tu...
Kalau tak....
Nanti dia akan evaporate hilang begitu saja
Tak dak steam dah.... hilanglah glamor.

Tentu ramai yang simpati no....

La... mana nak simpati?? Tak sedih pun....
Sepatutnya sedih... tapi jadi comedi.
Hingaq orang ketawa sakan. Riuh rendah...

Hang tau...
Gelagat dia dah rupa orang hilang akai
Sang Bulan kata....
Jangan dok layan.... Rentikan layan orang G***
Azwan pulak kata....
Pungguk Tua tak takut azab neraka ke??
Mat Tengin pulak kata....
Anwar kena jawab dakwaan Pungguk Tua

Aku kata kat Mat Tengin....
Poooaaaraaahhh!!

[sumber:sini dan sini]

Tiada ulasan: