MiLo SuaM |
- Panas! Blogger UMNO Togak arak di waktu maghrib
- Anwar Ibrahim cuba bawa isu seks ke jalanan!
- Wartawan Harakah yakin Anwar dalam video seks?
- Al-kisah negara yang makmur.
- Video seks jadi alat mudah meraih sokongan rakyat
Panas! Blogger UMNO Togak arak di waktu maghrib Posted: 27 Mar 2011 07:59 PM PDT Hasil maklumat yang diterima daripada jurugambar terkenal Pakatan Rakyat, Topeng Perak Unmasked, bukti gambar blogger terkenal gerombolan songkok tinggi bersantai bersama arak di waktu senja sedang melabuhkan tirainya sudah berada di dalam tangan beliau. Bro Topeng Perak, akan memberikan bukti tersebut hari ini, dan bukti tersebut akan ReJaM© siarkan di MiLo SuaM sebaik sahaja menerimanya hari ini. Sebagai klue, blogger gerombolan songkok tinggi yang dimaksudkan sangat popular dengan fitnah melampau, terlampau, mengarut dan mencarut. Blogger ini juga sering menggambarkan dirinya sebagai pejuang Islam yang sebenar, dan selalu menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai bukan ulamak sebaliknya pukimak. Sebelum ini blogger ini pernah menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai kaki arak. Rasanya dah cukup banyak hint yang ReJaM© berikan mungkin korang dah sedia maklum siapa dia blogger yang dimaksudkan. Nantikan pendedahannya hari ini. |
Anwar Ibrahim cuba bawa isu seks ke jalanan! Posted: 27 Mar 2011 10:45 AM PDT Ini hari gua nak jadi penyokong gerombolan songkok tinggi, gua nak istihar perang dengan ReJaM©, hari-hari dia kutuk Utusan Malaysia yang menjadi penyebar fikiran rakyat, kutuk Barisan Nasional yang telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia, mana gua boleh tahan beb. Lu orang yang selama ni sokong Pakatan Rakyat, apa lu dapat? Jadi blogger BN boleh dapat upah RM 5000 sebulan beb [Upah Blogger BN] Kalau setakat air percuma kat Selangor ni, gua tak heranlah bai, lu kena tipu je dengan Pakatan Rakyat. Lu tengok macam gua ni, gua kawan baik dengan gerombolan songkok tinggi, gua boleh dapat macam-macam projek, contoh gua pasang bendera UMNO dan BN gua dapat RM 50 sekali pasang. Nak harap PAS bagi duit pasang bendera diorang? Jangan haraplah bai, kalau nasib lu baik dapatlah makan nasi bungkus dengan air. Itupun bukan PAS bagi, tapi adalah dua tiga orang yang baik hati nak bagi lu makan dengan minum free. Gua dah banyak sangat melalut ni, ok isu yang gua nak bagi lu orang tengok hari ni pasal isu seks! Gua dapat maklumat Anwar nak bawak isu seks ke jalanraya! Ini maklumat sahih beb gua dapat daripada Utusan Malaysia, ini akhbar telus berwibawa dan berkaliber serta bertanggung jawab mana boleh tipu beb [Utusan]. Lu orang ingat ni cerita tipu ke bai? Ini cerita betul bai, gua ada bukti! Gua dah dapat gambar bukti penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dah mula berarak di seluruh Malaysia untuk membawa isu seks ini ke jalanraya! Tak percaya lu tengok gambar-gambar kat bawah ni. RentaP© "jahat betul Anwar Ibrahim ni, isu seks pun nak bawak pergi jalanraya..." |
Wartawan Harakah yakin Anwar dalam video seks? Posted: 27 Mar 2011 08:05 AM PDT Berita ini diambil dari salah sebuah blog terkenal gerombolan songkok tinggi, yang turut diiktiraf sebagai Blogger Kita oleh Utusan Malaysia. Blog tersebut ingin para pembaca percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah lelaki di dalam video seks yang meletup baru-baru ini. Penulis blog tersebut mengaku kononnya beliau sendiri telah bertemu dengan salah seorang wartawan Harakah, dan dimaklumkan bahawa wartawan tersebut yakin 100% bahawa Anwar Ibrahim merupakan pelakon video lucah. Dalam keadaan Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan perbicaraan mahkamah berhubung kes tuduhan liwat ke atasnya, mereka mahu kita percaya bahawa Anwar Ibrahim melakukan zina dengan pelacur cina pada 21 Febuari 2011 yang lalu, di dalam sebuah hotel dipercayai di ibu negara. Lepas satu, satu, tuduhan yang sangat hina dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, dan mereka mahu kita percaya bahawa Anwar Ibrahim sebagai seorang lelaki berumur 64 tahun yang tidak dapat mengawal nafsu seksnya memilih seorang pelacur cina untuk melampiaskan nafsu. Ummi Hafilda pula sebelum ini mendakwa ada lagi 18 video lucah Anwar Ibrahim berada dalam tangan seseorang. Ummi Hafilda mahu kita percaya Anwar Ibrahim suka merakam adengan saat dia melakukan hubungan seks terlarang. Tugas kerajaan untuk meraih sokongan rakyat menjadi terlalu mudah. Hanya perlu berfikir bagaimana untuk memberikan persepsi bahawa anwar Ibrahim adalah seorang lelaki gila seks dan juga pelakon video lucah. Persoalannya di sini, adakah rakyat percaya? ReJaM© "Gerombolan songkok tinggi tentu sekali percaya kah kah kah..." Update: Ini pula jawapan daripada Wartawan Harakah yang dimaksudkan, [Harakahdaily] |
Posted: 27 Mar 2011 07:36 AM PDT Berikut adalah senarai jumlah penyelewengan dan pembaziran wang dalam sebuah negara berkebajikan penuh yang bernama Malaysia : Maminco usaha ke sudut pasaran timah dunia dalam tahun 1980-an - RM1.6 Bilion Betting tukaran matawang Bank Negara pada tahun 1990'an - RM30 Bilion Kerugian Perwaja Steel - RM2.56 Bilion Valuecap Sdn Bhd - operasi untuk menopang pasaran saham dengan dana awam - RM10 Bilion Kerugian skandal perbankan Bank Islam - RM700 Juta Penjualan M.V. Agusta oleh Proton - hilang RM348 Juta Wang Ehsan dari royalti minyak Trengganu - 2004 -2007 - RM7.4 Bilion Untuk estabalished Philharmonic Orchestra - RM500 Juta Advisors Fees per year, Mahathir - RM180,000.00 Advisors Fees per year, Sahrizat - RM406,726.00 Advisors Fees per year, Abdul Hamid Othman (agama) - RM549,675.00 Kos mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris selama lima tahun - RM3.2 Bilion Dari wang ini RM2.21 Bilion dihabiskan untuk pembelian Teknologi Maklumat dan komputer - tidak rosak. Komisyen dibayar : Perimekar dan IMT Defence Sdn. Bhd - Rm910,000.00 Pampasan Gerbang Perdana untuk Jambatan Bengkok (Crooked Scenic Half-Bridge) - RM1.1 Bilion CIQ Bangunan - bangunan terbengkalai-pembatalan jambatan - RM1.3Bilion Renovasi bangunan dan kebocoran Parlimen - RM100 Juta Program Astronaut Nasional - RM40 Juta Latihan Khidmat Negara. anggaran tahunan - RM500 Juta Eye on Malaysia - RM30 Juta Tiket Percuma Eye on Malaysia - RM5.7 juta. Soft loan untuk PKFZ - RM4.63 Bilion Indelible Ink - Election Commission - RM2.4 Juta. Pampasan untuk 20 highway co. diumumkan oleh Samy Velu pada September 2006 - RM38.5 Bilion Durian runtuh kepada 9 pemegang konsesi tol semata-mata dari kenaikan tol pada 2008 saja - RM380 Juta Rasuah eksport kayu yang melibatkan syarikat milik Ketua Menteri Sarawak & Keluarga - RM32 Juta Bailout MAS - RM7.9Bilion MAS membeli lukisan untuk Office (Munir) - RM1.55Juta Bailout Sistem Pengangkutan Putra - RM4.486Billion Bailout Star LRT - RM192.54 Juta Bailout Sistem Pembuangan Limbah Nasional - RM192.54 Juta bailout Seremban-Port Dickson Highway - RM142 Juta Bailout Penjara Kuching - RM135 Juta Kajian Makanan & Gunaan Orang Islam - RM8.3 Juta Bailout Le Tour de Langkawi - RM3.5 Juta Lain-lain : Skandal AP dari tahun ke tahun untuk lebih dari tiga puluh tahun melibatkan jumlah puluhan bilion Ringgit. Pemindahan puluhan ribu hektar konsesi komersil dan perhutanan untuk anak-anak dan kerabat para pemimpin Barisan Nasional dan Menteri bernilai puluhan bilion Ringgit. Projek gajah putih bertaburan seperti tugu dan bangunan bersejarah, jalan dengan batu bata mahal, lampu-lampu jalan mewah, menara jam, bangunan kota yang kelihatan seperti istana, tempat-tempat ibadah mewah, renovasi kediaman VIP, kompleks sukan kerajaan yang tak dimanfaatkan dan lain-lain kos gabungan dari semua ni berjumlah beratus-ratus bilion Ringgit. Sejak tahun 1997, Petronas telah menyerahkan 30 Bilion Ringgit subsidi gas asli untuk IPP yang sudah sedia ada memiliki keuntungan besar. Selain itu perdagangan minyak Petronas dilihat maju pada tahun 1990 berdasarkan harga rendah minyak ketika itu. Akaun-akaun dari Petronas hanya dapat dilihat oleh Perdana Menteri, tiada siapa sama sekali tahu jumlahnya! RemBat©Apa kejadahnya semua nie... Laporan asal : cari.com.my [ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ] |
Video seks jadi alat mudah meraih sokongan rakyat Posted: 27 Mar 2011 06:01 AM PDT Pemimpin hari ini semakin bijak untuk meraih sokongan rakyat. Pemimpin hari ini tak perlu pening kepala memikirkan bagaimana untuk menaikkan ekonomi rakyat, tak perlu bersusah payah megkaji formula untuk menurunkan harga barang, tak payah berhempas pulas memerangi kadar jenayah yang meningkat. Apa yang paling penting untuk meraih sokongan rakyat, kerajaan harus tahu bagaimana, dan bila masa yang paling sesuai untuk meletupkan isu video lucah? Apabila video lucah dijadikan isu nasional, rasuah dan salahguna kuasa jadi isu kecil, kenaikkan harga barang dan saman ekor tenggelam, perjanjian setan Barisan Nasional dan SNAP di Sarawak juga tak siapa peduli. Sungguh pun kepala taik paling besar gerombolan songkok tinggi menafikan mereka terlibat dengan penyebaran fitnah video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim, dalam masa yang sama mereka berlumba-lumba untuk meraih sokongan rakyat melalui video seks. Hari ini blog-blog penyokong gerombolan songkok tinggi memaparkan gambar-gambar penyokong-penyokong UMNO menyuruh Anwar Ibrahim mengaku berzina dengan pelacur cina (seperti dalam video seks). Ini dia taktik meraih sokongan dengan video seks, malah mereka bangga melakukannya. Mudah! Memang mudah rakyat diperbodohkan! Dengan hanya bermodalkan video seks, isu nasional boleh dicipta, kerajaan Barisan Nasional akan kelihatan suci, sekaligus rakyat akan berlumba-lumba dengan rela memperbodohkan diri menyokong kerajaan video seks. ReJaM© "Kepala taik Gerombolan songkok tinggi nafi terlibat dengan penyebaran video seks? kah kah kah..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan