Rabu, 23 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ummi gambarkan Anwar Ibrahim memang pelakon video lucah

Posted: 23 Mar 2011 01:09 AM PDT

Gua tengok kali ini musuh politik Anwar Ibrahim sudah terlalu berlebihan untuk membunuh karakter beliau. Di dalam mengulas isu video klip lucah yang sedang hangat masa kini, Ummi Hafilda menokok tambah lagi perasa, dan cili di dalam siri serangan terhadap Anwar dengan mendakwa tahu ada lagi 18 video klip seks yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan lelaki dan pelacur [ThStar].



Kalau nak buat cerita pun agak-agaklah bai. Lu cerita video klip sampai 18 buah, Anwar Ibrahim ni ahli politik ke pelakon video lucah? Kah kah kah... gua tak heran sebenarnya apa saja yang keluar dari mulut busuk pontianak ni, tapi yang gua kesian ada juga orang yang percaya dengan cerita dia ni, siap jaja dia ke hulu ke hilir, bagi dia berucap dalam ceramah-ceramah. Korang tengok sendirilah kenyataan dia, kalah Yahudi Mabuk! 18 video seks Anwar tu... kah kah kah...

Inilah dia politik Malaysia, lu orang nak tahu cerita pasal macam mana kerajaan nak turunkan harga barang, macam mana kerajaan boleh naikkan gaji lu orang semua, tapi, ini kerajaan Barisan Najis bagi lu orang cerita seks! Kah kah kah... bila nak PRK, Anwar akan kena hentam, sikit-sikit Anwar, sikit-sikit Anwar. Dah tak ada orang lain ke nak serang bai?


RentaP© "Gua tengah tunggu Ummi Hafilda dedahkan video seks Anwar dengan binatang..."

Yusry KRU gambarkan video seks boleh dipalsukan

Posted: 22 Mar 2011 03:55 PM PDT

Ulasan Yusry KRU di Sinar Harian tentang video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim menjelaskan beberapa fakta penting, iaitu:

Video seks 20 minit, sukar untuk dipalsukan kerana ia terlalu panjang. Namun ia bergantung kepada sudut rakaman itu diambil. Jika sudut rakaman berubah, ia adalah agak mustahil untuk dipalsukan.

Fakta tambahan yang diberikan oleh Yusri KRU adalah, jika video itu pendek, ia lebih mudah untuk dipalsukan [Sinar].

Maka jika ulasan yang diberikan oleh penerbit dan pengarah filem terkenal ini boleh dianggap sebagai fakta, jelas sekali video lelaki mirip Anwar Ibrahim ada kebarangkalian untuk dipalsukan.

Pertama, video sepanjang 21 minit itu tidak pernah berubah kedudukan sudut rakamannya, kerana ia ditayangkan sebagai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV), Lazimnya semua orang tahu, kamera CCTV terletak pada kedudukan yang tetap, sekaligus tidak berlaku perubahan sudut rakaman. Maka ia tidak mustahil untuk dipalsukan berdasarkan ulasan Yusry.

Kedua, video klip sepanjang 21 minit itu sebenarnya terdapat empat segmen yang berbeza, ini menunjukkan bahawa ia tidak dirakam secara berterusan selama 21 minit, sebaliknya bersambung-sambung sebanyak empat segmen [Msian Insider]. Ini bermaksud, setiap satu segmen hanyalah sepanjang kira-kira 5 minit. Sekali lagi jika ulasan Yusry KRU dijadikan rujukan, maka ia tidak mustahil untuk dipalsukan.


Cara kedua yang boleh dibuat untuk memfitnah, dan cara ini dilihat lebih mudah untuk menjatuhkan Anwar adalah dengan menggunakan orang yang memiliki wajah mirip dengan Anwar Ibrahim.

Tak henti-henti Anwar diserang dengan skandal seks, dengan lelaki, dengan adik angkat, dengan driver, dengan bini orang, dengan pembantu, dengan bapok siam, dan kini dengan pelacur cina pula . Kita nantikan video panas yang bakal disiarkan menjelang PRU 13, "VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM DENGAN BINATANG!"



ReJaM© "Nampaknya orang yang cuba memfitnah Anwar Ibrahim ni dah terlebih fitnah, dah over kill guna racun serangga sampai diri sendiri bakal mampos! "


Pendedahan Rahsia yang lebih besar terbongkar klik sini [Rahsia terbongkar]

Anda ingin masuk muka depan akhbar Harian Metro? Ini peluang anda! Maklumat lanjut sila klik sini [Metro]

Zulkifli Nordin yakin 110 peratus, Anwar dalam video seks

Posted: 22 Mar 2011 07:46 AM PDT

Pelik tapi benar, Zulkifli Nordin yang juga Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim yang sering dilihat menunjukkan imej warak dengan bersongkok putih (kopiah) meluahkan keyakinan melebihi 100 peratus, bahawa Anwar Ibrahim adalah lelaki yang dirakamkan melakukan adengan seks dengan pelacur dari cina [Utusan].


Bila ditanya, sama ada beliau sudah menonton video tersebut ataupun belum? Dia tidak mahu menjawab. Tapi kalau dilihat kenyataan hasil tulisannya di dalam blog beliau, Zulkifli Nordin membayangkan bahawa dia sendiri belum pernah menonton video tersebut kerana hanya menulis kenyataan yang dikeluarkan oleh kawannya yang telah menonton video tersebut.


Bersungguh-sungguh Zulkifli Nordin nak menjatuhkan Anwar sehingga berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan tak masuk akal, sungguhpun dia merupakan seorang peguam. Mungkin nak tarik perhatian Najib agar mencalonkannya sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum 13.


ReJaM© "Tengok pun belum tapi berani jamin 110 peratus dah macam yahudi mabuk..."

Anda ingin masuk muka depan akhbar Harian Metro? Ini peluang anda! Maklumat lanjut sila klik sini [Metro]

Video seks, siapa tipu Nazri atau Akhbar Bebas?

Posted: 22 Mar 2011 06:39 AM PDT

Sebelum ini Portal Berita Bebas atas talian, Malaysian Insider melaporkan bahawa ramai di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional telah menyaksikan sendiri video lucah, yang dikatakan skandal seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur wanita cina. Portal tersebut mendakwa video tersebut ditayangkan di dalam sebuah laptop milik kakitangan parlimen.

Bagaimanapun didakwa laptop tersebut telah dirampas berikutan tersebarnya video tersebut [Msian Insider].


Namun begitu, selepas dibidas kerana membenarkan video lucah ditayangkan di parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menafikan laporan itu. Katanya Malaysian Insider yang salah lapor. Berani betul Malaysian Insider buat cerita bohong kan? Sampai kata laptop kena rampas. Tapi bohong rupanya, siapa kata bohong? Nazri Aziz yang kata kah kah kah... [Utusan]




ReJaM© "Budak kecik pun boleh gelak dengar menteri buat cerita bohong... siapa percaya angkat kaki! kah kah kah..."

Makin Lama Makin Terbelit!

Posted: 22 Mar 2011 01:48 AM PDT



RemBat©

Tiada ulasan: