Sabtu, 19 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


450 ahli PKR keluar parti sertai Umno?

Posted: 19 Mar 2011 09:47 PM PDT

Menurut laporan NST :

"Indera Mahkota division PKR acting-head Ibrahim Sidek and some 450 party members leave PKR and join UMNO today"

Hanya itu yang dilaporkan tiada berita lanjut.
Harap YB Fuziah, MP Kuantan tolong sahkan berita ini.



Lagi kemalangan bas persiaran - 1 terbunuh 6 parah

Posted: 19 Mar 2011 08:09 PM PDT

Seorang maut, 6 parah bas persiaran rempuh lori

2011/03/20
BIDOR: Seorang penumpang bas persiaran maut, manakala enam parah selepas bas yang membawa 43 peserta rombongan dari Pulau Pinang ke Nilai 3, Negeri sembilan, merempuh belakang sebuah lori, sebelum dilanggar sebuah lori lain di Kilometer 341.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat plaza tol Bidor, 4.50 pagi tadi.

Polis mengesahkan identiti mangsa yang terbunuh sebagai Sahad@Shariff Md Din, 74. Pelanggaran pertama hanya membabitkan kecederaan kepada penumpang. Bagaimanapun pelanggaran kedua menyebabkan kematian dan kecederaan parah selepas ada penumpang yang sudah turun dan berada di tepi bas yang dilenyek kenderaan itu
STONE : Hari ni saja ada 2 kemalangan bas persiaran. Kemalangan pertama DI SINI . Tiap kali lepas kemalangan macam-macam cerita dari agensi-sgensi yang bertanggung jawab. Nak buat itu, nak kuatkuasa ini la, lepas 3 4 hari semua diam, kemalangan terus berlaku. Habok pun tak der . Apa kah pihak-pihak berwajib betul-betul melakukan tugas mereka? Atau hanya bercakap untuk 'melepaskan batok di tangga'. Tiada sebarang tindakan konkrit. Jadi sampai bila....?

Umno Lidah Bercabang

Posted: 19 Mar 2011 06:36 PM PDT

Faekah: UMNO tersepit lidah pula bercabang

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah. UMNO terdesak. Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri. Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.

Justeru, kita tidak hairan apabila melihat sikap flip-flop pemimpin UMNO ini. Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH? Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini? GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.

Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya. Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

Libya : Jet pejuang Gaddafi ditembak jatuh penentang (video)

Posted: 19 Mar 2011 06:41 AM PDT

PRN Sarawak : BN berdepan pelbagai isu kritikal

Posted: 19 Mar 2011 06:32 AM PDT

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin, 21 Mac ini, menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya negeri itu.

Pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri kali ke-10 diadakan, ketika Taib dan Barisan Nasional negeri berdepan pelbagai isu yang kritikal.

Tarikh penamaan calon dan pengundian walau bagaimanapun belum diumumkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Pilihan raya ini menggambarkan keyakinan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka menyusul tidak lama selepas pilihan raya Sarawak.

BN mencapai kemenangan cemerlang di Dun Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang dalam pilihan raya kecil 6 Mac lalu.

Taib yang memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama parti komponen BN di Sarawak memenangi 61 daripada 69 kerusi dalam pilihan raya terakhir pada 2006.

BN Sarawak di bawah Taib walau bagaimanapun berdepan isu-isu sukar pemerintahan berdekad ketua menteri itu dan rampasan kitab Injil berbahasa Melayu oleh kerajaan.

Kedua-dua isu meletakkan Taib dan BN dalam keadaan defensif, terutama isu Injil yang ditujukan untuk menjejaskan sokongan masyarakat Kristian Katolik yang besar di negeri itu.

Isu pemerintahan Taib dan kemelut Injil bahasa Melayu yang ditahan pihak berkuasa mula panas dan menjadi perhatian menjelang pilihan raya Sarawak yang dijangka banyak pihak.

Tekanan yang meningkat terhadap BN Sarawak ini dijangka akan memberi kesan kepada persembahan Taib dan BN negeri itu nanti.

Selain itu, era selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pengaruh dan sokongan parti-parti pembangkang meningkat dan penubuhan parti baharu Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dijangka turut memberi kesan kepada pilihan raya ini nanti.

Parti-parti Pakatan Rakyat selain DAP walau bagaimanapun dijangka berdepan laluan sukar di Sarawak kerana masih dilihat parti Semenanjung di sebahagian besar negeri itu, dan bagi PKR, kesan negatif dijangka tercetus akibat krisis dalaman parti itu kebelakangan ini.

Populariti PKR terjejas di Sarawak dan Sabah ekoran ketidakpuasan hati ahli-ahli di kedua-dua negeri.

Selepas 16 pilihan raya kecil Dun dan Parlimen pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, BN dan PR memiliki kekuatan yang setara dengan kedua-dua pihak memenangi 8 kerusi.

Malah BN mungkin mempunyai beberapa kelebihan ekoran persaingan dalaman parti-parti PR, termasuk PAS yang akan melalui pemilihan kepimpinan awal Jun nanti. - SiasahDaily

Umno ini penipu, pembohong, pencacai, celaka haram jadah - Abdullah Sani

Posted: 19 Mar 2011 04:57 AM PDT

KUALA LANGAT: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor 'memunggah hasil' tanah orang Asal di Kuala Langat sebagai satu pembohongan besar.

"Umno ini penipu, pembohong, pencacai, celaka haram jadah. Dia buat isu ini, dia patut tunjukkan bukti" tegas Abdullah Sani kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas dakwaan Umno Barisan Nasional (BN) melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, mengambil hasil tanah orang Asal di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat.

Akhbar utama Umno BN itu memuatkan laporan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan Tanah Simpanan Sakai itu kepada 'pihak ketiga' tanpa pengetahuan 4,000 penduduk orang Asal berketurunan suku Temuan di situ.

Menyifatkan berita itu satu 'penipuan bodoh' dan berdasarkan 'cakap-cakap orang' tanpa menyelidiki kebenaran sebenar, kerajaan Selangor katanya tidak pernah mengambil tanah rakyat sesuka hati seperti dilaporkan akhbar Umno BN itu.

"Dia (Utusan) patut tunjuk bukti. Kita tak pernah ambil walau satu inci pun tanah rakyat, kita lagi bagi (tanah) ada lah. Kalau betul, dah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis atau badan-badan tertentu dah datang ketuk pintu rumah kami (kerajaan Selangor)," tambahnya.

Jelasnya lagi, Umno BN harus berdepan dengan kerajaan Selangor sebagai 'anak jantan', bukan dengan melakukan propaganda jahat di media.

"Mereka ini (Umno BN) kalau tak menipu, mereka tak boleh hidup. Sila berdepan kami sebagai anak jantan, bukan dengan menipu di media perdana," katanya.

Justeru, Abdullah Sani berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya Umno BN mengaitkan beliau dalam isu ini.

"Kalau dia sebut apa-apa berkaitan saya, saya tak akan teragak untuk saman mereka," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9329
STONE : Ni yang kata utusan buat lapuran yg telus? Kepala bapak depa lah. Memang semua dah tahu, UM ni memang kaki putar alam. Mampuih cepat tak mau.

Hang pi belajar akaun dulu la Noh ai ... kata Faekah

Posted: 19 Mar 2011 02:33 AM PDT


SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, secara sinis mencadangkan kerajaan supaya menghantar barisan menteri, termasuk Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan.

Beliau berkata demikian mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000.

"Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun.

"Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanya lah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu.

Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional.

"Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik," katanya lagi.

Tambah beliau, pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN.

"Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet.

"Mendesak Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah mereka tidak mempunyai cermin," sinis beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9319

Tsunami Jepun : 8 hari tertimbus tapi masih hidup (video)

Posted: 19 Mar 2011 01:50 AM PDT

Tiada ulasan: