Khamis, 10 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dituduh Rogol Setelah Lakukan Seks Dengan Kekasih Yang Baru Dikenali 2 Hari

Posted: 10 Mar 2011 12:30 AM PST

Kuantan - Hubungan cinta seorang pengawal keselamatan dengan gadis yang baru dua hari dikenali memakan diri apabila kekasihnya itu membuat laporan polis mendakwa dia dirogol lelaki terbabit, 26 Julai tahun lalu.

Tertuduh berusia 22 tahun, dari Kampung Nelayan Sungai Puteri, Rompin yang ditahan polis 4 Mac lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan tersebut.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin di hadapan Hakim Nor Adidah Ahmad.

Pada masa sama, tertuduh tidak menafikan ada menjalinkan hubungan seks dengan gadis berusia 18 tahun dua bulan itu di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran pusat Giat Mara Kuala Rompin, bagaimanapun ia berlaku atas kerelaan bersama.

Tertuduh memberitahu mahkamah, selepas peristiwa itu, mereka bergaduh dan memutuskan hubungan.

Dia berkata, mungkin atas alasan tersebut, kekasihnya membuat laporan polis mendakwa dia dirogol.


Penjelasan tertuduh itu menimbulkan persoalan memaksa Nor Adidah bertanya sebab dia membawa mangsa ke dalam ladang kelapa sawit dan merogolnya.

"Kamu terus melakukan hubungan seks dengan gadis itu walaupun baru dua hari kenal?" Tanya Nor Adidah kepada tertuduh bagaimanapun dia hanya diam membisu.

Sebelum itu, tertuduh ditawarkan ikat jamin RM8,000 oleh pihak pendakwaan bagaimanapun dia merayu jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya mampu setakat RM3,000.

Rayuannya itu ditegur Nor Adidah memandangkan jumlah ikat jamin yang diminta terlalu rendah.

"Ini Mahkamah Seksyen bukan Mahkamah Majistret, mana boleh jaminan serendah itu apatah lagi tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang kamu hadapi memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh disebat," tegur beliau.

Menurutnya, jumlah jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan juga berpatutan dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh itu.

Bagaimanapun selepas mengambil kira rayuan dan kemampuan kewangan tertuduh yang turut menanggung ibu dan adik-adik, mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kepada RM6,000 manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada 2 dan 3 Mei depan. -SH

2 Pelajar Politeknik Merlimau Maut 1 Parah Dalam Nahas Jalanraya

Posted: 09 Mar 2011 11:56 PM PST

Jasin: Tiga rakan sekuliah sempat menghantar seorang rakan perempuan mereka ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF) untuk menjalani rawatan luka di paha sebelum dua daripadanya maut selepas terbabit kemalangan ngeri, di sini, petang semalam.

Lebih memilukan, tiga sekawan itu dalam perjalanan ke kelas fotogametri di Politeknik Merlimau.

Dalam kejadian jam 2.50 petang semalam, kereta mangsa terlibat kemalangan di kilometer 29, Jalan Laidin, Sebatu, selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dari arah bertentangan.

Mangsa yang terbunuh adalah Muhammad Jefrry Jamian, 20, dan Mohammad Yazair Ingan, 20, sementara Mohd Ikmal Hisham, 20, masih kritikal dan dirawat di Hospital Melaka.

Jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu Muhammad Jefrry dipercayai gagal memotong sebuah kereta yang berada di hadapannya.

"Pada masa sama, sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton berada di laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat,"
katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang mengambil Sijil Ukur Tanah akan menamatkan pengajian April ini.

Sementara itu, ibu salah seorang mangsa yang meninggal dunia, Muhammad Jefrry, Jamiah
Hashim, 46, ketika ditemui berkata, dia tidak nampak perubahan pada diri arwah anaknya.

"Seperti biasa, setiap hujung minggu dia balik ke Muar dan saya tidak nampak perkara pelik pada dirinya," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Jasin.

Pengakuan Bersalah Bekas Pengetua Sekolah Ditolak

Posted: 09 Mar 2011 11:00 PM PST

George Town -- Mahkamah Sesyen pada Rabu menolak pengakuan bersalah bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar II, Dr P.Iskandar Abdullah, berhubung tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM15,550 milik sekolah itu.

Pengakuan itu ditolak oleh Hakim Zanol Rashid Hussain selepas Iskandar, 55, memberitahu mahkamah wang yang dimasukkan dalam akuannya itu tidak pernah diambilnya walaupun satu sen sebaliknya digunakan untuk pembayaran biasiswa pelajar, kos pembaikan sekolah dan urusan lain.

Iskandar, yang kini bertugas sebagai Pegawai Naziran di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, menyatakan demikian ketika mahkamah memberinya peluang untuk membuat rayuan selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan pagi Rabu.

"Saya mengaku salah tetapi sebagai pengetua pertama di sekolah tersebut yang belum mendapat OC (sijil layak menduduki bangunan) pada masa itu, sudah menjadi amalan biasa wang itu dimasukkan dalam akaun saya sebagai ketua jabatan di sekolah itu, tetapi saya tidak ambil apa-apa," katanya.

Pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Janariah Abdul Mutalib kemudian bangun sambil menjelaskan bahawa sebarang cek mesti melalui akaun sekolah dan bukannya akaun persendirian.

Hakim Zanol Rashid menetapkan kes itu disebut semula pada 23 Mac ini bagi membolehkan Iskandar melantik peguam.

Mengikut pertuduhan, Iskandar didakwa melakukan pecah amanah lima keping cek Maybank bernilai RM7,750; RM1,800; RM3,200; RM1,800 dan RM1,000 yang merupakan peruntukan bagi kegunaan hal ehwal kewangan sekolah itu.

Dia didakwa telah mendepositkan kesemua cek itu ke dalam akaun simpanan miliknya antara 26 Feb dan 19 Dis 2007.

Zanol Rashid membenarkan Iskandar dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh membayar wang ikat jamin. -- BERNAMA

Berasmara Di Tempat Awam

Posted: 09 Mar 2011 09:49 PM PST

Seremban 2: Suasana lengang di Taman Awam Seremban City Park di sini pada waktu tengah hari, dipergunakan segelintir pasangan kemaruk bercinta untuk memadu kasih sambil melakukan perbuatan tidak bermoral.

Gambar: PASANGAN tanpa segan silu memadu asmara di Taman City Park, Seremban 2

Tinjauan Sentral mendapati, lokasi berkenaan strategik kerana mempunyai banyak pondok wakaf dan bangku di bawah pokok redup, sekali gus membolehkan pasangan kekasih bermesra dengan selesa.

Beberapa pengawal keselamatan kawasan itu mendakwa, kebanyakan pasangan berusia dalam lingkungan 20-an termasuk pelajar kolej swasta berhampiran, selalu datang ke situ antara jam 2 petang hingga jam 4 petang.

Pengawal keselamatan, Noorfadzli Mustapha, 32, mendakwa pada waktu berkenaan, kawasan itu kurang dikunjungi orang ramai.

"Mereka selalunya duduk berdua-duaan sambil berpelukan dan ada yang bercium tanpa rasa malu serta tidak mempedulikan kehadiran pengawal keselamatan yang membuat rondaan dari semasa ke semasa.

"Apabila pengawal menegur, mereka akan beredar tetapi ada pasangan yang bersikap kurang sopan dengan memarahi dan mempertikaikan tindakan kami meminta mereka menghentikan kelakuan tidak senonoh itu.

"Mereka beredar apabila pengunjung lain, terutama yang membawa keluarga mula datang ke taman pada jam 5 petang," katanya.

Noorfadzli mendakwa, selain pasangan kekasih, beliau juga pernah terserempak dengan pasangan sesama jenis yang berkelakuan tidak senonoh.

Katanya, pengawal keselamatan kawasan itu tidak dapat mengambil tindakan kerana tidak mempunyai kuasa mengikut undang-undang, sebaliknya hanya meminta mereka terbabit beredar.

Katanya, perbuatan pasangan terbabit memberi gambaran buruk terhadap pengawal keselamatan di kawasan berkenaan kerana pengunjung menyangka mereka sengaja membiarkan perlakuan memalukan itu berlaku.

Pengunjung, Fauzi Salim, 28, berkata pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) perlu kerap melakukan rondaan dan operasi di kawasan itu.

"Jika dibiarkan, kawasan itu akan menjadi lokasi pasangan kekasih melepak dan akan menarik lebih ramai pasangan melakukan maksiat," katanya.

Fauzi yang sering mengisi minyak keretanya di stesen minyak berhampiran, mendakwa sering melihat kereta yang mencurigakan berhenti di kawasan berkenaan pada waktu malam.

"Saya pernah berhenti di tepi sebuah kereta yang tidak dimatikan enjin dan terkejut apabila mendapati pasangan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dan pemandu lelaki itu segera memecut kereta sebaik menyedari perlakuannya diperhatikan," katanya. -BH

Malaysia Berkas 7 Lanun Indonesia, Indonesia Tahan 7 Nelayan Malaysia

Posted: 09 Mar 2011 08:41 PM PST

Tujuh lanun warga Indonesia diberkas

JOHOR BAHRU: Kelicikan tujuh penyamun warga Indonesia merompak kapal dagang di perairan negeri ini, berakhir awal pagi semalam apabila pencerobohan mereka disedari anak kapal yang berjaya memboloskan diri daripada ditawan, sebelum menghantar isyarat kecemasan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Gambar: KETUA Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar (berdiri kanan) memeriksa tujuh warga Indonesia yang berjaya ditangkap. foto BERNAMA

Kejadian berlaku ketika tujuh penyamun itu merompak kapal dagang, MT Front Queen yang berlabuh pada kedudukan 2.8 batu nautika dari Pulau Mungging dekat perairan Pengerang, kira-kira jam 3.15 pagi.

Ketika pencerobohan, kebanyakan 20 kelasi kapal itu diketuai kapten, seorang rakyat Russia nyenyak tidur dengan beberapa orang daripada mereka ditugaskan mengawasi keadaan.

Kumpulan penyamun itu berhasil memanjat masuk menerusi bahagian buritan kapal terbabit disyaki menggunakan galah, dipercayai mahu menyamun alat ganti yang dibawa bersama kapal berkenaan serta barang berharga milik kelasi kapal itu.

Namun, pencerobohan kumpulan terbabit disedari kelasi yang mengawasi keadaan, sebelum mereka menjerit mengejutkan pegawainya yang kemudian membunyikan isyarat kecemasan tanda kapal terbabit diceroboh penyamun.

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar, berkata siren kecemasan dari kapal terbabit yang memecah hening pagi semalam, disedari anggotanya yang sedang menjalankan operasi di perairan berdekatan.

"Menyedari isyarat kecemasan itu, Bot Kilat APMM yang dalam rondaan, bergegas menghampiri Front Queen sebelum mengesan sekumpulan tujuh lelaki disyaki penyamun itu cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah bot sambil membuang peralatan dan barang-barang ke dalam laut" katanya dalam sidang media di Jeti APMM dekat Tanjung Puteri di sini, semalam.

Zulkifli berkata, siasatan mendapati MT Front Queen berdaftar di Pulau Majuro dan 20 anak kapal itu tidak mengalami kecederaan.


Indonesia tahan 7 nelayan

TAHIR (kiri) bersama ahli keluarga mangsa menunjukkan gambar nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia ketika menangkap ikan di perairan Malaysia, semalam.


Pihak keselamatan negara jiran didakwa ceroboh perairan negara

PONTIAN: Tujuh nelayan termasuk dua tekong bot pukat tunda dari pangkalan Pontian Besar di sini, didakwa ditahan sepasukan penguat kuasa maritim negara jiran yang menceroboh perairan Senggarang berdekatan Tampok dekat sini, petang kelmarin.

Mereka yang ditahan, tekong bot JHF7281D, Ibrahim Mohd Kassim, 28, bersama tiga awak-awaknya Redzuan Aris, 35; Mohamad Zamri Hambali, 26 dan Subani Samsuddin, 40an (warga Indonesia) manakala, bot pukat tunda JHF6963B, diketuai tekong, Zainodin Adam, 53 bersama dua awak-awak, Rosli Ab Rashid, 34 dan Jamil Md Top, 53.

Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Kes ini masih dalam siasatan kami termasuk mendapatkan maklumat daripada keluarga mangsa. Perkara ini akan dikemukakan dalam pertemuan dengan pelbagai agensi termasuk maritim dan polis kedua-dua negara yang akan diadakan esok (hari ini) di Batam, Indonesia," katanya.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Pontian, Tahir Mohd Kassim, mendakwa tujuh nelayan terbabit sengaja ditahan pihak berkuasa negara jiran itu ketika mereka sedang memukat pada kedudukan 12.5 batu nautika dari Tampok, kira-kira jam 5 petang.

Tahir yang juga abang kepada Ibrahim, berkata sejurus kejadian, adiknya sempat menghantar SMS kepada seorang pegawai maritim memaklumkan kedudukan mereka.

"Kami dapat tahu, sejurus laporan dibuat, sepasukan empat anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.30 malam dan melihat dua bot pukat tunda sedang ditunda masuk ke perairan negara jiran.

"Difahamkan, anggota PGM cuba berunding dengan pasukan itu tetapi sebaliknya mereka diacukan senjata oleh lebih 20 anggota pihak berkuasa terbabit yang terus membawa mereka ke perairan Indonesia," katanya. -BH


Kes Mahasiswa Hilang: Polis Tak Tolak Kemungkinan Wujud Unsur Jenayah

Posted: 09 Mar 2011 07:47 PM PST

Kuala Lumpur: Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kehilangan seorang calon Pro Mahasiswa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Polis kini menunggu laporan perubatan berhubung status kesihatan fizikal dan dalaman pelajar terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penilaian Khidmat Pelanggan di IPD Dang Wangi, di sini Rabu.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang 19 Februari lalu selepas berkempen di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini, sebelum ditemui semula 33 jam kemudian di Bangi.

Kehilangannya itu dikaitkan dengan empat ugutan yang diterima beliau beberapa hari sebelum dilaporkan hilang dan Masturah ditemui dalam keadaan bingung dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi.

Pada pemilihan MPP UM yang berakhir pada 21 Februari itu, Masturah diumumkan sebagai antara calon Pro Mahasiswa yang menang.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar berkenaan tidak diculik.

Zulkifli juga meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. - BERNAMA


SYIAH: Lain Yang PAS Tanya, Lain Yang BERNAMA Laporkan

Posted: 09 Mar 2011 07:06 PM PST

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. -HD



PULAPOL Diancam "Kencing Tikus", Seorang Maut

Posted: 09 Mar 2011 05:55 PM PST

Kuala Lumpur:
Semua aktiviti, termasuk program latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini dihentikan serta-merta berikutan penularan jangkitan 'Adenovirus' di premis itu sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan sehingga jam 10 pagi semalam, seorang pelatih Konstabel Mohd Azizan Azirid (gambar), 25, dari Kuala Kangsar, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan itu, manakala dua lagi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Seramai 28 pelatih turut menerima rawatan di HKL, selepas dikesan mempunyai tanda jangkitan wabak itu, termasuk batuk dan demam.

"PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung jangkitan wabak ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Seramai 1,945 pelatih mengikuti latihan asas kepolisan, masing-masing 993 pelatih inspektor dan 952 pelatih konstabel di pusat itu.

Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka bilik gerakan dan talian khas 03-26882009 bagi memudahkan orang ramai, terutama ahli keluarga pelatih mendapatkan perkembangan terkini berhubung masalah itu.

"Setakat ini, 226 pelatih diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan, malah mereka tidak dibenarkan menerima pelawat, termasuk ahli keluarga bagi mengelak penularan wabak itu," katanya.

Selain pelatih, PULAPOL Kuala Lumpur turut mempunyai 854 pegawai dan kakitangan bertugas.

"PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung jangkitan wabak ini," katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan akhbarnya berkata, 210 pelatih didapati mengalami gejala 'Influenza Like Illness' (ILI) di mana dua pelatih masih di Unit Rawatan Rapi (ICU), 26 pelatih wad biasa dan 182 pelatih diasingkan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan pelatih yang meninggal dunia jam 8.30 malam kelmarin mengalami gejala ILI sejak dua minggu lalu.

"Dua kes yang kini dirawat di ICU didapati positif jangkitan 'Adenovirus' manakala pelatih yang lain dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan lapangan menunjukkan terdapat jangkitan 'Adenovirus' di kalangan pelatih di PULAPOL berdasarkan keputusan makmal 18 daripada 20 sampel dari tekak diambil mendapati 90 peratus adalah positif.

"Disamping itu, tiga daripada empat sampel najis juga positif 'Adenovirus'. Sehubungan itu, kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelatih PULAPOL akan diteruskan setiap hari," katanya.

Liow berkata, kejadian itu hanya terhad di kalangan pelatih di PULAPOL dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini di dalam masyarakat.

"Kementerian sudah mengambil tindakan kawalan termasuk mengasingkan kes tidak serius di pusat latihan dan tidak membenarkan pelatih keluar dari institusi latihan ini serta pelawat tidak dibenarkan untuk melawat pelatih," katanya. -BH


Polis mati dek kencing tikus

SEDIH...Zamilah (kiri) dan anak perempuan, Norhidayah menunjukkan MyKad arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.


KUALA KANGSAR: "Saya sangka dia demam panas akibat penat menjalani latihan dan tidak menyangka dia dijangkiti virus kencing tikus," kata Zamilah A'ala, 52, ibu Mohd Azizan Azirid, 25, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, malam kelmarin.

Menurutnya, Azizan yang mengikuti latihan di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur pernah menghubunginya mengadu demam panas selang seminggu selepas mula menjalani latihan di Pulapol, tetapi masih meneruskan latihan.

"Saya terkejut apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Mac lalu selepas pengsan ketika latihan kawat kaki.

"Apa yang saya tahu dia mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sebelum meninggal dunia," katanya.

Zamilah yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata, pada mulanya doktor gagal mengesan penyakit arwah sehingga anaknya itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana paru-parunya mengalami jangkitan bakteria.

"Sepanjang berada di ICU, Azizan bergantung kepada mesin pernafasan. Selain kurang bercakap dan demam panas melampau, dia turut hilang selera makan menyebabkannya kurus.

"Ketika dirawat di hospital, arwah sempat memberitahu dia tidak mahu meneruskan latihan di Pulapol kerana tidak tahan dengan latihan," katanya.

Menurutnya, pada masa sama, arwah turut bimbang namanya akan disenarai hitam jika gagal menamatkan latihan sekali gus menyukarkan dia memohon jawatan lain dalam kerajaan.

Menurutnya, sebelum menerima tawaran sebagai pelatih konstabel polis itu, arwah bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai runcit di pekan Kuala Kangsar sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Zamilah berkata, dia tidak menggalakkan arwah bekerja sebagai polis kerana pekerjaan itu bahaya namun akur kerana arwah sudah lama menanti untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan.

Difahamkan Mohd Azizan yang mula mendaftar sebagai pelatih konstabel di Pulapol di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu, dimasukkan HKL pada 1 Mac lalu selepas tidak sedarkan diri.

Selepas lapan hari, arwah yang berasal dari Kampung Sayong Tebing, Kuala Kangsar, di sini, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam kelmarin, akibat serangan virus bahaya itu. -hm


MasyaAllah, Tujuh Kali Dia Gugurkan Bayi

Posted: 09 Mar 2011 05:18 PM PST

Ipoh: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

TERTEKAN...Balqis kini dihantui rasa berdosa

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.

Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.

"Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.

"Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali 'cuci'. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.

"Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim," katanya.

Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.

"Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya 'lekat' mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.

"Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.

"Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

"Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram," katanya. -hm

Ulasan GB

Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

Mungkin petunjuk dari Tuhan bahawa kanak-kanak yang menangis itu ialah anak-anakmu yang digugurkan. Wallahu'alam.

Bermohon ampun dan bertaubat nasuhalah semuga taubatmu diterima Allah dan dirimu diterima semula sebagai hambaNya.


Jennifer Peluk Islam Setelah Melihat Umat Islam Dilayan Buruk

Posted: 09 Mar 2011 03:02 PM PST

Jennifer Fayed merasakan perkawinannya suram. Ia melihat tak ada kesungguhan pada suaminya yang menganggur, yang telah dinikahinya tiga tahun lalu. Ia mendapati dirinya hamil, sementara dua anaknya yang masih kecil belum dapat lepas dari pengawasan.

Jennifer, yang berusia 21 tahun, mulai merenungi tujuan hidupnya di dunia. Fikiran itu menggantung di benaknya: "Pasti ada alasan atas kewujudan saya ini."

Orang tuanya baru saja berpindah ke Republik Dominican, sebuah negara kecil di Carribean. Ia merasa ditinggalkan, sekalipun punya suami dan dua orang anak. Ini lantaran selama ini ia merasa orang tua lah yang menjadi pautan hidup baginya, yang menjadi dasar bagi siapa dirinya dan akan menjadi siapa ia berjuang.

Kala itu ia sedang tertidur saat mendapat telefon panik dari ibu mertuanya yang berteriak "Ada pesawat jatuh, pesawat jatuh di Manhattan." Jennifer bertanya bingung, "Apa, apa yang ibu bicarakan!" Ia menghidupkan televisyen dan melihat menara kedua World Trade Center (WTC) diredah pesawat.

"Saya tersentak! Siapa yang melakukannya, siapa yang sanggup melakukan perkara keji ini?" ujar Jennifer. Ia tak percaya apa yang dilihatnya. "Apakah ini mimpi?" Ia berharap ini hanyalah sebuah filem. "Ya, katakan ini hanya filem," katanya dalam hati.

Ia baru saja mengunjungi WTC sehari sebelumnya. Ia melihat ini sebagai bukti bahwa belum saatnya dia mati. Ia merasa belum mencapai tujuan dalam hidup. "Saya tak tahu apa tujuan itu, tapi ini bukanlah saatnya bagi saya."

Hari itu Manhattan dilanda kekalutan. Jennifer tak tahu hari itu menjadi awal perubahan drastik yang akan terjadi dalam hidupnya.

Tak beberapa lama setelah serangan 11 September, Jennifer terbang mengunjungi orang tuanya di Republik Dominik. Ketika itu kehamilannya berusia satu bulan. Suaminya telah mengetahui kehamilannya.

Ia berfikir bagaimana memberi tahu kehamilan ini kepada orang tuanya. Maklum, anak pertamanya adalah hasil hubungan di luar nikah, yang membuatnya terpaksa menikah guna menutupi aib. Tak apalah, katanya dalam hati, saya akan memikirkannya di Karibia nanti.

Ia terbang menggunakan American Airlines dengan nombor penerbangan 587. Ia merasakan begitu cepat terbang setelah serangan WTC. Kawalan keselamatan di bandar sangat ketat, dan orang-orang di pesawat berdoa, beberapa bahkan tak lepas berdoa sepanjang penerbangan. "Saya mulai tertawa dalam hati. Jika kami akan mati, maka itu kan takdir kami."

Jennifer terus memikirkan kehamilannya. Ia sebenarnya tak ingin kehamilan ini. Selain tak direncanakan, ini bererti mulut ketiga untuk diberi makan, sementara ia sudah sengsara menghidupkan dua orang anak, apalagi tiga.

Ia begitu bingung. Ia menghabiskan waktu bersama orangtuanya cuba memberitahu mereka tentang kehadiran bayi. Ia merasa tak sanggup memberi tahu mereka, bahwa puteri tertua mereka kembali untuk mengecewakan mereka.

Kerananya, Jennifer memutuskan untuk melakukan pengguguran dan tak ada yang perlu tahu dirinya hamil. "Penyelesaian yang mudah," fikirnya dalam hati. Namun, di sisi lain, ia berasal dari keluarga Kristen yang taat, yang memandang pengguguran adalah sesuatu yang dilarang dan berdosa.

Ia kembali ke New York dari Karibia, dan membuat temujanji dengan klinik Planned Parenthood untuk mulai melakukan pengguguran. Ia bertanya apakah dapat menggunakan pil untuk pengguguran ini.

Betapa kecewanya Jennifer bahwa dirinya harus menjalani pengguguran penuh kerana tarikh tamat untuk melakukan pengguguran dengan pil sudah terlewat satu minggu. Ia sangat tertekan. "Saya berkata dalam hati, Oh Tuhan, mereka akan mengangkat bayi ini dari perut saya. Apa yang telah saya lakukan?" Ia tak tahu apakah sanggup melalui ini semua.

Ia memutuskan untuk berdoa kepada Tuhan. Namun, tidak menggunakan Rosario atau pergi ke gereja. Untuk pertama kali, ia akan berdoa langsung kepada Tuhan layaknya teman. Ia merasa Tuhan harus menolongnya. Tuhan adalah tumpuan terakhir.

"Saya menangis sambil terus memohon. Oh Tuhan tolonglah, saya tak tahu apa yang harus dilakukan. Saya ingin bayi ini, tapi pernikahan saya sedang guncang, dan kami tak punya wang untuk menghadirkan seorang bayi lagi ke dunia ini. Saya percayakan sepenuhnya kepada Tuhan. Tolonglah, jika Tuhan menghendaki saya memiliki bayi ini, saya akan menerimanya. Dan, jika kehendak Tuhan untuk mengakhiri kehamilan ini, saya juga akan menerimanya."

"Saya memasrahkan penderitaan ini kepada Tuhan. Tuhan yang saya sembah dengan cara saya sendiri, bukan dengan cara yang diajarkan kepada saya. Tuhan, yang bagi saya tak punya pendamping, tak punya anak, hanya sesuatu yang saya tahu telah menciptakan saya," kata Jennifer. Ia kehabisan akal memikirkan kehamilannya.

Hari-hari berlalu, Jennifer sedang menyaksikan televisyen ketika sebuah siaran berita menngganggu acara. "Oh tidak. Tidak serangan teroris lagi," katanya. Sebuah pesawat kembali jatuh di New York, kali ini di kawasan Queen, daerah asal Jennifer. Ia khawatir ini kembali kerja teroris. Ia terhairan mendengar nombor penerbangan dan tujuan pesawat tersebut. Pesawat naas itu American Airlines dengan nombor penerbangan 587 menuju Republik Dominika. Ya, pesawat yang ditumpanginya seminggu lalu. Rasa dingin menjalar di punggungnya.

Jennifer terpaku. Ia membayangkan mungkin saja dirinya yang ada dalam pesawat itu. Ia merasa ini pertanda dari Tuhan. Ini bukan pertama kali dalam kurang dari sebulan ia begitu dekat dengan kematian. "Tuhan mencuba mengatakan sesuatu."

Seminggu setelah permohonannya kepada Tuhan, Jennifer mulai merasakan perutnya berkembang. Kembangan ini berbeza dengan yang biasa dirasakan pada masa pertama kehamilan. Ia tidak memperdulikannya, bukan masalah besar.

Hari berlalu, rasa kembangan itu semakin parah, dan perdarahan pun mulai terjadi. Ia begitu takut. "Apakah saya keguguran?" Ia bergegas ke rumah sakit dan menjalani istirehat (bed rest) ketat.

Pulang ke rumah, Jennifer masih perlu beristirehat di tempat tidur sekalipun rasa kembangan mulai berkurang. Saat tertidur, ia merasakan sakit luar biasa. Ia merasakan sesuatu keluar. "Saya tak tahu apa yang harus dilakukan. Saya pergi ke kamar mandi dan menemukan segumpal daging keluar." Jennifer keguguran di usia kehamilan dua bulan. Saat kembali ke rumah sakit, pihak rumah sakit memastikan ia telah keguguran. Padahal, keesokan harinya, ia dijadualkan oleh Planned Parenthood untuk menjalani proses pengguguran, pada 15 Oktober 2001.

"Ini seakan tidak nyata. Apakah ini keajaiban dari Tuhan? Apakah Tuhan menjawab doa saya. Saya merasa Tuhan memberitahu bahawa kehidupan saya akan berubah. Akan berubah seperti apa? Saya tak tahu. Yang saya tahu, saya harus menyelesaikan kuliah dan saya tidak dapat bertahan lebih lama dengan suami yang tak ingin kerja dan tak punya cita-cita dalam hidup." Jennifer akhirnya memutuskan untuk bercerai dari suami pertamanya.

Di lingkungannya, New York, Jennifer menyaksikan betapa buruknya perlakuan terhadap Muslim. Perlakuan ini terjadi begitu cepat setelah serangan 11 September. Setiap hari selalu ada berita yang melaporkan tentang kejahatan kerana kebencian terhadap Muslim. "Sungguh mengerikan. Saya menyaksikan langsung orang-orang pindah berjalan di kakilima seberang jalan hanya kerana melhat ada Muslim. Perniagaan kaum Muslim sepi. Tak ada yang ingin membeli dari kedai seorang Muslim. Di jalan, orang-orang berteriak kepada Muslim, Pergi ke negaramu, Teroris, Taliban!!"

"Mengapa orang-orang mengatakan kata-kata ini kepada orang-orang yang tak bersalah? Saya sepakat pelaku serangan adalah orang yang kejam, tapi kenapa menyalahkan orang-orang yang tak ada hubungannya dengan serangan?"

Dari sinilah muncul ketertarikannya. Jennifer mulai ingin tahu apa yang diyakini oleh Muslim. Ketertarikannya semakin besar setiap hari. Ia kemudian mendaftar untuk mengikuti satu kursus di kampus. Di sana ia bertemu Muslim dan melontarkan berbagai pertanyaan tentang Islam. "Mengapa anda mengenakan jilbab? Siapa yang anda yakini? Siapa itu Muhammad yang sering anda bicarakan?"

"Beberapa orang punya jawapan, namun sebagian besar tak tahu bagaimana menjawab pertanyaan saya. Kebanyakan wanita Muslim yang saya tahu tak mengenakan jilbab dan mengatakan ini pilihan, dan mengatakan tak memiliki pengetahuan yang dalam tentang Islam." Jennifer merasa tak ada orang yang mampu memberikannya jawapan. Sehingga, ia berpaling ke internet untuk mencari jawapan. Di sana lah ia mengetahui tentang Islam.

"Saya tak percaya bahwa Tuhan telah mengutus nabi lainnya setelah Jesus. Saya tahu Tuhan tak akan menciptakan saya dan semua orang di dunia tanpa jawapan atas pertanyaan-pertanyaan kami. Mengapa kami di sini? Mengapa orang-orang selalu mengatakan Tuhan itu tritunggal, dan ini hanya menguatkan apa yang saya percayai sejak berusia 14 tahun bahwa Tuhan itu satu tanpa pendamping."

"Saya mencari kebenaran atas semua pertanyaan saya dan Islam menjawab semuanya. Muhammad adalah nabi yang luar biasa. Ia adalah nabi terakhir, yang terakhir diutus Tuhan untuk menyampaikan pesan terakhir-Nya kepada kita."

Jennifer memutuskan untuk menggali lebih jauh tentang Nabi Muhammad. "Apakah ia benar-benar manusia? Apakah dia benar-benar ada?" Jennifer terkejut mengetahui Nabi Muhammad adalah manusia sebenarnya. Bukan saja Muhammad adalah seorang nabi yang menyampaikan wahyu, namun seluruh hidupnya telah dikisahkan. "Saya takjub, inilah agama saya," fikirnya. "Keyakinan yang selama bertahun-tahun saya cari, yang disebut Islam," katanya.

Jennifer mengikuti tarawih Ramadhan pada musim gugur 2002, meski ia belum masuk Islam. Saat itu masjid penuh oleh jamaah. "Tak seperti keuskupan yang hanya dihadiri satu jenis ras atau kebangsaan di sebuah gereja khusus, masjid dipenuhi berbagai orang dari berbagai spektrum. Mereka sangat akrab dan selalu mengatakan Assalamualaikum," ia mengisahkan. Ia tak tahu apa ertinya itu. Ia hanya mengangguk malu.

"Saatnya melaksanakan solat. Ini solat pertama saya seperti seorang Muslim," katanya. Ia sebenarnya tak tahu apa mereka lakukan. Namun, seorang temannya mengatakan 'ikuti saja apa yang mereka lakukan'. Jadi, itulah yang ia lakukan.

Jennifer berkomat-kamit meniru jamaah lainnya. Ia juga ikut bersujud, tanpa tahu maksud dan alasannya. "Saya menikmatinya. Saya kagum bahawa semua Muslim menghadap Kaabah di saat yang sama setiap solat, tak peduli dari belahan bumi mana mereka berasal. Kami tak punya ini di Kristen, sama sekali tak punya," paparnya.

Saat itu ia mengenakan jilbab untuk menghormati para jamaah. Ia tak tahu bagaimana cara mengenakan jilbab. Jadi, ia membeli dua helai selendang (scarf) yang ia pasang sekenanya. "Saya merasa anggun dan hangat saat mengenakan jilbab. Saya bisa berjalan di jalanan tanpa dipandang sebagai objek seksual. Orang-orang memang menatap saya, tapi saya tak peduli."

Pulang dari masjid pada hari itu, ia bertekad untuk mengenakan jilbab setiap saat. "Orang-orang terus mengatakan bahwa saya tak perlu mengenakan jilbab kerana saya bukan seorang Muslim. Saya hanya menyatakan ini keputusan saya dan ini bukan urusan mereka. Saat mengenakan jilbab, ada perasaan aman, perasaan hangat dalam hati, bahwa saya mengikuti perintah Tuhan. Saya tak peduli terhadap tatapan dan komentar negatif dari orang lain."

Jennifer merasa belum melakukan cukup. Ia pun melakukan puasa dalam beberapa hari di bulan Ramadhan. Lalu, ia berfikir bagaimana mengatakan ini semua kepada orang tuanya.

Saat orang tuanya datang dari Republik Dominik, Jennifer tengah serius mempertimbangkan untuk mengucap syahadat. "Hanya saja, saya tak tahu bagaimana memberi tahu keluarga saya, terutama ibu saya kerana ia sangat cerewet kepada saya. Saya telah mengenakan jilbab, jadi saya tak bisa melepaskannya hanya kerana mempertimbangkan perasaan ibu saya, kerana kewajiban saya adalah kepada Allah, lalu baru kepada orang tua," ungkapnya.

Sebagai awal, Jennifer memberitahu adiknya, Catherine, yang lima tahun lebih muda. Ia ingin melihat reaksi Catherine, yang mungkin akan sama dengan reaksi orang tuanya. Ia memanggil Catherine dan berkata, "Hey Catherine, saya melakukan sesuatu."

Adiknya tak terkejut. Maklum, Jennifer memang biasa melakukan sesuatu di luar norma. "Apa yang kamu lakukan kali ini Jennifer?"

Jennifer mengatakan dirinya sedang mempertimbangkan masuk Islam, dan ia kini telah mengenakan jilbab. Catherine tertawa kencang. "Ia mengatakan kini saya benar-benar telah 'melakukannya' dan orang tua kami akan 'membunuh' saya. Ia juga mengatakan tak percaya saya kini salah satu dari teroris itu."

Namun, Catherine segera menyambung kalimatnya, "Kamu kakak saya dan saya menyayangi kamu tak peduli apa agama yang kamu anut." "Ia juga mengatakan bahawa orang tua kami akan mengamuk," ujar Jennifer. Tak berhenti di situ, Catherine lantas mengatakan "Jangan beri tahu ayah dan ibu tanpa saya ada di sana, jadi saya boleh mentertawakan kamu." Jennifer tahu adiknya hanya bergurau.

Jennifer akhirnya memberanikan diri memberi tahu orangtuanya. "Ayah saya boleh menerimanya. Saya fikir kebanyakan lelaki akan dapat menerimanya jika hal itu bererti sang anak akan menutupi tubuhnya."

Namun, ibunya sangat marah dan terperanjat. "Dia terus meyakinkan saya bahawa saya salah langkah dan Islam bukan agama yang tepat. Satu yang yang paling memberatkannya adalah saya mengenakan jilbab."

Perlu dua minggu bagi ibunya untuk kembali tenang. "Tak lama mereka ahirnya dapat menerima. Bagaimanapun, ibu saya terus mengatakan bahawa ini hanyalah sementara, di satu tahap, dan saya akan kembali tersadar," ungkap Jennifer. Seminggu berselang, Jennifer akhirnya memutuskan untuk mengucap syahadat.

Hari itu, Jumaat pertama Januari, Jennifer bangun pagi dengan perasaan bersemangat. Ini dia harinya, hari dimana ia akan mengucap syahadat. Ia lalu mandi dan mengejar kereta untuk pergi ke masjid untuk mengucap syahadat.

Di masjid, ia menemui imam dan mengatakan ingin mengucap syahadat. Si imam menatapnya dengan senyuman dan mengatakan "Anda yakin, ini yang benar-benar anda kehendaki?" Dengan semangat Jennifer menjawab "Ya, ya, ini keputusan saya."

"Maka, di hari itu, seluruh saudara seiman, laki-laki dan perempuan, bergabung untuk menyaksikan saya masuk Islam," kata Jennifer. "Hari itu, begitu banyak orang mengucap selamat dan mengatakan kepada saya jika saya memerlukan apa pun, mereka akan membantu saya. Saya begitu beruntung. Di sini lah saya bersama keluarga baru, sebuah keluarga yang anggotanya berasal dari seluruh belahan bumi."

"Pada Jumat malam itu saat saya tidur, malam pertama saya sebagai Muslim, saya mengalami mimpi terindah, sebuah kurnia. Saya berada di sebuah lembah yang dipenuhi rerumputan hijau nan indah. Perbukitannya begitu indah, tak pernah saya lihat sepanjang hidup, dan saya berjalan di sana menuju seorang lelaki. Dia juga berjalan ke arah saya, dia mengenakan pakaian putih. Wajahnya samar, tak mirip wajah manusia yang sebenarnya, namun terang seperti matahari. Saya merasa begitu hangat dan aman. Dia memegang tangan saya dan kami berjalan bersama ke arah sebuah batu melingkar yang besar. Di batu itu ia duduk dan saya duduk di rumput. Ia kemudian mengatakan kepada saya 'Selamat datang ke Islam'."

Saat terbangun, Jennifer merasakan perasaan yang begitu indah dalam hatinya. "Saya fikir inilah Rasul. Ia datang untuk menyambut saya masuk Islam. Saya kemudian mendapati bahawa itu bukan Nabi Muhammad, tapi salah satu malaikat Allah yang telah menyambut saya, karena malaikat tak memiliki wajah manusia, namun wajahnya samar (blur)."

Jennifer merasa sangat istimewa sejak hari itu. "Seorang malaikat, malaikat Allah datang untuk menyambut saya kepada agama Allah, agama saya. Agama yang begitu saya inginkan sejak kecil. Islam adalah agama yang sebenarnya."

Jennifer Fayed kini menjadi penulis yang tingal di Carolina Utara, AS. Berbagai tulisannya telah menginspirasi ramai orang. Ia memiliki sarjana di bidang pemasaran, dan anggota aktif Muslimah Writers Alliance.

Bas Seret Kereta, Tiga Terbunuh

Posted: 09 Mar 2011 07:30 AM PST

Tiga sekeluarga maut kereta bertembung bas sekolah

KUALA PILAH: Tiga sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, terbunuh selepas terperosok di bawah sebuah bas sekolah apabila kereta yang mereka naiki bertembung bas berkenaan di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang di sini hari ini.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang mati ialah Nor Hasikin Md Nazir, 27, adiknya, Saripah Saodah, 22, serta anak sulung Nor Hasikin iaitu Natasya Isa, 5.

Seorang lagi anak Nor Hasikin iaitu Mohd Iskandar Fahmi, 3, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban. Kemalangan itu berlaku pada 3 petang ketika keluarga Nor Hasikin dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Simpang Pertang.

"Ada saksi melihat kereta yang dipandu Nor Hasikin agak laju ketika mengambil selekoh dan hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas dari sebuah sekolah berasrama di Jempol," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat HTJ hari ini.

Beliau berkata, kereta mangsa yang terperosok di bawah bas sekolah berkenaan telah diseret sejauh kira-kira 20 meter. - BERNAMA

Lori Tangki Terbalik Di Lebuhraya LEKAS

Posted: 09 Mar 2011 07:11 AM PST

Seremban – Tayar meletup menjadi punca sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbalik di persimpangan Jalan Paroi, berdekatan jalan masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, lori tangki membawa muatan minyak kelapa sawit mentah seberat 36 tan itu terbalik ketika pemandu, Mohd Syawal Yusuf, 22, membelok kenderaannya untuk masuk ke lebuh raya berkenaan.

Mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah dikatakan dalam perjalanan menghantar minyak sawit berkenaan ke kilang pemprosesan di Dengkil, Selangor.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan itu.

Menurut mangsa, semasa dia mahu membelok masuk ke lebuh raya itu, dia terdengar satu bunyi letupan di salah satu tayar kiri lori berkenaan menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan.

"Saya terdengar bunyi letupan di bahagian tayar. Sewaktu membelok itu saya tidak memandu laju dan lampu isyarat juga hijau. Memang waktu itu lori tidak boleh kawal lagi dan terus terbalik," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi.

Menurutnya, lori itu dipercayai terbalik selepas bahagian belakang lori yang memuatkan minyak mentah terangkat.

"Saya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan teruk. Hanya terkejut dan kepala saya terhantuk sedikit di bumbung lori ini," katanya.

Mohd Syawal yang tinggal di Banting, Selangor dikatakan baru empat bulan bekerja sebagai pemandu lori itu dan ia merupakan kemalangan kali pertama berlaku sejak dia bekerja di syarikat berkenaan.

Sementara itu, sebuah jentera membabitkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang berkejar ke lokasi kemalangan.

Pegawai Bomba Kanan 2, Ariffin Mat Isa berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai pada 11.14 pagi.

"Sebaik saja sampai di tempat kejadian, kita dapati minyak sawit sudah memenuhi sebahagian jalan.

"Kita terpaksa menabur habuk kayu bagi mengelakkan jalan licin," katanya.





Isu FLOM, Nazri Menipu Di Dalam Parlimen?

Posted: 09 Mar 2011 06:18 AM PST

Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.

"Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010

"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau."

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.

Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri.

"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan," katanya di bangunan parlimen hari ini.

Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.

Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.

"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM," katanya lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri. -mk

Ulasan GB

Bagaimana boleh dikatakan Unit First lady of Malaysia (FLOM) tidak wajud sedangkan di lamanweb Pejabat Jabatan Perdana Menteri JELAS memaparkan senarai kakitangan FLOM sebelum ianya dibuang selepas ia hangat dipersoalkan?



Ia bukan sahaja menimbulkan kekeliruan seperti didakwa Nazri, malahan yang nyata ia satu penipuan, satu salahlaku yang melibatkan JPM yang tidak pernah berlaku di dalam era PM-PM sebelum Najib, menyediakan unit khusus untuk isteri PM.

Kedua, Nazri berkata "Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau."

Bukankah itu penyalahgunaan tenaga kerja kakitangan awam yang sepatutnya bekerja untuk tugas-tugas rasmi PM dan bukan isteri PM?

Ketiga, beliau menambah, "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM," tetapi beliau juga berkata "kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76".

Bukankah itu jelas satu penipuan?

Lagi Kes Mati Akibat Terjatuh Bangunan

Posted: 09 Mar 2011 05:15 AM PST

Kuala Terengganu - Seorang lelaki ditemui mati di kawasan tempat letak kereta bangunan Wisma Persekutuan di sini hari ini dipercayai akibat terjatuh dari tingkat enam bangunan tersebut.

Gambar: Seorang anggota polis memeriksa keadaan mayat Padrul Mohamad, 28, di tempat letak kereta Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.

Kejadian yang berlaku kira-kira 2.15 petang tadi menggemparkan orang ramai yang datang berurusan di bangunan kerajaan itu setelah terdengar bunyi kuat dari tempat kejadian.

Seorang saksi, Mohd Azrul Aliff Mohamad 28, berkata, beliau dan rakannya ketika itu berada di kawasan tempat letak motosikal apabila ternampak mangsa seolah-olah terbang sebelum terjatuh di kawasan tempat letak kereta di situ.

"Semasa saya hampiri, mangsa telahpun meninggal dunia akibat parah di badan dan kepala," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata, mangsa dikenali sebagai Padrul Mohamad 28, berasal dari Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu.

Katanya, jenazah lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan polis mengklafikasikan kejadian sebagai kes mati mengejut.-Bernama

Ulasan GB

Apa pentingnya GB paparkan kes terjun bangunan di atas?

Baca ayat ini:

mangsa telahpun meninggal dunia akibat parah di badan dan kepala

Di dalam kes Teoh Beng Hock, bagaimana keadaannya?

Tiada kecederaan kecuali tanda-tanda seperti bergelut di leher. Mangsa ditemui tertiarap cantik di bangunan Masalam.


Van Hospital Pula Terbakar, Jururawat Nyaris Maut

Posted: 09 Mar 2011 04:30 AM PST

Dungun - Pemandu van Hospital Kemaman dan empat penumpang terdiri daripada jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia nyaris maut apabila van yang dinaiki terbakar.

Saiful Bahari Ismail, 28 yang memandu van itu untuk membawa jururawat tersebut menghadiri kursus di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun apabila tiba di Jalan Kuala Terengganu menuju ke Kemaman berhampiran Simpang Tanjung Jara, Saiful Bahari terdengar bunyi sesuatu dari arah belakang van. Sejurus itu, dia mendapati enjin kenderaan berasap.

Dia kemudiannya memberhentikan van dan mengarahkan jururawat berkenaan keluar dari kenderaan.

Bomba menerima panggilan pada jam 6.04 minit dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas laporan diterima.

Menurut jurucakap bomba. punca kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Penolong Penguasa, Suki Annuar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut.

Anak Taib Mahmud Gemar Bersosial, Isteri Tuntut Fasakh

Posted: 09 Mar 2011 03:39 AM PST

Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.

Gambar: Datin Seri Shanaz A.Majid (kiri), menantu kepada Ketua Menteri Sarawak ditemani peguam Dr Mohd Rafie Mohd Shafie selepas memfailkan tuntutan fasakh sebanyak RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian daripada suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu. - THE STAR/NORAFIFI EHSAN

Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48, memfailkan permohonan tersebut terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib, 48, pada 22 Februari lalu dan kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.

Shahnaz yang juga kakak kepada penyanyi popular, Sheila Majid memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001 menyebabkan beliau digantung tidak bertali yang telah menyusahkan kehidupan beliau.

Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.

Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.

Pada prosiding itu, peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili plaintif memaklumkan Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad bahawa pihaknya masih belum dapat menyerahkan saman kepada defendan, walaupun percubaan telah dilakukan pada 28 Februari lalu.

"Pihak kami tidak dapat masuk ke rumah defendan yang terletak di Duta Nusantara (di sini), maka kami memohon perintah mahkamah supaya saman berdaftar disampaikan kepada beliau melalui mahkamah," tambahnya.

Justeru itu, Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan kes tersebut disebut semula pada 24 Mac ini.

Sementara itu, bagi tuntutan mutaah, Shahnaz menuntut RM100 juta yang dipercayai satu jumlah yang munasabah berdasarkan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun sebulan selain ia juga berpadanan dengan pendapatan defendan.

Dakwanya, defendan merupakan seorang yang sangat berkemampuan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat Cahaya Mata Sarawak yang menjalankan pelbagai perniagaan dan pelaburan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Sehubungan itu, Shahnaz mendakwa jumlah yang dituntut tersebut adalah demi keadilan untuk beliau memulakan kehidupan baru dan menutup rasa aib serta membolehkan beliau untuk hidup dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian, iaitu harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Mohd Rafie memberitahu, permohonan mutaah dan harta sepencarian tersebut telah ditetapkan untuk menjalani rundingan secara sulh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 15 Mac ini. -mstar


Will Taib now groom his 'other' son?

Political novice Mahmud Abu Bekir Taib is being urged to contest on his father's party ticket.

KUCHING: Is embattled "kleptocrat" Chief Minister Taib Mahmud engineering his exit?

Why otherwise would 13 villages in the Sadong Jaya constituency suddenly call for his eldest son, Mahmud Abu Bekir, to contest in the coming state polls?

Like his younger brother Sulaiman Rahman, who in 2008 won the Kota Samarahan parliamentary seat, previously held by Taib, Abu Bekir also has no political past.

Taib, who was rumoured to have identified Sulaiman as his political heir apparent, had in 2008 planned his son's political ascent. But Sulaiman subsequently lost interest in politics.

Desperate for a successor, sources within Taib's Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) are hinting that Taib may be now engaging his older son's interest.

While Abu Bekir's political history is limited to being the son of Taib, in the corporate world, he helms Sarawak's largest business conglomerate Cahya Mata Sarawak (CMS).

CMS is directly owned by Taib's closest family members.

It is also one of 49 Taib-linked companies across eight countries blacklisted by the Swiss-based Bruno Manser Fund which has alleged that the extensive Taib-family wealth was derived from the alleged injustices against the indigenous communities in Sarawak and the massive raping of the Borneo rainforest.

According to PBB sources, Abu Bekir has shown "no real interest" in active politics, preferring the boardroom to the State Legislative Assembly.

"(Abu) Bekir can be described as a political greenhorn. He's has shown no interest in politics.

"But if his father (Taib) needs him, he will be there to support him, " said the source.

On Monday, Taib had reportedly met with several senior PBB at his headquarters in Jalan Bako to discuss the list of candidates. The meeting has since spawned rumours of an April state election.

PBB is expected to field 10 to 12 new faces in the state polls and speculations are that Abu Bekir may step out of his comfort zone to aid his embattled father.
Calls for Bekir

Interestingly enough, also on Monday, 113 residents from 13 villagers in Sadong Jaya constituency gathered outside the same headquarters and urged Taib to field his son in their constituency.

The villagers said they needed a "true leader" who could bring to Sadong Jaya the much-needed change and development.

"We know and we want a Sadong Jaya candidate who can bring about changes, development and progress to the constituency," said Kampung Semera Hilir headman Ain Mahli.

Ain said the Sadong Jaya constituents desperately want to see improvement in their socio-economic status.

He urged Taib not to trivialise their wish and asked that their proposal, which was handed over to PBB executive secretary Awang Bujang Awang Antek, be "viewed seriously".

"We want the chief minister to field only capable PBB candidates. Abu Bekir can bring the much needed development to Sadong Jaya," he said.

Sadong Jaya, however, is not quite the safe seat going by the majority polled by incumbent Wan Abdul Waham.

Taib might be less inclined to risk fielding his son here.

In 2006, four-term incumbent Wahab barely beat PKR to secure the seat. He took the seat by a 858- vote majority.

Wahab obtained 2,715 votes against Piee Ling's 1,857 votes.Wahab has since decided not to seek a re-election.

Sadong Jaya is one of the 10 PBB seats which will see a new face. -FMT


60 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Posted: 09 Mar 2011 02:38 AM PST

Tawau - Kira-kira 60 rumah, termasuk dua rumah kongsi 20 pintu, musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan yang berlaku kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

Akibat kejadian itu, dianggarkan 100 penduduk hilang tempat tinggal dan tinggal sehelai sepinggang.

Timbalan Penguasa Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Mohd Zahar Abdullah berkata, jabatan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.58 pagi dan mengerahkan dua jentera bomba dengan 30 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira jam 1 tengah hari.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Mohd Zahar juga berkata, pihaknya dan polis masih menyiasat kesahihan laporan kononnya dua kanak-kanak, masing-masing berumur satu dan tiga tahun, terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

Maklumat yang diterima mennyatakan kedua-dua kanak-kanak itu tinggal dengan nenek mereka ketika kejadian sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Tawau sudah membuka kaunter di balai raya di kawasan kampung berkenaan bagi mendaftarkan mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu. - Bernama






Tiada ulasan: