Khamis, 3 Mac 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Nak jadi MB Undi Pos pulak dah...

Posted: 03 Mar 2011 08:00 AM PST


Bedebah.... bedebah.... puak-puak lanun dan perompak ni. Dulu mereka merompak dan guna mahkamah untuk istiharkan Zambry sebagai MB Perak.

Maka, jadilah Zambry.... MB Mahkamah. Sejarah tercipta di bumi Perak Darul Kartun.

Kini.... tetiba didapai terdapat peningkatan mendadak dalam bilangan pengundi pos di Perak terutama bagi kawasan Pangkor.

Aaaikk.... Pelik bin Hairan. Ada semacam satu agenda tersembunyi untuk mengekalkan Perak dalam tangan UMNO/BN, tetapi malang... sekali lagi mereka menggunakan cara kotor. Obvious sangat mereka terdesak dan tak percayakan rakyat Perak untuk memenangkan mereka dalm PRU13 nanti.

Aaaa... tahu cuak dengan rakyat sendiri. Dulu bukan main eksen lagi.... dakwa kononnya rakyat sudah bersama mereka semula. Pooraahhhh....!!! Jangan perasan ler!!

So.... mereka cari jalan, bagaimana nak mengekalkan kuasa di Perak. Satu cara nak menang mudah ialah dengan memanipulasikan undi pos. Sebab itulah agaknya, bergasak-gasak SPR perah otak bagaimana nak meningkatkan bilangan pengundi pos di Perak.

Lantas... apabila ia dikesan, mereka jawab dengan pelbagai alasan. As usual.... alasan yang diberikan, bangang-bangang belaka. Baca sini

Kah.... kah.... kah....

Dulu... Zambry jadi MB Mahkamah. Esok... dia masih kepingin untuk jadi MB lagi. Tetapi kali ini , dia akan jadi MB Undi Pos pulak.

Itu pun kalau dapat jadi MB lagi ler.... Kalau tidak, meloponglah.

Punguk tua rindukan bulan

Posted: 03 Mar 2011 04:10 AM PST


Eeemmm.... alahai, 'setia'nya punguk tua ini pada bang Nuar.

Dari dulu sampai sekarang, nama Anwar selalu disebut-sebut, tak lekang daripada dibibirnya. Lebih-lebih lagi sejak dua menjak ni. Kini.... dia jadi 'barua' yang diusung ke hulu ke hilir untuk mengaibkan Anwar dengan cerita-cerita dedulu kala. Baca sini.

Isy.... isy.... isy.... Punguk tua ni sekarang, tak ubah seperti tilam usang yang telah 'tercemar', yang demer usung ke hulu ke hilir, keluar masuk mahkamah dulu. Last-last, semuanya sia-sia belaka, sebab bukti atas tilam di'buang' begitu saja. Tak boleh pakai, beb!!

Ummi..... Ummi... Ke hulu.... ke hilir, senatero Malaysia, dia diusung untuk menjaja dan mempromosikan nama Anwar hingga menjadikan Anwar begitu terkenal.

Tapi, kesian kat dia.... Bang Nuar hingga ke hari ini, buat derk jer dekat dia. Buat nohen dan make dono jer sama punguk tua ini.

Apakah nasib si punguk tua ini akan menjadi seperti nasib si tilam usang tersebut dan akhirnya dihumban entah ke mana . As for Anwar, dia masih steady jer.... menjadi Ketua Pembangkang.

Punguk tua, apa jadi??

Hu... hu.... hu... hu....

Jiwa bergelora... mental meracau... perasaan kacau.

Aduyai.... Punguk tua masih rindukan 'bulan'. Rindu macam mana....?? Wallahua'lam ler.

Sori... aku nak termuntah.

Posted: 03 Mar 2011 01:00 AM PST

Baca blog Manjung Mari dan ternampak gambar ini. Sori la bro.... aku nak termuntah tengok gambar tu.


Wheeekkkkk!!! Wheekkkkkk!!
Loya tekak dan perut.

Aku dah kata dah....

Posted: 02 Mar 2011 10:00 PM PST


Kenaikan harga getah terbukti dijadikan bahan modal dalam kempen UMNO/BN dalam PRK kali ini. Aku dah kata dah.... Baca sini.

Propaganda UMNO sudah pasti difokuskan kepada golongan yang ada kebun getah di kampung-kampung yang boleh mereka kunta-kinte dan perbodohkan.

Biasaler.... kerajaanlah yang akan disebut-sebut sebagai pihak yang bertanggung jawab untuk meransang peningkatan pendapatan para penoreh ini. Masa para penoreh tengah tengah moncah ni.... macam-macamlah cong mereka. Tapi, masa susah dulu..... senyap.

Tapi, sedarkah para peneroka ini bahawa segala bentuk bantuan yang kerajaan beri itu adalah daripada duit rakyat. Sebenarnya....rakyat yang bantu rakyat. Malangnya, masih ada rakyat yang menderita hidup susah. Bukan semua rakyat yang ada kebun getah. Mereka inilah yang terbeban akibat kenaikan kos sara hidup akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN menjalankan amanah dan tanggung jawab mereka dengan cekap dan jujur.

Jika mereka cekap mentadbir dan mengurus ekonomi dan kewangan negara..... pasti semua rakyat akan dapat menikmati kesenangan hidup seperti mana yang dinikmati oleh para penoreh getah jam ini.

Ini tidak..... hanya segelintir saja yang menikmati kesenangan hidup, kesan daripada kenaikan harga getah akibat faktor-faktor yang mempengaruhi harga komoditi tersebut di pasaran dunia. Yang kaya raya.... hidup senang akibat amalam kronisma dan rasuah dan penyelewengan kuasa, tidak terjejas langsung dengan kesan kemerosotan ekonomi negara. Harta dan duit ringgit mereka melimpah ruah dan makan tak habis, kesan hasil rompakan duit rakyat.

Siapa mereka??

Tak lain dan tak bukan.... para pemimpin UMNO/BN. Hipokritlah mereka sekiranya mereka mendabik dada mengaku kerajaan UMNO/BNlah yang bertanggung jawab, memberi kesenangan hidup pada para penoreh getah ini.

Yang senang ditipu..... bolehlah komer perdaya, kelentong dan kencing, tapi rata-rata rakyat bukan bodoh lagi. Mereka tahu siapa UMNO/BN dan para pemimpin mereka.

Perompak yang haprak.... hipokrit..... tamak..... zalim dan bongkak!!

Afundi dia keluar!!

Posted: 02 Mar 2011 07:00 PM PST


Aku rasa sah, jika ada ler cabinet reshuffle, pasti menteri bangang dan penipu ni, akan di kick out daripada barisan kabinet taik Najib. Bukan sekali... dia menunjukkan kebangangannya tetapi, dah banyak kali.

Kali ini kebangangannya terserlah lagi.... Ada ke dia cabar PAS /Pakatan Rakyat turunkan harga gula?? Weh.... kamu orang yang buat taik..... kamu orang cucilah sendiri. Hissyyy....pandai buat taik jer!!

Ituler budaya mereka.... buat taik merata-rata, lepas tu orang lain yang cucikannya. Tengok di Kelantan, bikin hutang bertimbun-timbun.... yang kena bayar balik, PAS. Tapi... atas rasa tanggung jawab yang hutang itu, wajib dibayar maka... PAS di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz redha...

Lihat di Selangor, buat perjanjian taik dengan kerajaan Pusat berkenaan air.... yang membebankan rakyat Selangor. Tapi.... yang berusaha nak cuci taik ialah Pakatan Rakyat Selangor. Demi kesejahteraan rakyat.... mereka sanggup nak bersihkan najis yang dibuat oleh UMNO. Tapi... UMNO dan proksi mereka dalam Syabas, enggan beri kerjasama dengan PR Selangor. Inikah dikatakan rakyat didahulukan.... Bullshit ler!!

Di Pulau Pinang... lagi banyak taik-taik yang tersembunyi yang telah berjaya dibongkar oleh Pakatan Rakyat, Pulau Pinang. Isu Pulau Jerjak.... isu Kampung Buah Pala.... isu judi dan macam-macam lagi ler...

Sekarang.... menteri bangang si Ismail Sabri , nak cabar PAS/Pakatan Rakyat pulak untuk turunkan harga gula?? Hissyy.... sah bangang and stupid. Sedarler diri sikit. Pea brain!! Moron!!


Meh... kita baca bagaimana orang cerdik daripada PAS, Tuan Ibrahim, menjawab statement bangang daripada seorang menteri Najib yang tengin hangit ni.... Hmmm, mudah ringkas dan tepat. Budak tadika pun faham.

Layan lagi di sini

Ha.... ha... ha... Ismail Sabri is a liability to Najib Razak.

OUT!! OUT!! OUT HE'LL GO!!

He no go... Najib stupido!!

Don't want to be stupido..... Afundi dia keluar!!

Kukkuuu.. Kukkuuu.. Kukkuuu... Dia bersuara dah....

Posted: 02 Mar 2011 04:30 PM PST


Dia selalu bersuara untuk membela bangsa dan TUAN bangsa dia saja. Bersuara kerana ikhlas mempertahankan kebenarana agama TUHAN dia iaitu Allah SWT, kureng.... Lebih-lebih lagi, kalau yang memperkotak-katikkan agama Allah SWT, yang juga Tuhan kepada bangsa puak-puak TUAN politik dia itu.... ialah puak-puak si UMNO laknat.

Pandangan dan 'suara' dia very selctive dan pilih kasih serta pilih bulu. Kekadang dia ni... dia ni seems very kompius dan mengkompiuskan. Sorry to say la..... Itu sebab rasa hormat orang pada dia dah hilang.

Kata Tok Guru....

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak di dalam Sinar Harian hari ini. Kata beliau, jangan guna hukum untuk tarik undi. Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Tidakkah seluruh amalan dlm hidup ini tertakluk pada hukum? Samada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Jika masuk tandas pun ada hukum, takkanlah memilih pemimpin tidak ada hukumnya? Tidakkah Nabi meninggalkan kota Mekah untuk berjuang menegakkan negara di Madinah, ertinya perjuangan menegakkan negara merupakan sebahagian perjuangan baginda. Terfikir saya, muftikah ini?

Mufti??

Ya, Tok Guru..... Benar, dia Mufti Perak Darul Kartun.... Tapi, itu hanya gelaran yang dipegang hasil lantikan hamba Allah SWT, di dunia yang fana ini. But.... too bad. Dia tidak ada ciri-ciri seorang mufti sejati. Lantas, dia bukan mufti. Dia lebih memiliki prilaku seorang MUFTA. Dia bikin... haru sana dan haru sini.

Pendekkan cerita... dia Mufta Harussani Perak Darul Kartun. Full stop.

[sumber]

Tiada ulasan: