Blog-list Malaysia |
- Video Kekecohan Yang Dimulakan Oleh Penyokong Umno Di Kerdau
- Dakwaan beli undi, MP DAP buat laporan polis
- Terkini Dari Merlimau
- PRK Kerdau - Siapa Mulakan Pergaduhan?
- PRK Kerdau - SPR Kata Penyokong PAS Sememangnya Jahat
- Langsung Dan Terkini Dari Merlimau
- Terkini Dari Kerdau
- Terkini Dari Merlimau
- Terkini Dari Merlimau
- Terkini Proses Pembuangan Undi Dun Merlimau
- Guling kerajaan: Pemuda PAS cabar Muhyiddin tunjuk bukti
- Gelek M.Daud Kilau Dan Dangdut Melalaikan Orang Felda Di Kerdau
- Kalau Yakin Menang Kenapa Menipu Dan Berlagak Samseng?
- Isu Pembelian Tanah Tuan Ibrahim Tuan Man
- Wang SES: Peneroka lapor polis
Video Kekecohan Yang Dimulakan Oleh Penyokong Umno Di Kerdau Posted: 06 Mar 2011 12:33 AM PST |
Dakwaan beli undi, MP DAP buat laporan polis Posted: 05 Mar 2011 11:58 PM PST Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau . Dalam laporan polisnya itu, Sim berkata, dia bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ. Beliau mendakwa, dia mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi. Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya. Bagi mengelak kekecohan, kata Sim, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis. Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi dan merupakan satu kesalahan melanggar peraturan pilihan raya. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya. Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India. Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung. |
Posted: 05 Mar 2011 10:42 PM PST 2.40pm 66.8 peratus atau 7,133daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini. 1.30pm: 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini. 1.05pm Di pusat mengundi Permatang Serai, penyokong PAS kelihatan marah terhadap polis dan SPR kerana membenarkan penyokong BN melepasi halangan, untuk mengiringi pengundi ke kaunter SPR. Penyokong wanita dari kedua belah pihak menjerit antara satu sama lain. Seorang penyokong wanita BN dilihat sengaja memprovokasi penyokong PAS dengan berjalan menghampiri mereka seperti gaya seorang model. Penyokong PAS bagaimanapun, tidak memperdulinya. 1pm Masa makan tengahari. Penyokong kedua belah pihak sedang menjamu selera di bawah pokok. Begitu juga dengan anggota polis anti-rusuhan. 12.45pm Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di pusat mengundi Permatang Serai di SK Merlimau. Kedua-duanya tidak memasuki pusat mengundi tersebut. Kerana cuaca yang panas, penyokong BN menggunakan payung untuk membawa pengundi ke kaunter SPR. Permatang Serai merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu dengan 82.6 peratus Melayu, 16.9 peratus Chinese and 0.5 peratus India. BN menewaskan PAS dengan majoriti 453 undi dalam pilihan raya umum 2008. Ketika itu, BN mendapat 1,025 undi manakala calon PAS memperolehi 562 undi. |
PRK Kerdau - Siapa Mulakan Pergaduhan? Posted: 05 Mar 2011 09:23 PM PST Sekeping gambar tak bisa berbohong. Lihat penyokong BN di seberang jalan. Manakala penyokong PAS berada di sebelah sini jalan. Siapakah penyokong yang menceroboh dan menyerang penyokong di sebelah sini jalan?? Penyokong PAS ker?? Macam kenal je baju dan topi yang dipakainya tu.. SPR tak nak komen ker?? |
PRK Kerdau - SPR Kata Penyokong PAS Sememangnya Jahat Posted: 05 Mar 2011 09:06 PM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar. "Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi. "Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad. Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi. Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan. Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraikan oleh anggota keselamatan yang bertugas. |
Langsung Dan Terkini Dari Merlimau Posted: 05 Mar 2011 08:51 PM PST 12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini. 11.40am 43 peratus atau 4,571 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini. 11.14am Seorang pengundi di Ayer Merbau Lim Lam Seng, 50, memuji BN. "Jalan-jalan semuanya dipasang lampu dan kami tidak takut lagi pada waktu malam. Kini mereka membina sebuah taman tema air di Chinchin, yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata Lim, yang menjadi satu ahli MCA sejak 1983. 11.05am Seorang anggota Wanita Umno dari Wilayah Persekutuan, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zabedah berkata, dia berada di Ayer Merbau sejak 25 Februari. "Ini untuk negara," katanya sebelum melaungkan "masuk BN, tinggalkan lempeng (merujuk kepada lambang PAS)." 10.55am Calon PAS Yuhaizad Abdullah melawsat pusat mengundi SK Merlimau 2 - tempat mengundi bagi pengundi dari Merlimau Utara, di mana 42.3 peratus adalah Melayu, 17.1 peratus Cina dan 40.1 peratus India. Calon BN menang di Merlimau Utara dalam pilihan raya lalu dengan mendapat 234 undi manakala PAS memperolehi 174 undi. 10.52am Merlimau: Kira-kira 20 penyokong BN berarak menuju ke pusat mengundi Ayer Merbau, mencetuskan insiden jerit-menjerit dengan pesaing mereka dari Pakatan. Pemuda PKR melaungkan "Sapu Malaysia" dan "1Islam!" setiap kali Pemuda BN melaungkan "1Malaysia!" Ayer Merbau mempunyai jumlah teramai pengundi Cina di antara tujuh daerah pengundi, dan tempat terletakkan bilik operasi PKR bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau. 10.45am Di Ayer Merbau, penyokong BN melaung "Si ketot!", "Calon tak jadi!" dan "skuad liwat!" ketika ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di situ. Seorang penyokong PAS dari Johor, Rokiah Bakar merungut "Manusia macam setan. Rosak orang macam ni". Dia memijak bendera BN sambil berkata adalah "syirik" umat Islam menggunakan simbol dacing. 10:39am Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita. "Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia. 10.35am Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi. |
Posted: 05 Mar 2011 08:47 PM PST 11.30am: Jumlah keluar mengundi hingga jam 11 pagi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus. Sementara itu, suasana lebih meriah dikesan di Felda Jengka 23, di mana penyokong BN dan PAS saling ejek-mengejek di luar pusat pengundian di SK LKTP Felda 23. Kumpulan penyokong dengan kekuatan masing-masingnya seramai kira-kira 100 orang itu berhimpun di pinggir jalan yang menuju ke pusat pengundian berkenaan. Penyokong BN itu melaungkan "murah" dan "tak sedap" apabila sebuah kereta tiba dengan membawa muatan air botol untuk penyokong PAS. Penyokong PAS berkenaan bagaimanapun sekadar mengibarkan bendera mereka apabila diejek begitu. Keadaan di sini secara umumnya aman dengan dikawal sekumpulan anggota polis yang sebahagiannya dilengkapi pistol dan senapang gas pemedih mata. 11.25am: Sekumpulan lebih 200 sedang berkumpul di jalan masuk ke SK Jengka 25, tetapi para penyokong parti itu hanya bersorak sekali sekala sahaja. Pada waktu ini juga, seramai kira-kira 30 orang anggota polis bertugas mengawal keadaan. Jumlah ini adalah lebih ramai berbanding pada awal pagi ini. PAS mematuhi arahan SPR dengan tidak mendirikan 'pondok panas' di kawasan ini, tetapi BN sebaliknya. 10.50am: Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatannya dari PKR Fuziah Salleh dilihat meninjau kawasan pengundian di Felda Jengka 25. Menurut Tuan Ibrahim, PAS bergantung pada pengundi muda yang mewakili 38 peratus daripada 8,999 pengundi. "Jika mereka turun semua, insya-Allah kita ada harapan," katanya kepada Malaysiakini. |
Posted: 05 Mar 2011 05:04 PM PST |
Posted: 05 Mar 2011 05:04 PM PST |
Terkini Proses Pembuangan Undi Dun Merlimau Posted: 05 Mar 2011 04:15 PM PST 8:09 admin: Deretan perayu undi dari kedua-dua buah parti bertanding sudah membanjiri jalan menuju pusat mengundi. Keadaan dilaporkan masih tenang. Sunday March 6, 2011 8:09 admin 8:07 admin: Tidak terkecuali pasukan Unit Amal PAS yang siap siaga untuk bertugas mengawal keselamatan petugas parti, bilik gerakan dan pengundi. Sunday March 6, 2011 8:07 admin 8:02 admin: Petugas jentera PAS sudah mula mengambil posisi kerja masing-masing sejak awal pagi lagi. Mereka kelihatan bersemangat bertugas. Sunday March 6, 2011 8:02 admin 7:58 admin: Pilihan raya kecil Dun Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung. Sunday March 6, 2011 7:58 admin 7:54 admin: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, hari ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS yang diwakili Yuhaizad Abdullah dan Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad. |
Guling kerajaan: Pemuda PAS cabar Muhyiddin tunjuk bukti Posted: 05 Mar 2011 08:34 AM PST Pemuda PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengemukakan bukti kononnya pembangkang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan 'modal' kebangkitan rakyat di rantau Timur Tengah dan dunia Arab. "Dewan Pemuda Kelantan mencabar Tan Sri Muhyiddin supaya mendatangkan bukti yang jelas terhadap tuduhannya yang menyatakan pembangkang sedang menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari hari ini. Semalam, Muhyiddin memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah. Muhyiddin berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab. "Ini provokasi pembangkang... tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu," katanya. Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu tuduhan rambang dan berniat jahat selain bertujuan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat di mata rakyat Malaysia khususnya di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan pilihan raya kecil. "Dewan Pemuda Kelantan ingin menyatakan bahawa Pakatan Rakyat selaku pembangkang di Parlimen sentiasa menjunjung amalan demokrasi sihat yang dijamin oleh perlembagaan. "Hakikatnya, yang sering mencabul demokrasi ialah Barisan Nasional yang seringkali bertindak di luar daripada lunas-lunas demokrasi," kata beliau. Kata beliau, sebelum Muhyiddin menuding jari ke atas pembangkang, beliau perlu menjelaskan tindakan-tindakan BN yang tidak demokratik seperti menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat. Malah kata beliau, tindakan tidak demokratik juga tercermin melalui tindakan BN yang menafikan royalti minyak sebelum ini kepada negeri Terengganu sewaktu diperintah oleh PAS dan sekarang Kelantan yang menerima nasib yang sama. "Adakah tindakan menyertai pilihan raya dan membuat penjelasan kepada rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional merupakan satu tindakan yang salah? "Jika demikian, apa pula penjelasan Tan Sri Muhyiddin terhadap tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang melancarkan Gelombang Merah yang jelas ingin menggulingkan kerajaan negeri Kelantan?" katanya. Justeru, Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menuntut agar Muhyiddin menyatakan secara terperinci tuduhan yang dilemparkan oleh beliau. "Jika tidak, jelas sekali tuduhan tersebut hanyalah merupakan tuduhan rambang dan bertujuan memfitnah Pakatan Rakyat," katanya lagi. - MI |
Gelek M.Daud Kilau Dan Dangdut Melalaikan Orang Felda Di Kerdau Posted: 05 Mar 2011 06:31 AM PST PUNYALAH haprak puak tu. Ajak berdebat secara ilmiah tentang ekonomi negara takut, kecut. Bila kita berceramah, puak tu cari jalan jangan kasi rakyat mendengar ceramah kita agar rakyat akan menjadi bangang macam mereka. Maka, di kawasan felda kat Kerdau, dibawanya artis M.Daud Kilau dan konsert dangdut. Ya Allah. Maka bergolek punggung lah si Daud Kilau bersubahat dengan puak tu. Ada ke Daud kilau bercakap macam artis Bob Lokman yang baru masuk PAS itu? Jika Bob Lokman bercerita tentang keinsafannya dan keindahan Islam, apa pula M.Daud Kilau buat di Kerdau? Golek punggung je lah dan si tua lelaki perempuan yang masih tak sedar diri di kawasan tu pun tersengeh dan terangguk-angguk menonton. Kesihan Melayu.... Kalau tak ada Wakil Rakyat yang meninggal dunia kat situ, gamaknya sampai mati orang situ tak dapat tengok M.Daud Kilau atau menonton dangdut. Terasa rugi besar mereka, agaknya. Di sebelah kita bercerita pasal harga barang naik, pasal pemimpin rasuah, pasal tanah kita dan hak kita telah dirampas, pasal moral remaja semakin teruk, tetapi puak tu pasang speaker kuat untuk hanyutkan orang-orang Melayu dengan alunan gelek M.Daud kilau dan nyanyian dangdut. Berbaloi M.Daud kilau dapat Datuk kerana `berjihad' untuk orang-orang Melayu. Patut lah Bob lokman tak dapat Datuk. Kalau Bob Lokman buat macam M.Daud kilau tu, tak lama lagi dapatlah Datuk. Shah Rukh Khan yang nyanyi guna `miming' suara pun dapat Datuk kat Melaka. Itulah hebatnya ketuanan Melayu. Kesihan Melayu...Melayu semakin `Me-Layu'./ wfauzdin.blogspot.com |
Kalau Yakin Menang Kenapa Menipu Dan Berlagak Samseng? Posted: 05 Mar 2011 06:02 AM PST Sehingga saat ini Umno begitu sombong dan bongkak dengan mendabik dada akan mengekalkan DUN Kerdau dan Merlimau. Macam mana Umno boleh tahu sedangkan hari mengundi hanya bermula esok? Ada apa-apa 'silap mata' yang akan dilakukan ? Memang betul Pas kalah dalam PRU lalu tetapi tak bermakna Pas tak boleh menang dalam PRK kali ini. Umno makin goyah, penyelewengan dan skandal berluasa serta kehidupan rakyat makin terhimpit tidak mustahil akan berlaku kejutan kepada Umno. Sambutan kempen PAS sungguh menggalakkan memberi isyarat yang positif kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Jadi mungkin sebab itu lah agaknya Umno/BN terus menyerang dan melakukan pembohongan kepada PAS. Sama ada di Merlimau dan juga di Kerdau. Tak cukup dengan tokoh dalam Umno, habis pelawak dan pelakon handalan seperti Ibrahim Ali, Umi Hafilda dan Ezam Md. Nor diheret kesana kemari untuk memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat. Insyaallah, rakyat Malaysia cukup kenal siapa mereka ini. Maklumat di hujung jari! Terkini Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub yang terkenal dengan 'trade mark' isyarat lucah di PRK Sanggang dulu memfitnah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya menjadi lintah darat kerana memeras peneroka di Jengka dengan membeli tanah peneroka berkenaan. Segala pembohongan media dan pencacai Umno terdedah apabila pemilik tanah sebenar tampil menafikannya. Tak perlu saya ulas panjang layari Harakah Daily untuk maklumat lanjut. Bila asyik baca Utusan Malaysia itu yang jadi tak berapa cerdik. Ini baru kecil banyak lagi pembohongan dan putar belit Umno/BN setiap kali pilihanraya. Semua jentera PAS di Merlimau dan Kerdau diminta tingkatkan kewaspadaan menjelang esok. Setakat ini perkembangan petugas PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau cukup menyakinkan. Umno pasti terkejut dengan strategi dan persediaan PAS . Tunggu sahaja esok! |
Isu Pembelian Tanah Tuan Ibrahim Tuan Man Posted: 05 Mar 2011 04:11 AM PST Kenyataan Media Khas Jawab Isu 5 Mac 2011 Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya. Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu. Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya. Oleh itu, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar. Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau. Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa. Ibrahim Osman Pemilik tanah |
Wang SES: Peneroka lapor polis Posted: 05 Mar 2011 04:03 AM PST Seorang peneroka hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengurus Besar Wilayah Jengka Saari Din berkaitan janji pemberian wang kepada peneroka yang boleh dianggap sebagai jerat hutang. Mohd Fauzi Abdul Hamid, 37, dari Felda Bukit Sagu 1, Kuantan membuat laporan berkenaan di balai polis Temerloh bagi memohon siasatan segera berkaitan wang SES dan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) kerana terdapat unsur penipuan. Fauzi menjelaskan, Bantuan Tanam Semula Risda adalah kutipan daripada wang SES yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan getah sebanyak 15 sen per kiligram kering yang mana 5 sen untuk kerajaan dan 19 sen untuk peneroka. Janji pemberian wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau di Jengka 23 Ahad lalu. Ahmad Maslan pula menjelaskan, pembayaran akan dibuat pada 7 Mac, iaitu sehari selepas hari pengundian PRK Kerdau. Namun peneroka dikenakan dengan tiga opsyen iaitu jika menerima bayaran penuh RM13,000, hendaklah membayar kembali RM650 sebulan selama 20 tahun. Opsyen kedua ialah jika peneroka menerima RM6,500 perlu membayar kembali RM550 selama 20 tahun. Manakala opsyen ketiga jika tidak mahu menerima apa-apa bayaran, peneroka perlu membayar kembali RM400 sebulan selama 20 tahun. "Jika peneroka menerima mana-mana opsyen sekalipun, ia akan memebri bebanan yang melampau. Kenapa peneroka tidak difahamkan risiko semua opsyen kerana ia melibatkan hutang yang perlu dipotong setiap bulan? "Kenapa pula pembayaran dibuat pada hari Isnin & Mac, tidak sebelum hari pengundian pada 6 Mac? Lagi pun, kenapa hanya peneroka di Jengka 22, 23 dan 25 sahaja yang dapat wang SES sedangkan peneroka tempat lain dinafikan hak nya?," soal Fauzi. Selain wang SES, peneroka juga dijanjikan dengan wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membnatu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar. "Kenapa wang SES dan SITS itu tidak dibayar lebih awal sebelum kempen PRK sebab itu telah lama. Tidakkah itu berbentuk sogokan dan rasuah kepada peneroka untuk mengundi BN?," soal Fauzi. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan