MIMPI SENJA |
- Siapa MP Keadilan yang dibayar RM1.4 juta? .. dah tahu, mai tengok
- Dicso main buih ramai2 jantan-betina - kini dah ada di KL
- Lagi gambar artis bercium ... Lisa Surihani
- RM4 bilion subsidi kalau harga minyak kekal kata Najib .. hangpa tau la apa maksud dia
- umNO kuda tunggangan MCA MIC - Pemuda PAS
- Ini cerita kroni Umno dapat projek. Tapi pak lah batalkan
- Sebab MP Keadilan keluar parti
Siapa MP Keadilan yang dibayar RM1.4 juta? .. dah tahu, mai tengok Posted: 09 Mar 2011 10:11 PM PST Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang? Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutan bernilai RM1.4 juta. "Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini? "Kalau, 'nilai' Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal," soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan. Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta. "Dari mana sumbernya? Siapakah yang 'bermurah hati' menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?" katanya. Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya 'bertanya khabar' kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen,didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti. "Dek dorongan inilah ramai yang rewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan. Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8534
|
Dicso main buih ramai2 jantan-betina - kini dah ada di KL Posted: 09 Mar 2011 06:15 PM PST Bukan yang di atas ni .. yang ni nak buat apa .. mampuih org tak mai tempat ni kalau minah ni ada ... hahaha ... tapi tengok gambar2 kat bawah tu .... Dah lama cerita disko buih ni kalau di negara jiran, masa tu di KL belum ada. Sesiapa yang nak 'berseronok' dalam kolam buih 'jantan betina' ramai-ramai kena lah menyeberang sempadan. Pernah aku dipelawa oleh seorang kawan di JB untuk kesana, tapi alhamdulillah iman masih kuat, aku menolaknya. Tapi pagi ni masa rewang-rewang, aku terjumpa ... ianya dah ada di KL, tapi tak pula disebut lokasinya nya, hanya sekadar menyatakan di KL. Aku tak dapat bayangkan apa akan terjadi lagi selepas ini tambahan pula ura-ura Najis nak jadikan KL sebagai 'Hub Hiburan' dengan alasan menarik pelancung .. Hancusss Malaysia kalau makin lama di tangan Najis ... korang tunggu saja la. Hangpa tengok lah ni ... macam haramjadah jer sekoq-sekoq. Nampak muka-mukanya macam ada yang Islam ... hidup 1Malaysia Najis .. semua boleh ... aku tak nak tengok sangat2 la suatu hari nanti bila berjalan kat Bkt Bintang, ada mamat dan minah tengah 'operasi' kat satu lorang ... minta simpang. Kelaku haramjadah ni dah berlaku di negara barat ... mungkin akan berlaku di Malaysia, siapa tahu kalau dah macam ni punya kerajaan ...... JATUHKAN NAJIB ... TUMBANGKAN BN DLM PRU13 |
Lagi gambar artis bercium ... Lisa Surihani Posted: 09 Mar 2011 08:48 AM PST hahahaha betul la kan, bercium mulut lagi. ... jangan marah ... k gudnite ... bye jumpa esok pagi - sumber |
RM4 bilion subsidi kalau harga minyak kekal kata Najib .. hangpa tau la apa maksud dia Posted: 09 Mar 2011 05:35 AM PST itulah yang dikatakan Najib kalau RON95 kekal RM1.90 seliter dan RM2.50 bagi RON97, KERAjaan dia kena belanja subsidi sebanyak RM4 bilion. Entah ya entah tidak kita pun tak tau lah. Depa ni boleh kata macam-macam nak kencing rakyat. Apa-apa pun kita kena ucap terima kasih pada rakyat yang 'bodoh' yang masih memangkah BN, yang terbaru di Kerdau dan Merlimau baru-baru ni. Walaupun ianya hanya PRK, tak melibatkan pemerintah persekutuan, tapi orang-orang 'bodoh' ni masih berada di belakang Najib dan BNnya. Bila cerita pasai barang naik semua mengeluh, marah sana marah sini. dari kedai kopi kampong, yang kopi 'o'masih secawan 2 kupang sampai la ke 'cross road' lounge hotel concorde semua marah sebab minyak naik, tak dak sorang pun yang bersetuju, tapi bila mai pilihanraya depa masih pangkah juga parti haramjadah tu. Tak paham aku ... adakah kerana dapat sorang RM100 masa dekat2 nak mengundi. Adakah pasal dapat jalan kampong yang baru? Dapat Wifi? hahaha depa tak tau depa dah kena kencing dek Najib ... Hangpa tunggu lah 2 3 hari lagi, diam-diam depa penaik lah harga minyak ni. Ooopppss bukan penaik harga, silap tapi pelarasan harga minyak .... sapa yang tanggung? Semua rakyat bukan yang pangkah umNO BN saja. ..... JATUHKAN NAJIB TUMBANGKAN BN DI PRU 13 nanti. KUALA LUMPUR: The fuel subsidy is estimated to rise by an additional RM4bil this year if no adjustments are made to petrol prices, which stand at RM1.90 per litre for RON 95 and RM2.50 per litre for RON 97. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said at a press conference Wednesday, after a briefing by Bank Negara Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, that subsidy costs for fuel would rise by this amount if no adjustments were made in the face of higher crude oil prices. This would mean that the allocation for fuel subsidy under Budget 2011, which was set at RM10bil based on oil prices hovering around US$85 (RM259) to US$90 (RM274) per barrel, would rise to RM14bil this year. Besides this, the Government has also allocated RM4bil for other subsidies. For 2010, the fuel subsidy came up to RM10bil. Economists have also estimated that should oil prices remained above US$100 (RM305), the Government might need to fork out an additional RM3.5bil to RM4bil for the fuel subsidy. Najib added that the deficit would depend on how much revenue the Government would get against the increase in subsidy costs. The Government has targeted a budget deficit at 5.4% of gross domestic product for this year compared with 5.6% last year while the target was to lower the deficit to 2.8% by 2015. Last month, Najib said there could be a review of the fuel subsidy should unrest in the Middle East continued although, so far, there were no plans to do so. The price of RON 97 petrol was last raised on Feb 1, up from an initial 10 sen hike on Jan 4. In December, RON 95 petrol and diesel rose 5 sen per litre to RM1.90 and RM1.85 per litre respectively. - Star |
umNO kuda tunggangan MCA MIC - Pemuda PAS Posted: 09 Mar 2011 04:44 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan membentangkan tiga bukti berfakta yang menunjukkan Umno menjadi kuda tunggangan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk tidak pernah menambah kerusi Melayu sepanjang tiga penggal menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Pertama, beliau pada satu kenyataan media hari ini, berkata Umno setiap kali persempadanan semula, bertindak menambah kerusi di negeri lain yang mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen. Walaupun 1,001 tohmahan dilempar dan disogok kepada rakyat khasnya orang Melayu untuk membenci dan curiga terhadap PAS, beliau membawa bukti kedua dengan berkata, Umno juga menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, walaupun Umno ketika itu mencatat kemenangan besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang. "Umno juga menyerahkan kerusi Parlimen Raub dan Kuantan kepada MCA walaupun sekian lama bertanding di kawasan berkenaan. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain (MCA dan MIC)? Bukankah ini menunjukkan Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam BN?" katanya. Nasruddin juga kesal kerana Umno BN mengadu domba dengan mengajak orang Melayu menolak perjuangan PAS atas alasan 'PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno'. "Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula, UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? "Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab 'Dia pukul aku, dia yang menangis; dia fitnah aku, dia yang mengadu'. "Orang tua-tua pernah bisik, Umno macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga," katanya. Nasruddin turut mengajak umat Islam menghayati sejarah Rasulullah saw yang mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan bukan Islam demi mempertahan hak dan menentang kezaliman. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8495 |
Ini cerita kroni Umno dapat projek. Tapi pak lah batalkan Posted: 09 Mar 2011 04:26 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – Bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai "jambatan bengkok" 13 tahun lalu. Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl pada 1998. "Pada satu hari tahun 1998, Datuk Eskay bertemu dengan Tan Sri Megat. Datuk Eskay sangat gembira apabila Tan Sri Megat menyerahkan sepucuk surat daripada EPU kepada Datuk Eskay. "Hanya selepas itu, saya mengetahui yang Datuk Eskay memperoleh projek membina jambatan Johor-Singapura bagi menggantikan Tambak Johor," kata Mohamad Mahti di mahkamah hari ini. Katanya, Megat Junid menganggap Shazryl sebagai "keluarganya" manakala anak lelaki Megat Junid dan isteri Shazryl adalah rakan kongsi perniagaan industri automotif. "Mereka sangat rapat. Datuk Eskay melawat rumah atau pejabat Tan Sri Megat dua atau tiga kali dalam seminggu," kata Mohamad Mahti, yang menjadi pengawal peribadi Megat Junid dari 1984 hingga 2000. Dia memberikan keterangan pada hari pertama kes sivil berkaitan pemerolehan projek membina jambatan itu. Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka. Awal hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan defendan untuk mengetepikan kes itu atas alasan adanya isu yang perlu didengar. Mahkamah menetapkan tiga hari untuk mendengar kes itu. Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Idea pembinaan "jambatan bengkok" digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. - TMI |
Sebab MP Keadilan keluar parti Posted: 09 Mar 2011 01:56 AM PST Dari Keadilan Daily Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mempersoal tindakan Ahli Parlimen KEADILAN yang keluar parti, baru-baru ini , disebabkan menerima wang dari pihak tertentu untuk membuat bayaran hutangnya. "Cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac dengan jumlah RM700,000. "Cek itu beralamat syarikat milik Ahli Parlimen yang juga alamat kediamannya sendiri. Ia dibayar kepada tuan punya tanah dengan jumlah RM1.4 juta. Persoalannya, dari mana datangnya duit ini?" soalnya sambil menunjukkan bukti salinan bayaran cek berkenaan. Terdahulu, Saifuddin berkata, Ahli Parlimen yang keluar KEADILAN itu membeli tanah pada 2010 dengan harga RM1.5 juta tetapi gagal membuat bayaran dalam masa 60 hari mengikut perjanjian. "Saya mendapat salinan perjanjian antara Ahli Parlimen ini dengan pihak yang memiliki tanah. Perjanjian itu dibuat pada Mei 2010. Bayaran mesti dibuat, namun beliau tiada wang," katanya kepada KeadilanDaily di lobi Parlimen, hari ini. Menyatakan maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu yang bersimpati dengan KEADILAN, Saifuddin berkata: "Kita ada dokumen dan mereka datang menemui saya menyerahkan bukti. "Selepas membuat kajian, ia memang sah. Data itu adalah dokumen asal dan saya buat salinan. "Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak tahan melihat lakonan Ahli Parlimen kononnya keluar parti mendakwa kononnya KEADILAN tidak membela rakyat," katanya yang sudah menjangka tindakan individu itu untuk keluar parti. "Namun, mereka khianat sebab bertanding dan menang atas tiket KEADILAN. Kita sentiasa mempertahankan bahawa mereka yang mengkhianati parti adalah kerana mereka dibeli," kata Saifuddin. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan