MIMPI SENJA |
- Ni betina haramjadah mana ni?
- Terkini dari Kerdau -
- Calon PAS Merlimau tak boleh mengundi
- Di SMK Kerdau - Keadaan agak tegang
- Pendedahan Skuad Kamera - Siapa penyebar gambar bogel di Merlimau ..
- Selamat pagi Merlimau, Kerdau
- Guling kerajaan: Pemuda PAS cabar Muhyiddin tunjuk bukti
- Masih hidupkah demokrasi di Malaysia?
- Depa dah panas bontot ...
- Along Najib : Peneroka buat laporan polis
- Apa yang SPR, SPRM buat? .. Haramjadah puak-puak ni ...
Posted: 05 Mar 2011 08:50 PM PST Farahana Jamaludin, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia entah mana punya NGO pun tak tahu lah. Dia kenal ker TGNA dan dia kenal ke Ayah Pin yang dia samakan tu? Dia kata TGNA jadikan agama untuk kuasai pemikiran pengikutnya. Dia tau ker apa yang di cakap tu? Adakah budak ni pun nak jadi Ummi juga ker untuk menghentam TGNA pula, kalau Ummi hentam DSAI n Azmin. Hangpa baca lah apa yang Utusan Meloya tulis. TERKINI : Dewan Pemuda PAS Kelantan cabar NGOng betina haramjadah ni berdebat NOTA : Perkembangan terkini PRK Merlimau PRK Kerdau di Twitter sebelah |
Posted: 05 Mar 2011 08:25 PM PST Di Sek Keb Kuala Kerdau: Cuaca agak panas. Suasana tenang di sini. Kedua-dua penyokong berada pada jarak lebih kurang 50m. Masing-masing sedang berehat dibawah khemah yang disediakan. Sehingga jam 11 tadi jumlah keluar mengundi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus.
|
Calon PAS Merlimau tak boleh mengundi Posted: 05 Mar 2011 07:02 PM PST JASIN: Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, tidak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung pemilihannya pada Ahad kerana beliau bukan pengundi kawasan berkenaan. Sebaliknya beliau dan isteri, Shakila Mohamad merupakan pengundi DUN Bemban yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Merlimau. Keadaan itu, menyebabkan PAS kehilangan dua undi yang dilihat boleh menjejaskan peluang Yuhaizad memperoleh kemenangan. Namun calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad memiliki kelebihan kerana beliau dan isteri, Zalifah Omar merupakan pengundi DUN Merlimau yang menunaikan tanggungjawab mereka di Sek. Keb. Merlimau 1, Merlimau Pasir kira-kira pukul 8.40 pagi Ahad. Seramai 10,679 pengundi DUN Merlimau bakal menunaikan tanggungjawab mereka sebelum proses pemilihan tamat pukul 5 petang manakala keputusannya dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini. Kerusi kawasan tersebut kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu - mStar NOTE : Berita terkini di Twitter sebelah |
Di SMK Kerdau - Keadaan agak tegang Posted: 05 Mar 2011 05:37 PM PST Polis mengarahkan penyokong ini tidak mengangkat akhbar tersebut selepas menerima bantahan dari juak-juak umno |
Pendedahan Skuad Kamera - Siapa penyebar gambar bogel di Merlimau .. Posted: 05 Mar 2011 04:36 PM PST |
Posted: 05 Mar 2011 04:10 PM PST Suasana di Merlimau dan Kerdau Pagi yang indah. Pembuangan undi untuk PRK Merlimau dan PRK Kerdau baru saja bermula 10 minit yang lalu. Ramai yang dah pun keluar dari awal-awal lagi bagi menunaikan tanggung jawab masing-masing. Pusat-pusat pengundian akan ditutup pada jam 5 petang dan keputusan bagi kedua-dua PRK dijangka diketahui pada jam 8 malam. Pesanan buat pengundi - Tumbangkan BN - UNDILAH PAS |
Guling kerajaan: Pemuda PAS cabar Muhyiddin tunjuk bukti Posted: 05 Mar 2011 09:23 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac — Pemuda PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengemukakan bukti kononnya pembangkang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan 'modal' kebangkitan rakyat di rantau Timur Tengah dan dunia Arab. "Dewan Pemuda Kelantan mencabar Tan Sri Muhyiddin supaya mendatangkan bukti yang jelas terhadap tuduhannya yang menyatakan pembangkang sedang menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari hari ini. Semalam, Muhyiddin memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah. Muhyiddin berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab. "Ini provokasi pembangkang... tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu," katanya. Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu tuduhan rambang dan berniat jahat selain bertujuan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat di mata rakyat Malaysia khususnya di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan pilihan raya kecil. "Dewan Pemuda Kelantan ingin menyatakan bahawa Pakatan Rakyat selaku pembangkang di Parlimen sentiasa menjunjung amalan demokrasi sihat yang dijamin oleh perlembagaan. "Hakikatnya, yang sering mencabul demokrasi ialah Barisan Nasional yang seringkali bertindak di luar daripada lunas-lunas demokrasi," kata beliau. Kata beliau, sebelum Muhyiddin menuding jari ke atas pembangkang, beliau perlu menjelaskan tindakan-tindakan BN yang tidak demokratik seperti menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat. Malah kata beliau, tindakan tidak demokratik juga tercermin melalui tindakan BN yang menafikan royalti minyak sebelum ini kepada negeri Terengganu sewaktu diperintah oleh PAS dan sekarang Kelantan yang menerima nasib yang sama. "Adakah tindakan menyertai pilihan raya dan membuat penjelasan kepada rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional merupakan satu tindakan yang salah? "Jika demikian, apa pula penjelasan Tan Sri Muhyiddin terhadap tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang melancarkan Gelombang Merah yang jelas ingin menggulingkan kerajaan negeri Kelantan?" katanya. Justeru, Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menuntut agar Muhyiddin menyatakan secara terperinci tuduhan yang dilemparkan oleh beliau. "Jika tidak, jelas sekali tuduhan tersebut hanyalah merupakan tuduhan rambang dan bertujuan memfitnah Pakatan Rakyat," katanya lagi. - TMI |
Masih hidupkah demokrasi di Malaysia? Posted: 05 Mar 2011 08:26 AM PST Sejak bila Kerajaan Malaysia yang dikuasai Barisan Nasional berlaku adil? Sejak bila BN telus dalam perlawanan pilihanraya? Sejak bila padang itu sama rata dalam konteks demokrasi dalam Malaysia? Setengah jam yang pertama Buletin Utama hari ini hanya menyiarkan segala-galanya tentang calon BN di Merlimau dan diikuti pula Kerdau. Lebih melucukan bila kita lihat BN semacam tidak percaya yang mereka akan menang dalam kedua-dua PRK esok apabila calon BN Merlimau membuat kenyataan seperti di bawah; "Undilah saya kerana saya calon Barisan Nasional" Umpama terdesak, BN terus menggunakan media arus perdana untuk berkempen. Barisan Nasional juga tidak segan silu merosakkan demokrasi apabila sanggup menggunakan helikopter untuk ke Kerdau untuk berkempen. Perkara asas, menggunakan jentera kerajaan pusat untuk parti UMNO. Berapa banyak perbelanjaan menggerakkan heli milik TUDM dan TLDM hanya untuk memenuhi keperluan parti yang bertanding di pilihanraya? Buletin Utama TV3 sebentar tadi juga memperuntukkan hampir 10 minit khas untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Pahang bagi menyampaikan amanat malam terakhir sebelum hari mengundi. Menteri Besar samseng ini juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pembangkang dan memohon pengundi kerdau memberikan undi kepada calon BN. Justeru, sampai bila kita mahu mengharapkan pilihanraya yang adil dari sebuah kerajaan dinaung Barisan Nasional? Perlu diingat bahawa pilihan yang ada setakat ini untuk mengubah sebuah kerajaan pusat adalah hanya melalui pilihanraya. Sekiranya pilihanraya dilihat dengan jelas sudah tidak lagi bermakna dan tidak lagi relevan untuk rakyat Malaysia menikmati demokrasi sebenar, apakah kita hanya akan turut berdiam membiarkan negara ini dipimpin oleh golongan elit perompak khazanah bangsa!! Cuba saudara dan saudari semua bayangkan, dalam keadaan 2 pilihanraya serentak yang dijangka Barisan Nasional tidak mempunyai sebarang masalah untuk menang, mereka masih tidak mengambil peluang untuk menyediakan sebuah padang yang rata bagi perlawanan telus. Kedua-dua pilihanraya yang bakal berlangsung esok juga tidak akan menumbangkan kerajaan negeri yang diperintah oleh BN sekiranya mereka tewas, apatah lagi menumbangkan kerajaan pusat. Dalam situasi selamat untuk BN setaraf ini sekalipun, mereka tidak menyerah diri kepada demokrasi sebenar agar parti lain selain BN yang bertanding diberi ruang perlawanan sama rata. Sekarang cuba bayangkan pula situasi PRU-13 yang dijangka menghadapi pertarungan sengit membabitkan soal survival hidup mati Barisan Nasional. Pastinya harapan untuk padang itu dilihat rata dalam pilihanraya kian tipis atau menghampiri tiada langsung. Dari kesedaran ini, lahirlah BERSIH edisi pertama pada November 2007 lalu. Demi semangat demokrasi, BERSIH dilancarkan dan memberi impak ke atas PRU12 pada Mac 2008 yang memperlihatkan Paklah cuba untuk berlawan secara sedikit bersih dari kebiasaan. Nyata langkah Paklah mengundang padah dan pastinya langkah seperti ini tidak akan diulangi oleh Najib Razak. Akhirnya, demokrasi kembali dihumban ke selat Melaka melalui kepulauan Pangkor. Sebuah negeri yang telah dipilih oleh majoriti rakyat negeri Perak telah ditumbangkan pada hari kematian demokrasi diraikan apabila Najib Razak mengumumkan sebuah kerajaan haram terbentuk. Apakah kita masih melihat pilihanraya itu suatu jalan untuk demokrasi ditegakkan atau hanya suatu ranjau? Apakah kita masih percaya kepada semangat demokrasi apabila semakin banyak kepincangan yang membuatkan demokrasi itu bagai bernafas tanpa ruang? "Biar hancur tulang belulang, Putrajaya akan tetap UMNO pertahankan!" Kata-kata amaran dari Najib ini harus menjadi titik tolak membangkit semangat, agar kita boleh katakan "Akan ku tentang sebuah kerajaan zalim di sebalik Putrajaya, biarpun akan hancur tulang belulang ku !!" Oleh demikian, cabaran baru kita selepas ini adalah untuk menjadikan BERSIH 2 disertai oleh sekurang-kurangnya setengah juta umat! Kita jadikan Dataran Merdeka itu seumpama Dataran Tahrin di Mesir!! Kita lawan kerajaan zalim yang langsung tidak memberi ruang kepada demokrasi !! Saya dah rasa bagaimana disembur air gatal, saya dah rasa bagaimana rasanya mata ini pedih oleh gas pemedih mata malah pernah terkena kelongsangnya. Sudah saya rasa dipukul belantan, pernah dipijak FRU, pernah berpolis sentry dengan pihak polis!! Semua itu jawapannya ialah, sakit yang sementara demi menentang kesakitan rakyat yang kekal selagi negara ini diperintah Barisan Nasional! Ayuh turun ke BERSIH 2!! Kita bisa merasainya, dan bisa menempuhinya sekali lagi !! Kali ini bersama semangat kebangkitan yang terpetik seantero dunia! Lawan tetap Lawan! Biar rebah merempuh dari duduk bersimpuh !! Demi demokrasi, demi rakyat !! - edyesdotcom |
Posted: 05 Mar 2011 08:16 AM PST Gelombang kebangkitan rakyat di Timur Tengah sudah mula membuat para pemimpin UMNO gelisah macam cacing kepanasan. Kebangkitan rakyat telah mengakibatkan ada pemimpin yang jatuh tersembam. Ha... ha... Kini para pemimpin kita sudah mula takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Mereka bertegas mengatakan kita tak sama tetapi rakyat pula menyanyikan lagu "Kita Serupa" Memang kita serupa dari segi gaya kepimpinan dan sifat tamak haloba dan kerakusan para pemimpinnya. Di sana ada Mubarak.... di sini pun ada Mubarak. Di sana ada Firaun Moden.... di sini ada Firaun Tua. Di sana ada Ben Ali, di sini tidak terkecuali. Di Melaka kita ada Ali Ketam. Ali jugak maa.... Di sana First Ladynya.... fulaamakk. Di sini, Fat Ladynya, alamaakkk. Jadi, sebab itu kita ada persamaan dengan negara-negara yang dilanda kebangkitan kuasa rakyat. Oleh sebab, ramai rakyat kita terutama di kampung-kampung tidak cukup informasi tentang apa sebenarnya yang berlaku di sana dan kesannya kepada negara kita, maka para pemimpin Pakatan Rakyat memberi penjelasan dengan memberikan contoh-contoh yang ada persamaan dengan kita. Aaaa... mereka nampak dah. Betoi jugak, ek?? Menyatakan kebenaran bukan menghasut. Kita cuma nak rakyat bukak mata akan keboborokan yang ada dalam negara. Kebobrokan hasil kerja tangan para pemimpin UMNO/BN yang sudah sekian lama membarah, malah terus dibiarkan menjadi semakin membarah. Kita cuma mahu kerajaan ambil iktibar apa yang berlaku di Timur Tengah, kerana ia tidak mustahil berlaku di sini, sekiranya rakyat terus ditindas dan diabaikan. Pihak pembangkang hanya mahu melakukan perubahan demi kebaikan rakyat. Nauzunillah, kita pun tidak nak apa yang berlaku di sana, berlaku di sini. Apa yang kita mahukan ialah rakyat melakukan perubahan di peti undi secara demokrasi. Kita mahu bangkitkan revolusi dalam peti undi. Itu saja.... Jadi, mengapa para pemimpin UMNO/BN, perlu berasa teramat gabra dan gelisah. Panas bontot.... ek?? Bak kata Anwar, kalau tak makan cili, mengapa mesti berasa pedas?? Ini tak... Najib gelabah, Muhyiddin gelisah, Zahid... mengancam mengugut... Rais nak tunjuk kuasa dan Hishamuddin pun berlatah sama. Apa hal.... Tak cool ler. Weh... tak payah ler nak ugut-ugut, tak usah ler nak takut-takutkan rakyat. Revolusi yang akan berlaku ialah revolusi peti undi. Kita ikut proses demokrasi yang sebenarnya. No hanky-panky dalam proses pilihan raya. Itu saja yang rakyat mahu. Persoalannya?? Bolehkah SPR bertindak bebas dan adil, seperti yang sepatutnya..... tanpa bias kepada mana-mana pihak? - Sumber |
Along Najib : Peneroka buat laporan polis Posted: 05 Mar 2011 04:04 AM PST STONE : hahaha lapor jangan tak lapor dan kita tengok apakah polis kita yang efisyen, antara yang terbaik didunia akan segera bertindak. Ini melibatkan menteri dan agensi kerajaan. Jangan dibakulsampah saja laporan ni sudah lah. Berkhidmatlah secara telus, jangan hanya pandai bertindak kepada pihak pembangkang saja ... Wang SES: Peneroka lapor polis Khairil Abdul Rahim TEMERLOH, 5 Mac: Seorang peneroka hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengurus Besar Wilayah Jengka Saari Din berkaitan janji pemberian wang kepada peneroka yang boleh dianggap sebagai jerat hutang. Mohd Fauzi Abdul Hamid, 37, dari Felda Bukit Sagu 1, Kuantan membuat laporan berkenaan di balai polis Temerloh bagi memohon siasatan segera berkaitan wang SES dan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) kerana terdapat unsur penipuan. Fauzi menjelaskan, Bantuan Tanam Semula Risda adalah kutipan daripada wang SES yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan getah sebanyak 15 sen per kiligram kering yang mana 5 sen untuk kerajaan dan 19 sen untuk peneroka. Janji pemberian wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau di Jengka 23 Ahad lalu. Ahmad Maslan pula menjelaskan, pembayaran akan dibuat pada 7 Mac, iaitu sehari selepas hari pengundian PRK Kerdau. Namun peneroka dikenakan dengan tiga opsyen iaitu jika menerima bayaran penuh RM13,000, hendaklah membayar kembali RM650 sebulan selama 20 tahun. Opsyen kedua ialah jika peneroka menerima RM6,500 perlu membayar kembali RM550 selama 20 tahun. Manakala opsyen ketiga jika tidak mahu menerima apa-apa bayaran, peneroka perlu membayar kembali RM400 sebulan selama 20 tahun. "Jika peneroka menerima mana-mana opsyen sekalipun, ia akan memebri bebanan yang melampau. Kenapa peneroka tidak difahamkan risiko semua opsyen kerana ia melibatkan hutang yang perlu dipotong setiap bulan? "Kenapa pula pembayaran dibuat pada hari Isnin & Mac, tidak sebelum hari pengundian pada 6 Mac? Lagi pun, kenapa hanya peneroka di Jengka 22, 23 dan 25 sahaja yang dapat wang SES sedangkan peneroka tempat lain dinafikan hak nya?," soal Fauzi. Selain wang SES, peneroka juga dijanjikan dengan wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membnatu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar. "Kenapa wang SES dan SITS itu tidak dibayar lebih awal sebelum kempen PRK sebab itu telah lama. Tidakkah itu berbentuk sogokan dan rasuah kepada peneroka untuk mengundi BN?," soal Fauzi - HD Artikel terdahulu - Najib jadi along |
Apa yang SPR, SPRM buat? .. Haramjadah puak-puak ni ... Posted: 05 Mar 2011 03:13 AM PST Dua laporan kepada SPR dan SPRM tidak langsung diberi perhatian. KERDAU: PAS mendakwa pelbagai laporan penyalahgunaan harta dan kemudahan awam oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kerdau tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Pengarah Pilhan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dua laporan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak langsung diberi perhatian dan apa-apa tindakan. "Penggunaan secara berleluasa kemudahan premis awam seperti padang awam Teluk Sentang; masjid dan sekolah rendah Batu Sawar; dewan orang ramai Felda Jengka 23; pusat jalur lebar komuniti Jengka 25, balai raya Kuala Tekal dan pejabat Felda di Kerdau. "Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti. "Dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam," katanya dalam sidang media harian PAS di sini hari ini. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, SPR, Polis dan SPRM juga tidak mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan bantuan dan projek secara terbuka untuk mendapatkan undi kaum Cina, India dan orang Asli. Menurutnya, Najib meluluskan peruntukan RM400,000 untuk dewan terbuka Kampung Seri Kerdau, RM150,000 untuk bomba sukarela dan RM100,000 untuk kuil Hindu. "Perdana Menteri menjanjikan peruntukan RM9.25 juta untuk menaikkan loji air Batu Sawar," katanya. Berikutan itu, kata Tuan Ibrahim SPR gagal menjamin PRK Kerdau dari elemen rasuah, ugutan dan tekanan kepada pengundi. Beliau berkata, peluang PAS menang cerah ekoran semua tempat termasuk kubu kuat Umno berjaya ditembusi. Isyarat lain kemasukan ahli Umno ke dalam PAS membabitkan 18 orang di Jengka 22 dan 30 orang dari Jengka 23. Katanya, ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana PRK sebelum ini. - FMT STONE ; memang haramjadah dua agensi ni - SPR dan SPRM. Kalau laporan dtg dari umno tentang kesalahan sebelah PR cepat saja hangpa bertindak, tapi dlm kes ni kesalahan di pihak umno hangpa buat tak kisah pun, Terang-terang kesalahan dah dilakukan ... betul lah korang ni barua umno ... |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan