BRIGED MP SEGAMBUT |
- blogger facebooker MENJADI HANTU POCHONG
- INI MENTERI PENJAGA BLOG FACEBOOK TWITER TAU..
- ADUN BN UMNO SELAMAT DARI PUTUS HARAPAN DENGAN SPR TUL TAK..
- INI BARU JANDA NAMANYA BOSS..BACALAH MENARIKNI..
- KENAPA TAK SURUH MAKAN ITU KARI BIAWAK YG DISANGKA AYAM OLEH MB MELKA TU BIAR TAHU..
- PEMIMPIN UMNO MULA GUSAR?...
blogger facebooker MENJADI HANTU POCHONG Posted: 05 Mar 2011 06:26 AM PST akibat merasa akan berkuasa sampai kiamat agaknya pemimpin tolol sarkas memberi tuduhan dan melampau batasan bahawa mereka akan bergayut tidak akan jatuh dari sarkas lompat lompat..hu hu hu................. namun sebuah parti politik yg berkuasa di negara tercinta ini lain pulak halnya.. setelah menuduh pemimpin pakatan akan menghuru harakan negara dan menjatuhkan alais menggulingkan kerajaan yang ada maka berkatalah hari ini seorang mamanda menteri tentang amaran terhadap para blog facebook dan twiter bahkan email..pun turut di beri amaran.. menurut ceritawan dari blogger menteri ini pernah diceritakan dengan isu merogol pembantu rumahnya dari indonesia..bahkan kesnya masih dalam perbicaraan mahkamah.. mungkin akibat malu dari tingkah blogger yg menceritakan aibnyalah menteri ini berdendam dengan dunia maya.. dengan dendamnyalah dia memberi amaran pada blogger facebooker dan twiter akan mengambil tindakan.. hu hu.. tekanlah perubahan rakyat wahai menteri jika tidak kau juga akan tertekan karenanya.. anak muda punya perjuangan anakmuda punya pandangan apalah sebuah amaran penjara dan kematian adalah tantangan.. mundur jangan.. ayo menteri pengampu.. cepatla kau sapu sebelum kau dijadikan hantu selepas pru jawatanmu belum tentu.. |
INI MENTERI PENJAGA BLOG FACEBOOK TWITER TAU.. Posted: 05 Mar 2011 03:53 AM PST ais: Pihak hasut guling kerajaan akan 'dihukum' March 05, 2011 TEMERLOH, 5 Mac — Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan blog dan laman sosial untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata agensi berkaitan termasuk Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh bertindak sekiranya pihak terbabit melampaui batas undang-undang sedia ada. "Kami memang sedang melihat gara-gara pembangkang yang menggunakan media alternatif sedemikian rupa sama ada menerusi facebook, e-mel atau tweeter. "Kita waspada sekiranya mereka melampaui batas, saya yakin Peguam Negara atau PDRM atau SKMM boleh mengambil tindakan berlunaskan undang-undang yang luhur yang diluluskan oleh rakyat sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampung WiFi Rumpun Makmur di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin. Rais (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya pembangkang tidak bermain dengan api atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di negara Asia Barat. Beliau berkata rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat hasutan sedemikian kerana keadaan negara ini berbeza dengan negara lain. "Pada pandangan saya kerajaan sudah membela nasib rakyat, rakyat tidak semudah itu mengikut rencana atau celoteh blogger," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mengusir media arus perdana termasuk RTM daripada mengikuti majlis anjuran mereka di Kerdau, Rais melahirkan rasa terkejut dengan perbuatan itu. "Bila saya dengar perbuatan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalau media khususnya RTM, saya terkejut, saya berasa takkanlah seorang yang tinggi kedudukan dan pengaruhnya sanggup menghalau media, ini mencerminkan isian diri beliau yang sebenar," katanya. Beliau berkata media harus terus membuat siaran dan melaporkan perkara yang perlu diketahui oleh rakyat. — Bernama |
ADUN BN UMNO SELAMAT DARI PUTUS HARAPAN DENGAN SPR TUL TAK.. Posted: 04 Mar 2011 11:39 PM PST Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng kerana keputusan muktamad di mahkamah belum diputuskan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi beliau masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan. "Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi. "Proses undang-undang akan memakan masa. Selepas Mahkamah Tinggi, beliau boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan dan kemudian ke Mahkamah Persekutuan dan ada juga pengampunan diraja," kata Abdul Aziz kepada wartawan di Merlimau. Katanya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Sekalipun, jika Mustafa dilucutkan, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini. "Pilihan raya kecil tidak diperlukan jika sesuatu kerusi diisytiharkan kosong dua tahun sebelum tempohnya berakhir. "Dewan undangan negeri Negeri Sembilan pertama kali bersidang pada 28 April 2008 dan tempohnya berakhir pada 28 April 2011," katanya. Semalam, Mustafa, 53, didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu. |
INI BARU JANDA NAMANYA BOSS..BACALAH MENARIKNI.. Posted: 04 Mar 2011 08:43 PM PST KUALA TERENGGANU: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun. Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang. "Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. "Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas," katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami. Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka. "Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah," katanya. Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit. "Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi. "Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga," katany Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya. Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki 'hidung belang' dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya. "Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang. "Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini," katanya. |
KENAPA TAK SURUH MAKAN ITU KARI BIAWAK YG DISANGKA AYAM OLEH MB MELKA TU BIAR TAHU.. Posted: 04 Mar 2011 05:37 PM PST Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai satu anekdot kegemarannya yang beliau suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarnya, sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau. Dalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan. "Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?' "Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam! "Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan. Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit. Jadi sasaranSebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu. Terdapat cubaan untuk memecahkan cermin pintu belakang keretanya pada malam tersebut, tetapi tiada barang yang diambil. Kerosakan pada kenderaan tersebut dianggarkan sekitar RM400. dibaiki. Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporan Nanban itu. Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka. "Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya sambil menambah mereka tidak makan ayam kerana tidak begitu suka rasanya. Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja. |
Posted: 04 Mar 2011 04:12 PM PST . kenyataan menteri dalam negeri sangat bias dan mengundang tuduhan secara tak langsung kepada pakatan rakyat seolah olah pemimpin pakatan rakyat itu jahat dan kejam dan anti kedamaian. menuduh pakatan ingin menghuru harakan negara sangat berat,mungkinkah kenyataan hisamuddin ini untuk mewajarkan tangkapan terhadap pimpinan pakatan rakyat seperti dalam operasi lalang tempo dulu dalam menghadapi pru 13 nanti? sementara dalam nada yg sama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membei amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah. mengapakah kerajaan begitu takut kepada kesedaran anak muda dengan facebook nya.. jika memang kerajaan membela rakyat dengan betul siapakah yg akan menentang mereka.. dikala segala harapan rakyat berada dalam tangan pemerintah. kalau demo hindraf belum demo pemimpinnya dah kena tangkap.. ni lagi kesedaran rakyat dikatanya menghasut piiiiiiiiraaaaaaaaaaah |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan